Sara

Kej 11: 29-32, 12:5, 10-20; 16:1-6, 17: 15-19, 20:1-18, 21:1-3, 6-12; 23: 1-20

1. Pengenalan ringkas tentang Sara :

Maksud Sara : Ibu kepada banyak bangsa (Kej 17:15-16)

Asal usul Nama : Nama asal ialah Sarai, kemudian diberkati Tuhan dan ditukar nama.

Dia sebenarnya adalah adik perempuan kepada Abraham yang dilahirkan oleh ibu lain (sama Bapa). Kemudian menjadi isteri Abraham, berkahwin di Ur. (Kej 20:21, 11:28-31)

Seumur hidup mengikuti Abraham tanpa bersungut-sungut, melalui kehidupan yang takut dan percaya akan Allah.  Melalui kehidupan sebagai pengembara, pernah dua kali menyelamatkan nyawa suaminya, mendengar arahan suaminya untuk berdusta, nyaris-nyaris menjadi isteri orang lain. Mendapat malu kerana suaminya, mengasihi suami, semangat taat dan memahami suami. memang tiada tandingan.

Dijanjikan oleh Tuhan, melahirkan Ishak pada umur 90 tahun.  Pada umur 127, mati di Hebron tanah Kanaan. (Kej 23:11-2)  Dikuburkan di dalam gua Makhpela yang dibeli dari Efron, selepas mati meninggalkan akhlak indah yang patut diingati.  Abraham meratapi dan menangisinya, tidak dapat melupakannya. (23:2)

2. Kebaikan :

Paras rupa yang cantik, sehingga berumur 80-90 tahun masih lagi ada raja yang ingin mengahwininya.

Seumur hidup berjerih payah walaupun di rumah ada budak perempan, seperti Hagar dan lain-lain lagi, tetapi masih lagi melakukan kerja memasak, suka menerima kunjungan tetamu. (Kej 18:6)

Seumur hidup takut akan Tuhan mengikuti suami, tidak bersungut-sungut, tidak menyesal. (1 Pet 3: 5-6, Kej 18:12) Demi suami dan cinta, tidak takut berjerih payah.

Dia telah dijanjikan Tuhan, orang pertama dikuburkan di tanah yang dijanjikan Tuhan, walaupun sudah mati, tetapi kesaksiannya yang indah, masih lagi berbicara kepada saudari-saudari muda.

3. Kekurangan:

Walaupun  beriman, seumur hidup mengikuti Abraham tetapi kekurangan iman dan pernah mengemukakan syarat-syarat tubuh daging (“kehendak manusia).  Melalui  Abraham mendapat anak lelaki, akhirnya selama 13 tahun Tuhan tidak menampakkan diri kepada mereka. (Kej 16: 1-3) Juga memperanakkan keturunan yang milik darah daging.

Hati yang sempit: Tidak dapat menerima Hagar dan anaknya, menyebabkan Hagar 2 kali menghadapi bahaya, akhirnya dikasihani dan dirahmati oleh Tuhan.

Sara melambangkan :

  • Isteri tuan yang utama : Hagar (Perjanjian Lama), melambangkan gereja yang milik darah daging.
  • Isteri yang dikenan : Sara (Perjanjian Baru) melambangkan Gereja Benar milik Roh.
  • Apakah peringatan dan teladan yang ditinggalkan oleh Sara kepada kita?

(Dibaca : 533 kali)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *