Tuhan Menyelamatkan Suami Saya

Saksian oleh: Au Pit Lin (Puan Dn. Jonah Yapp)
Tarikh: 22 Julai 1987

Haleluya! Dalam nama Tuhan Yesus, saya bersaksi bagi suami saya, Diakon Jonah Yapp. Saya bersyukur kepada Tuhan kerana memberikan peluang ini kepada saya untuk bersaksi bagiNya supaya barangsiapa yang membaca artikel ini akan mengetahui kasih karunia, belas kasihan dan kasih Tuhan akan diberikan kepada mereka yang benar-benar bersandar dan percaya kepadaNya.

Dn. Yapp telah menderita debaran jantung selama bertahun-tahun lamanya. Semakin lama, keadaannya semakin tenat dan kadar nadinya menjadi tidak tetap, namun dia masih menafikan yang sedang sakit. Menaiki beberapa tingkat tangga atau berjalan dengan cepat akan menyebabkannya sesak nafas. Dia juga akan berasa sungguh lelah selepas sehari suntuk bekerja. Paras wajahnya selalu pucat dan dia juga berpeluh dengan banyaknya. Tujuh tahun yang lalu, semasa dia jatuh sakit, saya telah membawanya berjumpa dengan seorang doktor di Kota Kinabalu yang telah membuat pemeriksaan rapi terhadapnya. X-ray telah menunjukkan bahwa bahagian kiri jantungnya telah membesar dan elektrikardiogram (ECG) pula menunjukkan bahwa denyutan jantungnya adalah tidak tetap. Doktor telah mengesahkan bahwa dia menghidap penyakit “Rheumatic Heart Disease”.

Dia diberi makan ubat-ubatan untuk menstabilkan denyutan jantungnya dan juga dinasihatkan agar banyak berehat dan tidak boleh melakukan senaman yang menggunakan banyak tenaga. Selepas satu setengah tahun, jantungnya di x-ray lagi. Keputusannya sungguh mengecewakan. Jantungnya tidak menjadi kecil sebaliknya saiznya lebih membesar. Doktor itu menasihatkannya agar pergi berjumpa dengan pakar sakit jantung di Singapura di mana dia telah melakukannya pada September 1981.

Selepas berbagai ujian, maka didapati bahwa injap ventrikel (bilik jantung) telah banyak rosak, satu keadaaan yang dikenali sebagai “severe mitral valve incompetence” dari segi istilah perubatan dan pembedahan harus dilakukan dalam masa satu tahun untuk membetulkan keadaannya sekiranya tidak dia akan menghidap kelemahan jantung. Berita ini sungguh menggemparkan kami. Doktor di Kota Kinabalu mencadangkan agar Dn. Yapp melakukan pembedahannya di New Zealand kerana ianya adalah terkenal dengan pembedahan jantung di dunia.

Kami langsung tidak tahu apa yang harus dilakukan dan hanya berdoa memohon bantuan Tuhan. Masalah kami banyak sekali. Pertama, kami memang tidak dapat mengumpulkan begitu banyak wang dalam masa yang singkat ini untuk menghantar Dn. Yapp melakukan pembedahannya di New Zealand. Kedua, kami tidak pasti sama ada dia perlu dibedah atau tidak, kadang-kala agar dia tidak perlu dibedah kerana pembedahan ini sungguh teliti dan merbahaya.

Syukur kepada Tuhan atas pengajaranNya yang ajaib yang tercatat dalam Amsal 3:5-6. “Percayalah kepada TUHAN dengan segenap hatimu, dan janganlah bersandar kepada pengertianmu sendiri. Akuilah Dia dalam segala lakumu.” Jadi kami bercadang untuk bersandar kepada Tuhan dengan segenap hati. Kami selalu berdoa kepada Tuhan agar menyembuhkan Dn. Yapp dan memimpin kami apa yang harus dilakukan. Saudara-mara yang terdekat telah berkali-kali menawarkan bantuan untuk menolong kami agar Dn. Yapp boleh melakukan pembedahannya dengan segera. Tetapi setiap kali, saya menolak tawaran mereka setelah bercadang untuk bersandar kepada Tuhan dengan sepenuhnya.

Pada bulan Julai 1982, seorang pegawai telah ditukarkan untuk bertugas dalam jabatan kerajaan yang sama dengan saya. Pada suatu hari, secara tidak sengaja, saya telah memberitahu kepadanya mengenai penyakit Dn. Yapp. Pegawai itu adalah seorang yang bersikap suka menolong, lalu dia memberitahu saya bahwa mengikut peraturan kerajaan, terdapat satu peruntukan yang membenarkan kakitangan wanita memohon bagi suaminya atau ahli keluarganya mendapatkan rawatan di luar negeri sekiranya rawatan perubatan sedemikian tidak terdapat dalam Malaysia. Dengan segera saya pergi berjumpa dengan Pengarah Perkhidmatan Perubatan dengan membawa bersama surat dari pegawai itu dan juga laporan perubatan Dn. Yapp. Selepas bertanyakan banyak soalan, dia menyuruh saya agar jangan bimbang dan mengatakan bahwa dia akan memberi jawapan tidak lama lagi.

Pada keesokan hari, pejabat saya menerima sepucuk salinan surat yang dikirm oleh Pengarah Perkhidmatan Perubatan kepada Jabatan Ketua Menteri yang mencadangkan Dn. Yapp di hantar ke New Zealand untuk menjalani pembedahan. Syukur kepada Tuhan! Dua hari kemudian, kebenaran rasmi dari Jabatan Ketua Menteri sampai. Tiket kapal terbang Dn.Yapp ke New Zealand dan segala perbelanjaan perubatannya akan ditanggung oleh kerajaan. Kemuliaan bagi Tuhan! Kami maklum Tuhan telah mendengarkan doa kami. Kami benar-benar bersyukur kepada Tuhan dan berasa sukacita kerana kami telah memegang iman dalam Tuhan.

Sebelum kami bertolak ke New Zealand, saya dicobai oleh Iblis sebanyak tiga kali. Kali yang pertama adalah semasa saya terjaga pada waktu tengah malam, saya telah melihat orang yang baring di sebelah saya bukan suami saya tetapi seorang yang tidak dikenali. Saya terpaksa memerhati dengan teliti dan lama sebelum lembaga itu mengambil bentuk suami saya semula. Pengalaman yang kedua juga berlaku pada tengah malam. Saya telah melihat seorang yang berbaju hitam berdiri di depan meja solek saya dan menatap saya. Kali yang ketiga terjadi dalam satu mimpi. Saya melihat lembaga berbaju hitam yang sama berdiri di tepi bilik tidur saya. Lembaga itu meletakkan tangannya merentangi pintu untuk menghalang saya dari melalui di situ. Saya sangat terganggu oleh fenomena yang ganjil ini dan saya bertanya samada ini adalah malapetaka yang akan menimpa kelak. Selepas berfikir lama, saya bercadang agar tidak percaya kepercayaan karut ini dan mengambil kesimpulan bahwa ini adalah kerja Iblis yang Cuma melemahkan iman saya. Oleh kerana Tuhan telah menyediakan segala bagi kami, saya mesti tidak boleh jatuh dalam percubaan Iblis. Saya terus berdoa dan menyerahkan segala kepada Tuhan.

Pada 28 Ogos 1982, Dn Yapp dan saya bertolak ke Auckland. Kami sampai di situ pada 10:30 pagi. Pada ketika itu menjelang musim bunga dan satu pemandangan yang indah menyambut kedatangan kami. Bunga sedang berkembang di merata tempat dan pokok-pokok juga dipenuhi dengan tunas muda. Dalam keadaan yang lain, saya tentu berasa kagum sekali kerana kembali ke New Zealand pada kali selama 20 tahun, tetapi kali ini, saya sampai di sini dengan fikiran yang bercampur-aduk.

Mengikut aturan, kami akan tinggal di sebuah motel yang berdekatan dengan hospital di mana Dn. Yapp akan dimasukkan. Namun begitu, kami berasa sungguh terkejut kerana berjumpa dengan kawan lama saya yang telah berpisah selama lebih dari 10 tahun. Dia bersama suaminya berada di lapangan terbang untuk membawa kami pulang dan tinggal bersama mereka. Ibu bapanya yang telah menjangkau usia lapan puluh lebih juga berada di situ untuk menyambut kami. Kami sungguh tergerak oleh sambutan mesra mereka dan percaya ini adalah aturan/rancangan Tuhan yang indah.

Pada minggu yang pertama, Dn. Yapp terpaksa menjalani berbagai ujian. Cuaca sejuk dan perubahan cuaca secara tiba-tiba menyebabkannya kelihatan pucat. Saya sungguh bimbangkannya. Sering sekali pada waktu malam, semasa dia telah tidur, saya akan menangis senyap-senyap, bimbangkannya dan juga banyak perkara yang lain. Saya bertanya-tanya bagaimana akan berdepan dengan ibu bapa dan saudara kami yang berada di rumah sekiranya sesuatu yang tidak baik menimpanya. Oleh kerana saya berada dalam negeri yang lain dan berjauhan dari rumah, saya berdoa, sesat dan tidak berdaya, terutama apabila yang paling buruk itu masih belum berlalu. Walaupun saya tidak dapat menguasai perasaan sedih tetapi saya mempunyai keyakinan bahawa Tuhan akan menolong Dn. Yapp menjalani pembedahan ini dengan berjaya.

Pada hari Ahad, 5 September 1982, Dn. Yapp dimasukkan “Mater Miseri-cordiac Hospital” untuk dibedah pada keesokan harinya jam 10.00 pagi. Syukur kepada Tuhan apabila tiba masa untuk dibedah, kami tidak berasa takut. Kami sesungguhnya percaya oleh kerana Tuhan telah menunjukkan satu jalan. Dia juga pasti akan menyembuhkan penyakit Dn. Yapp melalui tangan pakar bedah ini. Kami mempunyai keberanian setelah mengetahui bahawa seiman kami di Singapura dan Sabah berdoa baginya.

Saya dinasihatkan agar berada di hospital pada 1.00 petang apabila pembedahan Dn. Yapp selesai. Pada pagi itu, semasa dia sedang menjalani pembedahan, saya berdoa senyap-senyap. Sungguh menghairankan sekali, saya tidak berasa takut lagi sebaliknya saya mengalami damai sejahtera yang tertentu dan juga segenap hati percaya bahwa Dn. Yapp akan sembuh semula. Apabila saya sampai di hospital, Dn. Yapp sudah pun dibawa keluar dari Bilik Pembedahan pada 12:30 petang dan ditempatkan di Unit Penjagaan Rapi. Saya diberitahu bahwa pembedahan telah berjaya dan mengambil masa dua setengah jam saja. Syukur kepada Tuhan kerana menggembalikan nyawa Dn. Yapp. Oleh kerana injap ventrikular telah rosak dan tidak boleh diperbaiki, ianya telah digantikan dengan injap tiruan.

Selepas berada di hospital selama 11 hari, Dn. Yapp dibenarkan keluar. Semua orang yang berada di hospital berasa kagum dengan kepulihannya yang cepat. Kami bersyukur kepada Tuhan dan juga saudara/i yang di rumah atas doa mereka. Selepas seminggu, Dn. Yapp dikeluarkan dari hospital, kami melancong ke sebelah selatan negeri itu untuk melihat pemandangannya. Dengan baki masa kami di Auckland, Dn. Yapp terpaksa menjalani lebih banyak ujian dan juga pemeriksaan selepas pembedahan. Oleh kerana dia kelihatan sihat untuk membuat perjalanan, akhirnya kami meninggalkan Auckland dan sampai di rumah pada 5 Oktober 1982.

Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana bukan saja memulihkan kesihatan Dn. Yapp tetapi juga memberikan satu peluang lagi untuk melawat New Zealand dan berjumpa dengan begitu ramai kawan lama, yang budi baik mereka takkan kami lupakan. Saya selalu percaya bahwa Tuhan telah menetapkan segala sesuatu untuk satu tujuan yang baik bagi kami, seperti yang tercatat dalam Roma 8:28, “Kita tahu sekarang, bahwa Tuhan turut bekerja dalam segala sesuatu untuk mendatangkan kebaikan bagi mereka yang mengasihi Dia, yaitu bagi mereka yang terpanggil sesuai dengan rencana Tuhan.”

Sekarang Dn. Yapp telah sihat. Syukur kepada Tuhan atas belas kasihanNya dan semoga namaNya dimuliakan. Akhir sekali, Dn. Yapp dan saya ingin berterima kasih kepada semua diakon, penginjil, saudara dan saudari seiman kerana mengingatkan selalu dalam doa dan membantu agar dia disembuhkan dengan cepat.

Amin.

(Dibaca : 433 kali)


Gereja Yesus Benar Sabah

No comments yet... Be the first to leave a reply!

Leave a Comment

 

— required *

— required *