Kajian Kitab Amsal : Hidup dan Mati

Unit Dua Belas: HIDUP DAN MATI

‘Hidup’ dan ‘mati’ perlu difahami secara kualitatif dan berdasarkan berbagai peringkat.

[1] Hidup

(1) Material dan sosial.

‘Hidup’ menandakan pekembangan secara mewah dan indah hal-hal ehwal seseorang (16.15) dan di dalam 15.27, ‘hidup’ bermaksud menikmati keharmonian kehidupan keluarga.

(2) Peribadi atau psikologikal.

Hikmat dan mendiamkan diri adalah seperti ‘kehidupan bagi jiwamu, dan perhiasan bagi lehermu’ (3.22), di mana ianya merujuk kepada vitaliti/daya hidup seseorang secara keseluruhannya dan pembawa/penampilan lahiriahnya seseorang. Di 14.30, ‘hati ygn tenang’ (atau ‘fikiran yang tenteram’, RSV) adalah ‘menyegarkan tubuh, tetapi iri hati membusukkan tulang’.

(3) Moral dan rohani.

Siapa yang mendapatkan aku, akan mendapati bahawa Hikmat itu sendiri adalah hidup (8.35), dan berkenan menerima (Yes 56.7; contoh ‘daripada Tuhan’). Di 9.6, ‘buanglah kebodohan, maka kamu akan hidup’ merangkumi ‘berjalan di atas jalan pengertian’ (cf. 21.21; 19.23; cf.Mzm 17.15) Pohon dan mata air kehidupan ditujukan kepada sumber pembaharuan Allah, duniawi dan rohani: contoh: kesan daripada kata-kata hiburan yang menyenangkan (15.14), atau hajat yang terkabul akhirnya (13.12). Mereka memaparkan pengaruh seorang yang baik terhadap orang lain. Ia memenangkan orang lain melalui keperibadiannya yang benar dan baik (11.30) dan melalui ‘perkataan’ (10.11). Secara lebih mendalam, pohon dan mata air ini adalah simbol berkat atas perhubungan yang tepat dengan Allah. Dalam erti kata lain, iaitu hikmat (3.18), akal budi (16.22) dan takut akan Tuhan (14.27), dipupuk dengan ‘ajaran orang bijak’ (13.14).

Perkataan lorong atau jalan kehidupan, menggunakan istilah ‘kehidupan’ secara kualitatif dengan berkesan. Ia bertentangan dengan jalan yang membawa turun kepada kematian (contoh: 15.24; 6.23; 9.6). Ungkapan ‘jalan kehidupan’ merujuk kepada mod kewujudan (dengan penekanan ke atas ‘jalan’), tetapi (dengan penekanan terhadap kehidupan) atau landasan yang memimpin kepada, atau ditandakan dengan kewujudan kehidupan secara benar dan penuh (11.7-8; 14.32. cf. Mzm 16.11).

[2] Mati

Perkataan ‘kematian’ atau ‘maut’ muncul antara 20 hingga 30 kali di dalam kitab Amsal.

Ianya dikaitkan dengan dunia orang mati [Sheol] (1.12; 5.5; 7.27; 9.18; 15.11,24; 23.14; 27.20; 30.16), kebinasaan [Abaddon; destruction] (15.11;27.20), liang kubur [the pit] (1.12; 28.17), arwah-arwah [the Rephaim; the shades] (2.18; 9.18; 21.16).

Dalam Perjanjian Lama, maut adalah seluruh alam yang berkonflik dengan hidup dan suatu misteri di hadirat Allah (15.11). Maut menggelapkan kehidupan seseorang melalui penyakit (cf. Mzm 116.3), malapetaka (Ul 30.15) dan khasnya, melalui dosa (Kej 2.17). Kesudahan mereka yang jahat ialah ‘ia mati’ (5.23). Demi memperolehi hidup yang benar, seorang ayah menyelamatkan anaknya dari dunia orang mati (Sheol) melalui didikan dan disiplin pada waktu-waktu yang perlu (23.13,14). Seperti yang diingatkan oleh hikmat: ‘semua orang yang membenci aku, mencintai maut’ (8.36; cf. Tetamu-tetamu yang diundang oleh perempuan yang bodoh ialah ‘orang-orang yang diundang di dalam dunia orang mati seperti di 9.18).

Namun, terdapat dua kenyataan berkenaan maut secara naturel, yang ada kaitannya dengan pengharapan dan keyakinan percaya yang telah diabaikan oleh orang-orang jahat (11.7; cf.14.32). Bahawa ‘dalam persekutuan dengan Tuhan, jerih payahmu tidak sia-sia’ menginspirasikan satu pengharapan untuk berusaha mencarikan dan meneriman satu jawapan yang mantap (cf. Why 14.14; I Kor 15.58).

Unit Tiga Belas: RINGKASAN DAN KESIMPULAN

[1] Fikirkan arahan-arahan pengajaran Tuhan Yesus Kristus dalam ‘Mission Discourse’/ kerja pemberitaan injil (Mat 10; Luk 10) dan pengajaran tentang akhir zaman (Mat 24-25; Luk 17 dan 21).

[2] Efesus 5.15-21.

[3] Kepentingan hikmat rohani dalam I Kor 1.18-2.5; 2.11-13;3.6-15; Ef 6.10-19.

[4] Bincangkan bagaimana menjadi seorang berhikmat dan bijak dalam kehidupan seharian serta alam pelayanan kerja-kerja suci.

Kajian Kitab Amsal : Keluarga

Unit Sebelas: KELUARGA

Keluarga memainkan kedudukan paksi dalam masyarakat. Kesetiaan dalam sesebuah keluarga adalah ditunjukkan dalam cara-cara membesarkan anak-anak di dalam iman dan bagaimana ibu bapa bersatu dalam kegirangan. Amaran diberikan secara langsung kepada dosa-dosa yang membelakangi peraturan ilahi ini (1.18; 2.18). Amsal merujuk kepada ajaran-ajaran dalam Firman ke-5 demi kestabilan dan kehidupan keluarga yang aman bahagia (4.10).

[1] Suami Dan Isteri

Suami dan isteri berkongsikan tanggungjawab mendidik anak-anak dan dijangka seia sekata (1.8,9; 6.20). Terhadap pasangannya, kaum lelaki digesa berlaku setia dan ghairah: ‘senantiasa berahi kerana cintanya’ (5.17-19); sumpah pada perkahwinan yang musnah adalah dosa terhadap teman lama (2.17).

Isteri adalah rahmat pemberian Tuhan (18.22; 19.14); sesungguhnya ialah mahkota atau sebaliknya ‘kebusukan’ ~ tertakluk kepada stabiliti keluarga tersebut (14.1).

Seandainya ia memiliki karunia-karunia istimewa, maka ianya akan mempunyai skop yang lebih besar untuk menampung yang lebih banyak tanggungjawab: pentadbir, saudagar, wanita-kraf, dermawan dan pemimpin. Pengaruhnya tersebar luas dan pencapaiannya dinilai berdasarkan sumbangannya kepada kebahagiaan dan kedudukan baik suaminya (31.11,23).

Terhadap pandangan yang tinggi akan perkahwinan, dosa seksual akan memusnahkan keluarga yang bahagia, dijalin-erat dan keluarga yang diberkati Tuhan (5.9-23). Ia adalah pertukaran kemesraan dari satu hubungan yang sejati kepada hubungan yang penuh penipuan (5.19,20); perpisahan degnan kehormatan seseorang (5.9; 6.33) dan kebebasan (23.27,38). Ia merupakan seorang yang membuang dan membazirkan masa keemasannya (5.9,11) dan kemungkinan terlepaskan satu-satunya yang menjadi milik kepunyaannya (29.3; 6.26). Ia merangsang bahaya fizikal dan penghinaan sosial (6.26-35). Mereka yang meneroka hidup dengan cara ini adalah mencarikan maut sendiri (2.18-19).

[2] Ibubapa dan Anak-Anak

Penggunaan rotan secara betul (13.24) merupakan urutan daripada dogma serius yang terkandung dalam hikmat, kerana hikmat adalah hidup (8.35,36). Cara keras ke arah hikmat adalah lebih baik daripada cara lembut ke arah maut (23.14; 19.18). Caranya perlu tegas dan keras atas dua sebab:

(1) ‘Kebodohan melekat pada hati orang muda’ ia akan meresapkan segala yang dimaktubkan dalam hikmat; bagaikan satu tumbuhan yang semakin membesar (yang memerlukan sesuatu yang lebih berkesan daripada perkataan untuk menanggalkannya (22.15).

(2) Karaktor dibentuk dengan hajaran yang sesuai (cf. 15.32,33; 5.1-13; Ibr 12.11), dan pimpinan betul harus bermula semenjak awal (13.24b: ‘pada waktunya’; cf.22.6). Bagi ‘kanak-kanak yang dibiarkan mengikut kehendak sendiri’ satu saja hasil yang dijangka, yakni membawa malu (29.15).

Sumber utama didikan ibu bapa ialah ‘hukum’, ‘arahan’ dan ‘prinsip-prinsip’ dan diajarkan berdasarkan kasih sayang yang tabah (3.1-4; 7.1-4). Pada dasarnya, ajaran-ajaran Tuhan bertujuan membina tabiat pemikiran dan tingkah laku yang bijak (di dalam ‘hati’ dan di ‘jari-jari’. 7.3; Ul 6.4ff), yang mana akan melengkapinya untuk menempuhi kehidupannya dengan penuh keyakinan (3.21-26; 4.10-14) dan kewibawaan (1.7-9; 4.8,9).

Perhatikan bahawa seorang anak yang tidak berhati perut dan yang berat tulang, mungkin akan keras kepala dan tidak suka menerima didikan (13.1; cf. 17.21). Sebuah keluarga yang baik-baik belaka kemungkinan akan menghasilkan seorang pemalas (10.5) atau seorang pemboros (29.3) dan dengan demikian dia mungkin akan memberontak untuk menghina (15.20), memperolok-olok (30.17) atau mengutuki ibu bapa (10.10; 30.11) dan tidak berhati perut sanggup merampasi kekayaan ayah (28.24) dan mengusir janda ibunya dari rumah (19.26).

[3] Saudara-mara

Subjek ini hanya diketemukan dalam beberapa amsal. Istilah Ibrani ini adalah menggunakan istilah sepupu atau saudara-mara. Perhatikan hubungan persaudaraan yang tidak baik: ‘Orang miskin dibenci oleh semua saudaranya, apalagi sahabat-sahabatnya, mereka menjauhi dia. Ia mengejar mereka, memanggil mereka tetapi mereka tidak ada lagi’ (19.7). Sewaktu timbulnya pertengkaran (6.19) atau kebahagiaan sesebuah keluarga terjejas, maka ianya akan mengakibatkan kepahitan dan ketegaran yang berpanjangan (18.19).

Keadaan pertalian ‘persaudaraan’ yang sihat adalah yang berkekalan dan berketetapan: menjadi saudara dalam kesukaran (17.17), dan ikatan persahabatan mengatasi persaudaraan (18.24; 27.10).

Kajian Kitab Amsal: Sahabat-sahabat

Unit Sembilan: SAHABAT-SAHABAT

[1] Seorang sahabat yang baik adalah seorang jiran yang baik. ‘Sahabat’ (rea`) bermakna ‘jiran’ atau ‘si anu’. Pada satu ketika rea` seseorang akan menjadi saksi (pihak lawan) dalam pengadilan (18.17), tetapi pada suatu ketika yang lain ia merupakan seorang yang ‘menaruh kasih pada setiap waktu’ (17.17; cf. Im 19.18). Sehinggakan perkataan yang lebih kuat ‘oheb, ‘seorang yang menaruh kasih’ (18.24b dan 27.6); juga tanda seorang pengampu (cf 14.20).

Beberapa sahabat yang karib adalah jauh lebih banyak daripada mempunyai sangat banyak kenalan, misalnya hubungan Tuhan Yesus dengan ‘murid kekasihNya’. Pada asasnya, seorang jiran yang baik adalah seorang pendamai (3.29; 25.8,9), dan sangat baik hati (24.17,19; 25.21,22), dan berhati terbuka dalam penilaian dan pengadilannya. Ia sedar bahawa kesenyapan adalah lebih bijak daripada kritikan (11.12); bahawa seseorang yang menempuh kegagalan harus mencari pertolongan daripada merasa benci dan mendendam di dalam (14.21); dan perasaan benci seseorang akan orang yang lain, kemungkinan dilahirkan daripada hati jahat sendiri dan bukan kerana orang lain(21.10). Namun demikian kebaikan-kebaikannya biarlah jangan melalupun sehingga menjadi sentimentaliti: ia seharusnya berupaya menjarakkan diri sendiri daripada pihak dan hal-hal tertentu (22.24,25) dan mampu berkata ‘tidak’ dengan seyakin dan secepatnya terhadap pengurusan yang tidak baik (6.1-5) dan berkata ‘ya’ terhadap tuntutan yang benar (3.27,28). Hanya standard yang ditunjukkan dan pertahankannya (12.26) akan membekalkan perkhidmatan yang baik kepada jiran-jirannya sama seperti benda-benda baik yang dibekalkannya.

[2] Ciri-Ciri Istimewa Seorang Sahabat Baik

(1) Kesetiaan/Ketetapan (‘Constancy’)

    • 14.20; 19.4,6,7
    • 18.24
    • 17.17
    • 27.10

(2) Berterus terang (‘Candour’)

    • 27.6; cf.29.5 (cf. Raja Daud dengan Adonia di I Raj 1.6ff)
    • 28.23

(3) Kaunsel (‘Counsel’)

    • 27.9 (cf. I Sam 23.15-18)
    • 27.17

(4) Bijaksana (‘Tact’)

    • 25.17
    • 27.14
    • 25.20
    • 26.18,19

[3] Kerapuhan Persahabatan

  • 2.12-19
  • 16.28; 17.9

 

Unit Sepuluh: PERKATAAN-PERKATAAN

* 6.16-19 adalah berkenaan penyalahgunaan perkataan-perkataan.

[1] Kekuasaan perkataan. ‘Hidup dan mati dikuasai lidah’ (18.21). Ingin memenangkan dan menyakinkan seseorang adalah terbentuk oleh perkataan-perkataan, dan ianya mungkin membinasakan seseorang atau membangunkan seseorang (11.9; 10.21). Kekuasaan ini lahir dari dua kualiti:

(1) Penerobosan/Penembusan (‘Penetration’)

    •  12.18
    •  18.14
    •  16.24 (cf. 15.30)
    •  18.8
    •  29.5

(2) Jangkitan (‘Spread’)

    • 16.27b, 28a; 6.14; 10.10; 16.30
    • 12.14
    • 10.11; 18.14
    • 15.4
    • cf. Mzm 36. 8,9; Kej 3.22-24

[2] Penggunaan-penggunaan perkataan secara bijak: Amsal-amsal membekalkan pengajaran-pengajaran berkenaan (a) ‘the marks’, dan (b) pembentukkan perkataan-perkataan secara bijak.

Ciri-ciri perkataan yang bijak adalah:

(1) Ianya adalah jujur ikhlas (16.13; 24.24-26; 25.12; 27.5,6; 28.23).

(2) Ianya adalah sedikit (10.14,19; 13.3; 11.12,13).

(3) Ianya adalah tenang (17.27). Terdapat tiga sebab mengapa ketenangannya dipuji: satu ~ ianya membenarkan masa untuk penghakiman secra adil (18.13, cf. ayat 17); kedua ~ ianya meredakan marah (15.1); dan ketiga ~ pengaruhnya adalah poten: lidah yang lembut mematahkan tulang (25.12).

(4) sesuai dan tepat pada waktunya (15.23; 10.20; 25.11; 22.11; 10.32).

Perkataan-perkataan yang bijak boeh disampaikan melalui:

(1) membuat kajian secara penilaian dan secara tekun (15.2,28; cf. Yes 50.4);

(2) karaktor dalaman seseorang (14.5; 12.17; 4.23).

Kajian Kitab Amsal : Allah & Manusia

Unit Empat: ALLAH DAN MANUSIA

[1] Di hadiratNya manusia adalah berdosa (20.9).

[2] Tuhan membalas manusia menurut perbuatan kerjaNya (24.11,12).

[3] Takut akan Tuhan (2.5; 9.10) adalah berkaitan dengan pengetahuan seseorang terhadap Dia (1.7).

[4] Dalam segala lakumu, mesti percaya dan bersandar kepada Tuhan (3.5,7) – akuilah dan ketahuilah, ikutilah, dll. kepada pimpinan ilahi yang bersesuaian dengan rencana manusia tetapi tertakluk kepada Ya atau Tidak dari Tuhan (19.21).

Unit Lima: ASPEK-ASPEK HIKMAT

  • Arahan atau latihan (1.2a, 3a).
  • Kefahaman atau panca indera (1.2b; 2.2).
  • Pengurusan secara bijak (1.3a; 10.5; 12.8).
  • Kepintaran dan kebijaksanaan (1.4b; 1.5; 22.3).
  • Pengetahuan dan pembelajaran (1.5; 2.1-5; 3.6).

Unit Enam: PENCAPAIAN HIKMAT

Hikmat adalah untuk setiap orang yang mengingininya. Ianya sama nilai seperti karaktor. Dan ianya harus dikumpulkan dan disimpan untuk yang lurus dan jujur, untuk orang-orang mulia, untuk orang-orang kudus (2.7-9).

Hikmat datang daripada wahyu dan ilham (2.6; 30.4-6) juga datang dari kemuridan (‘discipleship’) dan disiplin (2.6; 2.4; 2.5); ianya akan melahirkan pertobatan — berbalik daripada kejahatan (9.10; 8.13; 3.7b); mendatangkan kesetiaan dan kasih sayang untuk kehidupannya (8.34f; 9.5,6) dan rela dididik disampai pada kesudahannya (9.9), terbuka kepada perintah-perintah Tuhan (10.8) dan hajaran (3.11f) serta kepada nasihat dan kritikan manusia (13.10; 17.10).

Unit Tujuh: SI BODOH – SUATU DOSA DI HADIRAT TUHAN

[1] Teks yang utama berkenaan si-Pandir ialah Ams fasal 7; kata kerjanya yang asal membentuk perkataan ‘memperbodohkan’ ialah untuk ‘memperdayakan’ atau ‘menggoda’. Di ayat 1.10 Si-Pandir adalah orang yang terlalu senang diperdaya, tertipu dan bersikap bodoh. Dia seorang yang naif (14.15; 22.3) dan tidak bertanggung (1.32). Dia adalah pemalas dan malas berfikir, dan kemungkinan ia memerlukan alat bantu pandang-dengar untuk mentobatkannya (19.25). Ia tidak mempunyai kestabilan (1.22-32) dan hanya gemar bersuka-ria dan mengejar kesia-siaan (12.11).

[2] Si bodoh – kesil (tiga istilah yang paling lazim digunakan: kesil, ewil dan nabal; ianya muncul sebanyak 50 kali). Ia tidak mempunyai kesabaran dalam mencarikan hikmat, juga tidak menumpukan perhatian atasnya (17.24; 17.16). Masalahnya ialah dasar rohaninya dan bukan dasar mental. Ia suka mengulang-ulang perbuatan bodohnya (26.11) dan lebih suka kepada ilusi-ilusi keselesaan (14.8). Dia menolak perasaan takut akan Tuhan (1.29). Di masyarakat ia merupakan gejala ancaman: tidak mempunyai pertuturan kata-kata yang wajar atau berakal (14.7; 17.12; 8.6; 10.23; 29.11).`ewil (19 kali) kebebalan dan kedegilan; sesuatu yang lebih gelap daripada kesil. Ia mendedahkan kebodahan sendiri sebaik saja ia membuka mulutnya (17.28; 24.7; 10.14). Ia tidak mempunyai daya kawalan diri atau keseimbangan diri (20.3; 12.16; 27.3; 29.9), serta tidak sabar terhadap apa jua nasihat (1.7; 10.8; 12.15; 15.5). Nabal (3 kali di kitab Amsal 17.7; 30.22; 30.32), termasuk sifat-sifat di atas tetapi ditambahkan dengan sifat kurang beradab dan tidak berakal, cf. Mzm 14:1; I Sam 25.17. Seseorang yang pemikirannya tertutup kepada Tuhan dan kepada taakulan dan sebab-musabab.

[3] Si pencemooh (lesh) muncul sebanyak 17 kali di kitab Amsal. Ianya berkontras dengan si bijak. Berkenaan orang demikian, sikap mentalnya yang menentukannya dan bukan daya kemampuan mentalnya. Ia menentang sehebat-hebatnya pembetulan dari orang lain (9.7,8; 13.1; 15.12) dan menghalang setiap tindakan yang mengarah kepada hikmat (14.6). Ia memaparkan kepalsuan dan seorang yang senjaga membuat kacau (21.24; 22.10; 29.8), tambahan pula, ia sendiri mencemoohkan para pencemooh (3.34). Sikap dan pengaruhnya yang buruk begitu ketara kelihatan di hadapan orang ramai (24.9).

Unit Lapan: SI MALAS

[1] Ia tidak akan memulakan sesuatu (6.9,10). Sewaktu kita bertanya kepada si malas: “Berapa lama….’ atau ‘Bila…’, kita adalah terlalu muktamad kepadanya. Sebab ia sememangnya tidak tahu.

[2] Ia tidak akan menamatkan sesuatu (12.27) ~ 19.24;26.15.

[3] Ia tidak akan berdepan menghadapi sesuatu. Ia mulai mempercayai alasan-alasan sendiri, ‘kemungkinan ada penjahat di luar…’ (22.13) dan membela kemalasan sendiri; sebab ia menganggap dirinya ‘lebih bijak dari pada tujuh orang yang menjawab dengan bijaksana’ (26.16). Ia gemar membuat keputusan dengan cara senang (20.4) dan bersikap tidak jujur (26.13-16).

[4] Ia malas tidak mahu berbuat apa-apa (13.4; 21.25f), tidak berupaya (15.19). Ia seorang yang tidak berguna (18.9) dan menjengkelkan (10.26) – kepada setiap majikan yang menjawatnya.

[5] Titik perubahan si malas: Seorang pemalas harus dipermalukan oleh semut (6.6ff) dan pelajari pengajaran-pengajaran utama dari kawanan ini: (1) biarpun tidak ada pemimpin tetapi berinisiatif sendiri untuk melakukan sesuatu secara teratur (6.7); (2) Mereka mengetahui masa dan tahu menyiapkan makanan (musim panas dan musim menuai) (6.8). Begitulah seorang pemalas perlu ‘memberi perhatian’ dan ‘bekerja’. Seorang pemalas kemungkinan akan mendapat hajaran tetapi kemungkinan terlambat dan menyesal kemudian (6.11; 12.24; 24.30,31). Justeru itu, bangunlah, bangkitlah dan perbetulkan serta perbaiki diri dan bertindaklah dengan bijak.

Analisa Kandungan dan Ciri-ciri Keistimewaan Kitab Amsal

Amsal mengandungi 8 bahagian yang ketara perbezaannya, di mana masing-masing mempunyai kepanjangan dan ciri-ciri yang sungguh tidak seimbang dan kebanyakan bahagiannya ditandakan dengan tajuk-tajuk dan pengenalan yang berasingan.

[1] Fasal 1-9 “Pujian Hikmat”

Di sini pengarang berbicara sebagai seorang ayah kepada seorang murid atau pengikut yang imaginasi di mana ia memberi amaran tentang bahaya dan godaan di samping mempelawa dengan penuh keikhlasan untuk mendengarkan kata-kata nasihat dan menyerukannya kepada tuntutan-tuntutan Hikmat untuk menjadi pemimpin dan sahabatnya.

1.1-6 Adalah petikan untuk membentuk pengenalan kepada kata-kata galakan yang berikut juga kepada Amsal yang terkandung dalam fasal 10ff di mana tujuan serta nilainya turut dinyatakan.

Kata-kata membangunkan tersebut boleh dibahagikan kepada 15 perenggan di mana setiap satunya mempunyai satu tema yang tertentu:

(1) 1.17-19 Satu amaran hendaklah menentang godaan dan melawan perlakuan jenayah-jenayah keganasan.

(2) 1.20-33 Penolakan Hikmat atas orang-orang yang membencinya.

(3) Fasal 2 Usaha mengajar hikmat sebagai jalan ke arah akhlak dan takut akan Tuhan.

(4) 3.1-20 Berkat-berkat yang akan diperolehi atas ibadah kepada Tuhan dan upah Hikmat yang akan diganjarkan kepada barangsiapa yang berusaha mencarikannya.

(5) 3.21-26 Hikmat sebagai perlindungan kepada setiap yang memilikinya.

(6) 3.27-35 Anjuran kemurahan hati dan integriti.

(7) 4.1-5.6 Bimbingan seorang ayah kepada anaknya.

(8) 5.7-20 Berkenaan menghormati dan mentaati ikatan-perkahwinan.

(9) 6.1-5 Tindakan kurang bijak menjadi penanggung orang lain.

(10) 6.6-11 Nasihat kepada orang-orang malas.

(11) 6.12-19 Amaran-amaran tentang komplotan-komplotan jahat.

(12) 6.20-85 Amaran terhadap perzinahan.

(13) Fasal 7 Lanjutan subjek yang sama cuma amaran ditujukan kepada satu ilustrasi.

(14) Fasal 8 Perbicaraan Hikmat, mengistiharkan sifat mulia dan agungnya serta karunia-karunia yang ia sedia berikan kepada manusia.

(15) Fasal 9 Hikmat dan Kebebalan, masing-masing dipersonifikasikan dan berkontras antara satu sama yang lain.

[2] 10.1-22.1 Bertajuk “Amsal-Amsal Salomo”

Bahagian kitab ini mempamerkan bentuk yang sangat tetap. Setiap ayat mempunyai satu peribahasa atau kata amsal yang lengkap manakala setiapnya merangkumi dua rangkai kata (i.e. ahli-ahli atau bahagian-bahagian) di mana setiapnya mempunyai tiga atau empat perkataan. Amsal-amsal tidak disusun dengan cara yang tertentu dan adalah berkaitan dengan satu subjek yang sama (misalnya 16.10,12-15 berkenaan raja-raja, 18.6f berkenaan orang-orang bodoh). Semuanya menunjukkan satu atau lebih perkataan yang tipikal) (Cth: 10.6f ~ orang benar; 11f ~ menyembunyikan; 14f ~ kebinasaan; 16f, 18f; 12.5-7; 15.8; 15.33-16.7,9,11 Yahweh).

Isi kandungan adalah serba beraneka dan tonnya adalah jelas, riang dan gembira. Seandainya yang baik dengan yang jahat dan yang msikin dengan yang kaya saling bertemu (sesuatu yang pasti berlaku di masyarakat), walaupun apa jua aspek kehidupan yang lebih bahagia akan berdominan; kekayaan akan menyerlah dan akhlak-akhlak akan dibalas dengan kekayaan. Di antara tema-tema yang penting:

(1) Manusia diganjarkan (dalam kehidupan) menurut perbuatan dan kerja mereka (2,3,6,7,25,27,30; 11.4,5,6, dan berulang-ulang)

(2) Kontras antara yang bijak dengan yang bodoh (tujuan mereka yang berlainan dan kumpulan pergaulan mereka yang berlainan), yang kaya dengan yang miskin dan yang rajin dengan yang malas (10.4,5; 12.24; 13.4 dll.).

(3) Si pencemooh (13.1; 14.6; 15.12 dll) atau “si bodoh’ adalah orang yang kekurangan persepsi untuk memimpinnya ke arah hal ehwal kehidupan yang baik sama ada kerana kelemahan karaktor atau kerana kedegilannya. Dengan demikian ia asyik menjadi objek sindiran dan cemooh rakan-rakannya.

(4) Kekayaan dianggapkan sebagai satu kelebihan untuk pemiliknya (10.15; 13.8; 14.20; 19.4; 22.7), tetapi tidak sedemikian kiranya ia digunakan ke arah kefasikan (10.2) ataupun sekiranya digunakan sebagai objek keyakinan diri secara membuta (11.28).

(5) Kebanggaan adalah subjek kepada 13.10; 16.18f; 21.44 dan lain-lain.

(6) Prihatin atas orang-orang miskin dipuji 14.31; 17.5; 19.17.

(7) Bibir atau lidah (10.19,32; 12.18; 15.1.4,7,26; 16.2;17.27f; 18.20f; 20.19.

(8) Kerugian menjadi seorang penanggung dibentangkan dalam 11.15; 20.16.

(9) Seorang isteri yang baik digambarkan sebagai pemberian terbaik dari Tuhan (12.4; 18.22; 19.140); tetapi sebaliknya seorang isteri yang kurang bijak atau yang suka bertengkar digambarkan dengan penuh sindiran dan hinaan (11.22; 19.13; 21.9-19).

(10) Nilai autoriti ibu bapa diakui (13.24; 19.18; 22.6,15) dan hasrat ingin menghormati ibu bapa adalah sangat dipuji (13.1; 15.5; 19.26; 20.20).

(11) Raja dibentangkan dalam keadaan yang sangat dikagumi dan dipuji atas keadilan dan mencintai kebenaran (14.35; 16.10,12,13; 20.8; 22.11), hikmatnya (20.26), belas kasihan dan kesetiaannya (20.28), ketaatannya terhadap pimpinan Tuhan (21.1), dipandang penuh kekaguman dan kehormatan (16.14,15; 19.12; 20.2). Kemakmuran bangasnya adalah kemegahannya (14.28) di mana kekayaan serta kemakmuran adalah berhasil dari pada kebenarannya (14.34). Catatan-catatan berkenaan raja yang dinyatakan dalam koleksi ini adalah girang dan gembira; tiada butir-butir tidak baik yang mencemari karaktornya.

[3] 22.17-24.22

Di sini 22.17-21 membentuk satu pengenalan menarik perhatian kepada teguran dan peringatan (kata-kata orang bijak) yang menyusulinya.

[4] 24.23-34

Satu lampiran kepada No. 3; Diberikan tajuk “Ini juga merupakan kata-kata orang-orang bijak”. Di ayat 30-34, orang-orang yang malas (yang disindir lebih dari sekali di No.2) adalah dijadikan sebagai satu subjek dalam hujah-bela (apologue) (cth: naratif didaktik, fabel membawa pengajaran moral, atau satu alegori), yang dibentangkan berdasarkan pengalaman pengarang sendiri (cf 7.6-23. Mzm 37.35f; Ayb 5.3-5).

[5] Fasal-fasal 25-29

Juga diberikan tajuk ‘Amsal-Amsal Salomo yang dikumpulkan pegawai-pegawai Hizkia, raja Yehuda’, merupakan satu lampiran kepada No. 2. Seperti No. 2 amsal-amsal di sini juga dikumpulkan mengikut kata-kata petunjuk (seperti 25.8f ~ bela; 25.11f ~ emas; 26.1f ~ seperti…demikian), dan satu subjek berkenaan komuniti seperti di 25.1-7 (berkenaan raja-raja), 26.3-12 (yang ‘bodoh’), 26.13-16 (berkenaan yang malas), 26.23-26,28 (tentang puji-pujian yang palsu). Berkontras dengan bentuk antitetik di No. 2, fasal-fasal 28-29 dan terutamanya bentuk-bentuk dalam fasal 25-27 adalah bersifat komparatif.

Rumusan tema-tema yang prominen adalah seperti berikut:

(1) Seorang raja yang mengusahakan kebaikan hal ehwal rakyatnya dan keperluan untuk memecatkan menteri-menteri yang jahat (28.1-4; 28.2) ~ juga berkenaan malapetaka menimpa sesebuah negara sewaktu pihak-pihak lawan merebut takhta kerajaan.

(2) 28.12,15f, 28; 29.2,4,16 memancarkan satu penderitaan yang dialamai di bawah tindasan tangan pemerintah-pemerintah jahat.

(3) 25.6ff, 29.14 mengandungi satu maxim perlakuan di hadirat seorang raja dan jaminan takhta yang kukuh kepada raja yang baik dan adil.

(4) Amsal-amsal keagamaan jarang-jarang kedapatan, tetapi para nabi sebagai elemen dalam sesebuah negara adalah jelas kelihatan di 29.18.

(5) ‘Si bodoh’ menjadi subjek kepada serangan bertubi-tubi sindiran dan cemooh, 26.1,3-12 (di mana orang yang malas diperdayakan delusi; cf. 27.22). Di 26.3-11.

(6) Industri pertanian disemai di 27.23-27.

(7) Sesetengah amsal-amsal dijadikan maxim perbuatan (seperti di No 3 dan 4). Cth., 25.6f, 8, 9f, 16f, 21f (kasih seorang musuh): di dalam kes-kes tersebut, nasihat-nasihatnya ditekankan dengan motif yang bijak dan cermat. Panggilan ‘anakku’ muncul sekali di 27.11.

[6] Fasal 30 Perkataan Agur bin Yake

(1) 30.1b-4 Menyatakan satu pandangan yang skeptik bahawa tidak mustahil untuk mengenali Tuhan.

(2) 30.5-6 Satu rayuan kepada Tuhan untuk menyatakan DiriNya.

(3) 30.7-9 ialah satu doa supaya tidak tergoda sehingga menjadikan terlalu paslu dan ekstrim akan kekayaan duniawi sehingga meninggalkan dan tidak menghormati CDU.

(4) 30.10-33 mengandungi sembilan kumpulan amsal (di mana angka ‘empat’ adalah tertonjol, cf. ‘enam’ di 6.16-19): ayat 10 satu amaran kepada seorang penfitnah; ayat 11-14 empat tanda satu angkatan yang jahat; ayat 15-16 empat perkara yang tidak terpuaskan; ayat 17 kesudahan takdir seorang anak yang tidak taat; ayat 18-20 empat perkara yang tidak terfahami; ayat 21-28 empat perkara yang tidak tertahan; ayat 24-28 empat binatang yang cekatan; ayat 29-31 empat perkara yang menampakkan penampilan bergaya; ayat 32-33 satu amaran terhadap perpecahan.

[7] 31.1-9 Perkataan Lemuel, seorang raja.

Perkataan-perkataan ini merupakan satu maxim kekeluargaan yang disampaikan kepada raja Lemuel oleh bonda raja. Dia memberi amaran kepadanya terhadap nafsu keghairahan dan kegemaran yang melampau terhadap arak, di samping harus berprihatin akan keperluan-keperluan orang-orang miskin.

[8] 31.10-31

Gambaran seorang perempuan yang berbudi, tidak ada tajuknya dan ayat-ayatnya disusun mengikut huruf abjad.

Definisi-definisi Hikmat Israel Purbakala Di Perjanjian Lama

[1] Hikmat dan Tradisi

Apliksi-aplikasi perkataan hikmat (Hebrew: chokhmah atau hokhmah): kebolehan membuat pemerhatian secara tajam dan tepat, kepintaran di dalam penemuan atau perancangan dan kebijaksanaan dalam reka cipta.

Alkitab seringkali menyentuh tentang hikmat dan orang-orang bijaksana di negara-negara jiran Israel, khasnya yang di Mesir (Kis 7.22; I Raj 4.30; Yes 19.11,12), di Edom dan Arabia (Yer 49.7; Ob 8; Ayb 1.3; I Raj 4.30), di Babel (Yes 47.10; Dan 1.4,10) dan Fenisia (Yeh 28.3f; Za 9.2). Hikmat adalah dikaitkan dengan tradisi, sekolah-sekolah dan koleksi-koleksi kesusasteraan hikmat yang tidak terpisah dari sosio-keagamaan.

1. Kemahiran Yusuf dalam penafsiran mimpi (Kej 41.39ff).

2. Perempuan bijakasana Tekoa yang menghadap Daud (II Sam 14.2ff).

3. Penghakiman Salomo dalam kes dua orang bayi (I Raj 3.16-28), jawapan-jawapan yang dia berikan kepada soalan-soalan yang diajukan Ratu Seba (I Raj 10.3ff).

Dalam PL, ‘orang-orang bijak’ atau guru-guru bijak adalah tergolong dalam kelas orang-orang penting atau terkenal (cf. Yer 18.18; Ams 1.6; 22.17; Ayb 15.18), di mana mereka adalah setaraf dengan para imam, nabi dan pegawai-pegawai sebagai pucuk pemimpin dalam kehidupan sosial Israel. Mereka selalunya dikaitkan dengan para tua-tua komuniti dan berfungsi sebagai kaunselor. Mereka memperhatikan alam semulajadi, alam manusiawi dan merenung akan masalah-masalah kehidupan serta membekalkan didikan dan tunjuk ajar tentang penentuan dan maksud takdir seseorang. Mereka membandingkan nyawa binatang dengan nyawa manusia (Ams 6.6ff), serta membentukkan moto-moto perlakuan dan berkhidmat sebagai penasihat-penasihat — terutama dalam mendidik generasi muda (Ams 1-9; cf. Mzm 34.37). Kekadangnya ia dipandang sebagai ‘master workman’ [ahli pertukangan yang mahir] (Ams 8.30), membantu Yang Mahakuasa di dalam kerja penciptaanNya. Di dunia, perkataan-perkataan hikmat yang disampaikan akan mengarahkan seseorang untuk membuat keputusan dengan betul dan bertujuan menjamin kebahagiaan seseorang individu, atau untuk kebaikan masyarakat secara keseluruhannya.

[2] Definasi Dan Bentuk Corak Amsal

Istilah “Amsal” dalam bahasa Ibrani ialah mashal, yang menjelaskan dengan terperinci satu penyampaian, yakni satu penyata yang bukan hanya berkaitan dengan satu fakta, tetapi berdiri sebagai sokongan atau mewakili fakta-fakta lain yang berkenaan. Pengamalan mashal adalah berkaitan dengan pemerhatian akan kehidupan dan perwatakan manusia dan ianya selalu disampaikan dalam bentuk atau corak yang pendek serta tepat ke butirannya.

[3] Corak Bentuk Mashal

Mashal merangkumi:

(1) Satu perbandingan yang diekspresikan dan bahasa figuratif dan enikmatik (cf. Ams 1.6);

(2) Cerpen atau kisah-kisah dari Yotam (Hak 9.8-15) dan Yoas (II Raj 10.49);

(3) Perumpamaan-perumpamaan yang terdapat dalam II Sam 12.1-6; 14.5-7; I Raj 20:39f;

(4) Penyampaian alegori seperti yang dibentangkan dalam Yeh 17:2-10; 20.49;

(5) Mashal yang terkenal: I Sam 10.12; 19.24;

(6) ‘Amsal-amsal purbakala’: I Sam 24.13; Yeh 18.2 dan Yer 31.29.