Doktrin Hari Sabat: Bab 7 (7.8 – Akhir Kata)

Kita telah menganalisis dan membuat pemerhatian terhadap peristiwa-peristiwa dalam Alkitab dan sejarah dari pelbagai arah dan mendapati bahawa Kristian harus melalui Sabat dengan hati yang sukacita dan menghormati Tuhan. Kenyataan ini adalah janji yang ditetapkan Tuhan di syurga. Ia bukan suatu perjanjian yang boleh diubah yang diikat sesama manusia. Kita juga mendapati “Hari Tuhan” yang dipegang oleh Kristian pada hari pertama dalam seminggu bukan ketetapan Alkitab dan juga bukan hari yang harus dipegang oleh Kristian sebenar.

Sememangnya ramai orang pada zaman perjanjian baru jatuh dan hilang berkat syurga kerana kata-kata Yesus yang lain daripada tradisi orang Yahudi. Begitu juga ramai yang jatuh pada hari ini kerana hari Sabat dalam Alkitab lain dengan aliran Kristian yang utama, dan menyebabkan mereka tidak ber- keberanian untuk meninggalkan kebiasaan lampau dan berpaling kepada Alkitab. Tuhan sendiri berfirman,

Dan berbahagialah orang yang tidak menjadi kecewa dan menolak Aku. (Mat 11:6)

Oleh itu, berbahagialah orang yang tidak jatuh kerana kebenaran Alkitab. Kita harus mempunyai keberanian untuk melepaskan diri dari kebiasaan yang salah. Tuhan juga berfirman,

Sejak tampilnya Yohanes Pembaptis hingga sekarang, Kerajaan Sorga diserong dan orang yang menyerongnya mencoba menguasainya. (Mat 11:12)

Sekiranya tidak cukup berani dan berusaha, bagaimanakah dapat masuk syurga?

Kita harus ada hikmat yang dapat membedakan apa yang betul dan apa yang salah semasa mengkaji Alkitab, dan juga berkeberanian untuk meninggalkan kesilapan.

Tetapi hikmat Allah dibenarkan oleh perbuatannya. (Mat 11:19)

Kiranya kita yang takut akan Tuhan dan menyembah Tuhan mempunyai hikmat rohani untuk mengenal kenyataan ini dengan teguh. Marilah kita menikmati berkat Tuhan yang besar ini bersama. Amin.

Doktrin Hari Sabat: Bab 7 (7.7 – Kesaksian)

Tuhan senantiasa mengingatkan umat-Nya yang telah lalai untuk memperingati Hari Sabat. Berikut adalah rujukan kesaksian.

Sabat yang membawa berkat

Saksian Lin Zhi-Hong

Pada tahun 1987, saya seorang pelajar menengah tinggi yang sangat sibuk kerana persaingan yang sengit untuk melanjutkan pelajaran. Saya mengetahui kepentingan kebaktian Sabat kerana sejak kecil lagi saya telah menerima pendidikan agama. Dalam hidup persekolahan yang sibuk, saya berasa kebaktian Sabat menjadi lebih berharga.

Sesudah sibuk dengan kuliah yang banyak dan berat sepanjang minggu, maka saya akan berasa sangat sukacita dan pergi ke gereja pada setiap hari Sabat. Selain mendengar firman dalam kebaktian, saya juga berdoa dengan lebih panjang dan mendalam, serta menyanyi kidung bersama tiga hingga lima seiman. Inilah perkara-perkara yang tidak boleh atau terkurang untuk menikmati hari Sabat. Kebaktian kelas menengah adalah perjamuan rohani yang dipimpin dan dirancang oleh senior kami.

Disebabkan kebaktian Sabat adalah sepanjang hari, maka keluarga saya membantah saya meluangkan terlalu banyak masa di gereja. Dengan itu, saya bergegas balik ke rumah selepas habis kebaktian Sabat. Saya juga tidak dapat menumpukan perhatian dalam kebaktian kerana berasa gelisah akan tugasan sekolah yang belum siap. Saya langsung tidak berasa sukacita.

Tidak sangka pula menjelang peperiksaan, didapati ada batu dalam ginjal saya sehingga kencing berdarah selama seminggu lebih. Pada masa itu, diaken dan penguasa gereja memberi keprihatinan dan datang ke rumah untuk melawat saya. Setelah berbincang dengan ibu bapa, baru tahu kejadian ini adalah kehendak Tuhan yang indah. Selepas ahli keluarga dan saya berdoa dan bertobat bersama-sama, serta bantuan doa daripada kasih seiman-seiman, ahli keluarga saya pun tidak membantah lagi. Dalam sinaran pagi semasa saya mengingati Sabat semula dengan hati yang girang, batu tersebut dapat disalirkan dan sembuhlah sakit saya.

Saya bersyukur kepada Tuhan kerana Dia menetapkan Hari Sabat bagi saya sejak dunia dijadikan. Saya memuji-Nya kerana Dia berbelas kasihan terhadap tubuh saya yang lemah dan berbeban berat. Saya mahu menyanyi kidung memuji-Nya kerana Tuhan memberi sukacita kepada saya pada hari Sabat. Betapa berkelimpahannya kasih karunia Tuhan.

Apabila engkau tidak menginjak-injak hukum Sabat dan tidak melakukan urusanmu pada hari kudus-Ku; apabila engkau menyebutkan hari Sabat “hari kenikmatan”, dan hari kudus TUHAN “hari yang mulia”; apabila engkau menghormatinya dengan tidak menjalankan segala acaramu dan dengan tidak mengurus urusanmu atau berkata omong kosong, maka engkau akan bersenang-senang kerana TUHAN, dan Aku akan membuat engkau melintasi puncak bukit-bukit di bumi dengan kenderaan kemenangan; Aku akan memberi makan engkau dari milik pusaka Yakub, bapa leluhurmu, sebab mulut Tuhanlah yang mengatakannya. (Yes 58:13-14)

 

Tidak memegang Sabat dan dihukum oleh Tuhan

     Saksian Chen Xue-jin

     Pada tahun 1972, saya menjadi seorang pemandu lori di kilang gula terletak di Tai-tung. Pada pukul 5.30 pagi setiap hari, saya akan masuk ke bilik pengurusan pengangkutan untuk melihat destinasi yang ditentukan. Selepas itu, barulah saya dan pembantu saya bertolak ke destinasi.

Pada Sabat pertengahan bulan Julai, disebabkan mesin dalam kilang telah rosak, maka pihak atasan memaklumkan kami bahawa tidak perlu terlalu banyak tebu kerana masalah kerosakan mesin. Oleh itu, kami hanya diminta untuk mengangkut tebu sekali saja dan lepas itu boleh berehat. Dengan itu, setiap lori masing-masing berangkat ke destinasi masing-masing. Pagi itu adalah hari Sabat. Saya diminta pergi ke ladang Feng-nong. Saya berfikir dalam lori, saya boleh berehat hari ini. Saya pun memberitahu pekerja-pekerja menaikkan tebu ke lori dengan perlahan-lahan kerana hanya diangkut sekali sahaja pada hari itu. Saya juga meminta mereka berehat jika berasa penat. Tujuan saya berbuat begitu adalah untuk melengah-lengahkan masa supaya saya dapat mengelak diri dari kebaktian Sabat.

Pada masa itu, terdapat empat orang pekerja, dua orang pekerja di atas lori dan dua orang lagi berada di sebelah kiri lori. Biasanya, kami hanya menggunakan masa selama 40 minit untuk mengisi muatan ke dalam lori. Tetapi pada hari itu, kami terpaksa menggunakan masa selama 4 jam untuk mengisi muatan yang seberat kira-kira 8 hingga 9 tan. Saya melihat masa pada jam tangan saya menunjukkan jam sepuluh pagi. Kira-kira jam 11 pagi lebih baru saya dapat sampai di kilang, dan waktu itu kebaktian pun hampir tamat. Dengan itu, saya pun bersiap berangkat balik ke kilang. Sewaktu menghidupkan enjin, saya terasa ada suatu yang akan berlaku. Dalam masa yang singkat, lori saya tiba-tiba terbalik ke sebelah kiri. Saya terus memegang stering dengan kuat dan menjerit ‘Haleluya’. Saya terdengar bunyi rebah yang kuat, dan terfikir dalam hati saya, pekerja-pekerja yang berada di atas lori dan di sebelah kiri lori pasti akan cedera parah atau mati dihimpit oleh muatan tebu yang seberat 8 hingga 9 tan itu. Saya segera keluar dari lori, tetapi mereka semua selamat dan berdiri di tepi melihat kepada saya.

Mengikut keadaan itu, mereka sudah pasti tidak dapat mengelakkan diri kerana lori terbalik secara tiba-tiba, bahkan jatuh ke tempat mereka berdiri dan lagipun tempat mereka berdiri itu adalah semak duri. Tambahan pula, mereka yang berada di atas lori sudah tentu tidak dapat mengelakkan diri dan akan cedera ditindih tebu ketika lori itu terbalik. Sungguhpun demikian, empat orang pekerja itu dapat melarikan diri dalam masa yang suntuk dan tidak ada yang mati atau cedera. Saya berfikir inilah kasih karunia Tuhan, lalu air mata saya terus mengalir. Saya sangat bersyukur kepada Tuhan. Sekiranya berlaku sesuatu yang di luar dugaan, sudah tentu akibatnya sangatlah teruk. Dalam hal ini, saya dapat mengalami perkataan dalam Alkitab ini bahawa:

Allah itu bagi kita tempat perlindungan dan kekuatan, sebagai penolong dalam kesesakan sangat terbukti. (Mzm 46:1)

Kasih setia dan belas kasihan Tuhan memang ajaib dan di luar jangkaan. Sewaktu saya memberontak, Tuhan masih menghulurkan tangan-Nya untuk melindungi saya. Sabat merupakan salah satu daripada 10 firman yang tidak boleh diingkari oleh setiap seiman. Kiranya hajaran yang saya terima ini dapat menjadi peringatan kalian. Segala kemuliaan diberikan kepada nama Yesus. Amin. (Dipetik daripada majalah Roh Kudus tahun 1975)

Dihajar Tuhan kerana tidak memegang Sabat dan tidak bersaksi tentang kasih karunia Tuhan

Laporan Xu Tong-lin

Ini adalah saksian saudari Wang Xie, seorang peniaga, berumur 35 tahun dan tinggal di No. 226-15, Jalan Tong Men, Bandar Tai Nan. Setelah percaya Tuhan, dia haus akan kebebasan memegang hari Sabat dan memohon Tuhan memberi peluang perniagaan yang baik kepadanya. Akhirnya, dia mendapat apa yang dihajatnya dan amat gembira.

Tidak lama kemudian, perniagaannya bertambah baik. Dia pun berfikir dalam hati tidaklah menjadi masalah besar sekiranya memegang Sabat setengah hari saja. Akhirnya, dia tidak mengikuti Sabat kira-kira dua bulan. Pada suatu pagi Sabat, dia bersiap untuk keluar menjual baju. Tiba-tiba perutnya sakit dan kencingnya berdarah dan ada lendir yang berbau busuk. Dia berasa tersangat sakit, lalu dia pun pergi ke hospital dan mendapati dirinya telah menghidapi radang pundi kencing. Dengan itu, dia mengetahui bahawa perkara ini adalah peringatan dan hajaran dari Tuhan. Setelah sampai di rumah, dia pun segera bertobat dan berdoa meminta Tuhan mengampuni dan berjanji akan bersaksi demi Tuhan apabila sembuh. Syukur kepada Tuhan kerana setelah berdoa sejam, dia pun pergi membuang air kecil, dan didapati warna kencingnya telah menjadi jernih. Dia tidak lagi berasa sakit pada bahagian pundi kencingnya. Pada pukul 8.30 pagi, dia mengenakan pakaian untuk pergi ke gereja. Sesudah habis mengikuti kebaktian, dia dapat pergi ke suatu perkampungan dan membawa barangan kembali. Jadi, kelihatan penyakitnya telah sembuh.

Selepas seminggu, dia masih tidak berani bersaksi di atas mimbar pada hari Rabu minggu tersebut. Sesudah habis kebaktian dan sampai di rumah, penyakitnya datang kembali. Dia segera mengetahui Tuhan memperingatkan- nya. Dia pun sujud berdoa selama satu jam, lalu berasa tidak lagi sakit. Oleh yang demikian, dia meminta supaya diberi kesempatan untuk menyampaikan saksian pada minggu yang akan datang. Syukur kepada Tuhan, selama ini segalanya damai sejahtera dan setiap Sabat dia pasti berehat sepanjang hari untuk mengikuti kebaktian Hari Sabat. (Dipetik daripada Siri Kesaksian Tanda Mukjizat Gereja-gereja Taiwan tahun 1974, halaman ke-34)

Tidak memegang Sabat kerana ribut dan ditegur

Laporan Wu Shun-Qing

Haleluya! Dalam nama Tuhan Yesus saya menyampaikan saksian. Saya bernama Lo Dai-yu dan berumur 43 tahun. Saya tinggal di rumah No. 125, Lorong 5, Kampung Jia-le, Mukim Jian-se, daerah Tao-yuan. Pada hari Sabtu bersamaan 18 September 1971, semasa ribut taufan melanda, saya dan keluarga masih sempat mengikuti kebaktian Sabat pada sebelah pagi. Disebabkan ribut kuat pada waktu petang dan perjalanan kaki ke gereja agak licin, saya pun membuat keputusan untuk tidak pergi ke kebaktian dan tidur di rumah. Semasa tidur, saya mendengar orang berkata dengan nyaring,

     “Mengapa kamu masih tidur di sini! Masa kebaktian hampir tiba, lekas pergi!”

Rupa-rupanya satu mimpi. Biarpun hujan lebat, saya masih pergi ke kebaktian Sabat kerana hari ini amatlah penting. Apabila sampai di sana, saya sempat lagi mengikuti nyanyian kidung. Syukur kepada Tuhan kerana mengingatkan saya tepat pada waktunya sehingga saya lebih memahami bahawa kebaktian Sabat harus diikuti. Bagi nama Tuhan segala kemuliaan. Amin. (Dipetik daripada Siri Kesaksian Tanda Mukjizat Gereja-gereja Taiwan tahun 1971, halaman ke-17)

Tidak memegang Sabat dan dihajar Tuhan

Saksian Lin Yi-Shou, dicatat oleh Zhou Fui-On

Nama saya Lin Yi-shou. Saya tinggal di Kampung Xi-pin, Mukim Gu-kan, daerah Yun-lin, Taiwan. Saya dari Gereja Mei-shan. Sejak percaya kepada Tuhan, saya menerima kasih karunia Tuhan yang tidak terhingga. Syukur kepada Tuhan. Saya melakukan perniagaan membuat alas pemotong. Saya akan membeli kayu yang sesuai, kemudian memprosesnya menjadi sekeping-keping alas pemotong, lalu mengedarkanya ke tempat lain untuk dijual. Oleh sebab perkakas ini amat diperlukan oleh setiap rumah, maka permintaannya juga sangat tinggi melebihi penawaran. Terutama pada musim perayaan, jumlah jualan akan meningkat secara mendadak. Hal ini menyebabkan saya sangat sibuk.

Semasa musim perayaan mendekat, kerja semakin sibuk sehingga 4, 5 minggu tidak menghadiri kebaktian Sabat. Semasa Sabat, hati berfikir sudah lama tidak pergi ke gereja dan harus berehat sehari untuk memegang Sabat. Tetapi apabila terfikir tidak mahu melepaskan peluang mencari keuntungan, niat untuk pergi ke gereja terus dilupakan.

Masa itu tengah hari, ajaran Tuhan benar-benar menimpa saya. Semasa saya naik tangga, tiba-tiba saya terjatuh sehingga mengeluarkan bunyi kuat yang memeranjatkan jiran saya. Masa itu saya keseorangan di rumah dan jiran telah datang dan menolong saya untuk bangun. Lengan kiri, belakang, pinggang, kaki telah bengkak dan rasanya ada retak tulang juga. Syukur kepada Tuhan, ini telah menyedarkan saya supaya sedar bahawa ini adalah ajaran Tuhan. Sabat ditetapkan bagi manusia agar manusia mendapat istirehat jiwa dan raga, Tuhan menguduskan kita supaya beribadah kepada-Nya, memperingati kasih karunia Tuhan dan mengharapkan hari Sabat yang kekal abadi di Kerajaan Syurga. Tidak boleh melalaikan Sabat demi hal duniawi (Kej 2:1-3). Kerugian dan kesakitan yang diterima kerana tidak memegang Sabat memang besar!

Tuhan mengajar saya sehingga ada kecederaan tetapi Tuhan juga menyembuhkan saya, retak tulang saya telah sembuh dalam 5 hari dan dapat bergerak, doktor pun hairan. Hal ini adalah jarang terutamanya bagi seorang yang berumur 62 tahun seperti saya.

Tuhan adalah penuh pengasih dan saya seperti domba yang sesat, Tuhan mengingatkan saya melalui penghajaran supaya saya “menyelidiki sendiri sedalamnya”; tongkat-Nya memimpin supaya tidak menyimpang dan seumur hidup berada di atas jalan kebenaran.

Sebab mereka mendidik kita dalam waktu yang pendek sesuai dengan apa yang mereka anggap baik, tetapi Dia menghajar kita untuk kebaikan kita, supaya kita beroleh bagian dalam kekudusan-Nya.

Memang tiap-tiap ganjaran pada waktu ia diberikan tidak mendatangkan sukacita, tetapi dukacita. Tetapi kemudian ia menghasilkan buah kebenaran yang memberikan damai kepada mereka yang dilatih olehnya. (Ibr 12:10-11)

Melalui ajaran kali ini, seumur hidup saya akan patuh dan memandang berat Sabat dan tidak melakukan hal duniawi (Yes 56:2; 58:13). Amin.

Doktrin Hari Sabat: Bab 7 (7.6 – Secara Praktikal)

Dalam tingkah laku yang praktikal pada hari Sabat, kita harus:

1. Memupuk kebiasaan memegang Hari Sabat: Tuhan Yesus dan para rasul memegang Sabat sebagai sebahagian dari kebiasaan dalam hidup mereka. Dengan itu kita harus:

(A) Dalam pekerjaan yang kita rancang, harus ingat tetapkan masa berehat semasa Sabat.

(B) Rajin bekerja pada hari-hari biasa supaya tiada halangan untuk berehat pada Hari Sabat dan dapat menikmati berkat Sabat yang Tuhan beri.

(C) Semasa mencari kerja, lihat dulu sama ada dapat berehat pada Hari Sabat atau tidak. Carilah kerja yang membolehkan kita menikmati hari Sabat supaya kita akan mempunyai kebiasaan memegang Hari Sabat.

(D) Menggalakkan, membantu dan mendorong orang lain supaya mempunyai kebiasaan memegang hari Sabat. Gereja juga harus mempunyai perancangan yang sesuai dengan makna Hari Sabat supaya pemercaya-pemercaya mudah memegang hari Sabat dengan baik.

(E) Sekiranya kamu bekerja sendiri, maka kamu harus berehat pada hari Sabat, malah membuat ketetapan berehat dan meletakkan makluman ini di tempat yang mudah kelihatan, serta menggalakkan pekerja memegang Sabat dan bersama-sama menikmati berkat Tuhan.

(F) Bagi pekerja yang tidak dapat berehat pada hari Sabat seperti dalam bidang pertahanan, pengangkutan dan sebagainya, disebabkan ada syif pada Sabat atau bersekolah, mereka bolehlah mengingati ciptaan dan keselamatan Tuhan semasa bekerja, dan meletakkan hari Sabat ke dalam hati. Tuhan yang maha tahu akan memberkati mereka, asalkan mereka memegang Sabat dalam hati kita. Tuhan tidak akan menghukum kerana keadaan yang tidak mengizinkan. Mereka mungkin hanya tidak dapat menikmati berkat Tuhan yang sepenuhnya pada hari Sabat.

2. Istirehat tubuh dan jiwa: Makna utama Sabat adalah supaya manusia mendapat istirehat yang benar dalam tubuh dan jiwa mereka. Dengan itu setiap orang harus berusaha:

(A) Mengetepikan beban kerja harian, mengalihkan atau memudahkan kerja-kerja yang perlu, serta melegakan tubuh dan jiwa dari ketegangan saraf agar dapat menikmati satu hari dengan tanpa tekanan (Yes 58:13).

(B) Sekeluarga mengetepikan kerja harian dan berhimpun bersama di rumah atau taman bunga yang berdekatan dan sebagainya agar ibu bapa dan anak dapat bergaul, berinteraksi dan saling bertukar pendapat. Ini juga memberi lebih banyak peluang kepada anak-anak bermesra dengan ibu bapa dan dapat merapatkan hubungan anak dengan ibu bapa. Ia juga merupakan sejenis istirehat jiwa rohani.

(C) Gereja adalah disyorkan mengadakan jamuan kasih supaya seiman-seiman dapat berbual-bual, dan dapat mewujudkan suasana sekeluarga, di samping dapur dan suri rumah yang telah sibuk seminggu dapat berehat dan menikmati hari Sabat.

3. Menguduskan diri: mengetepikan hal dunia buat sementara waktu dan menumpu perhatian dalam kerja suci rohani supaya dapat menguduskan diri:

(A) Mengikuti kebaktian Sabat di gereja, mendengar firman untuk memperkuatkan kerohanian diri. Teladani juga Paulus untuk mencari tempat yang tenang supaya dapat menyanyi kidung, berdoa agar dapat bergaul dengan Tuhan secara mendalam dan menikmati istirehat jiwa rohani dengan sukacita.

(B) Melibatkan diri dalam kerja suci yang memperingati Hari Sabat. Memberitakan mesej Tuhan menyelamatkan manusia: menginjil, melawati seiman dan pencari injil, berkhutbah dan memimpin kebaktian supaya semua orang mendapat peluang menikmati berkat Tuhan menyelamatkan manusia.

(C) Memupuk pengalaman rohani: menghadiri kebaktian yang dirancang dan ditetapkan gereja, dan juga pendidikan agama bagi pelbagai lapisan umur agar masing-masing mendapat kasih karunia Tuhan dengan penuh menurut tingkat rohani sendiri.

(D) Banyak berdoa untuk memupuk kekuatan rohani sendiri. Bersyukur kepada Tuhan dalam doa kerana Tuhan menetapkan Sabat supaya kita mendapat istirehat yang tetap.

(E) Mereka yang tinggal jauh dari tempat kebaktian boleh berdoa dan menyanyi kidung dengan hati yang tenang di tempat yang sesuai agar dapat menikmati Sabat dalam tubuh dan jiwa (Kis 16: 13).

4. Melakukan kebaikan: Tuhan berkata:

Kerana itu boleh berbuat baik pada hari Sabat (Mat 12:12).

Kata ini telah memecahkan larangan ratusan tahun orang Yahudi dan Farisi: memulihkan rupa asal Sabat. Pada hari Sabat, kita harus memperingati anugerah Tuhan yang melepaskan kita dari segala kesukaran dan kesusahan, supaya mereka yang menderita akan mendapat istirehat secepat mungkin. Oleh yang demikian, perkara-perkara berikut harus diberi galakan:

(A) Melawati pesakit: melawati pesakit di hospital atau rumah, dan memberi dorongan dan membantu doa agar Tuhan menyembuhkan mereka. Ini juga yang selalu dilakukan Tuhan Yesus semasa di dunia.

(B) Mengambil bahagian dalam kerja amal: mengambil berat dan membantu orang yang menderita seperti orang tua yang kesunyian, anak yatim, pesakit dan sebagainya.

(C) Membantu seiman yang dari jauh, mengangkat mereka ke gereja mengikuti kebaktian. Ini juga adalah suatu perbuatan baik yang amat bermakna.

5. Sabat seluruh hari: kita harus meluangkan masa Sabat bagi Tuhan dan sendiri. Beristirehat sepenuh hari dengan sukacita dan jangan mencontohi Kristian biasa yang hanya mengikuti kebaktian untuk 1, 2 jam dan kemudian melakukan aktiviti yang membazir masa, berbuat jahat, ataupun bermain-main sampai letih lesu sehingga tidak mendapat istirehat.

6. Perancangan keseluruhan gereja: Adalah lebih baik gereja merancang aktiviti Sabat sepenuh hari supaya pemercaya dapat mengikuti bersama-sama dan merasai kesukacitaan dalam rumah Tuhan yang besar ini, serta memudahkan mereka menikmati Sabat untuk sepenuh hari [114].

7.  Secara umumnya, Alkitab menetapkan Sabat bermula pada matahari terbenam pada Jumaat sampai matahari terbenam pada Sabtu: kita boleh mengikut ini tetapi tidak apa juga mengikut masa tempatan.

———————

[114] Rujukan aktiviti sehari pada Sabat:

Masa Pemercaya biasa Pendidikan Agama Perpustakaan
Kanak Belia
6.20 Doa Pagi (semua)
8.00 Mengangkat pemercaya Buka
Melawat pemercaya
8.30 Baca kitab, doa, Nyanyi Kidung
9.00 Kebaktian Tutup
10.00 Kebaktian Sabat Sesi Kedua
11.30 Rehat, makan
12.00 Rehat Buka
13.45 Doa, kidung
14.00 Kebaktian Sabat Kelas Tutup
15.30 Seminar atau mesyuarat Sesi Kedua Buka
16.30 Persahabatan Surai
17.00 Makan Malam Tutup
18.45 Nyanyi Kidung
19.00 Kelas
20.00 Sesi Kedua
21.30 Surai

Doktrin Hari Sabat: Bab 7 (7.5 – Bermula Dari Pemikiran)

Sekiranya ingin mengikuti perkataan dan perbuatan Tuhan Yesus, maka perkara pertama yang perlu dibuat adalah berjalan seiring dengan pemikiran Tuhan Yesus. Oleh itu, Tuhan telah menyatakan prinsip pemikiran tentang menghayati Hari Sabat semasa menentukan Hari Sabat:

1Demikianlah diselesaikan langit dan bumi dan segala isinya. 2Ketika Allah pada hari ketujuh telah menyelesaikan pekerjaan yang dibuat-Nya itu, berhentilah Ia pada hari ketujuh dari segala pekerjaan yang telah dibuat-Nya itu. 3Lalu Allah memberkati hari ketujuh itu dan menguduskannya, kerana pada hari itulah Ia berhenti dari segala pekerjaan penciptaan yang telah dibuat-Nya itu. (Kej 2:1-3)

  1. Memberkati:

Lalu Allah memberkati hari ketujuh itu dan menguduskannya (Kej 2:3). Oleh itu, kita memegang Sabat bukan bermaksud untuk menunaikan kewajipan atau memenuhi tuntutan hukum, melainkan adalah untuk menikmati berkat Sabat. Terutamanya, pada zaman perjanjian baru yang tidak lagi dikongkong oleh “ajaran nenek moyang” orang Farisi dan ahli taurat Yahudi dan Gereja turut tidak menetapkan syarat yang mengehadkan perbuatan kita, lebih-lebih lagi tidak melempari orang yang melanggar Hari Sabat dengan batu sampai mati. Namun, mereka tidak akan diberkati Tuhan sekiranya tidak memegang hari Sabat, malahan akan diingatkan oleh Tuhan. Dengan itu, adalah lebih sesuai dikatakan menikmati Hari Sabat daripada dikatakan memegang Hari Sabat (hanya disebabkan sudah biasa berkata begitu). Dengan kata yang lain, kita harus memegang hari Sabat dengan hati yang menikmati hari Sabat (Yes 58:13).

  1. Menguduskan diri:

Tuhan telah menguduskan Hari Sabat (Kej 2:3) supaya kita tahu perbezaan antara hari ini berlainan dengan hari-hari biasa. Oleh itu, hari ini memang berbeza dengan hari-hari lain dalam pandangan Tuhan. Dengan itu, hari Sabat tidak boleh diubah mengikut kehendak manusia, atau digantikan dengan hari lain. Justeru itu, kita harus mengetepikan segala hal duniawi dalam hati kita, dan menguduskan diri untuk menyambut hari Sabat dengan suatu perasaan yang berbeza dan hati yang kudus, dan ingin mendekati Tuhan. Kita juga meninggalkan segala urusan dalam kehidupan harian buat sementara waktu untuk memegang hari Sabat yang kudus dengan mengikuti kebaktian, menyembah Tuhan, mendengar firman, berdoa, melatih rohani, dan melakukan kebajikan (Yes 58:13). Ingat bahawa Tuhan yang kudus telah menguduskan hari ini dan kita sendiri juga harus menjadi kudus.

‘…tetapi hendaklah kamu menjadi kudus di dalam seluruh hidupmu sama seperti Dia yang kudus, yang telah memanggil kamu.’ (I Ptr 1:15)

  1. Istirehat tubuh dan hati:

     Tuhan tidak letih, tidak perlu rehat:

Ia tidak menjadi lelah dan tidak menjadi lesu (Yes 40:28)

Tuhan menetapkan Hari Sabat bagi manusia kerana Tuhan prihatin terhadap kelemahan tubuh dan rohani manusia. Dengan itu, manusia harus mengawal diri dan jangan memaksa diri untuk tidak berehat pada Hari Sabat. Kiranya tidak, kita tidak akan mendapat berkat Tuhan. Oleh itu, segala aktiviti pada hari Sabat, tidak kira pekerjaan sendiri, keluarga, gereja, ataupun tugas bersama dalam suatu organisasi harus selesa, mendatangkan istirehat dan tidak terlampau melelahkan.

Ini juga membolehkan orang yang berbeban berat, sakit dan dikacau iblis untuk mendapat istirehat dan kemerdekaan dalam tubuh dan hati. Kita juga harus membantu untuk menyelamatkan mereka dan berdoa untuk mereka agar setiap orang akan memperolehi istirehat dalam tubuh dan batin mereka seawal yang mungkin.

  1. Memperingati ciptaan Tuhan:

Tuhan mencipta dunia dan manusia, dan menempatkan manusia dengan menggunakan masa enam hari. Dia berhenti daripada bekerja pada hari ketujuh dan menetapkan pada hari itu sebagai hari Sabat (Kel 20:8-11). Oleh itu, kita harus bersyukur kepada Tuhan yang mencipta kita dan juga segala tumbuhan dan haiwan untuk kita. Marilah kita bersyukur kepada Tuhan dari hati kita kerana Dia memberi kita makanan dan minuman, serta keperluan harian dengan secukupnya. Oleh yang demikian, marilah kita memegang hari Sabat dan melalui hari ini dengan hati yang mengingati anugerah penciptaan Tuhan.

  1. Memperingati keselamatan Tuhan:

Tuhan menyediakan keselamatan bagi kita sewaktu kita masih berada dalam dosa. Oleh itu, kita harus memegang Sabat dan mengingati keselamatan Tuhan dengan hati yang penuh kesyukuran, samalah seperti Tuhan menyuruh orang Israel untuk mengingati bagaimana Dia menyelamatkan mereka daripada rumah perbudakan di Mesir pada hari ini:

     Sebab haruslah kauingat, bahawa engkaupun dahulu budak di tanah Mesir dan engkau dibawa keluar dari sana oleh TUHAN, Allahmu dengan tangan yang kuat dan lengan yang teracung; itulah sebabnya TUHAN, Allahmu, memerintahkan engkau merayakan hari Sabat. (Ul 5:15)

Oleh itu, kita harus memperingati Tuhan yang menumpahkan darah demi menyelamatkan kita dan mengingati kemerdekaan dan kesukacitaan yang diberi Tuhan dalam Kristus.

  1. Mengharapkan istirehat di sorga pada masa depan :

Tuhan telah menyediakan kerajaan Sorga yang aman dan penuh kesukacitaan di sorga bagi umat-Nya.

Dan apabila Aku telah pergi ke situ dan telah menyediakan tempat bagimu, Aku akan datang kembali dan membawa kamu ke tempat-Ku, supaya di tempat di mana Aku berada, kamupun berada. (Yoh 14:3)

Hari Sabat kini merupakan lambang ‘perhentian’, kesukacitaan yang kekal di sorga. Kerajaan Sorga merupakan ‘istirehat dalam bentuk Sabat’ yang benar (Ibr 4:9-10). Hari Sabat memberi peluang kepada kita untuk berehat setelah 6 hari bekerja dan membolehkan kita merasai seperti perhentian yang benar di sorga (Ibr 4:1; Rm 8:22-25). Oleh itu, hati setiap kita harus mengharapkan hari perhentian yang kekal di sorga pada masa depan menerusi setiap hari Sabat ini. Dalam erti kata lain, kita harus menikmati Sabat dengan hati yang mengharapkan hari perhentian dalam Kerajaan Sorga.

     Kerana itu baiklah kita berusaha untuk masuk ke dalam perhentian itu, supaya jangan seorangpun jatuh kerana mengikuti contoh ketidaktaatan itu juga. (Ibr 4:11)

  1. Satu perjanjian yang kudus:

Kita harus memahami bahawa hari Sabat merupakan salah satu piawaian hidup manusia (sepuluh firman) yang diberi Tuhan kepada manusia sejagat sebelum hukum Taurat diumumkan. Tuhan pernah berfirman kepada bangsa pilihan:

       Hari-hari Sabat-Ku juga Ku-berikan kepada mereka menjadi peringatan di antara Aku dan mereka, supaya mereka mengetahui bahawa Akulah TUHAN, yang menguduskan mereka.(Yeh 20:12)

Oleh yang demikian, ia adalah perjanjian kudus Tuhan bagi manusia (Kel 20:8-11), dan juga perjanjian yang membawa berkat (Yes 58:13-14).

Doktrin Hari Sabat: Bab 7 (7.4 – Kesimpulan Cara Memegang Pada Perjanjian Baru)

Perbuatan dan perkataan Tuhan Yesus dan para murid-Nya merupakan piawaian bagi perbuatan umat Kristian sekarang.

Di sini sekali lagi merumuskan intipati bagaimana Tuhan dan murid-murid-Nya memegang hari Sabat. Nas-nas tersebut telah dinyatakan di atas, dan tidak diulangi sini:

A) Sudah menjadi kebiasaan (Luk 4:16; Kis 15:21; 17:2; 18:4)

B) Menyampaikan khutbah, mendengar khutbah ( Mrk 1:21; Luk 4:31; 6:6; 13:10; Kis 13:14, 42-44; 16:13)

C) Melakukan kebajikan (Mat 12:11-12; Mrk 3:2-5; Luk 6:79, 13:14, 14:1-3; Yoh 9:14)

(a) menyelamatkan orang dari kesusahan

(b) menyembuhkan penyakit, mengusir setan

D) Melakukan aktiviti-aktiviti lain:

(a) menyediakan makanan (Mat 12:1; Mrk 2:23; Luk 6:1)

(b) berjalan (Mat 12:1)

(c) menolong orang lain (Mat 12:5; Yoh 7:22)

(d) menjaga ternakan (Luk 14:5)

(e) Melakukan kerja-kerja lain yang penting (Yoh 5:8)

Intipati ini adalah sama seperti yang diperkatakan dalam Yes 58:13,

A) Apabila engkau tidak menginjak-injak hukum Sabat: iaitu cara dan prinsip mengurus hari Sabat harus lain dari hari-hari lain dan mengikut prinsip seperti di bawah:

B) Menyebut sebagai hari Kudus: harus mengakui bahawa hari ini adalah hari yang ditentukan Tuhan sendiri sebagai hari yang kudus dan istimewa dan tiada orang berhak mengubahnya. Dalam kata lain, harus mengakui bahawa hari Sabat adalah hari kudus yang harus dipegang.

C) menghormati hari ini: harus mementingkan dan menghormati hari ini, jangan melaluinya dengan sembarangan.

D) sebagai hari kenikmatan: melalui hari ini dengan sukacita dan penuh saleh.

E) tidak terlampau kerja: harus mengambil masa berehat dan mengimbangi sanubari.

F) tidak mengurus urusan sendiri: harus melakukan hal yang memanfaatkan orang banyak.

Tuhan berfirman dengan perantara nabi Yesaya (Yes 58:14); sekiranya kita dapat memegang ketetapan Tuhan ini, maka:

A) melintasi puncak bukit-bukit di bumi dengan kenderaan kemenangan: mendapat kualiti hidup yang lebih mulia dari orang lain.

B) memberi makan engkau dari milik pusaka Yakub: memperoleh berkat rohani Tuhan.

C) mulut Tuhanlah yang mengatakannya: Tuhan pasti akan mengotai kata-kata-Nya.

Doktrin Hari Sabat: Bab 7 (7.3 – Amaran Para Nabi)

Pada zaman akhir kerajaan utara dan selatan, Tuhan sekali lagi menyeru bangsa memegang hari Sabat melalui para nabi dan mengingatkan mereka tentang kepentingan memegang Hari Sabat:

2Berbahagialah orang yang melakukannya, dan anak manusia yang berpegang kepadanya: yang memelihara hari Sabat dan tidak menajiskannya, dan yang menahan diri dari setiap perbuatan jahat. 3Janganlah orang asing yang menggabungkan diri kepada TUHAN berkata: “Sudah tentu TUHAN hendak memisahkan aku dari pada umat-Nya”; dan janganlah orang kebiri berkata: “Sesungguhnya, aku ini pohon yang kering.” 4Sebab beginilah firman TUHAN: “Kepada orang-orang kebiri yang memelihara hari-hari Sabat-Ku dan yang memilih apa yang Ku-kehendaki dan yang berpegang kepada perjanjian-Ku, 5kepada mereka akan Ku-berikan dalam rumah-Ku dan di lingkungan tembok-tembok kediaman-Ku suatu tanda peringatan dan nama — itu lebih baik dari pada anak-anak lelaki dan perempuan –, suatu nama abadi yang tidak akan lenyap akan Ku-berikan kepada mereka. 6Dan orang-orang asing yang menggabungkan diri kepada TUHAN untuk melayani Dia, untuk mengasihi nama TUHAN dan untuk menjadi hamba-hamba-Nya, semuanya yang memelihara hari Sabat dan tidak menajiskannya, dan yang berpegang kepada perjanjian-Ku, (Yes 56:2-6)

Apabila engkau tidak menginjak-injak hukum Sabat dan tidak melakukan urusanmu pada hari kudus-Ku; apabila engkau menyebutkan hari Sabat “hari kenikmatan”, dan hari kudus TUHAN “hari yang mulia”; apabila engkau menghormatinya dengan tidak menjalankan segala acaramu dan dengan tidak mengurus urusanmu atau berkata omong kosong, (Yes 58:13)

Sesudah kedua-dua kerajaan musnah, dan umat ditawan, maka mereka pun mula mencari sebab kebinasaan negara mereka. Akhirnya, mereka mendapati salah satu sebab utama adalah tidak memegang hari Sabat:

14Juga Kau-beritahukan kepada mereka sabat-Mu yang kudus dan memberikan kepada mereka perintah-perintah, ketetapan-ketetapan dan hukum-Mu dengan perantaraan Musa, hamba-Mu. 15Telah Kau-berikan kepada mereka roti dari langit untuk menghilangkan lapar dan air Kau-keluarkan bagi mereka dari gunung batu untuk melepaskan dahaga. Pula Engkau menyuruh mereka memasuki dan menduduki negeri yang dengan mengangkat sumpah telah Kau-janjikan memberikannya kepada mereka. 16Tetapi mereka, nenek moyang kami itu, bertindak angkuh dan bersitegang leher dan tidak patuh kepada perintah-perintah-Mu. (Neh 9:14-16)

Engkau memandang ringan terhadap hal-hal yang kudus bagi-Ku dan hari-hari Sabat-Ku kau najiskan (Yeh 22:8)

Imam-imamnya memperkosa hukum Taurat-Ku dan menajiskan hal-hal yang kudus bagi-Ku, mereka tidak membedakan antara yang kudus dengan yang tidak kudus, tidak mengajarkan perbedaan yang najis dengan yang tahir, mereka menutup mata terhadap hari-hari Sabat-Ku. Demikianlah Aku dinajiskan di tengah-tengah mereka. (Yeh 22:26)

Para nabi turut menyeru bangsa memegang hari Sabat:

21Beginilah firman TUHAN: Berawas-awaslah demi nyawamu! Janganlah mengangkut barang-barang pada hari Sabat dan membawanya melalui pintu-pintu gerbang Yerusalem! 22Janganlah membawa barang-barang dari rumahmu ke luar pada hari Sabat dan janganlah lakukan sesuatu pekerjaan, tetapi kuduskanlah hari Sabat seperti yang telah Ku-perintahkan kepada nenek moyangmu. 23Namun mereka tidak mau mendengarkan dan tidak mau memperhatikannya, melainkan mereka berkeras kepala, sehingga tidak mau mendengarkan dan tidak mau menerima teguran. 24Apabila kamu sungguh-sungguh mendengarkan Aku, demikianlah firman TUHAN, dan tidak membawa masuk barang-barang melalui pintu-pintu gerbang kota ini pada hari Sabat, tetapi menguduskan hari Sabat dan tidak melakukan sesuatu pekerjaan pada hari itu, 25maka melalui pintu-pintu gerbang kota ini akan berarak masuk raja-raja dan pemuka-pemuka, yang akan duduk di atas takhta Daud, dengan mengendarai kereta dan kuda: mereka dan pemuka-pemuka mereka, orang-orang Yehuda dan penduduk Yerusalem. Dan kota ini akan didiami orang untuk selama-lamanya. 26Orang akan datang dari kota-kota Yehuda dan dari tempat-tempat sekitar Yerusalem, dari tanah Benyamin dan dari Daerah Bukit, dari pergunungan dan dari tanah Negeb, dengan membawa korban bakaran, korban sembelihan, korban sajian dan kemenyan, membawa korban syukur ke dalam rumah TUHAN. 27Tetapi apabila kamu tidak mendengarkan perintah-Ku untuk menguduskan hari Sabat dan untuk tidak masuk mengangkut barang-barang melalui pintu-pintu gerbang Yerusalem pada hari Sabat, maka di pintu-pintu gerbangnya Aku akan menyalakan api, yang akan memakan habis puri-puri Yerusalem, dan yang tidak akan terpadamkan.” (Yer 17:21-27)

Setelah bangsa kembali ke tanahair, ahli Taurat giat menyeru supaya memegang hari Sabat supaya tidak mengulangi kesalahan yang menyebabkan kebinasaan negara dan bangsa. Umat Kristian kini harus mencontohi Ezra supaya memberi amaran kepada semua umat Kristian untuk mengenal semula dan kembali kepada hari Sabat.