Kitab Mazmur : Lampiran – Lampiran

Lampiran-Lampiran

Gambaran Penyembahan Ibadah dalam Mazmur

Banyak merujuk kepada sembahyang secara beramai-ramai di Bait Suci diYerusalem. Contohnya Mzm 23.6; 26.8; 27.4; 63.2; 96.6 dan 122.1 dan Mazmur 24; 68; 118; 132 memberi gambaran tentang perarakan-perarakan manakala Mzm 48.13 menggambarkan perarakan mengelilingi tembok Bukit Sion.

 

Rujukan tentang jenis persembahan turut didapati.

Contoh, persembahan korban biasa (Mzm 4.6; 27.6), korban bakaran (20.4), korban sembelihan (Mzm 50.5), persembahan korban sukarela (54.8). Turut disentuh tentang tari-menari (30.12; 87.7; 149.3; 150.4), bermazmur (Mzm 9.12; 30.5; 33.2; 47.7-8) dan pelbagai jenis alat-alat muzik (Mzm 33.2; 47.6; 81.3; 98.6; 150.5)

 

Mazmur dan Muzik

Mazmur-mazmur seperti dalam perkataan ‘mazmur’ itu sendiri (Ibr. Mizmor) sebenarnya adalah karya-karya yang dinyanyikan dengan iringan muzik. Alat-alat muzik adalah seperti berikut:

~ Alat-alat muzik bertali termasuk kecapi (lyre; Ibr. kinn6rm. Cth ~ Mzm 33.2; 43.4); dan gambus (harp; Ibr. nebel.  Cth ~ Mzm 33.2; 57.9).

~ Alat-alat muzik tiupan: sangkakala (horn; Ibr. Shopar.  Cth ~ Mzm 47.6; 98.6), nafiri (trumpet; Ibr. Hadsosrera. Cth ~ Mzm 98.6) dan seruling (pipe; Ibr. Ugarb. Cth ~ Mzm 150.4)

~ Alat-alat genderang: ceracap (cymbals; Ibr. sels elim.  Cth ~ Mzm 150.4) dan sejenis gendang tangan iaitu rebana atau tamborin (Ibr. Top, cf. Inggeris >tap’).  Cth  ~ Mzm 149.3; 150.4.

Beberapa rangkaikata muzika yang sukar difahami ialah ‘menurut lagu: Bunga Bakung (Mzm 45; 69) dan perkataan Sela, selingan muzika (instrumental) atau dipenghujung sesebuah sajak – pembahagian naturel atau perubahan mud di dalam mazmur (Mzm 44.9; 46.8,12; 89.38).

 

Bahagian Dua – Ilmu Teologia Mazmur

[1] Yahweh dan allah-allah

[2] Yahweh sebagai Pencipta

[3] Perbuatan Ajaib dan Perkasa Yahweh dalam Sejarah

[4] Sifat Ilahi Yahweh

[5] Penyertaan Yahweh

[6] Kemanusiaan

[7] Sarwajagat

[8] Persembahan Korban

[9] Etika dan Hukum

 

Lampiran I: SEBAB-MUSABAB SUSUNAN PENGUMPULAN MAZMUR

 Pertama

Berdasarkan tajuk permulaan atau superscriptions.

~ Mazmur 120-134 kesemuanya adalah ‘Nyanyian Pendakian’ (Songs of the steps or ascents).

~ Mazmur 42/43-9; 84-85 dan 87-88 adalah dikaitkan kepada anak-anak Korah.

~ Mazmur 73-83 adalah berkaitan dengan Asaf (juga Mazmur 50, walaupun ini diasingkan dengan yang lain).

~ Mazmur 3-9; 11-32; 34-41; 51-65; 68-70; 108-110 dan 138-145 kesemuanya adalah dikarang oleh Daud (juga Mazmur 86; 101; 103; 122; 124; 131 dan 133 walaupun ini terasing-asing).

 

 Kedua

Mazmur 104-106; 111-113; 115-117 dan 146-150 kesemuanya bermula atau berakhir (atau kedua-duanya!) dengan perkatan Haleluya, ‘Pujilah Tuhan’.

Mazmur 93; 96-99 kesemuanya adalah Mazmur penobatan.

Contoh-contoh mazmur lain yang mempunyai tema yang saling berkaitan ialah Mazmur 50 dan 51 yang mempunyai kenyataan kritikal berkenaan persembahan korban. Mazmur 135 dan 136 mempunyai keselarian secara lisan dan tematik dalam rujukan mereka kepada Keluaran dan penaklukan (berkenaan Sihon, raja orang Amori dan Og, raja Basan). Satu kata petunjuk menjadi penyambung antara ayat terakhir Mazmur 32 dengan ayat petama Mazmur 33.

Agak banyak ratapan-ratapan individu digabungkan dalam kumpulan-kumpulan: Mzm 3-7; 25-28; 38-40 (bahagian pertama mazmur 40); 54-57; 69-71 dan 140-143.

 

Terakhir

Begitulah secara keseluruhannya penyusunan mazmur-mazmur., namun ianya bertolak dari ratapan kepada puji-pujian, memandangkan rintihan dan ratapan lebih ditekankan dalam bahagian pertama setiap mazmur dan diakhiri dengan puji-pujian di bahagian  kedua. Namun ini cumalah secara amnya kecenderungan pembentukan mazmur dan bukanlah satu peraturan yang kaku dan wajib.

* Dasar Bukti Koleksi-Koleksi Awal Dan Elohistic Psalter

Di peringkat awal, pelbagai ragam koleksi mazmur adalah seperti berikut:

 Mazmur-mazmur Daud: 3-9;11-32; 34-41; 51-65; 68-70; 86; 101; 103; 108; 110; 122; 124; 131 dan 138-145

Mazmur-Mazmur Anak-Anak Korah: Mazmur 42-49; 84-85 dan 87-88

Mazmur-Mazmur Asaf: Mazmur 50 dan 73-83

Mazmur-mazmur ini disifatkan oleh beberapa ciri yang ketara:

(1)   Kesemuanya adadalah berkenaan penghakiman ilahi, samada ke atas Israel (Mazmur 50; 77; 78; 80; 81), Yerusalem (Mazmur 74; 70), negara-negara asing (75; 76; 83), orang jahat (Mazmur 73), atau ke atas allah-allah (Mazmur 82).

(2)   Ianya merayu kepada Yahweh atas perbuatan perkasaNya di masa lampau (samada dalam sejarah atau sewaktu penciptaan) sebagai satu motivasi kepada Yahweh untuk bertindak pada waktu sekarang atau sebagai satu amaran dan dorongan kepada umat. Peristiwa-peristiwa bersejarah yang dicatatkan dalam Mazmur adalah zaman Keluaran (Maz 77.12-21; 78.11-53; 80.9-12; 81.5-8), penetapan dan penaklukan tanah Kanaan (Maz 78; 53-54), zaman Hakim-Hakim (Maz 78-60-66; 83.10-13) dan kemenangan Yahweh atas kuasa-kuasa kekacauan dan penyusunan reka bentuk dunia waktu penciptaan (Maz 74.12-17).

(3)   Umat Israel seringkala diumpamakan sebagai kawanan domba di mana Yahweh adalah Gembala (Maz 74.1; 77.21; 78.52 [cf. 70-72; 79.13; 80.2])

(4)   Ianya tertuju kepada suku-suku kaum di sebelah utara Israel, khasnya suku Yusuf (Maz 77.16; 78.9,67; 80.2f; 81.5).

(5)   Ianya penuh dengan nasihat-nasihat bijak (Maz 50; 75.33-6; 81.7-17; 82.2-7).

(6)   Ianya lebih terfokus kepada komuniti secara keseluruhannya daripada kepada individu masing-masing (Maz 73 adalah kes terkecuali).

Mazmur-Mazmur Yedutun: Mazmur 39 adalah dipimpin oleh Yedutun (lid t n) dan Mazmur 62 dan 77 ‘menurut Yedutun’ (yed(iti2n).

Mazmur Heman, orang Ezrahi: Mazmur 88

Mazmur Salomo:  Mazmur 72 dan 127

 

Lampiran II: SEJARAH  INTERPRETASI  MAZMUR-MAZMUR  OLEH  BANGSA YAHUDI  DAN  GEREJA  KRISTEN

[1] Intepretasi Mazmur Oleh Bangsa Yahudi

[2] Mazmur-Mazmur dalam Perjanjian Baru

[3] Mazmur-Mazmur dalam Gereja Kristen Peringkat Kemudian

Kitab Mazmur : Jenis – Jenis Mazmur Utama

JENIS-JENIS MAZMUR UTAMA

Berikut adalah untuk dipelajari siswa-siswa dalam kelas:

 

1. Kidung-kidung dan mazmur puji-pujian (Ibr. tehilla). Ianya mengandungi pembentukkan tiga bahagian seperti berikut:

[1]     Seruan Pengenalan Pemujian [Mzm 117; 134; 100; 33].

Tuhan dipuji atas kerja penciptaanNya serta perbuatanNya dalam sejarah.

Contohnya, Mazmur 33; 117; 145-150. Dalam seruan pemujian ini, bukan umat Israel sahaja yang terlibat, malahan bangsa-bangsa lain, kemungkinan — dan sesungguhnya seluruh dunia harus juga memuji (Mzm 33.8; 47.2; 66.1,8; 96.1; 98.4; 100.1; 145.21; 148.11), segala allah dan malaikat (Mzm 29.1; 97.7; 148.2) termasuk alam semulajadi (Mzm 19.2-5; 96.11-12; 98.7-8; 148 3-12). Mazmur 148 menyenaraikan keseluruhan katalog item-item (kebanyakkannya alam semulajadi) yang harus memuji Yahweh.

[2]    Bahagian Utama Mazmur: motivasi pemujian (selalunya diperkenalkan dengan ki, ‘untuk’).

Pada asasnya adalah berkaitan dengan keagungan dan kebaikan Yahweh.

2.1      Penciptaan dunia: Mzm 29; 33.4-9; 65.7-14; 95.4-5; 104; 135.6-7; 136.5-9; 146.6; 147.4,8-9; 148.5-6.

2.2      Perbuatan-perbuatanNya yang penuh kemurahan sepanjang sejarah Israel: Mzm 68.8ff; 135.8-12; 136.10-24 dan 147.2

 

2.  Ratapan Jemaah:

Di hadirat Allah, seluruh umat meratapi takdir negara sendiri dan memohon agar Dia melepaskan mereka daripada kemusnahan Bait Suci di Yerusalem (Mzm 74; 79) atau daripada malapetaka-malapetaka lain serta memohon penyelamatan Tuhan (Mzm 12;44;60;74;80;83;84;94.1-11; 126 dan 137; cf. Yer 14 dan Yl 1-2).

Terdapat hari-hari yang khas diperuntukkan untuk ratapan di Bait Suci (Yos 7.5-9; Hak 20.23,26; I Sam 7.6; II Taw 20.3ff; Yer 14; Yl 1-2; Zak 7.3,5; 8.19; Judith 4.9-15). Di antara perbuatan-perbuatan yang termausk dalam upacara tersebut adalah berpuasa, mengenakan kain kabung, meratap, mengoyakkan jubah dan menaburkan debu dan abu di atas kepala.

Terkandung di dalam mazmur doa permohonan dan permintaan kepada Tuhan untuk kelepasan, ialah rungutan berbentuk soalan. Cth. ‘Berapa lama lagi….?’ (cf. Mzm 74.10; 79.5; 80.5; 94.3) atau ‘Mengapa…?’ (cf. Mzm 44.25; 74.1,11) dan kekadangnya mengandungi kenyataan-kenyataan bahawa Allah telah membiarkan dan membuang mereka (Mzm 44.10-17; 60.3-5; 80.6-7). Selalunya permohonan untuk kelepasan adalah dalam bentuk imperatif. Cth. ‘Terjagalah….  Bangunlah!’ (Mzm 44.24), ‘Bangunlah’ (Mzm 74.22), ‘Tolonglah’ (Mzm 12.2), ‘Tolonglah kami’ (Mzm 79.9), ‘Pulihkan kami’ (Mzm 80.4,8,10; 85.5), ‘Pulihkan keadaan kami’ (Mzm 126.4), atau ‘Menjaga kami’ (Mzm 12.8). Kita juga mendapati bentuk memberi perintah atau mengarah, misalnya: ????????

 

3.  Mazmur Diraja:

Di antaranya adalah berkaitan dengan penobatan raja (Mazmur 2; 110), perkahwinan (Mazmur 45), peperangan (Mazmur 18; 20; 144) dan kewajipan moralnya kepada Tuhan dan kepada rakyat sebagai seorang raja yang adil dan murah hati (Mzm 72.1-4, 12-14; 89. 20-29; 132:17-18).

3.1    Mazmur-Mazmur Penobatan (Mazmur 2 dan 110)

Kemungkian Mazmur 72 dan 101 turut terangkum dalam konteks ini.

Upacara penobatan terdiri daripada 2 peringkat, yakni pengurapan di tempat suci dan penabalan ke takhta di istana raja (2Raj 11.12 dan 11.19). Perhatikan bahawa 2 Raj 11.12 mencatatkan imam Yoyada ‘megenakan jejamang kepadanya dan memberikan hukum Allah kepadanya (edut)’. ‘Hukum’ adalah ketetapan (hoq) yang dicatatkan di Mzm 2.7. Kemudian catatan di Mzm 110.7 bahawa ‘dari sungai di tepi jalan ia minum. Oleh sebab itu ia mengangkat kepala’ ~  ini kemungkinan ditujukan kepada mata air Gihon di mana Salomo diurapi menjadi raja, dicatatkan di 1 Raj 1.33ff.,38f.

3.2    Mazmur Pernikahan Diraja (Mazmur 45): Penggantin lelaki digambarkan di ayat 3-10 manakala penggantin perempuan di ayat 11-16.

3.3    Mazmur-Mazmur Peperangan Diraja (Mzm 18, 20, 89, 144, dll).

Mazmur 20 dan 144 adalah doa memohon bantuan sebelum maju berperang. Penggunaan bahasa di Mzm 3; 9.6,9,16,18,20; 10.16; 56.8; 59.6,9 adalah terlalu samar dan umum serta tidak cukup kukuh untuk membuat kepastian bahawa ianya sesuatu yang lazim  digunakan secara berulang-ulang dalam situasi-situasi peperangan dan kemungkinan  bukan ditujukan kepada mana-mana satu peristiwa di dalam sejarah.

Ucapan syukur seorang raja atas kemenangannya dicatatkan di Mazmur 18 dan satu kelainannya turut muncul di 2 Sam 22.

 

4.  Ratapan-Ratapan Individu

Hampir-hampir satu pertiga pengarangan mazmur terangkum dalam genre ini dan mazmur-mazmur yang disenaraikan berikut adalah berkait dengannya: Mazmur 3-7; 9/10; 13; 17; 22; 25-28; 31; 35; 38-39; 40.14-18=70; 42/43; 51/52; 54-57; 59; 61; 64; 69-71; 77; 86; 88; 94.16-23; 102; 109; 120; 130; 139-143. Ianya meratapi takdir yang menimpa pihak yang merintihkannya.

4.1    Mazmur-mazmur mereka yang sakit tenat.

Mazmur yang merungut tentang penyakit turut merungut akan musuh-musuh yang dihadapi (cf. Mazmur 6; 13; 38; 39); berkenaan perasaan bersalah dan ditinggalkan Tuhan (cf.  ‘penghibur-penghibur’ Ayub yang menuduh bahawa penyakitnya adalah berpunca dari dosa Ayub (Ayb 19.13-22). Satu-satu perbezaannya ialah pujangga-pujangga kekadang mengakui dosa-dosa sendiri (cf. Mzm 38.3ff; 39.8,11), manakala Ayub mempertahankan kebenaran diri sendiri.

Mazmur 38 dan 88 adalah mazmur sewaktu sakit (cf. Juga Mzm 6,13 dan 51). Perbendaharaan kata yang menunjukkan kepada penyakit ialah perkataan-perkataan seperti ‘pukulan / seranganMu’ (Mzm 39.11), ‘penyakitku’ (Mzm 38.12) dan ‘kesakitanku’ (38.18; 39.3). Sesetengah mazmur tentang penyakit memetikkan perkataan Sheol (dunia alam ghaib) yang memancarkan konsep Ibrani tentang penyakit yang dianggap suatu gejala yang menerobosi kehidupan, sejenis maut.

4.2    Mazmur-mazmur mereka yang dituduh secara tidak adil: Mzm 3-5; 7; 11; 13; 17; 25-27; 31; 35; 38-39; 41-42/43; 52; 54-59; 69; 77; 86; 88; 94; 102; 109; 139-140; 142)

4.3    Kepastian Pengabulan

Dalam mazmur ratapan individu didapati perubahan mud pada penghujung suatu mazmur di mana ianya menyatakan dengan pasti dan yakin bahawa Tuhan Allah telah mendengar doanya (Mzm 6.9ff.; 7.11f.; 13.6f.; 28.6ff.; 31.20ff.; 52.25f.; 55.24; 56.10ff.; 57.8ff.; 61.6; 94.22f.; 130.7f dan 140.13f) [cf. Yer 20.11]

 

5.  Mazmur Kesyukuran Individu

[Mzm 30; 32; 34; 41; 116 dan 138] Ia mengandungi struktur seperti berikut:

(i)        pengenalan

(ii)      naratif

(iii)   kesimpulan

 

6.  Mazmur Kesyukuran Jemaah

[66.8-12; 67; 124; 129]

 

7.  Mazmur-Mazmur Hikmat

[Mzm 1; 34; 37; 49; 51; 73; 78; 90; 105; 106; 111; 112; 127; 128]

 

8.  Mazmur Nyanyian Ziarah

[Mzm 84; 122] ~ Dinyanyikan oleh para penziarah dalam perjalanan ke Yerusalem. Kenyataan bahawa para penziarah berangkat ke Bait Suci di Bukit Sion sambil menyanyi dan diiringi muzik adalah dicatatkan dalam Yes 30.29 dan Mzm 42.5. Dua karangan mazmur yang jelas melihatkan keadaan perarakan penziarah ialah Mzm 84 dan 122, walaupun dari titik pandangan yang lain iannya juga diklasifikasikan sebagai Mazmur-Mazmur Sion (lihat di atas, Bab 3). Mazmur 122 membentuk satu siri mazmur-mazmur yang bertajukkan ‘Nyanyian Ziarah’.

Mzm 84 di bahagikan kepada 3 bahagian di mana kesemua bahagiannya terfokus kepada aktiviti  para penziarah dalam perjalanan ke Bait Suci. Perayaan ini termasuk perayaan-perayaan roti tidak beragi, pentakosta dan pondok daun (Kel 23.14-17; Im 23.4ff; 15ff. 33ff).

Bahagian pertama (ayat 11-5) adalah berkaitan dengan para penziarah yang begitu kagum dan penuh puji-pujian akan Bait Suci – rumah Allah di Yerusalem, seperti zipp¶ r (generik burung-burung, cf. Kej 7.14; Ul 4.17; Yeh 17.23; Dan 4.23).

Seperti burung pipit dan burung layang-layang yang membuat sarang di rumah Allah, para penziarah menikmati kesejahteraan dan ketenangan di pelataran Bait Suci (cf. Mzm 65.5).

Bahagian kedua terangkum dalam ayat 6-9 yang mengisahkan keadaan para penziarah dalam perjalanan ke Sion.

Bahagian ketiga: satu rayuan kepada Raja dan hasrat untuk diam di dalam Bait Suci daripada di kemah-kemah orang fasik.

8.1    Liturgi Masuk

~ Mzm 15; 24

~ cth: Mzm 75; 85; 65

Mzm 15 merupakan satu-satunya mazmur yang keseluruhan fasalnya merangkumi liturgi masuk. Struktur yang sama boleh juga didapati di Mzm 24.3-6 dan ajukan nubuatan di Yes 33.14-16. Strukturnya terdiri daripada:

(a)    Persoalan siapakah yang dibenarkan masuk ke dalam Bait Suci (Mzm 15.1; 24.3; cf. Yes 33.15)

(b)    Jawapan membentukkan syarat kelayakkan etika (Mzm 15.2-5b; 24.4-5; cf. Yes 33.15

(c)     Kata-kata pemberkatan atas mereka yang layak masuk ke Bait Suci (Mzm 15.5c; 24.6; cf. Yes 33.16)

8.2    Nyanyian Ziarah

Mazmur 129-134 merupakan sekumpulan mazmur yang kesemuanya mengandungi subskripsi Ibrani shir hamma{alot, kecuali mazmur 121 yang  mengandungi shir lamma{alot. Selalunya diberikan tajuk ‘Nyanyian Pendakian’ (Songs of Ascents) yang dipetik dari maksud kata tunggal hamma{ala ‘pendakian’ di Ezra 7.9; kemudian mazmur-mazmur ini dikenali sebagai nyanyian ziarah (Mzm 122.1, 3-4a). Kata kerja ‘berziarah’dalam ayat 4 adalah dari kata nama yang sama iaitu ma{a lot. Mzm 132 turut melibatkan satu perarakan Tabut Perjanjian ke Yerusalem. Kemungkinan mazmur-mazmur tersebut terdiri dari satu koleksi mazmur-mazmur yang digunakan dalam penziarahan dan perarakan ke Yerusalem.

 

9.  Mazmur-Mazmur Torah: Mzm 119; 19B dab 1

 

10.Mazmur-Mazmur Bersejarah: Mzm 105;106 78

 

11. Mazmur Menjelaskan Kemenangan Tuhan Atas Kekacauan ~ biasanya digelar Combat-moif (Mzm 74.12-15; 89.11-14; 93.1-4; __________; Yes 17.12-14; 51.9-10; Ayb 26.1,2; 38.8-11; Hab 3.8-15).

 

Kitab Mazmur :Pendahuluan

Kajian Kitab Mazmur 

( Mei Shi Tsai )

Tujuan-Tujuan

Dengan mengkaji Kitab Mazmur, siswa-siswa akan menghayati dan menghargai kesusasteraan dan kualiti-kualiti muzik yang terkandung dalam puji-pujian dan meditasi ibadah. Mereka akan belajar tentang penciptaan, penebusan dan pembekalan dari Tuhan, serta usaha orang-orang saleh mencari maksud iman kepercayaan dan kehidupan di bawah pimpinan Allah yang mahakuasa, yakni Allah atas Israel dan atas seluruh dunia. Kelas ini membekalkan satu kajian secara terperinci berkenaan pelbagai genre, kesusasteraan, aspek sejarah dan teologia yang terkandung dalam kitab ini sebagai pupukan penyempurnaan rohani sendiri dan untuk pelayanan di dalam gereja berdasarkan satu kefahaman yang jelas akan kehendak ilahi dan pekerjaan serta perbuatan ilahiNya dalam sejarah.

Informasi Latarbelakang Secara Umum

Bahagian informasi berkenaan latarbelakang kitab ini adalah sebagai rujukan. Siswa-siswa akan mendapat manfaat dengan membacanya sebagai satu pengetahuan tambahan berkenaan asal-usul, perkembangan dan format penyusunan dan pengumpulan Mazmur-Mazmur.

Bahan-bahan untuk kelas akan bermula dari bahagian berkenaan ‘Jenis-Jenis Mazmur Yang Utama’ dan diteruskan sehingga ke bahagian terakhir, yakni, ‘Ilmu Teologia Mazmur’.

Gambaran Penyembahan Ibadah dalam Mazmur

Banyak merujuk kepada sembahyang secara beramai-ramai di Bait Suci di Yerusalem. Contohnya: Mzm 23.6; 26.8; 27.4; 63.2; 96.6 dan 122.1 dan Mazmur 24; 68; 118; 132 ~ kesemuanya memberi gambaran tentang perarakan-perarakan manakala Mzm 48.13 menggambarkan perarakan mengelilingi tembok Bukit Sion.

Rujukan tentang jenis persembahan turut didapati.

Contoh, persembahan korban biasa (Mzm 4.6; 27.6), korban bakaran (20.4), korban sembelihan (Mzm 50.5), persembahan korban sukarela (54.8). Turut disentuh tentang tari-menari (30.12; 87.7; 149.3; 150.4), bermazmur (Mzm 9.12; 30.5; 33.2; 47.7-8) dan pelbagai jenis alat-alat muzik (Mzm 33.2; 47.6; 81.3; 98.6; 150.5)

Mazmur dan Muzik
Mazmur-mazmur seperti dalam perkataan ‘mazmur’ itu sendiri (Ibr. Mizmor) sebenarnya adalah karya-karya yang dinyanyikan dengan iringan muzik. Alat-alat muzik adalah seperti berikut:

~ Alat-alat muzik bertali termasuk kecapi (lyre; Ibr. kinn6rm. Cth ~ Mzm 33.2; 43.4); dan gambus

(harp; Ibr. nebel Cth ~ Mzm 33.2; 57.9).

~ Alat-alat muzik tiupan: sangkakala (horn; Ibr. Shopar.  Cth ~ Mzm 47.6; 98.6), nafiri (trumpet;

Ibr.  Hadsosrera Cth ~ Mzm 98.6) dan seruling (pipe; Ibr. Ugarb Cth ~ Mzm 150.4)

~ Alat-alat genderang: ceracap (cymbals; Ibr. sels elim  Cth ~ Mzm 150.4) dan sejenis gendang

tangan iaitu rebana atau tamborin (Ibr. Top, cf. Inggeris >tap’).  Cth  ~ Mzm 149.3; 150.4.

Beberapa kalimat-kalimat muzika yang sukar difahami ialah ‘menurut lagu: Bunga Bakung (Mzm 45; 69) dan perkataan Sela, selingan muzika (instrumental) atau di penghujung sesebuah sajak – pembahagian yang naturel atau perubahan mud di dalam mazmur (Mzm 44.9; 46.8,12; 89.38).

Kesusasteraan Dan Ciri-Ciri Formal Mazmur

Pertama: Berdasarkan tajuk permulaan atau superscriptions.
Mazmur 120-134 kesemuanya adalah ‘Nyanyian pendakian’ (songs of the steps or ascents).

Mazmur 42/43-9; 84-85 dan 87-88 adalah dikaitkan kepada anak-anak Korah.

Mazmur 73-83 adalah berkaitan dengan Asaf (juga Mazmur 50, walaupun ini diasingkan dengan yang lain).

Mazmur 3-9; 11-32; 34-41; 51-65; 68-70; 108-110 dan 138-145 kesemuanya adalah dikarang oleh Daud (juga Mazmur 86; 101; 103; 122; 124; 131 dan 133 walaupun ini terasing-asing).

Kedua:Mazmur 104-106; 111-113; 115-117 dan 146-150 ~ kesemuanya bermula atau berakhir (atau kedua-duanya!) dengan perkatan Haleluya, ‘Pujilah Tuhan’.

Mazmur 93; 96-99 kesemuanya adalah Mazmur Penobatan.

Contoh-contoh mazmur lain yang mempunyai tema yang saling berkaitan ialah Mazmur 50 dan 51 yang mempunyai kenyataan kritikal berkenaan persembahan korban.

Mazmur 135 dan 136 mempunyai keselarian secara lisan dan tematik dalam rujukan mereka kepada Keluaran dan penaklukan (berkenaan Sihon, raja orang Amori dan Og, raja Basan). Satu kata petunjuk menjadi penyambung antara ayat terakhir Mazmur 32 dengan ayat petama Mazmur 33.

Agak banyak ratapan individu digabungkan dalam kumpulan-kumpulan: Mzm 3-7; 25-28; 38-40 (bahagian pertama Mazmur 40); 54-57; 69-71 dan 140-143.

 

Terakhir: Begitulah secara keseluruhannya penyusunan mazmur-mazmur, namun ianya bertolak dari ratapan kepada puji-pujian, memandangkan rintihan dan ratapan lebih ditekankan dalam bahagian pertama setiap mazmur dan diakhiri dengan puji-pujian di bahagian kedua. Namun ini cumalah secara amnya kecenderungan pembentukan mazmur dan bukanlah satu peraturan yang kaku dan wajip.