Kembali ke Gereja yang Benar

PRAKATA

Sewaktu  kita merentas jalan kehidupan, kita semua  bergerak ke depan dalam satu arah ataupun sebaliknya. Ada kalanya  kita bertembung  dengan  halangan ataupun lencongan. Dan ada kalanya kita  mesti mendaki gunung ataupun bukit dan menyeberang  sungai-sungai  ataupun  lautan. Tidak kira apa  jua jalan yang  kita rentasi, semuanya akan berakhir dengan satu destinasi yang persis –  Kematian.  Ini bererti pengakhiran bagi segala sesuatu yang mereka kerjakan seumur hidup mereka. Akan tetapi,  terdapat segelintir manusia yang mengharapkan kedatangan hari “Pengakhiran yang Agung”. Ini  adalah kerana mereka berada di tangga  yang menuntun mereka menuju ke suatu domisil indah yang bernama Sorga. Adakah anda berada di tangga yang menuju ke Sorga?

Buku  kecil  ini menyampaikan langkah terakhir dari empat langkah yang menuntun seseorang ke menjejaki tangga yang menuju ke Sorga. Adalah disyorkan  agar  anda  menghabiskan jilid  yang  pertama iaitu: Setiap Insan Perlu  Menyembah  Tuhan Benar,  jilid  yang kedua, Jatuh Dari Anugerah  dan jilid  yang ketiga, Percaya  Kepada  Tuhan, sebelum  anda membaca jilid yang terakhir ini, Kembali Ke Gereja Yang Benar. Keempat-empat  jilid  ini dirangkumkan dalan sebuah buku Tangga Menuju Sorga. Matlamat buku kecil ini adalah untuk membekalkan pembaca suatu rujukan kepada perjalanan seseorang yang menuju ke Sorga. Semoga terang mulia di hujung jalan akan memancari jalanmu ke depan! Semoga Roh Kudus menyinari setiap daripada langkah anda semasa anda menghampiri ke terang sorga!

Matlamat

Samada anda seorang Kristian atau tidak, anda mungkin ada berfikir: Mengapakah terdapatnya begitu banyak denominasi-denominasi Kristian? Mengapakah terdapat begitu banyak gereja yang berbeza padahal hanya terdapat satu Tuhan Yesus Kristus dan satu Alkitab? Daripada begitu banyak gereja, gereja yang manakah yang adalah benar? Soalan-soalan ini  hanya  boleh  dihadapi melalui  konteks Alkitab, disebabkan Kitab Suci ini dengan jelasnya mendedahkan kepada kita tentang Gereja benar yang  diakui  oleh Tuhan.

Setelah  kita percaya kepada Tuhan dan menerima Tuhan Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Juruselamat  peribadi kita, langkah seterusnya bagi kita adalah untuk mengenalpasti gereja yang kita anuti. Ini adalah sangat penting kerana tiada seorangpun yang dapat berdiri teguh di dalam iman secara sendiri. Akan tetapi, adakah kita mengetahui bahawa gereja yang kita pergi itu memainkan peranan yang  penting dalam keselamatan jiwa kita? Anda mungkin berkata: “Saya pergi ke gereja yang terletak di  selekoh yang berdekatan dengan rumah saya. Gereja mana yang saya pergi, tidak penting, asalkan ia adalah sebuah gereja.” Kebanyakan kita mengetahui bahawa pergi ke gereja dengan automatiknya akan membolehkan kita mengarah ke tangga Syurga. Namun, kita tidak sedar betapa pentingnya untuk kita mencarikan  gereja benar  yang  bertepatan dengan ajaran-ajaran Alkitab.

Dalam lembaran kecil ini, kita akan mencari  di  dalam Alkitab  – perkataan Tuhan sebagai dasar untuk mengenalpasti Gereja Benar Tuhan. Kita melihat dari Gereja Peringkat Awal para rasul dan kita akan melihat bagaimana  ianya telah  diasaskan setelah penurunan Roh Kudus. Dengan  melihatkan ciri-ciri Gereja rasul pada Peringkat Awal, kita dapat belajar tentang kriteria-kriteria sebuah Gereja yang benar. “Dalam zaman dan angkatan yang penuh kekeliruan dengan keghaiban metafizik yang semakin meningkat, ditambahkan dengan gerakan-gerakan karismatik yang menyelebungi agama Kristian dari hari ke sehari, ianya sangat membimbangkan baik umat Kristian maupun yang bukan Kristian”. Akan tetapi, bagaimanakah kita membezakan sesebuah gereja  dengan gereja  yang lain? Pada hari ini, kita memerlukan sinaran Roh Kudus Tuhan untuk mengaruniakan kepada kita hikmat rohani untuk membuat perbezaan dengan bijak.  Kita  memerlukan  Firman Tuhan  untuk  memimpin kita sepanjang  perjalanan  iman kita. Seandainya  kita  milik  kepada sesebuah  gereja  yang  tidak menuntun kita  ke Kerajaan  Syurga, bukankah kita telah percaya kepada Tuhan secara sia-sia sahaja?

Semoga lembaran kecil  ini  dapat  menolong  anda mencapai suatu pemahaman yang lebih baik terhadap Kebenaran,  dan juga  dapat  menolong anda kembali kepada iman rasul-rasul  yang begitu  murni dan tulin pada masa Gereja peringkat  awal. Kami juga  berharap ia dapat melenyapkan keraguan serta prasangka yang anda punyai terhadap Kristianiti secara asas, dan juga Tuhan Kristus Yesus.  Pada masa yang sama, kami  mempelawa  anda agar mencapai pengenalan yang lebih dalam tentang Kebenaran Gereja Yesus Benar.  Sila  jangan  berasa  ragu-ragu untuk menghubungi   para penginjil  kami di Gereja Yesus Benar yang berdekatan dengan lokasi anda; kami amat menghargai segala  pertanyaan yang anda kemukakan.

Tatkala anda  membaca jilid yang terakhir ini, sila  ambil perhatian  bahawa  hikmat  dan  pengetahuan  Tuhan adalah teramat besar. Jilid  ini  hanya  menyumbangkan secebis pengertian kami tentang alam rohanian. Semoga Tuhan memberkati anda dalam ikhtiar anda untuk mengenaliNya. Amin.

(Dibaca : 362 kali)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *