Ayat Alkitab: (Rut fasal 1-4).
Pendahuluan:
Hubungan antara ibu mertua dan menantu, ialah suatu hal yang merumitkan dalam keluarga kini; ia adalah masalah terbesar yang menghalang kewujudan keharmonian dalam keluarga.
Kesaksian indah yang ada pada Naomi dan Rut merupakan satu contoh bagi keluarga umat Kristian, yang patut dicontohi oleh ibu mertua dan menantu yang beragama Kristian.
Latar Belakang:
Naomi merupakan watak pada Zaman Hakim-hakim, isteri bagi Elimelekh, orang Betlehem. Maksud bagi nama “Naomi” ialah “manis” . Disebabkan kelaparan, seluruh keluarga, empat orang berpindah ke Tanah Moab, dan anak lelaki mereka memperisterikan kedua-dua menantu dari Tanah Moab, seorang bernama Orpa, yang seorang lagi bernama Rut. Nama Orpa membawa maksud “leher yang tegar”, manakala maksud bagi nama Rut ialah “ramah, kawan”. Selepas sepuluh tahun kemudian, ketiga-tiga orang lelaki dalam keluarga meninggal dunia, kemanisan menjadi pahit.
Kemudian dengarnya khabar bahawa kasih karunia Tuhan telah melimpah ke Tanah Betlehem, maka berkemaslah Naomi dan kedua-dua menantunya pulang ke kampung halaman, permulaan bagi pahit menjadi manis: berlakunya satu peristiwa menyatakan kasih antara ibu mertua dan menantu-menantunya.
▲ Kedua-dua menantunya mempunyai kelakuan yang baik, ini telah menjadi saksi bagi sifat-sifat baiknya, di mana dia telah menjadikan diri sendiri sebagai contoh dalam perihal memimpin menantu-menantunya.
- Senyuman yang manis ( Hati yang selalu rasa puas dan bersukacita).
▲ Kemungkinan besar dia dinamai Naomi disebabkan keistimewaannya yang mempunyai senyuman yang manis. Senyumannya membolehkan menantu-menantunya merasakan kemanisan dan kehangatan, ini adalah kunci penting mengekalkan keharmonian.
▲ Sekiranya ibu mertua sering bermuka serius, bermasam air muka, maka akan menyebabkan menantu-menantunya berasa bimbang selalu, maka suasana sekeluarga akan menjadi sejuk seram, bagaimanakah keadaan ini boleh dikaitkan dengan kesukacitaan?
▲ Suami dan dua anak lelakinya telah mati, tetapi dia tidak bersungut-sungut terhadap Tuhan ataupun mempersalahkan sesiapapun, sikap dia yang memahami keadaan lebih baik daripada Yehuda. (Kejadian 38:11)
▲ Saling bersungut-sungut merupakan batu api bagi pertengkaran dalam keluarga.
- Melayani menantu seperti anak kandung sendiri: “anak-anakku” (Rut 1: 11-13).
▲ Hatinya yang penuh dengan kasih sedemikian menyebabkan menantu-menantunya merasakan kemesraan. Tidak pernah memandang atau melayani menantu-menantunya dengan cara yang tidak baik, adalah syarat pertama dalam menggerakkan menantu-menantu melakukan ketaatan. Pada hakikatnya, anak lelaki, menantu-menantu, adalah anak sendiri.
- Tidak mengasihi/mementingkan diri sendiri:
▲Ketika waktu tuanya, dia amat memerlukan menantunya berada di sisi untuk menjaganya. Sebaliknya, dia meminta menantu-menantu untuk meninggalkan dirinya, dan mencari kebahagian untuk diri mereka. Dia tidak sanggup membebankan menantu-menantunya dengan kesakitan diri sendiri.
▲ “Kasih ialah tidak mencari keuntungan bagi diri sendiri” (1 Korintus 13:5).
- Dia tidak lupa memikir akan hal yang baik untuk menantunya. (Rut 3: 1) mencari tempat perlindungan.
▲ Kasih ialah hanya mencari keuntungan bagi orang lain
- Mendidik dengan sabar (Rut 2 : 22; 3: 18).
▲ Menantu yang muda tidak mempunyai pengalaman, apa yang diketahui adalah cetek, maka sebagai ibu mertua seharusnya mendidik dengan sabar (Titus 2: 2-5).
- Memikul tanggungjawab sebagai ibu pengasuh (Rut 4: 16).
▲ Kerana kasih, dia menganggap tugas pengasuhan cucunya sebagai suatu penghiburan bagi dirinya; bukannya sebagai tugas pengasuhan anak bagi Rut. Walaupun orang lain mengatakan bahawa Naomi telah mendapat anak, tetapi dalam silsilah keluarga Daud, nama Naomi tidak tercatat, tetapi dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ibu yang mengasuh. Akhirnya, dia mendapat kesudahan yang manis dan meninggal dunia dalam keadaan yang aman tenteram.
- Sifat-sifat baik Rut ( Ramah, kawan)
▲ Rut ialah menantu bagi anak lelaki kedua Naomi. Dari berkat yang diterimanya pada akhirnya, kita dapat menyaksikan sifat ketaatannya lebih besar dari kasih Naomi.
- Mempunyai hati yang berbelas kasihan, boleh bertimbang rasa serta memahami keperluaan mertuanya, mengorbankan diri untuk melayan. (Rut 1: 15-18)
▲ Dia melihat keadaan pahit serta masa depan bagi mertuanya dan rela mengorbankan masa kemudaannya, bersama-sama melalui waktu kepahitan, waktu kematian.
- Menghormati ibu mertua, sehingga hal yang patut dilakukannya, juga dia meminta kebenaran dari ibu mertuanya ( Rut 2: 2 kalimat per tama).
▲ “Taatilah orang tuamu di dalam Tuhan” (Efesus 6: 1-3; Kolose 3: 20).
- Tidak mementingkan air muka, memikul tanggungjawab menyara ibu mertuanya. (Rut 2: 2-7) Turun ke padang memungut bulir-bulir jelai. (Imamat 19: 9-10, Hukum Taurat menetapkan, sisa-sisa jelai harus ditinggalkan bagi orang miskin).
▲ Pada hakikatnya, Rut telah mengambil identiti sebagai peminta sedekah.
▲ Dia tidak beranggap bahawa janda cuma mempunyai tanggungjawab menyara diri sendiri tetapi tidak mempunyi tanggungjawab untuk menyara ibu bapa.
- Tidak lupakan ibu mertuanya apabila mendapat keuntungan (Rut 2: 14-18).
▲ Anak-anak seharusnya memikul kepahitan bersama-sama dengan ibu bapa, dan bertimbang rasa untuk ibu bapa! Kini adalah zaman yang kehilangan ketaatan: keperluaan ibu bapa yang tua sering diabai oleh anak-anak.
- Rendahkan diri dan selalu mempunyai hati yang tahu bersyukur (Rut 2: 10, 13).
▲ Menantu-menantu tidak seharusnya mempunyai permintaan yang terlampau terhadap ibu mertua. Jika mendapat layanan baik dari ibu mertua, seharusnya selalu mempunyai hati yang tahu mengenang budi dan membalas budi.
Haruslah meluahkan kata-kata terima kasih yang manis, berasal dari hati yang jujur kepada ibu mertua.
- Selalu bersama-sama dengan ibu mertua (Rut 2: 23).
▲ Jika hubungan ibu mertua dan menantu-menantu berjauhan, salah faham dan syak wasangka akan mudah timbul. Seharusnya menggunakan masa lapang untuk bersama-sama dan berkomunikasi dengan ibu mertua, maka hati akan berdekatan dan adanya kesatuan hati.
- Taat, jujur dan tidak menyimpan rahsia terhadap ibu mertua. (Rut 3: 16-18).
▲ Tuhan berfirman: Sebab tidak ada sesuatu yang tersembunyi yang tidak akan dinyatakan (Lukas 8: 17); Alkitab meminta kita “berkatalah benar seorang kepada yang lain” (Efesus 4: 25). Apakah lag-lagi, menyimpan rahsia terhadap ibu mertua diri.
- Dipuji oleh perempuan-perempuan “ lebih berharga bagimu dari tujuh anak lelaki (Rut 4: 14-15).
- Dipuji dan diberkati oleh Boas (Rut 2: 8-9, 11-12; 3; 10).
- Diberkati oleh para tua-tua (Rut 4: 11-12).
- Diperisteri oleh hartawan (Rut 4: 13).
- Tuhan sejati mengaruniai dia keturunan yang diberkati (Rut 4: 13).
Muncul raja dari keturunan ketiganya, dan dirinya menjadi nenek moyang bagi Raja Daud, namaya tercatat dalam silsilah keluarga Kristus ( Silsilah Raja) (Matius 1: 5).
▲ Mengikut kata orang, ladang di mana Rut pernah memungut bulir-bulir jelai, dikenangi oleh Tuhan, dan menjadi tempat di mana malaikat Tuhan memberitakan berita tentang kelahiran Tuhan Keselamatan kepada pengembala-pengembala domba. Tapak perkahwinan Rut dan Boas, selepas 1100 tahun kemudian, menjadi tempat lahir Tuhan Keselamatan. Tuhan tidak melupakan orang yang melakukan kebenaran!
Kesimpulan:
Bacaan Ayat Alkitab: (Amsal 17: 1; 14: 1; 15: 17.)
“Jangan menipu diri sendiri…… Kerana apa yang ditabur orang, itu juga yang akan dituainya”. “Janganlah kita jemu-jemu berbuat baik, kerana apabila sudah datang waktunya, kita akan menuai, jika kita tidak menjadi lemah” . (Galatia 6: 7, 9)
Tuhan berfirman: “Dan sebagaimana kamu kehendaki supaya orang perbuat kepadamu, perbuatlah juga demikian kepada mereka.” (Lukas 6: 31).