Renungan Semasa Doa Perjamuan Kudus

Haleluya!

Tuhan Yesus Kristus yang dikasihi:

Betapa kami rindu Engkau! Kerana Kamu mengasihi kami, mengorbankan diri demi kami, telah menanggungkan hukuman dosa bagi kami, menyelamatkan kami menjauhi dari kuasa si iblis, meninggalkan kematian. Kami telah diselamatkan, tetapi Engkau telah menerima hukuman. Kami berteriak gembira, tetapi ini adalah kesudahan penderitaanMu di atas kayu salib…

Pada masa ini, kami umpama datang ke Golgota, berdiri di bawah salibMu untuk memandang kepadaMu. Kami umpama melihat kedua-dua tangan dan kakiMu dipaku atas kayu, melihat darah bernilaiMu mengalir dari kayu salib. Kami melihat tubuhMu yang telah dipukul, sehingga semua bahagian tubuhMu telah cedera. Kami melihat wajahMu yang murung dan sakit, penderitaan selama enam jam. Hati kami telah pecah. Ya Tuhan yang dikasihi! Apakah yang harus kami lakukan untuk menyembuhkan kecederaanMu dan menghiburkan hatiMu yang luka?!

Yesus yang dikasihi: membenarkan kami rabah tubuhMu, menggunakan tangan kami mngenakan minyak kasih untuk Engkau supaya lukaMu dapat sembuh. Kami rela dipapah oleh tanganMu yang dipaku, mengikutiMu selamanya, berada di sisiMu, mengasihiMu untuk selama-lamanya! Amin.

(Dibaca : 1184 kali)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *