Hidup Manusia yang Bernilai

Ayat Suci : Pkh 2:3

Pra Kata : Hidup manusia merupakan hari sejak seorang  dilahirkan sampai ia meninggalkan dunia.  Jadi, apakah yang harus diusahakan oleh manusia sebagai yang ternilai dalam hidupnya?

(1)  Apakah hidup manusia ?

(I) Hidup manusia sama seperti kita menumpangkan kenderaan, yang akan turun bila sampai ke destinasinya.(Hidup manusia seperti  menumpang kenderaan, bermula dari stesen pertama ke stesen terakhir dan akan turun ke stesen yang menuju destinasi kita.)

(i) Turun pada stesen yang tidak sama : Ada yang turun pada stesen terakhir, ada pula yang turun pada stesen yang pertama atau stesen yang kedua.

(ii) Permintaan berbeza semasa naik kenderaan : Ada yang terus tidur (penat dalam sepanjang hayat), ada yang terus makan (makan & minum saja dalam sepanjang hayat), ada pula yang sibuk mencari tempat duduk (sibuk dalam sepanjang hidup).

(II) Hidup manusia seperti lakonan yang akan tamat pada akhirnya.

(III) Hidup manusia seperti suatu mimpi yang akan menjadi kosong apabila terjaga dari mimpinya.

(IV) Hidup manusia seperti banduan yang akan dibebaskan bila dipenuhkan hukumannya.

(i) Diganggu oleh konsep kehidupan manusia yang tidak betul.

(ii) Didesak oleh keinginan daging.

(iii) Kelemahan daging, yang tidak dapat memuaskan keinginan nafsu.

(iv) Penuh dalam kesusahan dan kegelisahan sepanjang hayat.

(v) Apabila genap waktunya, seperti memenuhi hukuman, akan dibebaskan ‘pulang’ dengan tangan yang kosong.

(V) Hidup manusia seperti bunga, akan gugur dalam masa yang singkat (1Ptr 1: 24).

(VI) Hidup manusia  seperti wap yang sebentar saja kelihatan lalu  lenyap. (Yak 4: 14)

(VII) Hidup manusia seperti bayang-bayang memanjang, sebentar saja akan hilang. (Maz 102 :11 )

(2)  Pilihan Manusia

(I) Memilih yang berkekalan atau kesingkatan yang sia-sia.

(II) Pemilihan di antara tubuh dan jiwa.

(i) Tubuh adalah singkat tetapi jiwa adalah yang kekal.

(ii) Haiwan mementingkan tubuh kerana nilai haiwan dalam tubuh, tetapi manusia mementingkan jiwa kerana nilai manusia dalam jiwa.

(III) Sorga atau Neraka merupakan pilihan hidup sekarang. (Mat 7 : 13-14)

  • Masa berlalu dengan cepat dan tidak akan berpatah balik. Kita harus mempergunakan waktu yang ada dengan baik!
  • Pepatah : Hari-hari berlalu dengan cepat, jika tidak memegang peluang untuk membuat pilihan baik, maka peluang akan mudah terlepas. (Mzm 90:12; Mzm 144 : 4)

(3) Mengejarkan hidup manusia yang bernilai

  • Hidup manusia sama seperti wap dan seperti bunga, yang tidak  tetap.
  • Pepatah : Masa itu emas. Harus menghargai dan menjalankan hidup yang lebih bernilai. Asal ada makanan dan pakaian, cukuplah. (1 Tim 6 : 6-8)

(I) Mengejarkan sukacita dan damai sejahtera — hidup manusia yang bahagia.

(i) Yesus merupakan sumber kesukacitaan dan kesejahteraan. (Yoh 16 :33; Fil 4:4, 6)

(ii) Roh Tuhan dan FrimanNya memberikan sukacita dan damai sejahtera. (Gal 5: 22 Yeh 15:16)

(iii) Ada perlindungan Tuhan, ada sukacita dan damai sejahtera.(Maz 34: 7; Yoh 14: 27)

(II) Mengejarkan hidup yang takut akan Tuhan dan mengasihi sesama manusia — hidup manusia yang mulia. (Mat 5: 16)

(i) Mengasihi Tuhan pencipta, mengasihi manusia seperti sendiri merupakan ahklak yang mulia. Sifat yang mementingkan diri dan mementingkan tubuh jasmani adalah hidup manusia yang bercorak haiwan.

(ii) Tuhan menyinari jiwa yang baik,  yang tahu bersinar untuk Tuhan. Memuliakan Tuhan dan memanfaatkan manusia akan dikenan oleh Tuhan dan disukai manusia. Itulah hidup manusia yang cemerlang!

(III) Pengharapan  dalam kehidupan — hidup manusia yang tidak fana. (2Kor 5:1-4)

(i) Yang tidak fana adalah yang tidak hampa dan tidak sia-sia.

(ii) Yang tidak fana adalah tidak rasa tertekan dan tidak berputus asa.

(iii) Yang tidak fana adalah berubah semasa bangkit, mengenakan tubuh roh dan memasuki langit dan bumi yang baru.

  • Bagi dia tidak ada lagi ketakutan maut, kerana itulah hidup manusia yang tidak takut dan gementar.

Kesimpulan : Hidup manusia yang bernilai harus ada penyertaan daripada Tuhan Yesus, harus bertobat, percaya dan mengikuti Tuhan sesungguhnya,  menjalankan kehidupan yang giat untuk melayani Tuhan.  “Barangsiapa yang percaya dan dibaptis  akan diselamatkan”. Ini merupakan pintu yang membawa kita keluar dari hidup yang pasif dan memasuki dalam hidup yang bernilai. Sekiranya kita  menerima Tuhan dan memelihara diri di dalam Tuhan, maka mulai dari sekarang hidup kita akan menjadi lebih bernilai.

(Dibaca : 656 kali)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *