Mengenali Gereja Yesus Benar (1)

Kitab Bacaan:   Ef  1 : 23

Gereja kita merupakan satu-satunya bahtera yang diselamatkan, didirikan pada akhir zaman menurut perintah Tuhan dan disertai Roh Kudus.  Dengan mengenali gereja kita barulah dapat mengenali Tuhan, mengenali kehendak Allah. Dengan mengenali gereja kita dan menerima firman gereja kita, dapatlah percaya dengan mendalam, supaya bersatu, dan menghargai iman kepercayaan sendiri di gereja kita, selanjutnya prihatin, bersaksi dan menyebarkan kebenaran gereja kita.

A. Mengenali nama gereja: Mengapa digelar sebagai ‘Gereja Yesus Benar’?

(i) Merupakan nama gereja yang ditetapkan Roh Kudus, bukan berasal dari keangkuhan manusia (Tuhan menwahyukan kepada pekerja peringkat awal dengan suara nyaring).

(ii) Penjelasan tentang  keraguan  nama gereja.

  1. Maksud asal nama gereja : Gereja bagi Allah Benar Yesus.
  2. Sebab hanya digelar ‘Gereja Yesus Benar’ (Allah hanya mewahyukan sedemikian).

a. Menyembunyikan ‘Allah’ menyatakan’Yesus’, Yesus merupakan penyataan Allah (Yoh 1:18,  14:8–9).

b. Menyatakan, menjunjung tinggi nama Allah — Yesus (Kristus bukan nama).

@ Menjunjung tinggi nama Yesus (Flp 2:9–11; Kis4:12; Yoh 16 : 23).

@ Supaya umat pilihan diberkati kerana datang ke tempat yang menegakkan nama Allah (Kel 20:24; Ul 12:5 , 11–14).

3. Analisis nama gereja

a. ‘Benar’ melambangkan ‘Allah Benar’ (Why 3:12).

@ ‘Langit’ dirujukan kepada ‘angkasa’, ‘ cakrawala/udara’ dari segi  sains (Kej 1:8).

        * Dalam hati orang zaman dahulu merupakan kata ganti nama bagi Allah (Luk 15:21).

@ ‘Benar’ merupakan kata adjektif dalan kenyataan, tetapi merupakan kata  ganti nama Allah dalam Alkitab yang diilhamkan Allah (Why 19:11;Yoh 3:33, 7:28–29, 8:26; 1 Yoh 5:20).

b. ‘Yesus Benar’:  merupakan nama baru bagi Tuhan, ‘namaku yang  baru’ (Why 3:12)

@ ‘Yesus’ bersatu dengan ‘Benar’:  menunjukkan Bapa dan Anak adalah satu, tidak dtinggalkan,  berdikari.

@ Rahsia penyataan ‘nama baru’ juruselamat (Yes 62:2).

  • Hanya Yesus merupakan Allah yang sempurna dengan sesungguhnya; hanya
  • Yesus merupakan manusia yang benar-benar sempurna di hadapan Bapa.
  • Amatlah perlu dan sesuai menambahkan ‘Benar’ di belakang ‘Yesus’, menjadi nama baru bagi Tuhan hari ini.

c. ‘Gereja Yesus Benar’:  merupakan nama kota suci Allah (Why 3:12).

@ Gereja merupakan nama kota secara rohaniah;

@ Kota Allah harus mempunyai nama Allah di atas, Gereja bagi Yesus Benar harus mempunyai nama Yesus Benar di atas.

4. Rancangan Allah di atas perkataan ‘Benar’:

a. Bukan sahaja melambangkan Allah, menetapkan nama baru bagi Yesus supaya manusia dapat diselamatkan olehNya;

b. Juga melambangkan ‘Benar’ yang sebenarnya, akan meremukkan dan menghabisi segala kepalsuan (Dan 2:44).  Adalah perlu menunjukkan ‘benar’ pada akhir zaman yang penuh kepalsuan, supaya dibezakan untuk menjadi kudus.  Sama seperti Tuhan berhadapan dengan agama Yahudi dan orang Farisi yang penuh kepalsuan pada masa itu, dengan khasnya menyatakan “Akulah pokok anggur yang benar” (Yoh 15:1), (memang akan menyinggung perasaan ‘pokok anggur yang liar’).  Gereja kita meletakkan ‘Benar’ menurut perintah Tuhan memang tiada kepalsuan  dari dalam, adalah tahan diuji.

c. Juga merupakan rancangan penyebaran firman pada akhir zaman ini: menyelamatkan mereka yang mencari kebenaran.

@ Setiap orang yang di bawah ‘benar’, sifat asal dalaman menjadi nyata (membangkitkan dan menjatuhkan) (Luk  2:35);

@ Allah membiarkan orang menjamah dan menemukan Dia (Kis 17:27), supaya mereka yang serius berfikir :”Bagaimana benarnya?”, “ Di mana benarnya?”, “Adakah orang lain palsu ?”, “Bagaimana palsunya ?”. Jika soalan ini banyak difikirkan, banyak dibincangkan, banyak dibahaskan dan banyak ditinjau beberapa kali, maka biarlah orang mendengarnya dan berkata :

             “Benar demikian !” (Yes 43:8–9).

  1. Terdapat orang berkata: Bagaimana aku harus menerima kerana nama gereja tidak dicatat dengan jelas dalam Alkitab;

a. Alkitab merupakan kitab yang dimeterai,  yang ditulisi sebelah dalam dan sebelah luarnya (ayat, inti) (Why 5:1). Hukum yang tertulis mematikan, tetapi inti (maksud rohani) menghidupkan (2 Kor 3:6; Yoh 6:63).

b. Nama bagi ‘Yesus’, dalam perjanjian lama hanya mencatatkan ‘Imanuel’, tiada perkataan ‘Yesus’ (Yes 7 : 14 ), orang Yahudi milik darah daging pada perjanjian baru, tidak mengakui Yesus disebabkan dalam Alkitab hanya mencatatkan Kristus.

c. Andainya Alkitab mempunyai tulisan nama gereja, semua akan menyebut nama ini sekarang, akhirnya tiada perbezaan antara benar dan palsu.

(Dibaca : 517 kali)

1 Comment

  1. Dalam Nama Tuhan Yesus,
    Menyampaikan kesaksian..Kesaksian ini belum pernah diberitahukan kepada sesiapa.
    Saya seiman Gereja yesus benar Timbou.Nama sy edmond solinin,berumur 24 tahun(1991).Dan dibaptis sejak masih kecil dalam keluarga seiman.sy menerima karunia Roh Kudus pada usia 10 tahun di kkr gereja wangkod.Namun setelah meningkat dewasa,iman sy mula goyang.Oleh kerna sy mula melihat banyak aliran agama.Dan di situlah hati sy mula berfikir.Dimanakah gereja yang betul-betul boleh menyelamatkan jiwa rohani sy.Waktu itu sy berumur 14 tahun.Dan pada satu malam sy bermimpi sy berjalan dibelakang gereja timbou(sebelum dibaik pulih)Dan jika melalui jalan belakang,sy jalan sebelah kanan.dan tiba2 sy terdengar ribuan tebuan yg seolah-olah ingin menyerang sy.Bunyi itu amat berat.seolah-olah jika benda itu sampai kepada sy,maka jiwa sy boleh ditarik oleh bunyi tersebut.Dan sy pun bergegas lari ke depan gereja.Dalam hati sy masa itu,jika sy masuj gereja maka sy selamat dari bunyi tersebut.sedangkan pada masa itu gereja(sebelum dibaiki)banyak ruang yg boleh dimasuki oleh apa pun.Gereja depan timbou punya 3bahagian.sebelah kiri pintu lelaki,pintu tengah pintu besar,dan pintu kanan pintu perempuan.Dan sy bergegas pergi kepada pintu lelaki dan mengetuk.seolah-olah memanggil orang untuk membukanya,namun pada kenyataannya dalam gereja itu pada masa itu tiada seorang pun.Bunyi yg mwngejar sy yg tadinya semakin dekat.sy pun amat cemas,pada saat2 yg mencemaskan itu..keluar ribuan burung layang2 melalui lobang dalam gereja.Burung layang2 itu amat indah.Ia punya gelang putih dileher.semua burung punya gelang dileher.Mereka seolah-olah mengusir bunyi tebuan tersebut.Semua bunyi lenyap sama sekali.Tiba-tiba pintu sebelah kanan dimana pintu permpuan terbuka sendirinya..Dan hati sy amat girang apabila melihat pintu itu terbuka..apa yg buat sy betul2 girang yg tak terkata adalah pintu itu mengeluarkan cahaya yg mwnyenangkan..sejuk nyaman yang tak terhingga yg tiada rasa sebegitu didunia.Cahaya itu cahaya keemasan seperti cahaya pagi.Dan sy pun melangkah melihat didalamnya.Dan sy amat terkejut,didalam gereja yg pada mulanya tiada orang,kini dipenuhi orang2 yg berjubah terang emas,lembut seperti embun pagi.semua orang tersenyum melihat sy.senyuman yg betul2 menyenangkan.sy mula melangkah ingin masuk namun,sayangnya sy terjaga dari mimpi.Apabila terjaga..terus hati sy melonjak gembira,dan tanpa keraguan hati sy berkata..sungguh!Gereja ini mampu menyelamatkan jiwa..dn satu-satunya Gereja yang mampu menyelamatkan!!

    Haleluya!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *