Teknik Berkomunikasi

Teknik Berkomunikasi       –   Apollos Wai

I. Mendengar dengan hati:

Mendengar bukan sahaja dengan telinga, tetapi juga melihat dengan mata dan memahami dengan hati.

1. Mendengar dengan berkesan adalah suatu proses atas inisiatif sendiri.
2. Perkataan memberi kita mesej hurufiah, tetapi nada suara dan bahasa badan (body language) membolehkan kita memahami domain emosi dan mental pihak lain; hanya 7% makna yang ditunjuk dari perkataan, selebihnya 38% dari bunyi dan nada suara, 55% dari reaksi air muka, lagak (pose) dan gerakan tangan.

II. Gangguan/Penghalang komunikasi
1. Kebolehan murid-murid untuk menyampaikan sesuatu;
2. Kekurangan maklum balas;
3. Jangkaan yang diharapkan oleh murid-murid;
4. Masalah bahasa;
5. Pengaruh kedudukan.
6. Saling tidak mempercayai antara satu sama lain.

III. Mengatasi gangguan komunikasi

Guru:
1. Kepasa siapakah mesej itu disampaikan?
2. Kenapakah kita harus berkomunikasi?
3. Kenalpasti isi kandungan yang perlu disampaikan dalam komunikasi;
4. Memilih cara komunikasi, masa dan tempat yang paling sesuai;
5. Sentiasa berhubung dengan murid-murid.

Murid:
1. Menempatkan diri di situ untuk mendengar;
2. Sentiasa berhubung dengan guru;
3. Tidak berhenti-henti untuk memberi maklum balas dan penyemakan;
4. Mendirikan sikap ikhlas dan saling mempercayai antara satu sama lain.

IV. Perkara-perkara yang harus diperhatikan semasa mendengar:
1. Jangan mendengar dengan memilih apa yang kita suka;
2. Tidak boleh terganggu, harus memberi tumpuan;
3. Mendengar dengan sikap yang ingin tahu, rendah hati dan sabar.
4. Mengangguk-angguk, tersenyum, bersandar ke hadapan,mengambil nota.
5. Banyak bertanya untuk memahami pihak yang lain.

V. Mendengar dan mengenal pasti:
1. Mendengar adalah satu satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang penting;
2. Mendengar adalah cara yang paling berkesan untuk mendirikan kepercayaan (trust);
3. Memperkuatkan diri dengan memupuk kemampuan untuk mengamati perkataan dan gerakan.

VI. Senjata komunkasi yang berkesan:
1. Bertanya /menyoal;
2. Mendengar

VII. Teknik penyoalan
1. Adakah soalan itu mudah difahami, agar murid dapat memahami soalan kita?
2. Adakah soalan itu bersifat baru, yang dapat mendorong murid untuk berfikir?
3. Adakah soalan mempunyai hubungan secara langsung dengan tujuan pembelajaran?
4. Adakah soalan dapat mewujudkan suasana yang kondusif untuk pembelajaran?
5. Adakah terdapat jawapan yang nyata terhadap soalan itu?

VIII. Kepentingan komunikasi yang berkesan:
# Setiap perkataan yang kita ucapkan, berkemungkinan menjadi halangan antara kita dengan orang lain, ataupun menjadi jambatan antara kita dengan orang lain.

IX. Konsep nilai komunikasi:
1. Apabila berkomunikasi dengan orang lain, kita harus mengamati sungguh-sungguh nilai mesejyang dibawa.
2. Setiap peristiwa yang berlaku dalam hidup manusia, memang berguna untuk masa hadapan kita.

Upacara Perkabungan dan Penguburan

1. UPACARA PERKABUNGAN

Di dunia ini tiada bangsa yang tidak merasa sedih atas kematian. Banyak tokoh-tokoh beriman yang muncul dalam Alkitab; namun, di hadirat Tuhan, mereka tetap mengakui dan tunduk pada kehendak Tuhan : “Tuhan yang memberi , Tuhan yang mengambil” ( Ayb 1 :21 ). “Aku kelu, tidak kubuka mulutku, sebab Engkau sendirilah yang bertindak” ( Mzm 39 : 10 ).

Tetapi, berlainan pula bagi saudara-mara dan jiran-jiran. Ketika seseorang hamper mati, telah menjadi kebiasaan mereka untuk mengeluh dan pada saat nafasnya putus, orang-orang yang hadir akan menangis dengan suara yang nyaring —  sambil menangis sambil menutup mata si mati dan menciumnya ( Kej 46 :4 ; 50 : 1 ). Suara tangisan akan kedengaran oleh orang-orang di sekitar lalu mereka turut menangis dan berbaris panjang untuk pergi ke rumah berkabung itu.

Mayat itu akan dimandikan, disapu bahan-bahan wangian dan dikenakan pakaian mayat (“shroud”). Suara-suara tangisan yang kuat ditambahkan dengan keluhan-keluhan jiran tetangga menjadikan keadaan lebih sedih.

Ada juga penangis-penangis yang diupah khas di mana mereka akan berdiri di tepi mayat tersebut atau berdiri di satu penjuru bilik, lalu menangis dengan sekuat-kuatnya. Ini merupakan perbuatan yang tidak bermakna dan hampa. Namun demikian, suara tangisannya akan membangkit dan menggerakkan emosi orang-orang yang berada di situ lalu mereka turut bersedih.

Kadang-kadang si penangis yang utama akan menjabat tangan, memusingkan badannya dan sambil menangis teresak-esak ia akan berkata kepada si-mati : “Mengapakah kamu meninggalkan kami? Kerja-kerja yang hanya mampu dilakukan oleh kamu siapakah yang ganti? Janganlah kamu membisu! Biarlah kami mendengar suara kamu sekali lagi! Kini kamu sudah pergi! Ketika kamu masih hidup, kiranya kami berbuat salah terhadap kamu atau segala kedegilan kami, ampunilah kami.” Seterusnya dia akan menangis dengan lebih kuat, memukul dadanya, memulas-mulas pakaiannya, mencabut rambutnya dan menambahkan lagi suara tangisannya.

Biasanya, mereka yang mahir dalam kerja meratap dan menangis adalah kaum perempuan. Kadang-kadang mereka tidak akan melakukan perbuatan yang kurang waras, cuma menyanyi dan menangis tersedu-sedu dengan suara yang penuh kesedihan. Orang yang menyanyi akan menyanyikan senikata-senikata yang menyedihkan, ditambahkan ritma agar orang-orang turut nyanyi bersama. Isi nyanyiannya adalah sama di mana ianya diulang-ulang. Kesemuanya adalah menyanyikan bakti dan budi si mati atau berkenaan kesedihan ahli-ahli keluarga yang masih hidup.

Selain dari itu, sekiranya keluarga tersebut kematian seorang yang paling rapat pertalian dengan keluarga tersebut, orang-orang yang hadir harus terlebih dahulu mengucapkan kata-kata penghiburan sebagai tanda rasa sedih terhadap orang-orang yang dikasihi. Bagi orang-orang yang tinggal berjauhan, ketika menerima berita mengenai kematian seseorang, mereka akan pergi rumah si mati untuk menyampaikan ucapan takziah. Ketika mereka sampai di pintu rumah, mereka akan menangis dengan kuat menunjukkan mereka telah sampai. Pada masa itu, kesedihan ahli-ahli keluarga akan dibangkitkan semula.

Kesedihan dan ratapan haruslah berterusan sampai pada saat penguburan. Biasanya upacara penguburan akan diadakan pada hari itu juga. Pada saat menutup dan mengusung keranda (kerandanya hanya sekeping papan, mayat dikapani kain putih dan diletakkan di atas) mereka akan menangis dengan kuat sambil menghalang perbuatan menutup dan mengusung keranda tersebut sehinggakan keadaan menjadi huru-hara. Sanak-saudara dan kawan-kawan yang mempunyai perasaan yang sama turut menghalang keranda dari diusung dan pada akhirnya, barulah keranda itu diusung.

Akhirnya mereka akan berbaris menjadi perarakan upacara penguburan di mana kebanyakan mereka akan ikut hadir ke kawasan perkuburan di luar bandar. Sepanjang perjalanan tersebut sekiranya terdapat orang-orang yang ingin turut menghiburkan ahli-ahli keluarga si-mati, mereka boleh mengambil bahagian dalam perarakan tersebut, maka orang-orang akan semakin bertambah. Bagi orang-orang Yahudi, sekiranya ada ahli-ahli keluarga yang meninggal, selepas beberapa hari kematiannya, rabi akan mengunjungi kaum keluarga tersebut, membacakan seperenggan Alkitab dan berdoa bagi mereka.

Setelah pintu kubur ditutup, mereka akan menulis pada pintu tersebut dalam bahasa Ibrani [Rumah Yang Kekal Abadi] atau  [Rumah Orang Yang Hidup]. Adakah [Rumah Orang Yang Hidup] bermaksud roh orang tersebut akan hidup untuk selama-lamanya atau bermaksud kubur adalah tempat yang harus ditujui oeh orang-orang masih hidup itu, ianya tidak jelas diketahui.

Tradisi-tradisi perkabungan dan penguburan yang dicatatkan dalam Alkitab bukan saja sama dengan zaman purba malah ianya tidak jauh berbeza daripada apa yang diamalkan oleh orang-orang Palestine hari ini. Cuma agama Kristian, agama Yahudi dan agama Islam masing-masing mempunyai kata-kata doanya yang tersendiri.

Ketika ada orang yang mati, orang-orang akan menangis dan meratap dengan suara nyaring (Mrk 5 : 38), kawan-kawan akan tampil untuk menghibur (Ayb 2 : 11-13), dan mengucapkan kata-kata pujian mengenai si mati dan mengucapkan kata-kata takziah dengan penuh perasaan (2 Sam 1 : 17-27 ; 3 : 33-34). Kesemua ini adalah bersamaan dengan ucapan takziah hari ini (1 Raj 13 : 30 ; Yer 22 : 18), ada juga perempuan-perempuan peratap (Yer 9 : 17 ; Am 5 :16), memukul dada (Yes 32 : 12), mengoyakkan pakaian (2 Sam 3 : 31), berpuasa (I Sam 31 : 13 ; 2 Sam 3 : 35), menaruh abu di atas kepala dan mengenakan pakaian kabung (2 Sam 12 : 20).

2. KUBUR

Orang-orang yang mati di Mesir akan dijadikan mumia (“mummy”), Yakub pun telah dijadikan mumia! (Kej 50 :2, 3, 26). Apabila membuat mumia, mula-mula, mereka akan keluarkan isi di dalam si mayat dan diisikan bahan-bahan wangian ke dalam, lalu dibersihkan dengan sejenis arak. Kemudian dikapani dengan kain putih yang paling berharga, disapu dengan bahan getah dan akhirnya dimasukkan dalam satu peti kayu segiempat tepat. Bagi orang-ornag Ibrani mereka akan menguruskan mayat pada waktu upacara penguburan di mana mereka akan menyimpan banyak bahan-bahan wangian pada pakaian mayat, perbuatan ini tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan agama atau untuk mengelakkan tubuh mayat dari menjadi buruk dan reput. Tujuan yang paling utama ialah menghilangkan bau yang busuk.

Biasanya mereka akan menggali satu lubang di tanah untuk dijadikan kubur. Mayat dimasukkan ke dalam dan di luar akan diletakkan satu kepingan batu yang besar. Ada juga yang menggunakan kepingan batu untuk dijadikan keranda, dan ianya ditutup dengan sekeping batu yang besar dan rata. Sebahagian besar mereka akan menggali gua-gua di gunung-gunung batu sebagai kubur. Kadang-kadang disebabkan gunung-gunung batu sukar digali maka mereka akan mencari gua-gua yang sedia ada. Selepas itu, merela akan membuat satu bilik yang berukuran 2.5 M segiempat sama dan pada bahagian yang paling dalam, dibuatkan lagi satu biilik yang lebih kecil yang dalamnya hanya berukuran 2 meter. Bilik kecil ini berdepan dengan pintu masuk setelah mayat dimasukkan ke dalam, ianya akan ditutup dengan sekeping batu besar dan sekeliling batu akan disapu tanah debu untuk  meneguhkannya.

Zaman Tuhan Yesus dipengaruhi oleh adat Yunani, iaitu bilik yang dibuat adalah sangat besar. Setiap dinding dalam bilik akan digali dua atau tiga ceruk yang cetek untuk meletak mayat. Justru itu, dalam setiap bilik mungkin mempunyai beberapa mayat. Kubur yang digunakan untuk menguburkan Tuhan Yesus ialah kubur yang baru, milik Yusuf orang Arimatea. Terdapat dua orang malaikat yang menjaga mayat Tuhan Yesus, seorang di sebelah kepala dan yang lain di sebelah kakiNya (Yoh 20 : 12). Keadaan ini telah bertukar menjadi malaikat-malakat hiasan di kawasan kubur zaman sekarang.

Bilik besar yang di tengah mempunyai sekeping batu bulat yang besar di mana terdapat satu saluran yang dalam untuk menggulingkan batu ini ketika mahu membuka kubur tersebut. Selain itu, terdapat juga jalan-jalan terowong yang boleh menghubungkan satu kubur dengan kubur yang lain. Kubur yang paling hebat ialah Catacombs yang didapati pada zaman Roma.

Sejak zaman dulu hingga sekarang, tanah perkuburan dianggap sebagai tanah yang suci di mana ianya tidak boleh dicemari dengan bahan-bahan kotor maupun menggunakan bahan-bahan seni bina duniawi. Kubur-kubur orang yang kudus (“saints”) akan dijadikan sebagai tugu, begitu juga kubur orang yang mati syahid juga dijadikan satu tugu peringatan dan ianya dihormati sebagai satu tanda peringatan yang kudus. Satu upacara bercorak keagamaan akan diadakan di luar kuburan dan orang-orang dari agama lain yang hadir bersama turut mengambil bahagian untuk memberi  hormat. Kini, kaum petani di Palestine akan meletakkan hasil-hasil pertanian atau pakaian mereka di tepi kubur di mana mereka percaya, dengan adanya perlindungan para rasul semuanya akan selamat. Sejak dulu hingga sekarang, mereka mempunyai kebiasaan membersihkan kawasan kuburan (Mat 23 : 27) dan ianya kelihatan sangat bersih. Dari segi kesihatan ianya lebih baik (Luk 11 : 44 ; Bil 19 : 16).

Masalah Hidup Bujang

Mencari Teman

Firman Tuhan jelas menunjukkan kepada bahawa kebanyakan manusia harus berkahwin. Ketika Tuhan menempatkan Adam di Taman Eden, Tuhan tidak berniat membiarkan dia keseorangan lalu berkata, “Tidak baik, kalau manusia itu seorang diri saya.” Lantaran itu memang tidak bersalah jika orang bujang berharap (ingin) berkahwin kerana itu telah ditetapkan oleh Tuhan. Ada orang yang menerima kurnia untuk hidup bujang tetapi ada pula yang dikurniakan untuk berkahwin. Seseorang itu telah berdosa, jika ia telah menerima kurnia hidup bujang tetapi tetap mahu berkahwin atau bersungut-sungut tentang nasibnya. Sama juga, jika seorang itu telah menerima kurnia untuk berkahwin tetapi tidak menggunakannya, dia juga telah berdosa. Oleh itu setiap orang harus mencari karunianya yang datang dari Tuhan dan hidup deminya. Karunia Tuhan itu tidak diberikan dengan sebarangan, manusia juga tidak boleh sebarangan menggunakan, apabila telah sedar akan karunia kita haruslah berusaha menggunakannnya, untuk melayani dan memuliakan Tuhan. Tujuan Tuhan memberi kasih karunia kepada manusia adalah demi mengenapkan kehendakNya serta memberkati umatNya sehingga mendapat faedah. Umat Tuhan harus mengaku bahawa karunia daripada Tuhan yang dibahagikan menurut kehendakNya itu adalah sesuai dan hanya mereka belum lagi melihat faedah karunia tersebut. “Bahawa Tuhan turut bekerja dalam segala sesuatu ( termasuk karunia Tuhan untuk hidup bujang atau berkahwin ) untuk mendatangkan kebaikan bagi mereka yang mengasihi Dia, yaitu bagi mereka yang terpanggil sesuai dengan rencana Tuhan.” (Rm 8 : 28)

Umat Kristian yang keseorangan (bujang) sentiasa tidak berpuas hati dengan keadaan hidup mereka, ingin kahwin dan sentiasa bersusah hati terhadap keadaan diri mereka sendiri. Bagaimaankah memperbaiki keadaan yang sering kelihatan terjadi ini ?

Terdapat beberapa perkara yang harus dilakukan. Pertama jemaat harus mengaku bahawa peluang yang diberikan kepada umat Kristian yan muda yang belum berkahwin itu untuk bersama-sama adalah terlalu sedikit, jemaat harus bertobat (insaf) kerana perkara ini serta melakukan perkara yang berpadanan dengan pertobatan hati. Termasuk mula menyediakan dengan baik aktiviti-aktiviti bagi mereka yang hidup seorang diri seperti “Persahabatan Belia”, “Perhimpunan Bersukacita Bersama”, “Perhimpunaan Persaudaraan” – serta memberi perkhidmatan temu janji bagi pemercaya dan cara-cara yang baru demi membantu belia yang belum berkahwin mendapat jodoh yang padan (sesuai). Ibu bapa juga harus memikul tanggungjawab untuk membantu ataupun keluarga boleh menyediakan pelbagai tempat agar anak-anak dapat bertemu. (Sila ruj. I Kor 7 : 36, Ibu bapa memikul tanggungjawab yang penting dalam hal ini). Sekarang mempunyai banyak perkara yang boleh dilakukan.

Tetapi apa yang harus dilakukan bagi lelaki dan perempuan yang seorang diri? (Masalah perempuan lebih besar). Terutamanya perempuan Kristian yang belum berkahwin, apakah yang harus dilakukan? Ini merupakan masalah yang istimewa dan harus dihadapi secara langsung.

Terlebih dahulu, dia harus sedar akan kasih karunianya sendiri, kemudian dengan teliti menyelidiki diri sendiri berdasarkan I Kor fasal 7, ayat-ayat Alkitab ini menyatakan kebaikan seorang tetap diam seorang diri pada waktu penganiayaan (26–27). Ia boleh menyelidiki karunia diri sendiri, seperti hawa nafsu (2, 8–9). Perkahwinaan merupakan perkara yang biasa jika dalam keadaan yang aman (tiada penganiayaaan). Oleh itu biasanya gadis mempunyai karunia untuk berkahwin. Dalam keadaan demikian, ia harus mengembangkan karunia ini dan menggunakannya. Seterusnya kita akan lebih banyak membincang dalam segi ini. Sekirannya seorang gadis pernah mengalami karunia untuk hidup seorang diri, ia harus rela berbuat demikian dan bersedia berbuat demikian serta menyediakan diri dalam pekerjaan Tuhan dengan melakukan pekerjaan yang nyata diberikan Tuhan kepadanya. Dia seharusnya tidak takut menghadapi masa depan, juga harus faham bahawa ketika Tuhan memanggil anak-anaknya, sudah tentu akan memberi kekuatan kepada mereka dan membantu mereka demi menyelesaikan kehendakNya. Tetapi sekiranya seorang gadis itu telah berumur 26 – 27 tahun dan berharap berkahwin tetapi tidak dapat mencari seorang saudara seiman dalam Tuhan, apakah yang harus dilakukan? Sekiranya dia menganggap dirinya mempunyai karunia untuk berkahwin, sekurang-kurangnya ada tiga perkara yang harus dilakukannya.

1. Berdoa untuk hal ini, kamu membantah dan berkata, “Saya telah berdoa, adakah saya harus berdoa untuk hal ini sepanjang hari? Saya tahu kamu telah berdoa tetapi bukan setakat itu sahaja. Biasanya saudari yang belum berkahwin mempunyai sikap yang tidak bersesuaian dengan Alkitab, mereka fikir hanya berdoa sahaja dan gerak-gerinya yang lain tidak rohani. Ketika kamu berdoa bagi makanan seharian, adakah kamu berpeluk tangan sahaja dan duduk di bawah pokok untuk menanti buah-buahan jatuh dari langit? Kamu menjawab, “Bukan, tentu sekali bukan.” Baik, setelah berdoa, kamu pergi bekerja, makanan yang kamu makan setiap hari itu merupakan tindak balas daripada doamu, dan biasanya dia memberi jawapan melalui pekerjaanmu. Sebenarnya kamu harus berkata dalam doa, “Oh Tuhan! Berilah peluang untuk saya bekerja, berikanlah saya kesihatan untuk bekerja serta memberkati pekerjaan saya.” Kemudian doa itu harus ditambah dengan usaha, “Jika seorang tidak mau bekerja, jangan ia makan.” (II Tes 3 : 10). Sekiranya ia berdoa dengan mengatakan, “Berikanlah kami makanan pada hari ini.” Namun dia masih harus pergi bekerja. Begitu juga dengan gadis yang seorang diri. Dia seharusnya berdoa tetapi juga harus berusaha mencarinya (saudara), iaitu seperti dua butir berikut.

2. Buat persediaan diri bagi perkahwinan: Sekiranya kamu pasti bahawa Tuhan ada mengaruniakan kasih karunia untuk berkahwin kepadamu, haruslah kamu mula memelihara karunia tersebut. Cara melakukannya sekurang-kurangnya ada 3 perkara: Pertama, dengan sepenuhnya menunjukkan kebolehan dalam mengurus kerja rumahtangga, belajar memasak, menjahit serta mendampingi anak-anak kecil dan lain-lain. Kedua, mengusahakan diri supaya kelihatan lebih menarik. Sekiranya kamu mahu berpuasa, haruslah berpuasa dengan baik-baik. Jika kamu tidak tahu bagaimana memilih pakaian yang sesuai, ataupun tidak tahu apakah jenis hiasan rambut yang sesuai, haruslah belajar. Walau bagaimanapun janganlah hanya mementingkan perhiasan sahaja, hanyalah usahakan diri menjadi seorang yang lebih menarik. Sungguhpun mahu rupa kelihatan menarik (Why 21 : 2 ; 19 : 7 – 8), ini menunjukkan pengantin perempuan berhias untuk pengantin lelaki. Tetapi janganlah terlalu mementingkan aspek fizikal sehinggakan hanya mengutamakan kecantikan dalam hidup. Sila baca (Ams 31 : 30 dan I Ptr 3 : 3 – 5). Di sini telah mendatangkan butir ketiga yang terpenting, memelihara sikapmmu sebagai perempuan Kristian yang mempunyai tenaga hidup. Seorang umat Kristian yang bernyawa mempunyai kecantikan batiniah. Bagi seorang saudara Kristian (iaitu orang yang diharapkan kamu) adalah lebih menarik daripada seorang yang mempunyai rupa luar yang di dalamnya adalah kekosongan belaka. Sekiranya seorang saudari mempunyai kebolehan dalam mengurus rumahtangga dan rupa paras yang elok serta juga merupakan umat Kristian yang bernyawa ia tentu merupakan seorang gadis yang sangat menarik.

3. Maju menuju ke arah tujuan, “Apa” dengan terkejut kamu berkata, “Tidak mungkin saya sendiri yang harus pergi mencari seorang saudara?” Biar saya tanya balik, “Kamu tidak haruskah pergi bekerja mencari rezeki ?” Ingin menjadi seorang setiausaha, bukan saja harus berdoa tetapi harus menyediakan diri menjadi seorang setiausaha yang baik, pada masa yang sama, ia harus mencari satu pekerjaan, sama juga kamu harus mencari seorang suami. Tetapi bagaimana melakukannya merupakan suatu masalah yang besar. Terlebih dahulu, saya memberi amaran, kamu jangan menceburi persatuan perempuan seorang diri, di sini hanya menimbulkan masalah sahaja dan bukan merupakan cara untuk melaksanakannya. Ini hanya menimbulkan penderitaan, kekecewaan dan kamu tidak mempunyai masa melakukan perkara ini. Kamu seharusnya bekerja, sekiranya kamu telah menceburkan diri dalam persatuan demikian segeralah mengundurkan diri.

Pergilah ke tempat yang mempunyai saudara seiman, memilih suatu pekerjaan yang mempunyai hubungan dengan saudara seiman, tanpa mempertikaikan tentang gaji kurang. Juga harus mengikuti Persahabatan Belia dan Kelas Pengkajian Alkitab, agar berpeluang bertemu dengan saudara seiman. Sesungguhnya ini bukan merupakan tujuan tunggal kita megikutinya; (sekurang-kurangnya bukan tujuan utama), tetapi tidak dapat dinafikan bahawa ia merupakan salah satu sebab kamu mengikutinya. Kamu juga boleh menjemput pendeta menolong kamu; mencari saudari Kristian yang sesuai dalam perkahwinan. Keluarga Kristian di dalam gereja boleh juga menjemput saudara-saudari yang sesuai ke rumah mengikut kebaktian keluarga. Di samping itu, kamu juga bertanya kepada saudari yang kamu hormati yang telah berkahwin. Tentang kamu menghormati saksian keluarga Kristian mereka dan bertanya kepada mereka bagaimana menyelesaikan masalah ini. Dengan berbuat demikian kamu mungkin akan mendapat pendapat yang dapat membantumu.

Tidak kira apa yang kamu lakukan, haruslah mengutamakan keadaan kamu pada masa ini serta memperbaikinya dan juga harus menentukan apa yang kamu lakukan adalah memuliakan Tuhan dan memegang firmannya. Sekiranya Tuhan memberi kamu karunia untuk berkahwin dan kamu sendiri juga memelihara kebolehan mengurus rumahtangga, berusaha menjadikan diri sendiri lebih indah dan menarik, dipenuhi dengan kehidupan Kristus – kesemua ini kamu serahkan dalam doa di dalam Roh – maka ini merupakan sebab (alasan) yang dapat dipercayai bahawa Tuhan akan bila-bila masa mengutus seorang saudara yang sesuai kepadamu. Kemudian kamu boleh mempercayainya dengan tenang, menanti Tuhan bekerja. Kemungkinan Dia ingin menyediakan kamu dalam pelbagai segi, cuma kamu sendiri tidak faham.

Walaupun dalam penantian, kamu mengalami kekecewaan; tetapi sekiranya kamu sudah berusaha dan berdoa serta juga telah menyerahkannya ke dalam tangan Tuhan yang berhikmat. Maka dengan penuh yakin dapat menentukan bahawa akibatnya pasti dapat memuliakan Tuhan dan kamu sendiri akan diberkati.

Kesimpulannya: Sedar (insaf) akan karuniamu dan mengembangkannya serta menampakkan karuniamu.

Perkataan padan (bagai pinang dibelah dua) merupakan perkataan yang merbahaya, dalam Alkitab tidak menggunakan perkataan ini, biasanya ia dapat dilihat dalam hasil karya pada zaman sekarang serta sangat popular diperbincangkan, ertinya menyebabkan orang salah faham dan bersesuaian dengan Alkitab. Konsep “Saling Padan”, tidak kira digunakan dalam diri pemercaya Kristian atau bukan pemercaya Kristian, kemungkinan mengakibatkan nasib yang buruk.

Apakah erti “ Saling Padan” ini ? Biasanya ketika manusia menggunakan perkataan ini, ertinya menunjukkan kepadanan sikap, minat atau latar belakang bagi dua orang. Oleh itu ia dianggap kemungkinan memperolehi kebahagiaan dalam perkahwinan mereka lebih besar daripada orang yang tidak padan. Dalam Alkitab tidak dapat menjumpai bukti yang dapat membuktikan itu adalah benar. Cuba renungkan, mungkinkah kerana ekonomi mereka sama atau kedua-dua mereka suka bermain tenis atau bapa dari kedua-dua pihak suka memakai pakaian yang sama ketika bekerja ini dapat menjaminkan kebahagiaan dalam perkahwinan? Konsep ini tidak bersesuaian (menurut) dengan dasar Alkitab. Konsep “Padan” ini harus diselidiki semula.

Kenyataan dalam Alkitab menunjukkan tiada dua orang yang saling padan, tidak kira sama ada latar belakang mereka adalah sama. Kita dilahirkan oleh orang yang berdosa, ini menunjukkan dengan berdasarkan sikap kita, kita tidak dapat berpadanan dengan orang lain. Jika dua orang ingin dipadankan, terlebih dahulu harus menguduskan diri dan bersandar kepada Roh Kudus.  Melalui karunia Tuhan. Lama kelamaan akan saling berpadanan antara satu sama lain.

Jika demikian, bagaimana memilih teman? Hanya ada dua permohonan yang tidak boleh dikurangkan: 1) Pihak jodoh adalah pemercaya seiman, 2) Haruslah kamu berdua rela menggunakan firman Tuhan, cara Tuhan untuk menunjukkan kamu berdua makin lama makin dapat berhadapan dengan masalah, membincang masalah dan menyelesaikannya. Dalam perkahwinan, jika dalam segi ekonomi, bangsa, umur dan lain-lain berpadanan memang baik, tetapi ini bukan yang utama; sebenarnya itu hanya merupakan faktor sampingan sahaja dalam perkahwinaan. Faktor utama adalah kedua mereka itu menerima anugerah keselamatan. Kedua ialah dapat menggunakan cara yang bersesuaian dengan Alkitab untuk mengatasi masalah. Orang yang mempunyai kemampuan yang demikian sungguhpun mereka mempunyai latar belakang yang berbeza juga dapat sedar bahawa mereka sedang saling menjalani kehidupan mereka dengan lebih baik. Masalah suka atau tidak bukan masalah yang penting. Sekiranya tidak mengharapkan kekuatan yang berdasarkan Alkitab dalam mengatasi masalah, mereka tetap tidak dapat dipadankan walaupun latar belakang kedua-dua orang yang berdoa sama.

Lantaran itu, sebelum menentukan sama ada berkahwin atau tidak; terlebih dahulu menguji diri sendiri: Adakah kita dapat bersama-sama menghadapi masalah dan mengatasinya? Umat Kristian berbuat demikian kerana tiada satu perkara lain yang lebih penting daripada perkara ini. Tidak kira telah berapa lama kamu menghadapi masalah, yang penting ialah , “Bolehkah kamu menggunakan cara Tuhan untuk menyelesaikan masalah?” Sekiranya pihak jodoh tidak rela menghadapi masalah serta menyelesaikannya dan tidak rela bersama dengan kamu menggunakan cara dalam Alkitab untuk memuliakan Tuhan tetapi pergi mencari “Pakar Tanya”, maka jangan bergaul lagi dengannya. Sekiranya ia tetap tidak berubah maka jangan berancang berkahwin dengannya, juga memberitahu dia sebab-sebab kamu tidak dapat bergaul lebih rapat; sekiranya ia tetap seperti dulu tidak mahu berdasarkan ketetapan dalam Alkitab untuk menyelesaikan masalah, maka carilah jodoh yang lain.

Sekiranya berharap berdasarkan ketetapan dalam Alkitab untuk menyelesaikan masalah tetapi kekurangan kekuatan melakukannya, sebabnya mungkin salah satu dari antara dua sebab ini: 1) Pihak jodoh bukan dengan hati yang rela mempelajari cara-cara Tuhan untuk menyelesaikan masalah ataupun tekad ini tidak cukup kuat. Sekali lagi menitikberatkan bahawa jangan bergaul dengannya jika keadaannya langsung tidak berubah. 2) Kemungkinan pihak jodoh tidak tahu bagaimaan mengubahnya. Alangkah baiknya jika baik, asalkan berusaha bersama maka lama-kelamaan pasti akan mencapai tujuannya. Dalam keadaan ini haruslah bersabar dan berusaha mendapatkan bantuan yang betul. Tetapi sebelum pihak jodoh menunjukkan apa-apa perubahan atau kemajuan, jangan berkahwin dengannya. Ingat, kerana Tuhanlah yang mengerjakan di dalam kamu baik kemahuan maupun pekerjaan menurut kerelaanNya. ( Flp 2 : 13 ; II Kor 8 : 10 )

Tentu sekali , segala ini berlaku ke atas dirimu, kecuali kamu juga berharap menggunakan ketetapan Alkitab untuk mengatasi masalah dalam pelbagai perkara dalam kehidupan manusia. Sekiranya kamu belum lagi bersedia, kamu masih belum sesuai untuk berkahwin.

Sumber: Buku Kehidupan Keluarga Umat Kristian

Dunia dan Masyarakat Empayar Roma

1. Dunia Zaman Kristus

Seperti yang dikatakan pakar arkeologi : Penubuhan empayar Roma merupakan satu bidang politik yang terbesar, yang belum pernah ada di kalangan umat manusia. Dari ini, kita tahu bahawa Empayar Roma sememangnya sangat besar dan agung. Selain dari Itali, Sepanyol, Perancis, Austria, Yunani, Turki, Arab, Egypt, negara-negara sekitaran Laut Tengah Libya, ianya juga merangkumi negara England, Yugoslavia, Swiss dan sebahagian besar dari negara German. Tanah Suci di mana Tuhan Yesus dilahirkan, dibesar dan disalibkan juga merupakan sebahagian dari empayar yang besar ini, iaitu penjuru kecil di antara benua Asia dan Afrika.

Bentuk geografi empayar Roma ialah : dari sebelah timurnya sampai ke sungai Euphrates, manakala sebelah selatannya sampai ke padang gurun Sahara. Tanah jajahannya pada masa itu termasuk masyarakat-masyarakat yang bertamadun, seperti London, Paris, Carthage, Athens, Alexandria, Yerusalem, Smyrna, Damsyik, dan lain-lain. Kesemua kota yang besar dan bertamadun ini dirangkumkan dalam tanah jajahan yang besar ini.

Empayar yang luas ini ditubuhkan oleh Kaesar Augustus pada tahun 31 sebelum masihi. Ianya merupakan seorang penakluk/penjajah yang agung, seorang yang memerintah secara sivil dan militer dan melantik diri sendiri sebagai Imam Besar agama Roma. Dia dipanggil Kaisar Augustus. Sebaik saja disebut [Kaisar] (bermakna emperor/raja), secara terus ianya ditujukan kepada Augustus. Pada zaman tersebut, ianya adalah sangat terkenal sehinggakan orang-orang Yahudi yang sangat benci akannya turut berkata: ‘Kami tidak mempunyai raja selain dari pada Kaisar!” (Yoh 19 : 15). Ternyata bahawa dia adalah seorang pemimpin yang agung.

2.Raja-raja Dalam Alkitab Perjanjian Baru

Tokoh-tokoh yang utama dan terkenal dalam empayar Roma yang dicatatkan dalam Alkitab Perjanjian Baru ialah Kaisar Augustus. Ianya merupakan raja yang pertama dan pemimpin pada masa Yesus dilahirkan. Ia mati pada tahun 14 selepas masihi. Dia mempunyai seorang anak angkat bernama Tiberius yang memerintah pada masa Yesus mati. Pada masa Petrus, Yohanes dan Paulus mendirikan gereja, takhta raja digantikan oleh Klaudius dan Nero. Catatan-catatan Alkitab berkenaan raja tersebut adalah berikut :

“Pada tahun kelima belas dari pemerintahan Kaisar Tiberius……datanglah firman Allah kepada Yohanes di padang gurun” ( Luk 3 : 1-2 ). “……Seluruh dunia akan ditimpa bahaya kelaparan yang besar. Hal itu terjadi juga pada zaman Klaudius” ( Kis 11 : 28 ). “Kerana Kaisar Klaudius telah memerintahkan, supaya semua orang Yahudi meninggalkan Roma” ( Kis 18 : 2 ). “Aku berdiri di sini di hadapan pengadilan Kaisar (di hadapan pengadilan Raja Nero)” (Kis 25 : 10). “ Salam kepadamu dari segala orang kudus, khususnya dari mereka yang di istana Kaisar”.  Flp 4 : 22).

3.Penduduk Empayar

Pada zaman Augustus, jumlah menduduknya ialah kira-kira 85,000,000 orang, manakala jumlah penduduk pada zaman pemerintahan Klaudius ialah kira-kira 120,000,000 orang. Setelah tamatnya peperangan yang berlaku berterusan, keadaan menjadi aman dan makmur semula sehingga kota-kota yang dimusnahkan dibina semula dan menjadi mewah dalam kadar yang cepat. Justru itu, penduduknya bertambah lipat ganda.

4.Cara Pemerintahan

Kaisar Augustus menggunakan cara militer (ketenteraan) untuk memerintah wilayahnya yang luas dan besar. Dia menghantar pasukan tenteranya untuk memerintah ke beberapa negara dan tanah-tanah jajahan. Dia mengamalkan pemerintahan militer sehingga selalu mengenakan perintah berkurung. Bagi negara purba, seperti Yudea yang mengamal agama. Yunani telah mengamal seni dan telah memberi sumbangan yang banyak kepada dunia ini. Tetapi Roma pula, boleh dikatakan berbakat dalam politik. Walaupun terdapat perkara yang tidak moral, tetapi sistem pentadbiran dan pemerintahannya memang begitu rumit sekali. Maka, walau di kawasan yang luas, masih terdapat “Roma yang aman sentosa” dan keadaan yang makmur ini dapat diteruskan selama beratus-ratus tahun. Rakyat yang berdiam di empayar beloh dikatakan tidak bersungut-sungut terhadapnya. Walaupun terdapat banyak kekurangan, tetapi ini tidak boleh menafikan keagungannya.

5. Pegawai-pegawai (“Officer”)

Ketua-ketua bagi setiap negara yang dijajah dan ketua setiap provinsi dipanggil pegawai tertinggi; Kadang-kadang ianya juga dipanggil wali. Mereka ditempatkan di merata tempat sebagai wali kerajaan untuk menguruskan hal-hal rakyat dan tentera: mereka memungut cukai, menjalankan penghakiman, meredakan keributan yang berlaku di kalangan rakyat, melindungi tanah jajahan negara, menguruskan segala urusan kewangan dan kerja-kerja orang awam. Justru itu, mereka mempunyai kuasa mutlak atas rakyat tempatan samada dibenarkan terus hidup atau dibunuh. Pegawai-pegawai tersebut adalah secara terus tertakluk pada raja (ada yang terus tertakluk pada majlis negarawan – Senior Statesmen ) dan tidak perlu bertanggungjawab terhadap sesiapapun selain dari pada raja sendiri. Pegawai-pegawai yang lain pula berada di bawah pentadbiran wali provinsi tersebut.

Wali yang bertugas pada masa Tuhan Yesus memberitakan Injil ialah Pontius Pilatus yang berada di bawah perintah Raja Tiberius, ianya bertanggungjawab atas Yudea, Samaria dan wilayah Edom di mana kesemua ini termasuk dalam provinsi Syria yang besar.

Kadang-kadang orang yang terkenal dan terhormat akan diperintahkan untuk memerintah wilayah tersebut. Rakyat akan mengelarnya sebagai  [pelindung negara] atau [raja tempatan]. Walaupun adalah raja, namun ianya adalah tertakluk pada Raja Roma. Raja Herodes yang muncul dalam Alkitab adalah orang yang demikian. Walaupun dilantik menjadi raja, namun, kiranya tiada kebenaran wali, ianya tidak boleh membuat keputusan atas sebarang perkara besar. Kuasa militer juga di bawah wali, pengadilan perkara-perkara yang penting harus diadakan di dewan pengadilan wali. Misalnya, apabila Amerika menyerang negara Jepun, walaupun pada masa itu ada persetujuan raja Jepun dan mesyuarat Kabinet, namun segala keputusan bagi politik peringkat tinggi tetap ditentukan oleh bahagian tentera yang menang.

Wali Tanah Yudea ditempatkan di Kaisarea dan ianya perlu berjalan mengunjungi kota-kota dalam seluruh wilayahnya. Hanya pergi ke Yerusalem pada musim sejuk atau pada perayaan memberi persembahan. Maka, istana Raja Herodes adalah seperti hotel penginapannya.

Catatan Alkitab berkenaan orang-orang demikian adalah seperti berikut. “Sewaktu Kirenius menjadi wali negeri di Siria” ( Luk 2 : 2 ). “Pilatus wali negeri Yudea itu” ( Mat 27 : 2 ). “Kepada wali negeri Felixs” ( Kis 23 : 24 ). “Wali negeri itu menanyakan Paulus dari provinsi manakah asalnya?” ( Kis 23: 34 ). “ Herodes raja wilayah Galilea” ( Luk 3 : 1 ). “Filipus, saudaranya, raja wilayah Iturea dan Trakhonitis” ( Luk 3 : 1 ). “Lisanias raja wilayah Abilene” ( Luk 3 : 1 ). “Herodes, Raja Yudea” ( Luk 1 : 5 ). “Herodes mengenakan pakaian kerajaan, lalu duduk di atas takhta” ( Kis 12 : 21 ). “Datanglah raja Agripa dengan Bernike ke Kaisarea untuk mengadakan kunjungan kehormatan kepada Festus” ( Kis 25 : 13 ).

6. Kerajaan Daerah

Terdapat kota-kota yang merupakan kota yang bebas, di mana rakyat sendiri memilih penguasanya dan takhta di bawah sistem pentadbirannya. Daerah-daerah yang mengamalkan sistem pentadbiran demikian, tidak perlu kawalan militer Roma. Tambahannya, orang-orang yang dilahirkan dalam daerah tersebut boleh menikmati hak warganegara Roma. Paulus yang lahir di Tarsis sebuah kota yang bebas, berkata : “Aku dilahirkan warganegara sini (mempunyai kerakyatan bebas)”.

Kota-kota bebas yang dicatatkan dalam Alkitab ialah Tarsus, Antiokhia Siria, Atena, Efesus, Tesalonika dan lain-lain.

Tesalonika – Ketika orang banyak dan pembesar-pembesar kota mendengar semuanya, mereka menjadi gelisah. Tetapi setelah mereka mendapat jaminan dari Yason dan dari saudara-saudara lain, merekapun dilepaskan ( Kis 17 : 8-9 ).

Efesus – “Panitera kota menenangkan orang banyak…[…baiklah kehendakmu itu diselesaikan dalam siding rakyat yang sah…]Dan dengan kata-kata itu, ia membubarkan kumpulan rakyat itu” ( Kis 19 : 35,39).

Yang lebih menghairankan ialah, kadangkala, kota-kota bebas tidak perlu menanggung kewajipan membayar cukai.

Kota-kota lain seperti Korintus, Troas, Antiokhia Pisidia, Filipi dan lain-lain adalah kota-kota perantauan.

7. Kota Perantauan

“Dari situ kami ke Filipi, kota pertama di Makedonia ini, suatu kota perantauan orang Roma” (Kis 16 : 12 ).

Kota perantauan ialah, askar-askar yang ditempatkan oleh kerajan Roma ke situ lalu mereka tinggal tetap di tempat tersebut sehingga menjadi sebahagian dari rakyat kota itu. Rakyat tempatan yang utama ialah orang-orang Roma, mereka mempunyai [penguasa] (Kis 16 : 19), [pembesar] (Kis 16 : 20) dan [pejabat-pejabat] (Kis 16 : 35).

8. Tentera Roma

Sebenarnya kota-kota wilayah seperti Yerusalem, Kapernaum, Yope – Kesemua ini adalah di bawah pemerintahan tentera. Setiap wilayah dalam seluruh empayar ini mempunyai satu kumpulan askar yang ditempatkan di situ dan keadaan ini sangat biasa kelihatan. Tambahannya kita akan mendapati banyak catatan Alkitab berkenaan tentera ini. Yesus selalu bertemu dengan kumpulan prajurit, Paulus juga, kadang-kadang akan menghadapi kumpulan prajurit. Yohanes Pembaptis memberitahu prajurit-prajurit: Jangan merampas dan jangan memeras dan cukupkanlah dirimu dengan gajimu (Luk 3 : 14).

Kerajaan Roma mempunyai 47 kumpulan prajurit untuk mengawal empayarnya besar dengan berbilang bangsa. Zaman Augustus dan Tiberius mempunyai 27 kumpulan prajurit dengan jumlah sebanyak 170,000 orang; Kemungkinan telah ditambahkan dengan bilangan orang yang berlainan bangsa untuk dijadikan unit membantu tetapi sama jumlahnya. Catatan yang lain: “Atau kau sangka, bahawa Aku tidak dapat berseru kepada BapaKu, supaya Ia segera mengirim lebih dari dua belas pasukan malaikat membantu Aku?” (Mat 26 : 53). “Namaku Legion, Kerana kami banyak” (Mrk 5 : 9). Setiap kumpulan askar mempunyai 10 pasukan dan dari pasukan ini, ianya dibahagikan lagi kepada 6 skuadron kecil yang dipanggil “Maniples”.

Ketua pasukan dipanggil [ Ketua Perwira] bertugas di tempat kubu pertahanan Yerusalem untuk mengarahkan pasukan pertahanan. Klaudius Lisias yang menyelamatkan Paulus dari keributan orang-orang Yahudi, merupakan seorang ketua perwira ( Kis 23 : 26 ). Perwira yang menjaga keselamatan Raja Roma adalah pengarah tentera yang paling tinggi di dalam pasukan tentera. Ia juga dinamakan ini “Ketua pasukan tentera Raja”. Paulus adalah ditahan oleh pengarah tentera ini semasa ia berada di Roma.

Terdapat juga pasukan-pasukan prajurit yang tidak tertakluk pada mana-mana kumpulan tentera. Misalnya pasukan Italia yang hanya tertakluk pada wali Roma yang tinggal di Kaisarea (Kis 10 : 1). Dan yang lain. Yulius dari pasukan Kaisar (Kis 27 : 1).

Komandar skuadron-skuadron kecil (maniples) dipanggil perwira pasukan. Nampaknya, perwira-perwira pasukan yang dicatatkan dalam Alkitab adalah tokoh-tokoh yang disambut baik oleh orang ramai. Berkenaan perwira pasukan Kapernaum, orang-orang Yahudi berkata : Sebab ia mengasihi bangsa kita dan dialah yang menanggung pembangunan rumah ibadat kami” ( Luk 7 : 5 ). Tuhan Yesus juga berkata : “ Imam sebesar ini tidak pernah Aku jumpai pada seorangpun di antara orang Israel” (Mat 8 : 10). Ketua pasukan yang menjaga Tuhan Yesus yang di atas kayu salib di luar kota Yerusalem berkata bahawa Tuhan Yesus “sungguhnya adalah Anak Allah” ( Mat 27 : 54 ). Kornelius, perwira pasukan yang tinggal di Kaiserea tidak menyembah berhala, ia serta seisi rumahnya takut akan Allah dan ia memberi banyak sedekah kepada umat Yahudi dan sentiasa berdoa kepada Allah (Kis 10 : 2). Petrus diutus untuk membaptiskannya, lalu ia menjadi permercaya agama lain yang pertama mempercayai Kristus. Yulius merupakan komandan pasukan tentera yang membawa Paulus sebagai orang tawanan pada masa tersebut. Yulius merupakan seorang perwira model yang mempunyai tubuh fizikal yang baik, boleh dipercayai dan bergaul mesra dengan orang lain.

9. Cukai Pendapatan

Untuk mentadbir sebuah empayar yang besar memerlukan belanjawan yang sangat besar. Selain daripada upah untuk para prajurit, Augustus terpaksa juga memelihara kehidupan lebih dari 200,000 rakyat di dalam kota yang hanya makan, namun tidak kerja. Belanjawan yang lain ialah seperti gaji bagi pegawai-pegawai kerajaan, memperbaiki jalan-jalan pengangkutan, membina jambatan-jambatan, membina taman-taman yang indah, membina rumah-rumah besar sebagai tempat kediaman para pegawai – kesemua ini memakan perbelanjaan yang besar.

Semua perbelanjaan ini hanya diperolehi daripada hadiah wang dan cukai pendapatan. Peladang harus membayar peratusan cukai yang tinggi dibandingkan dengan pendapat mereka. Sistem cukai mereka adalah secara paksaan dan dijalankan dengan tegas, “Pemungut cukai” sentiasa dikutuki dan dipandang hina sebagai pengkhianat negara.

Pada masa itu, orang-orang Yahudi ingin mencelakakan Tuhan Yesus dengan mengajukan pertanyaan kepadaNya berkenaan membayar cukai untuk mengujiNya. Kiranya Tuhan Yesus berkata, perlu membayar cukai, maka akan menberi satu peluang (bukti) kepada khalayak Yahudi untuk membencikanNya. Sebaliknya, kiranya berkata tidak perlu membayar cukai, maka mereka akan serta–merta melapor kepada wali negeri dan Dia akan ditangkap. Tuhan Yesus mengetahui jerat orang-orang Yahudi yang licik lalu berkata: “Tunjukanlah kepadaKu suatu dinar.” Dia berkata lagi: “Gambar dan tulisan siapakah ada padanya?” Jawab mereka: “Gambar dan tulisan Kaisar.” Lalu Yesus berkata: “Kalau begitu berikanlah kepada Kaiser apa yang wajib kamu berikan kepada Kaisar dan kepada Allah apa yang wajib kamu berikan kepada Allah.” (Luk 20 : 19-26).

Selain dari cukai pendapatan, raja juga memikirkan cara-cara lain untuk mendapatkan lebih banyak wang dari rakyatnya. Misalnya, cukai tanah, cukai perseorangan, cukai harta benda, cukai kastam, cukai jalan dan lain-lain. Peniaga-peniaga yang berangkat dari Damsyik ke pantai melalui jalan besar terpaksa membayar cukai dengan jumlah yang tertentu. Jalan ini berhubung terus ke Kapernaum dan di situ pula, cukai akan dikenakan pada bahan-bahan perniagaan yang dibawa bersama. Cukai dibayar kepada pemungut cukai yang ditugaskan di situ. Matius yang sedang duduk di rumah cukai dan memungut wang, dipanggil oleh Tuhan Yesus: Ikutlah Aku ( Mrk 2 : 14 ).

Peristiwa yang lain berlaku di Kapernaum ialah, Tuhan Yesus juga perlu membayar bea. Pemungut bea datang kepada Petrus dan berkata: “Apakah gurumu tidak membayar bea dua dirham itu? ”. Tuhan Yesus telahpun menyediakan wang tersebut di mulut ikan dan menyuruh Petrus pergi mengambilnya (Mat 17 : 24-27). Rasul Paulus juga menasihati pemercaya di Roma supaya membayar cukai (Rm 13 : 7).

10. Banci Penduduk

Seorang raja harus kenal pasti akan populasi rakyat yang diam di dalam empayarnya dengan tepat. Tambahan pula, dia harus memperhitungkan harta-bendanya dengan tepat supaya ia dapat menguruskan sistem percukaian untuk membiayai askar dan pekerja buruh. Banci penduduk yang tepat merupakan dasar pemerintahan. Cara ini ialah mendaftarkan bilangan penduduk dalam sesebuah wilayah kemudian dikumpulkan nama-nama tersebut untuk dicatatkan dalam satu buku pendaftaran secara tersusun dan teliti. Dengan demikian, amat senang mendapatkan maklumat-maklumat yang perlu; misalnya dari wilayah mana boleh mendapatkan cukai yang tinggi? Atau wilayah mana mempunyai lebih ramai orang yang boleh dipanggil untuk pergi berperang; berapa ramai orang yang boleh ditugaskan untuk membina projek-projek awam? Kesemua bahan-bahan ini dijadikan rujukan dan ini amat memudahkan kerja-kerja pengurusan.

Ketika Kaisar Augustus memerintah, beliau pernah mengeluarkan perintah, menyuruh mendaftarkan semua orang di seluruh dunia, “Maka pergilah semua orang mendaftarkan diri, masing-masing di kotanya sendiri” (Luk 2 : 3). [Kota sendiri] bukan ditujukan kepada tempat asal keseluruhan keluarganya. Yusuf dan Maria tinggal di Nazaret tetapi Yesus dilahirkan di Betlehem. Ini disebabkan ketika itu, atas perintah raja, harus mendaftar untuk membayar cukai, Yusuf dan Maria terpaksa meninggalkan Nazaret dan kembali ke Betlehem iaitu tempat asal nenek moyang mereka untuk mendaftarkan nama.

Cara mendaftar ialah mengikut kaum kemudian menurut keluarganya. Setiap keluarga diwakili oleh ketua rumah. Dia akan melaporkan nama sendiri kemudian memberikan nama ibu bapa sendiri, nama isteri, bilangan anak, nama dan umur mereka. Akhir sekali, mesti melaporkan harta benda yang ada serta nilainya. Segala ini telah dinilai dengan cukai lalu senarai nama itu akan dibawa ke Raja Roma.

11. Pemungut Cukai

Semua pemungutan cukai adalah diuruskan oleh organisasi swasta. Mereka hanya bertanggungjawab untuk membayar jumlah yang tertentu kepada perbendaharaan negara. Jumlah cukai tambahan adalah terpulang kepada mereka. Mereka boleh memungut cukai di daerah yang tertentu dengan cara paksaan. Jika terdapat orang yang tidak ingin membayar cukai, bolehlah mereka mengadu ke wali. Wali akan menghantar tenteranya untuk menjaga mereka. Orang yang memungut cukai di kalangan orang Yahudi yang bercorak warna-warni itu telah diberi satu gelaran yang tidak harum iaitu “Pemungut cukai”. Tuhan Yesus sering kali diserang sebagai musuh sebab Dia sentiasa bersama dengan “Pemungut cukai dan orang berdosa”. Mereka selalu dianggap sebagai pengkhianat negara, orang yang tidak berperikemanusiaan dan selalu ditolak dan tidak diterima oleh masyarakat. Ada pepatah berkata pada masa itu “orang itu merupakan orang asing dan pemungut cukai”, mereka selalu dibencikan.

Seorang pemungut cukai datang berjumpa dengan Yohanes Pembaptis dan bertanya bagaimana dia harus perbuat untuk mengelakkan hukuman Tuhan. Yohanes berkata, selain dari jumlah yang ditetapkan tidak dibenarkan memungut jumlah yang selebihnya (Luk 3 : 13).

Seorang pemungut cukai yang terkenal dalam kitab-kitab Injil ialah kepala pemungut cukai, Zakheus. Dia tinggal di kota yang maju dan makmur dan merupakan seorang yang sangat kaya. Ketika orang ramai di Yerikho mendengar bahawa Tuhan Yesus pergi ke rumah Zakheus, mereka merasa putus asa dan tercengang. Mereka tidak faham mengapakah Tuhan Yesus mahu menjadi tetamu orang yang berdosa itu. Namun, Tuhan Yesus telah menyebabkan Zakheus berubah, bahkan ia memberikan setengah dari miliknya kepada orang miskin dan mengembalikan empat kali lipat kepada orang-orang yang diperas (Luk 19 : 8).

12. Keadaan Kehidupan Dalam Empayar Roma

Dalam catatan sejarah, pada masa Tuhan Yesus berada di dunia, empayar Roma berada dalam zaman yang paling teguh dan gemilang; banyak provinsi-provinsi jajahannya adalah sangat kaya dan mewah. Walaupun dari segi politik, ianya tidak berapa adil, namun rakyatnya hidup dalam keadaan aman. Justru itu, bahasa yang paling umum bagi mereka ialah bahasa Yunani. Di setiap penjuru seluruh empayar, orang-orang boleh secara bebas bertukar-tukar fikiran dan berkomunikasi tanpa memerlukan penterjemah. Boleh dikatakan seluruh tanah jajahannya penuh dengan kedamaian dan kepuasan.

Tetapi, agama asing telah terjatuh dalam satu keadaan yang berjerih-payah dan terdapat banyak kritikan yang buruk (rujuk Buku Roma kalimat akhir fasal satu). Lebih-lebih lagi, sistem hamba abdi menjadikan masyarakat Roma tidak sihat. Dalam satu aspek yang tertentu, Empayar Roma didirikan atas sistem hamba-abdi. Ini merupakan satu krisis yang tersembunyi yang menyebabkan keruntuhan empayar Roma pada hari kelak.

Di antara kesemua penduduk Roma, nisbah bagi orang bebas dan hamba abdi adalah 2 : 1. Ada orang mengatakan selepas Kasdim (Chaldean) ditawan, nisbah hamba abdi dengan orang bebas adalah 3 : 1. Ini tidak menghairankan jika ada seorang Roma memakai beberapa ratus orang hamba abdi. Sebagian besar pekerja-pekerja buruh merupakan orang-orang tawanan atau orang-orang yang terpaksa menjual diri sendiri sebagai seorang hamba disebabkan kehidupan adalah terlalu susah dan miskin. Pertanian di Yunani dan Roma adalah diusahakan oleh pekerja buruh. Begitu juga tenaga pengajar di sekolah, ahli-ahli penyalin, pujangga-pujangga -sebilangan besar termasuk dalam pekerja buruh.

Dalam masyarakat Roma, hanya sebilangan kecil yang dari kelas bernama mempunyai tanah yang besar dan harta-benda yang begitu banyak sekali. Namun, ada kelas yang malas dan menganggur. Maka, terdapat ramai pengemis di jalan-jalan kecil berhala.

Di setiap penjuru empayar ini, nyawa manusia merupakan sesuatu yang sungguh murah dan tidak berharga. Mereka yang kaya akan berpesta pora setiap hari, bersenam, sukan, lakonan dan orang di kelas rendah pun bertumpuan di “amusement” yang berkelas rendah. Di coloseum, mereka hanya asyik menyaksikan pertandingan prajurit yang dashyat. Petunjuk “pertarungan darah” yang dashyat dan tidak berperikemanusiaan ini terkenal di Kaisarea, Yerikho, negara-negara di sebelah timur sungai Yordan dan Asia Minor (Turki hari ini).

Pada masa itu, tiada hospital umum atau pusat-pusat kebajikan untuk menolong orang-orang miskin, tua dan lemah. Cuma kadang-kadang, sebagai tanda kebajikan terhadap orang-orang miskin, mereka dibenarkan menyaksikan sukan secara percuma. Tiada cara dan peluang bagi orang di kelas rendah untuk memanjat ke atas. Keadaan kasihan bagi hamba dan abdi tidak akan diubah buat selamanya. Pada masa itu, apa yang diagung-agungkan ialah keberanian dan keadilan. Sifat akhlak seperti belas kasihan dan kasih sayang langsung tidak dipentingkan. Dalam erti kata yang lain, mereka langsung tidak terfikir apakah itu kewajipan sesama manusia.

13. Agama-agama Dalam Masyarakat Roma

Agama Roma ditetapkan sebagai agama kebangsaan. Bagi orang yang rasional, cara itu adalah yang tidak bijak. Namun, untuk memerintah hati rakyat, agama digunakan sebagai alat untuk mencapai matlamat politik.

Kuil bagi dewa-dewi terdapat berjenis-jenis patung berhala untuk disembahkan. Apabila mereka menghapuskan satu negara, tuhan atau patung bagi negara itu akan diletakkan di kuil ini untuk dipersembahkan bersama-sama dengan tuhan Roma. Seorang tokoh terkenal boleh disembahkan juga. Patung Julia-Ceaser yang diperbuat daripada gading gajah telah disembahkan di kuil semasa dia masih hidup. Raja Augustus telah membina kuil di merata-rata tempat supaya orang menyembahnya sebelum dia mangkat. Patungnya telah dipindah dari Goel ke Samaria dan disembah semasa adanya persembahan orangramai. Jika orang Yahudi bersetuju, patungnya memang akan diletakkan di Bait Suci di Yerusalem.

Tetapi, apabila Raja Herodes bercadang mengukir Burung Roma (lambang empayar Roma dan terletak di tempat masuk bait menyembah Raja) di balai Bait Suci (tempat Yesus selalu menyampaikan khotbah), cadangan ini telah membangkitkan kemarahan orang Yahudi yang beriman kukuh. Akhirnya, ia tidak dapat melaksanakan cita-citanya.

Raja Nero, raja ke-4 selepas Augustus, telah membunuh isterinya sendiri. Sungguhpun begitu, dia telah memerintah seluruh rakyatnya menyembah isterinya sebagai dewi. Kepercayaan yang begitu seperti yang dikatakan oleh ahli sejarah Roma, “Begitu buruk sekali, segala pertentangan dinyatakan di merata tempat, semua hanya ingin mendapat keuntungan demi politik sahaja.”

14. Menyediakan Jalan Bagi Kristus

Alkitab berkata : “Setelah genap waktunya” maka Allah mengutus anakNya datang ke dunia (Gal 4 : 4). Jadi, marilah kita lihat bagaimana empayar Roma menyediakan jalan bagi Kristus.

Kemunculan empayar telah menghancur dan merebahkan hati orang-orang Yahudi yang sekian lama di bawah pemerintahan sendiri. Walau bagaimanapun, ini telah memimpin hati manusia untuk mempercayai bahawa dunia dicipta oleh Tuhan yang Esa. Kesudahan dan kebinasaan agama-agama lain yang menyesatkan telah menyebabkan hati manusia mengharapkan kemunculan agama baru sebagai terang kehidupan mereka.

Kedamaian dan kemakmuran yang dibawa oleh Empayar Roma telah membolehkan Injil diberitakan meluas baik melalui darat maupun lautan. Ini disebabkan, jalan-jalan di darat telah dibuka bagi kumpulan-kumpulan tentera untuk pergi ke tempat yang jauh (pengutus damai sejahtera telah melalui jalan-jalan ini dengan begitu cepat sekali), manakala telah disediakan jalan-jalan yang selamat merentasi lautan sebagai kegunaan tentera. Ini menyebabkan Injil disebarkan dengan cepat ke setiap penjuru dunia.

Orang-orang Yahudi yang berselerak di merata tempat tetap mengekalkan agama keturunan mereka dan ini merupakan titik permulaan untuk membuka jalan bagi pemberitaan agama Kristian. Empayar mempunyai undang-undang yang ketat, walaupun ia sedang merosot dan terus jatuh, tetapi masih susah untuk mencerobohi peraturan-peraturan yang terwujud ini. Di seluruh dunia, terdapat sistem mata wang yang sama, sistem pengukuran yang sama, sistem pengiraan masa yang sama, sistem pengiraan jarak yang sama, sistem penghakiman yang sama dan bahasa yang sama. Maka, walaupun orang Yahudi berdegil menentang injil, namun ia masih mampu membuka pintu besar yang memasuki dunia.

Injil disebar dan meneroka dengan pantas. Ia telah sampai ke bahagian utara dan timur Syria dan mengelilingi laut Mediternanean dan kawasan Yunani. Ia dapat diumpamakan “disebar di laut Mediternanean seperti Oasis yang terdapat di padang gurun”. Injil telah disampaikan ke banyak pulau-pulau melalui perjalanan air. Ini telah mengenap janji “Masa sudah penuh”. Pada masa itulah Tuhan Yesus dilahirkan serta wujudnya rasul-rasul agung seperti Petrus dan Paulus.

Penyakit dan Pengubatan


Dalam zaman Alkitab, Palestine merupakan satu tempat yang lebih sihat. Pada zaman ini, keadaan adalah sama juga. Biasanya ia dapat mencegah penyakit tempatan, sebab tiada pelabuhan. Ia boleh menghadkan jangkitan penyakit-penyakit umum. Tambahan adanya had daripada hukum-hukum, jika mereka memegang hukum-hukum, mereka dapat mencegah jangkitan penyakit dan ini memang menyumbang banyak kepada pencegahan penyakit.

1. PENYAKIT DAN AGAMA

Orang Yahudi percaya kesihatan berkaitan jelas dengan sifat akhlak ( Yes 58 : 8 ; Yer 8 : 15 ). Biasanya, mereka menganggap penyakit itu merupakan hukuman dari Allah ( Yoh 9 : 2 ). Secara langsung atau tidak, telah diberikan oleh Tuhan ( Kel 4 : 11 ; Ul 32 : 39 ; Ayub 2 : 7 ; Mrk 9 : 17 ; 2 : 5 ). Penyakit mungkin dari rasa iri hati ( Ayub 5 : 2 ) atau tidak menjaga kesihatan badan dan semua ini pun mempunyai kehendak Tuhan.

Oleh itu, pengubatan juga daripada Tuhan ( Kel 15 : 26 ). Maka, dari segi penyakit, imam sama seperti doktor mengubati. Secara umum, umat yang tersebut di dalam Alkitab kekurangan pengetahuan pengubatan. Begitu juga, tidak ada tanda adanya pengajaran dalam bidang perubatan di Palestine. Tetapi, sudah wujudnya doktor di Tanah Mesir, di mana Yusuf mengarahkan tabibnya mengasapkan mayat bapanya dengan rempah ( Kej 50 :2 ). Mungkin ada orang Ibrani serupa dengan doktor, semasa Buku Keluaran dikarang ( Kel 21 : 19 ). “Tabib” di Yer 8 : 22 , hanya membalut luka pesakit sahaja.

Pengarang Tawarikh menganggap berdosa jika bersandar kepada tabib. Ini adalah pandangan yang paling negatif ( 2 Taw 16 : 12 ). Buku hikmat Silas berkata “kekuasaan tabib mengubati orang adalah dari yang Mahatinggi”. Pada zaman dulu, imam mungkin harus menjalankan tugas tabib, sebab penyakit kusta itu adalah yang paling khas. Nabi membantu dari segi perubatan juga ( 1 Raj 14 : 3 ; 17 : 18 ; 2 Raj 4 : 33 ; 20 : 7 ) .

Buku hikmat Silas berpendapat doktor harus menjalankan tugas imam, berdoa kepada Tuhan “memohon kuasa menyelamat dan mengubati orang untuk memanjangkan nyawa manusia”. Fasal yang sama menyentuh menyesal dan persembahan roma “terpulang kepada doctor”.

Catatan dalam Perjanjian Baru, Lukas adalah seorang doctor ( Kol 4 : 14 ), tetapi penghargaan tentang doctor tidaklah begitu bagus ( Luk 8 : 43 ; Mrk 5 : 26 ).

Sehingga akhirnya, pengubatan adalah salah satu tugas imam. Pengetahuan imam dalam segi ini, hamper semuanya adalah dari tradisi dan pengalaman. Sebabnya imam mempersembahkan haiwan, memanglah mempunyai serba sedikit pengetahuan tentang struktur haiwan. Tetapi tidak pernah mempunyai apa-apa pengetahuan tentang pembedahan tubuh badan manusia. Sebabnya tahun 100 Sebelum Masihi adalah dilarang menyentuh atau membedahkan mayat. Maka, dalam Alkitab pun jarang menyentuh pembedahan dan pertumbuhan badan.

Orang Ibrani melarang makan daging haiwan berdarah ( Kej 9 : 4 ; Im 17 : 11 ). Sebab mereka percaya darah akan membawa bakteria dan parasit. Ini boleh dikatakan satu pencegahan di segi kesihatan. Teori pembiakan yang awal boleh didapati di Ayub 10 : 8-12 dan Mzm 139 : 15-16. Tetapi kebanyakan pengetahuan tentang pertumbuhan badan telah diberitahu dengan cara tersembunyi atau melalui mazmur.

Umumnya, orang Yahudi seperti orang zaman purba yang lain. Mereka percaya jantung adalah tempat pergerakan hati dan moral ( Dan 2 : 28 ; 4 : 5 ; 7 : 1 dll ). Organ-organ dalam tempat beremosi dan percintaan, usus tempat berasa kesengsaraan ( Ayub 30 : 27 ). Pesakit memerlukan doktor (Mat 9 : 12 ), “Tabib sembuhkan diri sendirimu” ( Luk 4 : 23 ); “Hormatkan tabib, sebab ia diciptakan Tuhan” (Buku Hikmat Silas 38 : 1 ) dan lain-lain. Semua ayat ini adalah sebahagian penghargaan untuk doktor. Apabila adanya penyakit khas dan ada peraturan khas juga. Hukum taurat ada memesan orang melawat pesakit, maka Yesus ada menegaskan lagi pelayanan ini juga ( Mat 25 : 36 ).

Kusta adalah penyakit yang tidak kudus, pesakit kusta tidak dibenarkan tinggal di dalam kota. Namun, penyakit biasa boleh diubati di rumah, tetapi tidak jelaslah cara apa yang digunakan. Kemungkinan hanya diubati semasa penyakit itu serius sehingga keluar darah, sebab pada penggal awal mereka tidak dibenarkan mendekati darah. Maka, tiada apa-apa langkah diambil. Dalam buku Amsal ada memberitahu serba sedikit pengetahuan tentang penggunaan perubatan (Ams 31 : 6-7).

 2.JENIS PENYAKIT

Jenis penyakit tidak jelas dicatat dalam Alkitab. Namun, masih ada yang khas diterangkan, tetapi tidak dapat pastikan jenis penyakit yang betul. Sebab utamanya simptom-simptomnya tidak jelas diceritakan. Dalam Ulangan ada menceritakan “batuk kering, deman, deman kepialu dan sakit radang” ( Ul 28 : 22 ).

i. Batuk Kering : Ditujukan kepada “TB”. Lemah dan kekurangan darah sepanjang masa. Maka semua demam pun telah termasuk dalam penyakit ini. Penyakit ini seringkali berlaku di sekeliling Laut Mediterianean dan Pulau Malta. Ada juga catatan dalam Im 26 : 16.

ii. Demam : Selalu diikuti dengan dingin hebat. Di kawasan Palestine mereka anggap ia sebagai Malaria. Kadangkala terdapat penyakit kuning-kuning juga. Ibu mertua Petrus terdapat sakit demam ( Mat 8 : 14 ).

iii.Demam Kepialu : Mungkin ditujukan kepada sakit selsema di Palestine.

iv. Malaria : Sesuatu penyakit kuat atau seperti “demam campak”. Tidak jelas tentang penyakit ini, tetapi tiada kes penyakit “demam campak”. Mungkin terdapat “cacar ( small pox )” yang berbarah dan terus bersebar. Penyakit “cacar” adalah senantiasa dapat dilihat pada zaman purba. Mungkin tulah yang keenam “barah” adalah seperti  ini ( Kel 9 ).

v. Penyakit Sampar : Penyakit ini banyak tercatat dalam Alkitab. Penyakit sampar berlaku 4 kali semasa umat Isreal berada dalam perjalanan di padang gurun ( Bil 11 :33 ; 14 : 37 ; 16 : 46 ; 25 : 9 ), ada tercatat di tempat lain juga ( 2 Sam 24 : 15 ; 2 Taw 21 : 14 ; Mzm 91 : 3 , 6 ; Yer 21 : 9 ; 42 : 17 ). Kemungkinan penyakit inilah yang menyerang angkatan tentera Asyur ( 2 Raj 19 : 35 ).

Ia merupakan satu penyakit yang serius, biasanya dianggap sebagai hukuman Tuhan. Sebenarnya hanya beberapa hari dan cepatnya ia berkembang sehingga menjadi serius. Biasanya, ia akan mati dalam masa 3 hari. Hukum Taurat tidak memberi  petunjuk bagaimana mencegahnya. Dalam kata lain, ini adalah hukuman khas dari Tuhan. Penyakit sampar bukanlah penyakit tempatan Palestine tetapi telah dibawa masuk oleh orang Yahudi dan negara jiran.

vi. Barah ( I Sam 5 : 6 ) : Biasanya, mempunyai rupa yang tetap dan berwarna kuning, dan tumbuh di bahagian bawah abdomen. Ada orang menganggap itu adalah borok-borok, tetapi ia disyaki juga. Ia harus bersama dengan penyakit tercatat dalam Ulangan 28 : 27.

Yoram mati sebab penyakit organ dalam ( 2 Taw 21 : 19 ). Ini merupakan satu penyakit disenteri yang serius dan tercatit dalam Kisah Para Rasul 28 : 8 juga. Penyakit ini sangat mudah dijumpai di Pulau Malta, selalu adalah pengaliran darah dan merupakan satu penyakit “ular” yang sangat merbahaya. Akibat orang yang makan dan minum tanpa berkawal ada tercatat dalam Amsal 23 : 29 dan Yesaya 19 : 14.

vii.  Penyakit Hati : Kebanyakan doctor Ibrani menganggap badan yang kurang sihat adalah disebabkan oleh perubahan dalam cecair hati ( Ibr 16 : 13 ; Ams 7 : 23 ; Rat 2 : 1 ). Kelemahan badan Timotius adalah disebabkan perut dan boleh dikurangkan dengan meminum anggur ( I Tim 5 : 23 ). Mazmur 69 : 3 ada menceritakan kesengsaraan hati dan kekeringan kerongkong.

viii. Penyakit Jantung : Tidak tercatit di dalam Alkitab. “ Hati yang tenang menyegarkan tubuh, tetapi ini hati memburukkan tulang” ( Ams 14 : 30 ) adalah satu catatan. Tekanan darah turun dengan cepat adalah sebab menyebabkan pengsan ( Kej 45 : 26 ; I Sam 4 : 18 ; 28 : 20 ; Dan 8 : 27 ).

ix. Strok ; Adalah penyakit timbul di saraf tunjang. Biasanya, ia bermula dengan cepat dan lambat sembuh. Matius 4 : 24 dan Lukas 5 : 18 ada tercatat juga. Hamba perwira (Mat 8 : 6 ) telah menghidap penyakit tumor yang serius di bahagian otaknya atau strok yang membawa sakit. Adanya “kekeringan tangan” tercatat ( Mat 12 : 10 ; Mrk 3 : 1 ; Luk 6 : 6 ). Kekeringan tangan mungkin disebabkan pengecutan tulang atau saraf-sarafnya. Seorang lelaki yang lumpuh kaki di depan pintu Gerbang Indah ( Kis 3 : 2 ), mungkin adalah rupa yang sama. Orang yang menunggu pengubatan di kolam Betesda ( Yon 5 : 7 ) mengharapkan dia dapat berjalan dengan sendiri. Ia telah sakit selama 38 tahun dan merupakan sakit saraf pengerakkan sehingga kaki dan tangannya telah mengecut. Seperti Yerobeam yang berada di depan mezbah “tangan yang dikeluarkan telah kering dan tidak mampu diperbengkokkan lagi” ( I Taw 13 : 4 ). Penyakit kecemasan ini disebabkan keluar darah di suatu bahagian otaknya. Ada kalanya merupakan fenomena sementara sahaja.

x. Mati Tiba-tiba : Otak keluar darah disebabkan perangsangan yang lampau. Kematian Nabal adalah contohnya ( I Sam 25 : 37 ). Dia telah mati ( Mati hati ) selepas sedar dari kemabukkan dan telah mati benar-benar selepas 10 hari. Uza ( 2 Sam 6 : 7 ) dan Ananias ( Kis 5 : 5 ) adalah mati tiba-tiba. Semangat yang ditekan akan membawa sakit juga.

xi. Tidur Nyenyak : Seperti tercatit di Kej 2 : 21 dan 15 : 12. Tetapi, yang tercatit dalam 1 Sam 26 : 12; Hak 4 : 21 ; Mat 8 : 24 adalah terlalu penat barulah tertidur dan adalah berlainan juga. Tuhan telah merebahkan hati orang ( Bil 24 : 4; 2 Raj 9 : 11 ). Raja Saul adalah satu tokoh yang bagus dikaji tentang jiwanya. Bagus dikatakan dia adalah sakit jiwa ( tidak waras ) dan seringkali berlaku daripada mengatakan dia sakit pemikiran negetif secara perlahan-lahan. Ini telah melemahkan daya penghakimannya dan tidak adalah seorang yang lebih agresif.

Dalam Perjanjian Baru, semua sakit jiwa adalah dirasuki iblis ( Luk 11 : 14; Mat 12 : 22 ). Zakharia yang berada di Bait Suci ( Luk 1 : 22 ) dan perkara ajaib yang ditemui oleh Paulus dan temannya adalah pergerakkan tiba-tiba dan bercakap silap sementara.

xi. Pekak dan Bisu : Bisu yang terdapat di Perjanjian Baru adalah dirasuki iblis, adalah orang jiwa yang tidak waras ( Mat 9 : 32; Mrk 9 : 25 ). Orang yang tinggal di tepi laut Dekapolis tidak mampu bercakap dan dengar ( Mrk 7 : 32 ). “Orang gagap” ( Yes 32 : 4 ) dan “bibir kafir” ( Yes 28 : 11 ) bukanlah kecacatan berbicara, tetapi kekurangan daya pemahaman. “ Berat mulut” dan “berat lidah” dikatakan Musa ( Kel 4 : 10 ) hanya menunjukkan dia tidak berkemampuan bercakap dengan pintar. Hukum Taurat telah menetap harus berbaik-baik terhadap pekak ( Im 19 : 14 ).

xiii. Sakit Ayan : Semua “simptom” yang tercatat dalam Mat 17 : 15 ; Mrk 9 : 18 dan Luk 9 : 39 adalah simptom sakit ayan. Semua sakit ayan akan bermula dari masa kecil. Ia sungguh meletihkan, jika selalu berlaku.

xiv. Sakit Sinaran Matahari : Penyakit ini tercatat dalam Mzm 121 : 6 dan Yes 49 : 10 serta 2 Raj 4 : 19. Tiba-tiba ia berasa sakit, suhu meningkat cepat dan akan tidur mati serta akan mati dalam masa pendek. Anak janda Sunem diubati ( 2 Raj 4 : 18 kalimat 2 ) adalah suatu tanda mujizat. Keadaan Yunus ( Yun 4 : 8 ) adalah lebih sesuai dikatakan sakit musim panas daripada sakit sinaran matahari. Dia pengsan disebabkan keganasan yang melampau dan menyebabkan sakit kepala. Maka ada perasaan kelemahan yang kuat.

xv. Sakit Busung Air : Ada banyak kes yang sama berlaku di Yerusalem. Buku Lukas ada mencatit pengubatan sakit ini ( Luk 14 : 2 ).

xvi. Sakit Angin : Jarang orang Palestine mempunyai sakit ini dan sakit ini tidak membawa kematian juga. Asa berasa sakit di kakinya ( 1 Raj 15 : 23; @ Taw 16 : 12 ). Saya percaya ia adalah sakit angin. Tetapi, ada pengkaji menganggapkan ini hanya penyakit kusta yang khas atau ia disebabkan oleh usia yang meningkat. Di sini bukan membincangkan sifat penyakit tetapi hanya menunjuk sebab-sebab kematian sahaja. Dalam Perjanjian Lama hanya mencatitkan ia sengsara kerana sakit kakinya dan dia telah tua. Wanita yang tercatit dalam Lukas 13 : 11, berbonggol ke bait, dan tidak dapat luruskan belakangnya. Ini mungkin disebabkan oleh bengkok tulang belakang bila usia telah meningkat. Kebanyakan wanita tua yang bekerja di ladang dan kebun mempunyai sakit bengkok tulang belakang.

xvii. Sakit Kerdil ( Im 21 : 20 ) : Orang yang berpenyakit ini tidak boleh menjadi Imam. Ini merupakan penyakit senang dihidapi waktu muda, tulang belakang telah disakiti. Penyakit ini banyak didapati di Tanah Mesir.

xviii. Patah Tulang : Ada catatan bahawa tengkorak dipecahkan di Hakim-hakim 9 : 53. Pada masa ini, pesakit tidak akan terus pengsan. Maka, tidak boleh memukul kepala dengan kuat ( Kis 20 : 9 ). Sebab kemalangan telah mematahkan lehernya, tetapi yang serius adalah di bahagian kepalanya. Ahazia terjatuh dari kisi-kisi kamarnya menyebabkan dia mati ( 2 Raj 1 : 2 ).

xix. Timpang : Kecacatan kaki Mefiboset berlaku semasa ia masih muda ( 2 Sam 4 : 4 ; 19 : 24 ). Biasanya ia bermula dari sejenis penyakit tulang. Orang yang cacat kakinya tidak layak menjadi imam ( Im 21 : 18 ). Yesus pernah mengubati ramai yang cacat kaki di bait dan di tempat lain juga.

Kecacatan Sejak lahir : Mempunyai 6 batang jari kaki atau tangan ( 2 Sam 21 : 20 ; 1 Taw 20 : 6 ). Orang yang berlebihan di tubuh badannya seperti orang bercacat juga, tidak layak menjadi Imam ( Im 21 : 20 ). “Bercacat di muka” ( Im 21 : 18 ), mungkin ditunjukkan kepada orang bercacat di bibir.

xxi. Penyakit Kulit : Banyak terdapat di negara-negara Timur. Yang paling serius sekali adalah kusta dan dianggap adalah hukuman dari Tuhan. Sebab ia telah melakukan dosa. Biasanya adalah berdosa di lidahnya. Kakak Musa Miryam berdengki dan mengatai ( Bil 12 : 10 ), Gehazi, hamba Elisa berdusta dan tamak ( 2 Raj 5 : 27 ). Uzia yang congkak dan bermarah ( 2 Taw 26 : 20 ). Mereka semua telah menghidapi kusta. Ini merupakan satu penyakit yang boleh berjangkit  dan simptomnya terpendam untuk jangka masa yang panjang. Kadangkala ia boleh tahan 10 lebih tahun dan tidak akan kelihatan. Apabila mula simptomnya, ia  akan bermula dari muka, mata, tangan dan sehingga seluruh badan. Kemudian, ia akan memasuki bahagian dalam, sehingga saraf, pergelangan dan tulang. Akhirnya ia akan sampai ke lidah, mata dan telinga. Kening mata, dan rambut akan jatuh dan kulit mula busuk. Rupa wajahnya amat menakutkan orang. Terdapat cara memastikan dan berbagai-bagai peraturan telah dicatatkan dengan jelas dalam Imamat fasal 13 dan 14, mereka dianggap sebagai orang najis dan tidak dibenarkan tinggal di dalam kota atau kampung halamannya. Mereka dibenarkan bersembahyang di bait dan tinggal dengan isi keluarganya. Sebabnya udara hembusan mereka adalah najis juga. Maka, mereka harus menutupi muka mereka, dan menjauhkan diri daripada orang lain di pertengahan jalan. Mereka harus memahami mereka adalah yang najis dan tidak dibenarkan berada di tempat yang lebih tinggi daripada orang. Orang biasa tidak dibenarkan mendekati mereka. Telur yang dihasil oleh kampung pesakit kusta tidak dimakan oleh orang biasa juga. Apabila berjumpa dengan pesakit, harus membaling batu kepada mereka dan menetapkan sempadan. Boleh kita menggambarkan betapa agungnya belas kasihan dan menyentuh mereka serta mengubati mereka. Memastikan simptom kusta adalah kewajiban imam. Keterangan tentang penyakit kulit ada tercatit dalam Alkitab juga.

xxii. Botak : Fenomena botak banyak terdapat, tetapi bukan satu najis dalam kepercayaan agama ( Im 13 :40-43 ). Ia bukan lambang usia meningkat, tetapi hanya akibat disinari matahari dan terlalu berusaha. Maka, ia hanya lambang orang tawanan dan dibencikan orang ( Yes 3 : 24 ).

xxiii. Kudis ( Ul 28 : 27 ) : Ia bermula dengan adanya kutu yang berada di kulit. Jika tidak dipedulikan, ia akan bersebar dan senang berjangkit. Penyakit ini tidak heran jika didapati pada zaman moden. Orang yang berpenyakit ini akan hilang kelayakan menjadi imam.

xxiv. Kedal ( Ul 28 : 27 ; Im 21 : 20 ) : Ia merupakan satu penyakit jarang. Biasanya terdapat di kepala dan ada juga bersebar ke seluruh badan. Sungguh susah diubati. Ia merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh parasit kulit.

xxv. Barah ( Ul 28 : 27,35 ; Ayb 2 : 7 ; Kel 9 : 9 ; 2 Raj 20 : 7 ; Yes 38 : 21 ) : Adalah bengkak di kulit. Gelembung bernanah ( Kel 9 : 10 ), dari bawah tapak kaki hingga kepala adalah yang serius ( Bil 28 : 35 ). Ayub mendapat barah kulit dan tersebar ke seluruh badan sehingga menjadi hodoh mukanya ( Ayb 2 : 12 ), berasa terbakar dan sakit ( Ayb 6 : 4 ). Sehingga hembusannya pun berbau busuk ( Ayb 19 : 17 ). Luka yang bernanah akan bertumbuh urat ( Ayb 7 : 5 ). Penyakit jenis ini mempunyai banyak nama seperti penyakit kulit gajah, kusta, cacar dan lain-lain, tetapi pengkaji menamakannya “barah ALEPPO (Kota Bahagian Barat-daya Syria )” atau “Barah Bagdad”, dan “Barah Biscara” ( Kota di gurun Sahara yang di bahagian Timur-laut Algeria ). Semua ini adalah barah bagi kawasan Timur. Ia bermula dari bintik dan terus berbarah lalu bertumbuh kedal dan menjadi bintik kasar. Kebanyakan kesakitan ini adalah bergumpulan dan susah tahan sakitnya. Ia mungkin terjadi oleh parasit. Kecacatan ( Im 21 : 17 ), biasanya ditujukan kepada penyakit kulit.

xxvi. Luka Tergigit : Terdapat banyak cerita tantang ular bisa ( Ul 32 : 33 ; Ayb 20 : 16 ; Yes 11 : 8 ; 14 : 29 ; 59 : 5 ; Yer 8 : 17 ), begitu juga diceritakan di dalam perumpamaan ( Mat 3 : 7 ). Beberapa jenis ular bisa disentuh di dalam kitab Keluaran di padang gurun di mana tidak dapat diselamatkan jika dipatuk.

Ular api yang di Ulangan 21 : 6, sebenarnya kenal sebagai “ular madinah” dan terdapat banyak di padang gurun. Kala jengking adalah serangga yang menakutkan, ramai kanak-kanak mati sebabnya, tetapi tiada yang mati di Palestine. Kisah Para Rasul ada mencatat orang digigit oleh ulat sehingga mati ( Kis 12 : 23 ). Kematian Herodes adalah disebabkan ulat itu juga. Adanya orang menceritakan kematian Herodes adalah disebabkan “radang abdomen” di mana cacing pita menembusi ususnya. Yusuf beranggapan ia mati beberapa hari selepas sakit perut yang serius.

xxvii. Bahan Lelehan : Imamat fasal 15 ada mencatat banyak kenajisan dari segi kepercayaan agama. Terutamanya bahan yang mengalir keluar dari organ pembiakan. Misalnya, mani lelaki dan darah aurat perempuan adalah najis. Maka tubuh badan ini atau barang yang disentuhkan olehnya adalah bernajis juga. Jika lelaki tidur dnegan perempuan yang berlelehan darah aurat, tubuh lelaki itu telah dinajiskan juga. Walaupun najis, namun ada cara menguduskannya. Bahan lelehan itu membawa penyakit seperti “mimpi malam” yang semulajadi (Ul 23 : 10 ). Tetapi, orang pada zaman dahulu menganggapkan kebanyakan penyakit adalah berasal dari barang najis ( mzm 107 :17 ; Ams 2 : 18 ; 5 : 11 -22 ; 7 : 23,26 ).

xxviii. Buta : Kebanyakannya bumiputra Palestine adalah buta. Dalam Alkitab ada mencatatkan sengsara seorang buta yang sebenar dan dari segi perumpamaan juga. Terdapat 2 jenis buta, satu adalah fenomena radang yang umum,ia mempunyai peratusan perjangkitan yang tinggi, pasir, sinaran matahari dan habuk juga telah menambahkan keburukannya. Ia telah menyebabkan sakitnya organ dan sehingga ia kehilangan fungsinya. Kedua, ia adalah disebabkan usia yang meningkat. Seperti Eli ( I Sam 3 : 2 ), Ahia ( I Raj 14 : 4 ), Ishak ( Kej 27 : 1 ).

Buta mata dianggapkan sebagai hukuman Tuhan ( Kel 4 : 11 ). Maka si buta telah kehilangan kelayakan menjadi imam ( Im 21 : 18 ). Tetapi belas kasihan kepada si buta adalah begitu penting ( Im 19 : 14 ). Dilarang membuat kelakuan melanggar peraturan terhadap orang buta ( Ul 27 : 18 ).

Mata Lea tidak “berseri”, mungkin adalah tularan (jangkitan) yang ringan ( Kej 29 : 17 ). Mata rosak di Imamat 26 : 16 adalah disebabkan oleh Malaria. Elimas, seorang silat sihir ( Kis 13 : 11 ) dan tentera Aram ( 2 Raj 6 : 18 ) telah buta adalah di dalam keadaan ditidurkan oleh ilmu sihir.

Yesus mengubati buta dengan tanpa menjelaskan kesakitan itu. Yang menarik ialah ada yang buta sejak dilahir ( Yoh 9 : 1 ) dan orang dapat melihat dengan perlahan-lahan ( Mrk 8 : 22 ). Orang yang dapat melihat dengan perlahan-lahan, adakah mereka itu buta sejak lahir, kami tidak begitu jelas tentangnya,sebab adanya “nampak orang berjalan seperti pohon kayu”. Sebenarnya, ia belum mampu mengenal barang-barang di sekelilingnya, tetapi dia dapat mengenal apa yang dapat dilihat.

Paulus menjadi buta di Damsyik ( Kis 9 : 8 ). Mungkin ia memandang ke cahaya mulia itu dengan secara langsung dan menyebabkan dia menjadi buta sementara. Menanggal “sisik” ( Kis  9 : 18 ) lalu bukalah matanya. Sebenarnya ia bukanlah sisik yang benar tetapi hanya satu perumpamaan. “Suatu duri” pada diri Paulus ( 2 Kor 12 : 7 ) , ada yang mengatakan kelemahan di penglihatannya. Ada juga perkataan yang menyebabkan orang percaya begitu dalam surat kepada orang Galatia ( Gal 4 :15 ). Namun, memang ada cerita yang lain juga. Ubat mata dalam Wahyu ( Why 3 : 18 ) hanya satu misteri tersembunyi sahaja.

xxix. Tua : Tercatat dalam Pengkhotbah fasal 12. Menurut peningkatan usia, tubuh jasmani makin lemah dan telah digambarkan dengan mazmur-mazmur.

xxx. Bersalin : Tercatat kesengsaraan bersalin. Selepas Hawa berdosa, Tuhan berfirman kepadanya “susah payahmu mengandung,…..” ( Kej 3 : 16 ). Dari situ telah menceritakan sifat dan nasib sebagai seorang wanita. Ada contohnya terdapat anak kembar Esau dan Yakub ( Kej 25 :22 ), Peres dan Zerah ( Kej 38 : 27 ). Memanglah sistem pembiakan wanita akan luka dan adalah bahaya bagi seorang ibu. Rabel mati kerana susah bersalin ( Kej 35 : 18 ) sebab ia memang lemah badannya ( Kej 31 : 35 ).

Isteri  Pinehas mengalami bahaya sebab bersalin awal ( 1 Sam 4 : 19 ). Sara ( Kej 21 : 2 ), Isteri Manoah ( Hak 13 : 24 ), Hana ( 1 Sam 1 : 20 ), janda di Sunem ( 2 Raj 4 : 17 ) dan Elisabet ( Luk 1 : 57 ) bersalin bila usia meningkat. Sesiapa yang tidak mengandung dianggap hukuman Tuhan ( Kej 20 : 18 ; 30 : 2 ). Akar buah dudaim berkesan untuk mencegah mereka yang mandul ( Kej 30 : 14 ). Maka, mendapat ramai anak melambangkan Tuhan menjaga ( I Sam 2 : 5 ; Mzm 113 : 9 ). Mandul kandungan sungguh menyedihkan hati Tuhan ( Hos 9 : 14 ).

Mesti adanya bidan untuk menolong persalinan ( Kel 1 : 16, ibu yang mengandung bersandar ke lutut seseorang ( Kej 30 : 3 ) atau duduk di atas kerusi khas untuk melahirkan anak ( Kel 1 : 16 ). Selepas melahirkan anak, ibu akan melalui hari najis iaitu 7 hari untuk anak lelaki dan 14 hari untuk anak perempuan. Najis menjadi ringan selepas melahirkan anak lelaki selama 33 hari dan 66 hari bagi anak perempuan, tetapi masih dilarang masuk ke bait. Perbezaan hari di antara anak lelaki dan perempuan disebabkan mereka percaya hari untuk mengeluarkan najis itu adalah lebih penjang bagi seorang anak perempuan.

Biasanya kanak-kanak di antara 2-3 tahun adalah diberikan susu ibu maka tercatat dalam 1 Raj 11 : 20 tentang penyapihan. Contoh bahawa pusat tidak potong, tidak dicuci, tidak dibasuh dengan garam dan tidak dibaluti kain adalah contoh yang lebih khas dan dicatitkan dalam buku Yehezkiel ( Yeh 16 :4 ). Mereka percaya kulit bayi harus digosok dengan  garam, barulah sihat bayi itu.

Penyakit wanita yang akan keluar darah itu sangat sukar diubati ( Mat 9 : 20 ; Mrk 5 : 25 ; Luk 8 : 43 ) dan selalu dipermainkan oleh orang yang bersihir.

xxxi. Penyakit Kanak-kanak : Begitu biasa sekali terdapat di dalam Alkitab. Terdapat banyak penyakit kanak-kanak tercatit di dalam Perjanjian Lama ( 2 Sam 12 : 15 ; 1 Raj 17 : 17 ) Yesus selalu mengubati penyakit kanak-kanak juga.

3.CARA-CARA MENGUBATI

Jarang diceritakan di Alkitab, tetapi hanya membasuh ( 2 Raj 5 : 10 ) , makanan (Luk 8 : 55 ), ludah ( Yoh 9 : 6 ), mengoles dengan minyak ( Yak 5 : 14 ), membalut luka dengan krim yang halus ( Yes 1 : 6 ), melekat dengan ubat yang dimasak ( Yes 38 :21 ) serta menjaga suhu badan dengan bersentuhan ( 1 Raj 1 : 2 ; 2 Raj 4 : 34 ).

Balsam adalah yang paling terkenal di antara ubat ( Kej 37 :25 ; 43 : 11 ; Yer 8 : 22 ; 46 : 11 ; 51 : 8 ; Yeh 27 : 17 ) ia adalah ubat memperhentikan kesakitan, biasanya terdapat dari jenis ubat yang berbau wangi. Buah dudaim membantu dalam perhamilan ( Kej 30 : 14 ). Banyak buah-buahan dapat diguna sebagai ubat, seperti peppermint, crysenthenum, adalah mengeluarkan gas buangan dari perut dan usus. Garam akan memperkuatkan daya pertahanan kulit. Alkali dan air abu membersihkan kulit ( Yer 2 : 22 ). Mur adalah bahan rempah yang didapati dari pokok susu getah dan disimpan di katil atau almari baju ( Mzm 45 : 9 ; Ams 7 : 17 ; Kid 3 : 6 ). Minyak mur adalah bahan solekan wanita ( Ezr 2 : 12 ). Orang-orang Majus dari Timur telah membawa mur untuk menyembah Yesus. Prajurit-prajurit telah memberi anggur bercampur dengan empedu kepada Yesus (Mat 27 : 34 ; mrk 15 : 23 ,36 ; Luk 23 : 36 ; Yoh 19 : 29 ), mempunyai bahan meringankan sakit.

Pengubatan makanan telah diguna selepas pulih, biasanya minum susu, anggur, air, almond, buah ara, buah anggur kering, jambu batu dan madu. Ahli perubatan (Farmasi ) wujud di beberapa tempat ( Kel 30 :22-35 ; 37 : 29 ; Pkh 10 : 1 ; 2 Taw 16 : 14 ; Neh 3 : 8 ), tetapi tugas mereka bukanlah membuat ubat tetapi membuat rempah. Biasanya ubat adalah dibuat dari rempah tersebut di atas. Begitu juga, ia boleh menjadi “beg wangi” dan terkenal oleh orang ramai ( Yes 3 : 20 ).

 Dari segi kesihatan, mereka mempunyai peraturan tradisi. Semua orang mesti mematuhi peraturan makanan, kesihatan dan mencegah jangkitan penyakit. Binatang yang memanah biak boleh dimakan. Selain daripada yang berkeriapan dan berbadan lembut, semua ikan pun boleh dimakan. Hanya dilarang memakan burung jenis karnivar dan belalang yang lain daripada binatang inverterbrata. Tidak dibenarkan memakan lemak dan darah binatang. Ada cara untuk memeriksa cara menyembelih binatang. Semua peraturan yang rumit adalah berasal dari pantang-larang dari dulu.

Tidak boleh makan buah dari pohon pokok yang belum penuh 4 tahun ( Im 19 : 23-25 ). Pada suatu ketika, dilarang memakan roti  yang beragi ( kel 12 : 19 ; 13 : 7 ; Ul 16 : 3 ).

Soal kesihatan dari  bidang pertanian pula, iaitu tidak boleh mencampurkan jenis-jenis pokok bersama-sama. Tidak bolehlah menyemai biji benih di satu bidang kebun yang sama. Tidak boleh mengacuk buah yang berlainan species di satu pohon juga. Haiwan ternakan juga dilarang berkacuk untuk melahirkan species yang berlainan. Pada masa itu juga, haiwan ternakan harus mempunyai masa beristirehat sama dengan manusia juga. Dilarang memakai pakaian yang diperbuat daripada kain rami dan bulu domba ( Im 19 :19 ; Ul 22 : 11 ). Maka pakaian bukan sehelai sahaja, dan harus dijahit dengan bahan yang tunggal sahaja. Oleh yang demikian, barulah pakaian itu senang dicucikan.

Peraturan kesihatan di rumah pun banyak juga. Misalnya, najis, kencing serta darah harus ditanamkan dengan tanah. Api yang terdapat di lembah “Sinren” mungkinnya diguna untuk membakar najis yang dibuang oleh penghuni-penghuni kota. Untuk mencegah kemalangan, haruslah memagari sotoh rumah sendiri ( Ul 22 : 8 ). Jika disyaki terdapat penyakit yang senang berjangkit haruslah dikuarantinkannya ( Im 13 : 4 ). Harus mencuci badan dan pakaian apabila menyentuh sesuatu yang najis ( Bil 19 ; 19 ).

Alat-alat yang diguna oleh ilmu bedah seperti pisau yang untuk menyalakan api-api dan berbagai-bagai jenis pisau yang diperbuat daripada besi. Alat untuk menembus lubang di telinga. Bersunat adalah yang paling penting di pembedahan. Selepas 8 hari anak lelaki dilahirkan, ia akan disunat ( Im 12 : 3 ). Tujuan ini untuknya adalah menanggung tanda kaumnya dan ia dianggap adalah pembedahan untuk menyucikannya. Begitu heran sekali, kaum wanita Yahudi hampir-hampir tiada seorang yang mengidapi barah rahim. Ada orang menyatakan ini adalah sebab kaum lelaki telah disunat ( kulit sistem pembiakan lelaki tersimpan kotoran dan akan menyebabkan barah di bahagian rahim bagi seorang wanita). Tetapi adanya kaum lain yang menjalankan sunat adalah berlainan daripada orang Yahudi. Maka, teori ini tidak dapat diterima dengan sepenuhnya.

Orang yang hancur buah pelirnya atau yang terpotong kemaluannya tidak dibenarkan masuk jemaah Tuhan ( Ul 23 : 1 ). Ini adalah untuk mencegah tradisi kafir ini termasuk ke jemaah Tuhan. Pada masa kerajaan, raja-raja dari bahagian Timur telah memberi kuasa kepada  sida-sida dan ramai orang yang begini terdapat di istana Herodes juga ( Kis 8 : 27 ).

Memang, kegunaan umat, peraturan kesihatan, peraturan makanan, dan ketidaksucian ada bernilai kepada kita. Tidak boleh dinafikan, ia telah bercampur dengan pantang-larang purba dan peraturan lisan, tilikan dan takhyul. Tetapi ramai orang tetap ingin mengikat peraturan dan tabiat ini dan tidak ingin mengubahnya. Malangnya di antara yang berpelajaran dan tahu ada kesalahan tentang peraturan ini. Dari segi lain, ia adalah bernilai khususnya terhadap penyakit dan pencegahan, maka ia terus dikekalkan.

Tetapi, banyak peraturan ini tidak diakui oleh sains dan hanya diwarisi dari peraturan keagamaan. Namun, ia memang ada tujuannya. Sebenarnya, Alkitab terdapat bukti untuk perubatan yang tidak boleh dinafikan.

Pendidikan


1. TEORI DAN KONSEP PENDIDIKAN ORANG-ORANG IBRANI

Berdasarkan apa yang dinyatakan oleh seorang rabi, “melambatkan pendidikan anak-anak adalah seperti menguburkan mereka”, kita dapati, di antara bangsa-bangsa pada zaman dahulu, jarang-jarang  terdapat bangsa yang begitu mementingkan pendidikan anak-anak seperti bangsa Yahudi. Sekiranya objektif utama pendidikan adalah untuk membentuk personaliti seseorang, maka konsep, teori dan kaedah pendidikan orang-orang Yahudi adalah yang paling maju dan sesuai dibandingkan dengan pendidikan zaman sekarang. Pada dasarnya, pendidikan bangsa Ibrani ialah bercorak pendidikan agama dan teori-teorinya berprinsipkan [ takut akan Tuhan adalah permulaan pengetahuan ] ( Ams 1 : 7 ).

Mereka beranggapan, perbuatan manusia adalah yang paling nyata dan bernilai untuk menilai personaliti seseorang. Simeon, anak Gamaliel berkata, “Bukan saja belajar, melainkan yang paling penting ialah mempraktikannya”.

2. PENDIDIKAN UMUM DAN PENDIDIKAN KELUARGA  

Orang-orang Ibrani tinggal di Tanah Kanaan, justru itu, tidak mungkin mereka tidak dipengaruhi oleh Babel dan Mesir, terutamanya bahasa dan tulisan berbentuk baji Babel merupakan pengantaraan bagi bangsa-bangsa yang berada di tanah Kanaan dan bangsa-bangsa berjiranan, ianya juga merupakan bahasa dan penulisan yang digunakan oleh para pemimpin untuk menyampaikan pandangan dan pendapat sendiri serta mencerita atau melapor pendapat rakyat. Justru itu, kurikulum pendidikan orang-orang Ibrani mesti merangkumi pembelajaran bahasa dan kesusasteraan. Namun demikian, selain daripada pegawai-pegawai tertinggi dan orang-orang yang terpelajar, yang menggunakan bahasa kesusasteraan ini, orang-orang yang lain amat kurang ( Hak 8 : 14 ). Ketika politik pemerintah sudah stabil, terutamanya pada zaman Salomo, pentadbirannya dijalankan dengan rapi dan berurus niaga dengan negara-negara lain, maka pandidikan demikian adalah lebih umum dan biasa didapati.

Berkenaan dengan aspek sekolah dan guru-guru, tiada sebarang bukti dan maklumat berkenaannya bermula dari zaman dulu hingga orang Israel ditawan. Walaupun diketahui ada “sekolah nabi-nabi” namun tiada bukti dan maklumat yang nyata untuk membuktikannya. “Ruang kuliah” yang dinyatakan dalam Perjanjian baru ( Kis 19 : 9 ), hanya satu tempat di Efesus di mana guru-guru Ibrani menyampaikan kuliah mereka. Anak-anak keluarga Ibrani dididik di rumah dengan ibu bapa sebagai guru mereka. Apografi kata-kata Hikmat Salomo menyatakan : “Tiada ahli keluarga yang tidak dipercayai”. Ini disebabkan, pengenalan akan Jalan Tuhan dan melakukannya haruslah pertama-tamanya bermula di rumah sendiri. Walaupun bangsa Ibrani telah kehilangan negara sendiri dan ditawan ke negara lain serta melalui kehidupan nomad, namun dalam keseluruhan catatan sejarah jarang-jarang didapati satu bangsa yang lain,yang dapat mengekalkan iman kepercayaan yang tulen seperti bangsa Ibrani. Kesemua ini adalah usaha dan sumbangan dari pendidikan agama yang tegas yang dilakukan di dalam keluarga mereka.

Di rumah, mereka perlu terlebih dahulu mengajar anak-anak berkenaan kebenaran agama yang dipercayai dan disembah oleh nenek moyang mereka ( Ul 6 : 20-25 ); kemudian mendidik mereka berkenaan makna, tujuan dan cara-cara mengadakan perayaan-perayaan yang diadakan secara tahunan — ini merupakan gabungan pendidikan sejarah  dan keagamaan yang ditanamkan pada anak-anak sendiri. Justru ini, sampai pada hari ini mereka masih mengekalkan tradisi-tradisi — setengah-setengahnya masih mengikut tradisi lama dari Alkitab Perjanjian Lama — mempunyai teori dan pemikiran yang tinggi dalam kepercayaan dan perbuatan mereka. Dengan demikian, makna kehidupan mereka ialah berbuat menurut kehendak Tuhan.

Pertama-tamanya, mereka mesti mempelajari hukum-hukum Taurat dalam Alkitab (Perjanjian Lama). Ibu bapa akan menjelaskan hukum-hukum tersebut kepada anak-anak berdasarkan tahap pemahaman dan pengalaman mereka; kemudian membimbing mereka untuk mempraktikkan hukum-hukum yang dipelajari ( Ul 6 : 6-7 ). Ibadah dan latihan dalam rumah merupakan kewajipan yang harus ditunaikan oleh ibu bapa terhadap Tuhan. Biasanya anak-anak lelaki akan memakai jubah yang berjumbai biru dan terdapat 4 kotak kulit kecil yang mempunyai kata-kata kudus terikat di lengan dan dahi ( Kel 13 : 9 ). Ini menunjukkan betapa giat dan sungguh-sungguhnya sesebuah keluarga itu mengajarkan hukum-hukum Taurat.

Justru itu [ memahami kitab sejak kecil ] merupakan satu perkara yang biasa. Apabila keluar atau pulang ke rumah, adanya yang mempunyai tabiat meletakkan tangan di tiang pintu rumah dan membaca. Pada hari Jumaat, hari Sabat akan bermula pada waktu senja maka mereka akan melakukan hal-hal ibadah dan sembahyang. Sebelum anak-anak tahu memikirkan perkara-perkara tersebut, ibu bapa akan mula-mula mengajar mereka hal-hal takut akan Tuhan dan melayani Tuhan supaya mereka melakukannya dalam kehidupan seharian mereka.

3.PENDIDIKAN DALAM RUMAH IBADAT 

Dalam sejarah pendidikan bangsa Ibrani, tradisi [ pendidikan dalam Rumah Ibadat ] adalah bermula dari satu corak pendidikan yang diamalkan pada zaman dulu — iaitu Ezra dan Nehemia mengumpulkan umat ( Nehemia bermula dari fasal 8 ) dan mahu mereka menjadikan [ Kitab Taurat Musa ] sebagai norma dan standard kehidupan mereka.

Justru itu, amalan masyarakat Yahudi bukanlah menurut kata-kata imam atau nabi melainkan memegang segala hukum Taurat dengan sepenuhnya sehingga kehidupan bangsa Yahudi pada keseluruhannya adalah teratur dan tertib. Dengan demikian satu kemudahan yang paling sesuai untuk mendidik, membentuk dan memenuhi permintaan amalan terhadap bangsanya ialah [Rumah Ibadat] dan ini merupakan permulaan tempat kebaktian pendidikan agama.

Dalam Kitab Perjanjian Baru, pengkhotbah atau penafsir di rumah ibadat adalah [pengajar] yang mengajar orang-orang ramai ( Mat 4 : 23 ; Mrk 1 : 21 ). Semenjak dulu sampai sekarang, pendidikan orang-orang muda bangsa Ibrani tidak terasing dari rumah ibadat sehingga mereka ditanamkan sikap yang ghairah dan perasaan yang dalam terhadap Hukum Taurat. Jenis Wellhausen ( seorang pakar Alkitab Negara Jerman “sebolar” bagi pengaji bahasa “Sam”) berkata : Alkitab adalah buku teks pendidikan agama, tempat berhimpun ialah sekolah ……..Kepercayaan tidak boleh diasingkan dari pendidikan, orang-orang yang tidak pandai membaca bukanlah orang Yahudi, ini boleh dikatakan permulaan pendidikan berkumpulan.

Gerakan pendidikan yang baru ini dilakukan dalam kaedah seorang guru atau orang terpelajar mengajar sekumpulan orang ; Misalnya di bawah didikan seorang ahli Taurat seperti Ezra ( Ez 7 : 6 ), ataupun di bawah didikan rabi ( orang yang berhikmat ) yang mempunyai pengaruh yang besar dalam hal-hal agama. Corak pendidikan demikian sangat giat dilakukan sebelum diserang dan dibinasakan oleh kerajaan Persia ( 430 – 330 sebelum masihi ). Pada peringkat awal, ahli-ahli Taurat dan para rabi mempunyai arah dan tujuan yang sama dalam hal-hal yang penting. Waluapun kedua-dua kumpulan ini pada dasarnya tidak sama namun melalui satu tempoh perubahan sehingga ke zaman Selah, kedua-dua kumpulan tersebut disatukan sehingga ahli-ahli Taurat juga diakui sebagai seorang rabi.

Berkenaan nasihat-nasihat rabi di aspek pendidikan agama atau teori-teori pendidikan, mula-mula mereka akan membaca kitab Amsal yang menulis atau menggambarkan latihan-latihan pengujian dalam kehidupan manusia serta member tunjuk ajar tentang pengetahuan dan kebiasaan-kebiasaan kehidupan serta jalan-jalan yang bijak untuk menguruskan hal-hal dalam kehidupan; Kesemua ini adalah punca dan sumber segala hal kehidupan manusia dan ianya bermula dari konsep pendidikan.

4.PENDIDIKAN YAHUDI PERINGKAT AKHIR

Setelah kedatangan orang-orang Yunani, corak dan kaedah pendidikan Yunani telah menjadi tenaga dan penggerak pendidikan yang baru di Palestine. Mengikut rekod Yusuf bangsa Yahudi, mengikut corak pendidikan Yunani bermula di Yerusalem pada tahun 220 sebelum masihi. Pengajar yang tidak mempedulikan “tren” pada masa itu telah berkata “membuat buku tak akan ada akhirnya dan banyak belajar melelahkan badan ( Pkh 12 : 12 ). Bolehkah kita memahami bahawa pengajaran pengetahuan adalah begitu hebat pada masa itu. Selepas itu, mengikut perintah Antiogo Ephyne, hukum Taurat yang “tertulis” umum dibaca di kalangan rakyat dan dikaji serta dipraktikkan.

Dari zaman Macabeus sampai ke zaman kebinasaan negara Yudea (70 selepas masihi) secara ringkas, ianya merupakan perkembangan peringkat awal pendidikan. Sebahagian besar pendidikan ini berkembang luas di bawah tunjuk ajar keluarga Macabeus. “Scholar” yang paling terkenal pada masa itu adalah Simon Bell Staccor, adik raja Pemaisuri Arena. Ada kata-kata memberitahu dia telah menetap akta-akta bahawa “kanak-kanak mesti masuk ke sekolah permulaan”. Dari informasi-informasi yang diperolehi, bukan sahaja dia mendirikan sekolah tetapi memaksa mereka ke sekolah dan telah menjadi pendidikan sukarela pada hari kelak.

Pada amnya, sekolah digelar sebagai [ Rumah Alkitab ]. Sekolah ini adalah berlainan sama sekali  dengan [ Rumah Belajar ] orang-orang tua atau sekolah-sekolah tinggi yang diadakan untuk orang-orang terpelajar. Namun demikian, kesemuanya adalah berkaitan rapat dengan rumah ibadat; [ Rumah Alkitab ] adalah lebih kecil namun corak pembinaannya adalah sama dan kesemuanya mempunyai fungsi-fungsinya yang tersendiri.

Guru-guru di peringkat awal merupakan pengajar satu kumpulan besar dan merupakan kerja yang berperingkat rendah. Pada masa Tuhan Yesus, Dia digelar [ Pengajar ], mengajar di desa-desa sekitaran Galilea dan Yudea ( Luk 5 : 17 ). Kanak-kanak yang berumur dari 6 tahun ke atas akan didaftar masuk ke dalam sekolah dalam rumah-rumah ibadat yang berdekatan. Kanak-kanak lelaki akan mendemaklasikan ( chant/recite ) kata-kata nasihat yang dipelajari di rumah ( Dengarlah, hai orang Isreal….. Ul 6 : 4 ), ayat-ayat dalam kitab Mazmur atau ayat-ayat Alkitab lain yang dipilih. Setelah masuk sekolah mereka mesti belajar membaca  dan satu-satunya buku teks mereka ialah Alkitab; terutamanya kitab Taurat yang biasanya bermula dari fasal pertama kitab Imamat.

Setelah pandai membaca, guru-guru akan menyalin ayat-ayat Alkitab yang dihafal oleh kanak-kanak lalu mengajar mereka berkenaan perkaitan antara kesusasteraan dengan bahasa. Cara mengajar yang utama ialah mendengar kemudian mengingat apa yang diajar melalui cara menghafal. Ini disebabkan para guru Yahudi sangat yakin akan sesuatu yang dikatakan dalam pepatah Latin : “Hafalan yang berulang-ulang adalah dasar penbelajaran”. Murid-murid akan duduk di sisi katil guru, seperti Paulus duduk di sisi Gamaliel ( Kis 23 : 3 ). Kesemua bahan-bahan teks yang dipelajari adalah berpusatkan membaca, menulis, dan mengira (yang paling asas). Ketika murid-murid mula membaca, seperti yang dilakukan dalam sekolah-sekolah Yunani, mereka menggunakan cerpihan-cerpihan belanga untuk menulis dan kemudiannya menyalin di atas papan lilin tulis yang rata ( Luk 1 : 63 ), mereka menulis dengan sebatang rod logam yang tajam atau alat tulis logam. Ini adalah seperti menulis di atas roti yang telah disapu dengan majerin yang tebal. Selepas mahir menulis dan ada kemajuan, barulah dibenarkan menulis di atas kertas yang diperbuat daripada tumbuhan.

Orang-orang Yahudi hanya membekalkan pendidikan yang umum kepada anak-anak lelaki tetapi anak-anak perempuan tidak diberikan pendidikan. Mereka akan tumpukan perhatian untuk belajar di rumah hal-hal berkenaan menenun, memintal dan menjahit. Namun, mereka harus juga menghafal ayat-ayat Alkitab seperti anak-anak lelaki. Justru itu, Maria dapat menggunakan ayat-ayat Perjanjian Lama untuk memuji dengan bebas. Maka, ramai orang mengaku kalah jika dibanding dengan pilihan dan pengetahuan atau pengalaman Maria.

Mereka menganggap lelaki hanya memerlukan pendidikan sekolah yang asas dan itu sudah mencukupi. Pendidikan tentang pekerjaan harus diajar oleh bapanya di rumah. Tetapi bagi orang yang ingin mencebur diri di dalam bidang pendidikan atau mengkaji hukum, haruslah ia belajar di sekolah yang lebih tinggi atau universiti. “Hiller” dan “Samed” adalah yang paling terkenal di peringkat universiti.  Paulus yang berasal dari Tarsus adalah murid Gamaliel, di mana Gamaliel itu adalah cucu bagi “Hiller” (Kis 22 : 3 ). Mereka perlu menerangkan Alkitab di “Rumah Balajar”. Pada masa itu, mereka harus mengambil perkara-perkara yang paling tidak penting itu sebagai topik unik untuk dikaji. Begitu juga,mereka harus mencari jawapan yang paling sesuai bagi topik-topik yang dikaji.