75. Bintang Yang Memimpin Orang Datang Kepada Tuhan

Orang-orang majus dari sebelah timur melihat sebuah bintang, yakni bintang yang memimpin mereka datang ke hadapan Juru Selamat (Mat 2 : 1-12).

Bintang menunjukkan kepada umat Kristian, dan kita dianggap sebagai sebuah bintang yang memimpin orang datang kepada Tuhan (Dan 12 : 3;  Kej 37 : 9-10).  Bagaimana harus menjadi sebuah bintang yang membawa orang datang kepada Tuhan?

I.       HARUS SEBAGAI BINTANGNYA (Mat 2 : 2)

1.      Bukan milik Tuhan bagaimana membawa orang datang kepada Tuhan? (Ruj : Mat 15 : 14;  Yoh 1 : 41-46).

2.      Orang yang menerima Baptisan adalah menjadi milik Tuhan (Gal 3 : 26-29).

II.     YAKNI BINTANG YANG BERSINAR DI ATAS LANGIT (Mat 2 : 2, 9)

1.      Allah menciptakan banyak bintang yang berderet di atas langit, dan menerangi seisi bumi (Kej 1 : 14-17).

2.      Umat Kristian adalah warga Syurga (Flp 3 : 20), yakni suci, mulia dan berbeza dengan kekafiran (2 Kor 6 : 17-18).

3.      Hendaklah bercahaya seperti bintang (Dan 12 : 3);  Yang menyinari segenap bumi (Mat 5 : 16;  Flp 2 : 14-15).

III.    YAKNI BINTANG YANG BERJALAN MENDAHULUI (Mat 2 : 9)

1.      Iman tanpa perbuatan adalah mati (Yak 2 : 26), umat Kristian harus dapat melakukan kehendak Allah (Yak 1 : 22-25;  Mat 7 : 21).

2.      Yakni maju terus, tidak takut sukar, tidak takut mati (Ibr 10 : 37-39;  12 : 1-2;  Flp 3 : 12-13).

IV.    YAKNI BINTANG YANG MEMIMPIN ORANG DATANG KEPADA TUHAN (Mat 2 : 9)

1.      Ia berjalan mengikuti Tuhan (Flp 3 : 12-14).

2.      Ia memimpin orang majus datang di hadapan Tuhan;  Bagaimanakah dengan engkau?  Bagaimanapun juga senantiasa harus menyelamatkan orang-orang itu (1 Kor 9 : 22).

V.     YAKNI BINTANG YANG DISUKAI ORANG (Mat 2 : 10)

1.      Terang itu sebenarnya indah (Pkh 11 : 7);  Memberitakan Injil, membawa kabar kesukaan, jejak mereka pun adalah baik (Rm 10 : 15).

2.      Bersinar bagi Tuhan, membawa orang datang kepada Tuhan, adalah umat Kristian yang disenangi oleh setiap orang.

3.      Membawa orang datang kepada Tuhan, supaya setiap orang penuh dengan sukacita kerana Tuhan (Kis 16 : 30-34;  8 : 8).

KESIMPULAN

  • Hendaklah menjadi sebuah bintang yang membawa orang datang kepada Tuhan.
  • Janganlah menjadi sebuah bintang kekelaman (Yud 13).

 

(Dibaca : 322 kali)


Gereja Yesus Benar Sabah

1 Comment

  1. D Aza says:

    Haleluya,
    syukur puji Tuhan blog/web suria timur satu usaha yang membawa kemuliaan Tuhan
    mohon mencadang untuk memberi ruang bagi (ikon yg mengandungi info )
    1. takwim tahunan aktiviti utama GYB sabah secara menyerluruh (KKR, KKM, Teologi dll)
    2. Pekeliling IG sabah yg berkuat kuasa dari dulu hingga sekarang
    3. web / blog GYBseluruh dunia
    4. Bimbingan kehidupan (persoalan dan jawapan)
    tq

Leave a Comment

 

— required *

— required *