Konsep Perkahwinan Milik Rohani

“Laki-laki dan perempuan seharusnya berkahwin setelah menjadi dewasa.”  Setiap belia akan menghadapi masalah perkahwinan, hal sedemikian juga tidak terkecuali bagi saudara-saudari yang muda di dalam gereja. Perkahwinan umat Kristian bukan sahaja berkaitan dengan kebahagiaan kehidupan seseorang, juga berkaitan dengan keselamatan iman kepercayaan seseorang, malah berkaitan juga dengan anugerah keselamatan Tuhan dan kemajuan serta kemunduran gereja.

A. Maksud Perkahwinan

Setelah Allah mencipta moyang, yakni Adam, didapati bahawa tidak baik kalau manusia itu seorang diri saja, maka telah menjadikan seorang teman/pasangan baginya – Hawa, ini boleh dikatakan bahawa Tuhan merupakan telangkai, saksi perkahwinan dan yang memimpin upacara perkahwinan bagi pasangan suami isteri yang pertama untuk manusia (Kej 2:18-25). Perkahwinan yang kudus dan ilahi sekurang-kurangnya harus mempunyai tiga maksud seperti yang berikutnya:

1. Melahirkan keturunan ilahi bagi mewarisi iman kepercayaan (Mal 2:15).

2. Saling menghiburkan, menasihati dan membantu (Kej 2:18).

(a)    Dalam aspek semangat: Saling menghiburkan, memiliki rasa kesuaman/kehangatan (Pkh 4:9-12).

(b)   Dalam aspek kerja: Saling membantu dalam menjalani kehidupan (Kej 2:15, 20).

(c)    Dalam aspek iman kepercayaan: Sehati dalam menerima kasih karunia Tuhan (1 Ptr 3:7).

3.Dapat mengenali misteri mengenai Kristus dan gereja (Ef 5:22-23).

Dalam kasih sesama suami isteri, kita dapat menerima firman kebenaran mengenai hubungan yang rapat antara Kristus dan gereja serta Kristus dan jemaat.

B. Perkaitan Rapat Antara Perkahwinan dan Anugerah Keselamatan Tuhan

1. Tuhan menggenapkan rancangan anugerah keselamatan menerusi perkahwinan.

(a)   Kelahiran Daud menerusi perkahwinan antara Rut dan Boas (Luk 4:22).

(b) Tanda mujizat Kana “air menjadi anggur”, menunjukkan Tuhan campur tangan dan mengambil berat akan perkahwinan manusia (Yoh 2:1-11).

(c)    Perkahwinan melambangkan hubungan antara Kristus dan jemaat (Kid 8:6-7, Why 19:7-9).

(d)   Perkahwinan menyatakan/mendedahkan misteri anugerah keselamatan Tuhan (Ef 5:31-32).

2. Syaitan menggagalkan anugerah keselamatan dengan cara membinasakan perkahwinan manusia.

(a)  Merosakkan sistem perkahwinan “satu suami satu isteri/monogami” yang ditetapkan oleh Tuhan (Kej 4:19).

(b)   Menggoda keturunan ilahi untuk berbuat dosa melalui cara perkahwinan (Kej 6:2-3).

(c)  Menggoda umat pilihan untuk berbuat dosa oleh perempuan yang tidak percaya/kafir (Bil 25:1-9).

(d)   Menjadikan manusia gagal dalam perkahwinan, dan seterusnya kehilangan anugerah keselamatan (Mat 19:9, 1 Kor 5:1-5).

3. Perkahwinan berkait rapat dengan kemajuan dan kemunduran gereja.

(a)  Gereja merupakan rumah Allah, pemercaya merupakan ahli dalam keluarga ini (1 Tim 3:15).

(b)   Boleh menjadikan keluarga bercorak iman kepercayaan dan gereja (Kis 18:2-3).

(c)  Membina jemaat dalam keluarga, boleh memimpin orang percaya kepada Tuhan (Rm 16:15).

C. Jenis Perkahwinan

  1. Jenis Asli: Adam dan Hawa –  Taat kepada pengaturan Tuhan (Kej 2:21-23).
  2. Jenis Tradisional: Ishak dan Ribka – Setelah diperkenalkan oleh hamba setia, berkahwin dahulu dan kemudian barulah jatuh cinta antara satu sama lain (Kej 24:3-4, 63-67).
  3. Jenis Bebas: Yakub dan Rahel – Jatuh cinta dalam pandangan pertama, jatuh cinta terlebih dahulu dan kemudiannya berkahwin (Kej 31:38-41).
  4. Jenis Memuaskan Keinginan Daging: Simson – Memilih pasangan berdasarkan kehendak sendiri, memuaskan keinginan daging (Hak 16:1-31).
  5. Jenis Paksaan: Amnon dan Sikhem – Memperkosa pihak lain dengan berdasarkan keberanian (2 Sam 13:1-28, Kej 34:1-3).
  • Gereja seharusnya menggalakkan cara perkahwinan jenis asli dan tradisional, namun kebanyakan belia kini lebih suka memilih cara perkahwinan bebas. Gereja dan ibu bapa haruslah memberikan bimbingan yang betul kepada mereka, mengingati mereka agar menjaga kekudusan, dan tidak menjejaskan pembelajaran dan pekerjaan masing-masing. Sesudah tibanya masa yang sesuai, haruslah membiarkan mereka berkahwin dengan secepat mungkin.

D. Konsep Perkahwinan Umat Kristian

Setiap orang berharap diri sendiri memiliki perkahwinan yang bahagia, untuk mencapai hasrat ini, syarat yang utama adalah perlu mematuhi ketetapan perkahwinan yang ditetapkan/diasaskan oleh Tuhan. Ketetapan adalah seperti yang berikutnya:

  1. Perkahwinan diasaskan oleh Tuhan, merupakan satu perjanjian yang kudus, dan tidak boleh dipandang rendah dengan sewenang-wenangnya (Kej 2:22-24, Mrk 10:9).
  2. Tidak boleh berkahwin dengan orang yang tidak percaya/kafir (Ul 7:3-4, 2 Kor 6:14).
  3. Tidak boleh menceraikan suami/isteri, dan berlaku kasar terhadap suami/isteri (Mal 2:16).
  4. Ibu bapa seharusnya mengajar anak-anak melakukan prinsip berkahwin di dalam Tuhan (Kej 28:1-4).

E. Konsep Salah Yang Menjejaskan Perkahwinan

1. Mengejar romatis secara berlebih-lebihan.

Berharap perkahwinan sendiri boleh menjadi sama seperti yang ditulis dalam novel dan televisyen, yang penuh dengan romantis, boleh mendapat “putera atau puteri idaman” yang sesuai dengan kehendak kita. Jelas kelihatan, sesungguhnya “harapan” sedemikian adalah tidak realistik.

2. Permintaan/Syarat yang Terlalu Tinggi.

Belia-belia masa kini sangat menekankan empat aspek ketika memilih pasangan mereka, iaitu “wajah yang serupa pelakon, tubuh yang serupa olahragawan, adanya taman di dalam rumah, dan adanya dolar Amerika Syarikat di dalam bank”. Standard/Piawaian sedemikian adalah sukar untuk dicapai dalam kehidupan realiti kini.

3. Ikut Perasaan.

Sama seperti lirik yang dinyanyikan – “ikut perasaan”, setiap hari bertukar pasangan yang baru, dan akan melepaskan/meninggalkan orang yang dipikat sebelum ini. Mereka mendukung pemikiran “Mencari pemilikan untuk seketika waktu, dan tidak mencari hidup bersama-sama untuk selama-lamanya”. Amat tidak bertanggungjawab terhadap soal percintaan dan perkahwinan.

4. Terlalu Berhati-Hati.

Alkitab mencatatkan: “tiada ketakutan dalam kasih”. Sesudah menyerahkan soal perkahwinan kepada Tuhan, bersandar kepada iman dan doa, bergaul dan memilih dengan beraninya, janganlah berasa terlalu takut, sehingga kehilangan banyak peluang, dan akhirnya menjadi menyesal.

 5. Sukar mencari jodoh/pasangan yang sesuai di dalam gereja.

Saudara-saudari yang muda sering berkata bahawa “sukar mencari jodoh/pasangan yang sesuai di dalam gereja”. Adakah hakikatnya sedemikian? Sesungguhnya tidak. Belia yang berkata sedemikian hanya mementingkan rupa wajah, tahap pendidikan atau kekayaan pihak lain, dan mengabaikan kualiti dalam iman kepercayaan. Bagi umat kristian, “kesesuaian” yang paling besar adalah memiliki iman kepercayaan yang sama – ini merupakan unsur yang utama dalam perkahwinan umat kristian.

6. Nasihat dan peringatan golongan senior di gereja sudah ketinggalan zaman

Kini, ramai belia yang berpendapat bahawa nasihat mengenai perkahwinan yang dikemukakan oleh golongan senior di gereja kepada mereka sudah ketinggalan zaman, tidak bersesuaian dengan trend dunia. Sebenarnya, golongan senior merupakan seorang yang berpengalaman dalam perkahwinan, mempunyai pengenalan dan pengalaman yang banyak terhadap perkahwinan. Jika belia dapat merujuk kepada peringatan yang diberi oleh mereka, maka dipercayai bahawa sudah tentu adanya manfaat bagi mereka. Jika tidak mendengar nasihat dan berkeras untuk melakukannya, maka akan menerima balasan dalam darah dan air mata.

F. Cara Pemilihan Pasangan/Jodoh Di Dalam Tuhan

  1. Serahkannya ke dalam tangan Tuhan, banyak berdoa dan bersandar kepada Tuhan, memohon Tuhan untuk memimpin dengan tumpukan  perhatian yang sepenuhnya.
  2. Banyak menyertai kerja suci, meningkatkan peluang untuk berkenalan dan bergaul sesama saudara-saudari.
  • Mematuhi pengaturan Tuhan, rela menerima “Adam” atau “Hawa” yang diaturkan/dipadankan oleh Tuhan.

(Dibaca : 924 kali)


Gereja Yesus Benar Sabah

1 Comment

  1. Ina says:

    Jika pasangan mempunyai hubungan datuk adik beradik kandung, adakah mereka dapat berkahwin?

Leave a Comment

 

— required *

— required *