Henokh Hidup Bergaul dengan Tuhan

Kitab Suci : Kejadian 5: 21-24

I.  Bergaul dengan Tuhan selama 300 tahun (Kej 5: 22)

1. Tahan akan ujian masa: Henokh bergaul dengan tuhan selama 300 tahun, iman sejak awal bertahan sehingga akhir, ada bahagian dalam Kristus (Ibr 3: 12-14), cukup dijadikan teladan kita.

2. Tahan akan ujian persekitaran (Yud 14-15).

a. Bergaul dengan Tuhan di zaman  yang jahat ini (Flp 2: 15).

b Menjadi saksi yang berani, tidak takut orang berdosa melawan balik, menubuat Tuhan akan membawa malaikat bersama untuk menjalankan penghakiman.

3. Kesudahan orang yang hidup bergaul dengan Tuhan (Kej 5: 24).

a. Tidak melalui kematian, diangkat oleh Tuhan. Umat percaya pada kedatangan kembali Tuhan, orang hidup pasti akan diangkat ke awan,  bertemu dengan Tuhan. (1 Tes 4:12 ~ 14)

b. Kerana iman Henokh terangkat, tidak mengalami kematian, ia memperoleh kesaksian bahawa ia berkenan kepada Tuhan (Ibr 11: 5).

c. Umat pemercaya harus memegang kepada iman, melakukan kehendak Tuhan dengan kesabaran, agar memperoleh apa yang dijanjikan itu (Ibr 10: 35-39).

II. Syarat bergaul dengan Tuhan

1. Bersatu hati dengan Tuhan: Sehati barulah dapat sejalan, umat pemercaya harus dimotivasikan dengan tekad Tuhan (Amos 3: 3)

2. Menjadi anak yang taat: tidak menuruti hawa nafsu, mengejarkan kesucian, mentaati contoh dari firman (Rom 6: 16-17).

3 Hidup bergaul dan berjalan dengan Tuhan: Ada kata pepatah: Kita menuju ke bait Tuhan, aku bergembira (Mzm 122: 1).

Kesimpulan:

1. Henokh hidup bergaul dengan Tuhan selama 300 tahun, motivasi terhadap kita.

2. Bagaimanakah umat pemercaya hidup bergaul dengan Tuhan?

Teladan Yusuf

Kitab: Kejadian fasal 37-47

I. Kesusahan dan kebangkitan seorang remaja —- Yusuf

1. Pada umur 17 tahun, dijual abangnya ke Mesir sebagai hamba (37: 28, 39: 1).

2. Pada umur 28 tahun, difitnah masuk ke dalam penjara selama 2 tahun oleh isteri tuan rumah (39: 19-20).

3. Mengapa Yusuf yang soleh dan taat kepada Tuhan ditimpa kesusahan dan keadaan tidak lancar?

a. Reaksi spontan daripada manusia biasanya: Apakah dosa yang dilakukannya? Tuhan pasti akan mengajar.

b  Sebenarnya, hal ini adalah kehendak Tuhan yang baik : Tuhan menaikkan pangkat Yusuf sebagai Penguasa Mesir pada umur 30 tahun (41: 37-46), selepas 7 tahun dalam kebuluran besar di padang gurun tersebut, dapat menyelamatkan bapanya (Fasal 42-47).

c. Alkitab ada mengatakan: orang benar dan tidak benar akan ditimpa kesusahan (Pkh 7: 14; Yes 8, 9)

II. Yusuf yang soleh dan taat kepada Tuhan

1. Soleh dan taat kepada Tuhan ketika berada dalam kesulitan, tidak bersungut-sungut (39: 2, 3, 21, 23; 40: 14, 15, 23)

2. Soleh dan taat ketika berada dalam keadaan mujur, mengatasi godaan (39: 7-10).

3. Orang yang soleh dan taat kepada Tuhan:

a. Tuhan pasti menyertainya (39: 2, 3, 21, 23).

b. Digenapi Tuhan, apa jua yang dilakukannya adalah lancar.

c. Tuhan pasti menganugerahkan hikmat dan keupayaan– agar Yusuf dapat menafsirkan mimpi (41: 1-13; 41: 15-36, 39), boleh mentadbir Mesir, dan menjaga rumah bapanya (41:45-50).

III. Yusuf yang tulus dan berdedikasi untuk melayani tuannya

1. Segala sesuatu yang dikerjakan Yusuf adalah berhasil (39: 2,3).

2.  Tulus dan setia demi tuannya, tuan menyerah segalanya kepada Yusuf (39: 4-6; 8-9).

3. Umat kristian haruslah bersikap dedikasi.

a. Jujur setia (Ef 6: 5-8; Kol 3: 22).

b. Proaktif, positif dan bertanggungjawab.

c. Optimistik

d. Berkasih – Rela membantu orang lain, semangat berpasukan yang baik.

4. Membolehkan diri memperolehi berkat di depan Tuhan.

a. Dari hamba dinaikan pangkat menjadi panguasa (39: 4-6).

b. Diberkati di depan penjaga penjara (39: 21, 22).

c. Dari seorang banduan penjara dinaikkan sebagai Penguasa (41: 37-46).

5. Agar tuan dapat melihat Tuhan menyertainya (39: 3, 23; 41: 38).

Δ Umat kristian harus memilki sifat ilahi Tuhan (Gal 3: 26; 5: 23-25).

IV. Kesimpulan

1. Sepanjang hayat, Yusuf hidup sebagai model yang “memuliakan Tuhan dan memanfaatkan manusia” adalah yang sepatutnya dicontohi kita.

2. Kita adalah “pekerjaan” Tuhan, diciptakan dalam Kristus Yesus, agar kita melakukan kebaikan, iaitu Tuhan sedia memerintah kita melakukannya (Ef 2: 10).

Kelakuan dan perbuatan umat Kristian seumur hidup, hendaklah menjadi terang dan garam (Mat 5: 15, 16, 14), memuliakan Tuhan dan membangunkan manusia.

Merenung Nilai sebagai Umat Kristian dari Wasiat Paulus

Kitab Suci: 2 Tim 4: 1-18

I. Pendahuluan:

Merenungkan apa yang sedang saya lakukan, ada keyakinan terhadap masa hadapan?

II. Sinopsis Wasiat Paulus

(A) Sikap:  Serius (4: 1).

(B) Isi Kandungan:

1. Menyebarkan Injil (4: 1-5).

a. Tetaplah berkhotbah.

b. Siap sedialah baik atau tidak baik waktunya.

c. Dengan segala kesabaran dan pengajaran menegur, mengingati dan menasihati orang lain.

2. Nyanyian kemenangan (4: 6-8).

a. Mengakhiri pertandingan yang baik.

b. Mencapai garis akhir.

c. Memelihara iman.

d. Memperolehi mahkota kebenaran.

3. Pesanan (4: 9-18).

a. Teman sekerja Demas mencintai dunia ini.

b. Mengelakkan tukang tembaga, Aleksander.

c. Kitab-kitab dan perkamen.

III. Soalan untuk renungan

(A) Menetapkan wasiat:  meninggalkan apa kepada anak cucu? (Ul 6: 4-9)

(B) Percaya kepada Yesus: Adakah bosan mendengarkan firman (hati  berasa bosan akan firman yang benar, menutup telinga dan tidak mendengar) ?

(C) Memberitakan Yesus:

1. Menjaga perkataan dan kelakuan kita? Atau berborak dan tingkah laku yang melampau?

2. Bertahan apa-apa penderitaan?

3. Melakukan apa-apa kewajipan?

(D) Mengakhiri pertandingan yang baik:

1. Dilengkapi dengan sempurna (Ef 6: 10-18)

2. Mati syahid dengan gemilang atau berputus asa dan menyerahkan diri?

(E) Menempuhi jalan Syurga:

1. Di manakah tujuan? (Flp 3: 14)

2. Melupakan apa yang ada di belakangku dan mengarahkan diri kepada apa yang di hadapanku (Flp 3: 13), atau membajak tapi menoleh ke belakang (Luk 9: 62)

3. Lampau berlari (Yoh 15: 4-5)?

4. Tidak lagi berlari (Kel 16: 1-3)

(F) Memegang kebenaran:

1. Rubah-rubah yang merosakkan kebun anggur (Kid 2: 15)

2. Hanyut dibawa arus (Ibr 2: 1)

IV. Epilog

Berdiri teguh dan jangan bergoyah, giatlah selalu dalam pekerjaan Tuhan,  dalam persekutuan dengan Tuhan jerih payahmu tidak sia-sia (1 Kor 15: 58)

Daniel Tidak Memakan Makanan Diraja

Apa yang kumaksudkan ialah, bahwa persembahan mereka adalah persembahan kepada roh-roh jahat, bukan kepada Allah. Dan aku tidak mau, bahwa kamu bersekutu dengan roh-roh jahat. (1 Korintus 10: 20)

Dari peristiwa Daniel dengan tiga orang kawan, untuk meninjau jangan makan makanan persembahan berhala.

A. Mengenai Daniel (Daniel Fasal 1)

1 “Raja Yehuda Yoahas” : Dia adalah anak Raja Yosia; Yosia menghalang tentera Mesir dan tidak berjaya membantu Asyur, setelah mati dalam peperangan pada 609 SM di Megiddo, orang Yehuda mengurapi anak bongsunya dan mengangkat dia menjadi raja (2 Raj 23:30) Yoahas memerintah hanya tiga bulan, lalu dibuang oleh Firaun Mesir Nekho, ditawan ke Mesir, dan mati di sana, perkara ini sememangnya menggenapkan nubuat Nabi Jeremiah (Yer 22: 11-12). Setelah itu, Firaun Mesir Nekho mangangkat abang kedua Yoahas, Elyakimia menjadi raja, menukar namanya menjadi Yoyakim (2 Raj  23: 34).

Kehidupan Yoyakim mengandungi beberapa peristiwa utama.

1. Dia menggenakan pajak yang berat terhadap umat demi untuk menghormati Firaun Nekho (lihat 1 Raj 23: 35).

2. Walaupun umat amat miskin, dia tetap membazir upah pekerja, lebih-lebih lagi memgerjakan mereka untuk mendirikan istana baru sendiri (Yer 22: 13-17).

3. Dia telah membunuh ramai orang yang tidak bersalah, termasuk Nabi Uria (Yer 26:23).

4. Dia menggunakan pisau raut mengoyak gulungan juru tulis Barukh Yerahmeel, dilemparkan ke dalam perapian, lalu menghantar orang menangkap  Yerahmeel (Yer 36: 23-26).  Ahli sejarah Yehuda, Yohanas menyifatkan perangai jahatnya, tidak menghormati Tuhan dan manusia.

605 Sebelum Masihi, Firaun Nekho yang mengangkat Yoahas menjadi raja dikalahkan di Kasdim oleh Nebukadnezar, raja Babel. Nebukadnezar menuju arah selatan ke Yerusalem, memaksa penyerahan Yoyakim dan raja negara-negara lain,  mencari pemuda yang cemerlang di merata-rata tempat, dibawa balik ke Babel. Daniel dan tiga orang rakannya juga ditawan ke Babel.

5. “Ketua sida-sida”: “sida” adalah perkataan berasal dari bahasa Metilena,  merujuk kepada kepala pengawal raja, penasihat raja, kemudiannya dibangunkan menjadi pegawai kesayangan raja, pembantu baik raja, mengurus hal baik kecil atau besar di istana.  Oleh itu, “sida” tidak seperti sida purbakala China, tidak boleh berkahwin, melahir dan membesarkan anak, ‘King James Version’ menterjemahkan perkataan yang sama di Kej 39: 1 sebagai “pengawai istana”,  disebabkan “Potifar” mempunyai isteri.

6. “Teks lisan Kasdim “: ” Kasdim” perkataan yang boleh merujuk kepada “orang Babel” (5: 30) atau “ahli astrologi”(2: 2-5; 4:4;  5:7, 11) ─  Orang Kasdim fasih mengesan cuaca,  mengkaji ilmu takdir dan tilikan, maka istilah “Kasdim” digunakan untuk menggambarkan pakar dalam bidang ini. “Teks lisan Kasdim” bukan sahaja termasuk pengetahuan tentang tilikan dan astrologi, lebih–lebih lagi mengandungi tulisan Babel dan asal usul sumber segala budaya di negara tersebut.

7. “Daniel”: maksud asal “penghakiman Allah”. (1 Taw 3:1; Ezr 8: 2;  Neh 10: 6; Yeh 14: 14)  “Hananya”: “Tuhan memberi rahmat” (Neh 10: 23). “Misael”: “Siapa seperti Tuhan” (Neh 8: 5), atau “Siapakah Tuhan”.  Azarya: “Tuhan membantu” (Neh 10: 2).

8. “Ketua sida-sida memberi nama” : dalam Perjanjian Lama, “nama” menempatkan di kedudukan yang sangat penting,  menukar nama melambangkan pengubahan perjalanan hidup (lihat Abraham, Yakub, yang Rasul Paulus, dan lain-lain). Dari segi yang lain, ketika seseorang bekerja di istana negara luar, juga menukar nama (lihat Yusuf, Ester). Ketua sida-sida menukar nama Ibrani mereka menjadi nama Babel, di samping demi memudahkan kerja, juga tanda isyarat pencuci otak, meminta mereka lupakan negara dan kepercayaan asal; nama asal mereka mengandungi maksud “Tuhan” dan “Allah”, kini digantikan dengan nama berhala Babel.

“Beltsazar”: “Isteri Mathura (dewi), mohon anda melindungi raja”, Mathura adalah Tuhan besar Babel. “Sadrakh”:  “Saya takut akan Tuhan”,  Tuhan ini mungkin juga Mathura.  “Mesakh”:  “Saya tidak mempunyai apa-apa nilai.  “Dewa Bel”: “Hamba Nebo”, “Nebo” adalah nama berhala Babel (Yes 46: 1).

B. Paul bincang tentang persembahan berhala (1 Kor fasal 8 hingga 10)

Ada orang lebih memahami Tuhan yang dipercayainya melebihi segala Tuhan, namun iman sesetengah orang masih berhenti pada hati menyembah kepada berhala.  Bagi mereka yang lebih memahami, janganlah menggunakan iman sendiri meminta orang lain membawa iman pada tahap yang sama, melainkan mengorbankan kebebasan sendiri, demi membantu orang lain. Hakikatnya, penyembahan berhala,  merupakan godaan yang besar, terdapat banyak contoh sebagai peringatan. Lebih-lebih lagi, bagi yang makan makanan disembah keopada berhala menunjukkan bahawa kamu berada dalam kumpulan yang sama dengan iblis.

Perempuan yang Cekap

A. Perempuan Sunem (2 Raj 4: 8-17)

1 Ada kasih

① Dia mengundang abdi Tuhan makan, dan membuat sebuah kamar kecil – kasih perlu ditunjukkan tindakan.

② Semasa abdi Tuhan ingin balas budi, dia menolak dengan sopan – kasih yang tidak berbalas.

2. Ada Hikmat

① Adanya perspektif yang rohani, dapat melihat Elisa adalah seorang abdi Tuhan yang suci (2 Raj 4: 9).

② Adanya hikmat yang rohani, menyelesaikan masalah keluarga dan kepercayaan dengan baik, tahu bagaimana untuk menghormati suaminya, membincangkan dahulu perkara melayani nabi dengan suaminya, mendapat pemahaman dan sokongan suami, membolehkan kerja pelayanan dilakukan dengan lebih lancar.

3. Terima rahmat Tuhan

① Dia sebenarnya tidak dapat melahirkan anak, disebabkan oleh pelayanan abdi Tuhan lalu dia dirahmati Tuhan.

② Anak lelakinya mati, diselamatkan oleh Tuham lalu hidup kembali.

 

B. Abigail

1. Analisa yang bijak

① Mendengar laporan hamba (1 Sam 25: 14-16; Ams 18: 13).

② Bertindak dengan tegas (1 Sam 25: 17).

2. Perancangan yang hairan.

① Menyediakan hadiah mewah di barisan hadapan (I Sam 25: 18-19; Ams 21: 14).

② Tidak memberitahu Nabal suaminya tentang perkara ini (1 Sam 25: 19-20).

3. Perkataan yang meyakinkan (1 Sam 25: 23-31).

① Merendahkan diri dan mengakui dosa, untuk meredakan kemarahan Daud.

② Mengakui kebodohan dan ketidakadilan Nabal.

③ Dia berasa melaluinya Tuhan menahan Daud membalas dendam, berani mengatakan bahawa membalas dendam adalah tidak sesuai dengan kehendak Tuhan.

④ Minta Daud menerima hadiah dan jangan marah.

⑤ Puji nama baik Daud.

⑥ Ingati Daud andainya balas dendam dan hutang darah, kelak hati nurani tidak akan tenteram.

4. Menyelamatkan sekeluarga daripada kematian (I Sam 25: 32-34).

 

C. Lydia

1. Takut akan Tuhan.

① Memegang Hari Sabat (Kis 16: 13).

② Bimbing sekeluarga percaya kepada Tuhan (Kis 16: 14-15).

2. Tekun (Kis 16: 14).

① Tekun mengumpul, akan menjadi kaya (Ams 13: 11).

② Tidak makan makanan kemalasan (Ams 31: 27; 2 Tes 3: 8-12).

3. Layani tetamu dengan ghairah (Kis 16: 15).

 

Perbuatan Baik Nehemia

1. Melayani dengan kasih (Neh 5: 17-19)

1.1 Nehemia melayani 150 orang dengan kasih (Neh 5: 17).

1.2 Pemercaya dahulu giat melayani tetamu, diperingati Tuhan (Kej 18: 1-8; 2 Raj 4: 8-16).

1.3 Kita juga jangan lupa untuk melayani tetamu (Ibr 13: 1-2).

2. Menyucikan Bait Tuhan

2.1 Sebuah rumah Tuhan yang tahir, mengusir orang asing (Neh 13: 4-9).

2.2 Agar umat kembali mempersembahkan persepuluhan, orang Lewi kembali kepada tugasnya (Neh 13: 10-13).

2.3 Tuhan Yesus menyucikan bait Tuhan (Mrk 11: 15-17).

2.4 Haruslah sentiasa memelihara susunatur dan kebersihan gereja.

3. Amaran kepada rakyat supaya jangan melanggar Hari Sabat

3.1 Amaran kepada Yahudi yang berdagang pada Hari Sabat (Neh 13: 15-17).

3.2 Amaran kepada pedagang yang tinggal di luar kota (Neh 13: 20-21).

3.3 Memerintah orang Lewi untuk menyucikan diri dan menjaga pintu kota, menguduskan Hari Sabat.

3.4 Menguduskan Hari Sabat, Tuhan pasti memberkati (Kej 2: 1-3; Yes 56: 2).

3.5 Tidak memegang Hari Sabat, akan ditimpah kecelakaan (Yer 17: 27).

4. Larangan berkahwin dengan kaum asing.

4.1 Menyesali, mengutuki, memukul, cabut rambut, menyuruh mereka bersumpah (Neh 13: 25).

4.2 Menghalau imam yang berkahwin dengan musuh (Neh 13: 28).

4.3 Percaya dengan tidak percaya adalah tidak sepadan (1 Kor 6: 1).