Mati dan Hidup

Ayat Kitab: 1Kor 15: 35-36

1. Keinginan daging adalah maut (Rm 8:5-6).

  • Keinginan daging adalah perseteruan terhadap Tuhan (Rm 8:7).
  • Keinginan daging berlawanan dengan keinginan Roh, orang tidak mampu melakukan firman, iman mereka adalah mati (Gal 5:17; Yak 2:18).

2. Hidup menurut daging, akan mati (Rm 8:13).

  • Kerana dalam tubuh badan tiada sesuatu yang baik, dan ada kuasa berdosa menawan manusia (Rm 7:18, 23-24).
  • Sesiapa menabur dalam dagingnya, ia akan menuai kebinasaan dari dagingnya (Gal 6:8).

3. Dukacita yang dari dunia ini menghasilkan kematian (2Kor 7:10).

  • Kekhuatiran masa kini meletihkan hati manusia (Luk 21:34).
  • Kekhuatiran dunia menghimpit firman itu sehingga tidak berbuah (Mat 13:22).

4. Dengan Roh mematikan perbuatan-perbuatan tubuh, akan hidup (Rm 8:13).

  • Sesiapa menabur dalam Roh, ia akan menuai hidup yang kekal dari Roh itu (Gal 6:8).
  • Harus menyalibkan daging dengan segala hawa nafsu dan keinginan (Gal 5:24).

5. Mati terhadap dosa, hidup untuk kebenaran (1Ptr 2:24; Rm 6:16).

  • Sakramen Pembaptisan ialah mati dalam dosa, selepas itu harus hidup demi Tuhan (Rm 6:2-4).
  • Harus memandangkan diri telah mati bagi dosa, tetapi hidup bagi Tuhan (Rm 6:11).

6. Setia sampai mati dalam firman, akan menerima mahkota kehidupan (Why 2:10).

  • Menyangkal diri, memikul salib dan mengikut Yesus (Mat 16:24-25).
  • Paulus senantisa membawa kematian Yesus, supaya kehidupan Yesus menjadi nyata di dalam tubuhnya (2Kor 4:10).

Kesimpulan: Orang yang mengasihi (menurut) daging, akan kehilangan nyawa, orang yang benci (mematikan) kejahatan tubuh, akan memelihara untuk hidup yang kekal (Yoh 12:25).

(Dibaca : 523 kali)


Gereja Yesus Benar Sabah

No comments yet... Be the first to leave a reply!

Leave a Comment

 

— required *

— required *