Kalau seluruh umat TUHAN menjadi nabi

Ayat suci : “Baiklah saudara yang berada dalam keadaan yang rendah bermegah karena kedudukannya yang tinggi” (Yak 1:9).

Penerokaan pelbagai kerja suci gereja, memerlukan kekuatan segenap jemaah yang sehati, sejalan, dan saling bantu-membantu. Namun, tidak dapat dinafikan, dalam pasukan kerja suci, kerana ada perbezaan antara individu atau kasih karunia yang berlainan, maka terwujudlah individu yang cemerlang. Pada waktu itu, adakah kita akan berasa sukacita kerana dia lebih cemerlang daripada saya? Ada kala, kita akan menggantikan perasaan sukacita dengan perasaan iri hati!

Seseorang yang tidak dapat menerima pencapaian orang lain, tidak mendatangkan kerugian ke atas orang lain, tetapi sebaliknya merosakkan akhlak, penyempurnaan rohani diri sendiri; yang lebih harus berwaspada adalah, halangan dari segi ini akan berkemungkinan terbentuk sekiranya usia manusia semakin meningkat, pengalaman lebih banyak, tahap pendidikan yang lebih tinggi, dan memiliki bakat yang hebat.

Musa berkata kepada Yosua: “Apakah engkau begitu giat mendukung diriku? Ah, kalau seluruh umat TUHAN menjadi nabi, oleh karena TUHAN memberi Roh-Nya hinggap kepada mereka!” (Bil 11:29). Apa yang ingin disampaikan Musa kepada Yosua bahawa, adalah baik Eldad dan Medad kepenuhan seperti nabi, itu merupakan karunia Tuhan.

Menerusi pepatah ini, dapatlah kita melihat kerohanian yang tinggi dan luhur pada Musa. “Kalau seluruh umat TUHAN menjadi nabi”, merupakan tahap tertinggi dalam menerima pencapaian orang lain.

Tutuplah Mulutmu

Ayat suci : “Biarlah orang lain memuji engkau dan bukan mulutmu, orang yang tidak kau kenal dan bukan bibirmu sendiri.” (Ams 27:2)

Ada sebuah cerita : Seekor kura-kura, berasa teruja terhadap burung yang terbang dengan bebas di langit. Pada suatu hari, dia melihat burung helang berterbangan bebas di langit, maka bertanya kepada burung helang: “Sekiranya kamu mengajar saya terbang, maka saya akan menghadiahkan harta kekayaan di lautan kepada kamu.” Namun, burung helang tidak dapat memikirkan cara untuk mengajar kura-kura. Pada suatu hari, kura-kura menggigit batang kayu di mulutnya, dan akhirnya berjaya terbang di langit.

Binatang-binatang di bumi ketika melihat kura-kura yang berterbangan di langit, berasa amat hairan, masing-masing bertanya: “Siapakah yang sedemikian bijak, yang memikirkan cara yang sebegitu baik? ” Si kura-kura takut tidak diketahui orang bahawa ia yang sebenarnya memikirkan cara itu, maka segera mengatakan: “Sayalah! “.

Pada ketika ia membuka mulutnya dan berkata, maka ia jatuh dari langit ke atas bumi, dan hancur.

Alkitab mencatatkan: “Kecongkakan mendahului kehancuran, dan tinggi hati mendahului kejatuhan.” (Ams 16:18).

Tuhan akan selalu memberkati orang yang rendah hati. Kita seharusnya memberikan kemuliaan kepada Tuhan dalam segala perkara. Ketika pemujian dan bunyi tepukan menimpa anda, hendaklah tutup mulutmu.

Buah Pemikiran daripada “Penyempurnaan Rohani”

Dalam kehidupan kepercayaan, lazim didengar mengenai topik berkaitan penyempurnaan rohani, pemberitaan dan pengajaran di atas mimbar, dorongan nasihat antara sesama pemercaya, harapan terhadap diri pada teman sekerja, kesemuanya mengharapkan diri menjadi seorang yang menyempurnakan rohani, menjadi seorang yang menggenapkan kerja penyempurnaan rohani. Sesungguhnya, penyempurnaan rohani adalah berkaitan dengan kebangkitan atau keruntuhan jiwa rohani individu, juga berkesinambungan dengan kejayaan dan kegagalan kerja suci gereja.

Ketika saya tidak berhenti-henti menyelidiki dua perkataan “penyempurnaan rohani” ini, didapati “penyempurnaan rohani” bukan sahaja boleh diertikan sebagai “latihan untuk kerohanian”, dalamnya terselindung usaha manusia, pengejaran dalam tekad hati, serta sasaran yang hendak dicapai; dari aspek lain, “penyempurnaan rohani” juga boleh ditafsirkan sebagai “pembaikan oleh Roh Kudus” (Yoh 15:2) atau “pembinaan semula oleh Roh Kudus” (Yeh 36:26), yang dinyatakan olehnya adalah kerja inisiatif daripada Tuhan dan prosesnya (Ef 2:10; I Kor 15:10).

Bagaikan Saul yang setelah melalui pembinaan semula oleh Roh Kudus, dahulunya adalah orang yang mendurhaka terhadap injil, kemudiannya berubah menjadi Paulus yang sanggup melepaskan nyawa dan melupakan kematian demi injil, dari manusia lama dibina semula menjadi manusia baru (Tit 3:5; Ef 4:23-24), dari manusia baru menjadi perabot yang dipandang berat dan digunakan Tuhan.

Sama juga bagi Petrus, dahulunya yang penakut (Luk 22:54-60), menurut kepada keinginan manusia (Mat 16:22-23), kemudiannya berubah menjadi kuat dan berani (Kis 4:19-20; 5:29), bahkan menyempurnakan kerja suci menurut kehendak Tuhan (I Pet 5:1-3).

Rasul Yohanes juga mempunyai pengalaman yang sama, dahulunya perangai yang panas barah (Luk 9:54); kemudiannya berubah menjadi rasul kasih (rujuk surat Yohanes I, II & III).

Ini menunjukkan, penyempurnaan rohani boleh menghasilkan kesan yang begitu indah! Roh Kudus sentiasa diam dalam manusia, membaiki dan membersihkan benda-benda yang tidak bersesuaian dengan kehendak Tuhan, agar manusia menjadi kudus, berbuah banyak. Sehubungan itu, kita hendaklah belajar bersandar kepada kekuatan Roh Kudus (Rom 8:13), menuruti kehendak Roh Kudus (Rom 8:5-6; Gal 5:16, 6:8), memohonkan kepenuhan Roh Kudus dalam doa (Yud 20), tidak mendukakan Roh Kudus dalam kehidupan kepercayaan (Ef 4:30), jangan padamkan Roh (I Tes 5:19), biarkanlah Roh Kudus benar-benar bermaharaja dalam kehidupan. Demikianlah, kerohanian kita barulah dapat mencenderung ke arah kesempurnaan Bapa di syurga menerusi “penyempurnaan rohani”.

Bangunlah Dari Tertidur Lena

Dalam kehidupan kita sepatutnya ada masa pengistirehatan yang normal, misalnya tidur, dan bangun mengikut masa, tidak ada sesiapa yang ingin melihat fenomena yang sedemikian, iaitu tidak sedar dari tidur (kematian). Ada seorang kawan sekampung, ketika dia dalam usia yang muda, berkeadaan badan sihat, kerjayanya berjaya dan berkembang, tidak ada sesiapa yang tersangka bahawa pada suatu malam, sesudah selesai membersihkan diri, dia berbaring tidur. Pada keesokan hari, dia tidak tersedar dari tidur. Sekiranya hidup adalah sedemikian, apatah lagi jiwa rohani?

Ada satu pepatah yang mengatakan: Tidak meletup dalam ketenangan, maka mati dalam ketenangan. Jikalau diaplikasikan ke dalam kepercayaan: Tidak tersedar dari tidur lena, maka binasa dalam tidur lena.

Kita boleh mendapat iktibar daripada tokoh-tokoh purba kala. Ketika Elia melawan nabi-nabi palsu, dia penuh dengan semangat keadilan, tidak ada sebarang ketakutan, benar-benar giat demi Tuhan. Namun, apabila Izebel mengarahkan nyawanya diambil, dia telah melarikan diri, keberanian yang ada sebelum itu telahpun lenyap. Dia menyembunyikan diri di dalam sebuah gua, Tuhan bertanya: “Apakah kerjamu di sini, hai Elia?” Dia menjawab: “Aku bekerja segiat-giatnya bagi TUHAN, Allah semesta alam.” Tuhan mengingatkan dia: “Perjalananmu nanti terlalu jauh bagimu.” Setelah mendengarnya, maka segeralah dia terjaga dari ‘tidur lena’. (I Raj 19:19) mencatatkan : “Elia pergi dari sana”.

Kepercayaan tidak boleh tertidur lena, sebaik sahaja tertidur lena, maka akibatnya adalah tidak dapat terbayangkan. Sekiranya gereja tertidur lena, maka kerja-kerja suci tidak dapat diterokai, takhta kasih karunia akan dialihkan oleh Tuhan; seandainya rakan sekerja tertidur lena, maka gereja akan sama seperti kolam air mati, si iblis mengambil kesempatan, domba-domba akan ditelan.

Hari kiamat telah mendekat, hari kedatangan kali kedua Tuhan akan segera tiba, kita hendaklah membuat segala persiapan, seperti nabi Amos yang mengingatkan kita untuk demikianlah “bersiap sedia menyambut Tuhan”. “Segala perkara akan teguh sekiranya bersedia, dibinasakan tanpa persediaan.” Kita hendaklah membelajari lima orang gadis yang bijaksana, menyediakan minyak dalam buli-buli, dipenuhi roh kudus, menantikan kedatangan semula Tuhan dengan kesalehan!

 

Harta Benda Yang Dibawa Keluar Dari Mesir

Sewaktu Tuhan memanggil Musa, telah dimaklumkan bahawa Dia akan membuka jalan, agar orang Israel dapat membawa bersama emas perak dan pakaian dari Mesir (Kel 3:22); sebelum ketibaan tulah terakhir, sekali lagi dengan khasnya memesan kepada Musa supaya disuruh orang Israel, meminta daripada orang Mesir emas dan perak sebelum meninggal tempat itu (Kel 11:2); dan para umat berbuat seperti yang dipesankan Musa, membawa bersama harta benda Mesir (Kel 12:35).

Tempat yang ditujui orang Israel adalah tanah Kanaan yang berlimpah dengan kebendaan, sepatutnya tidak kekurangan apa-apa harta benda. Jalan padang gurun yang akan ditempuhi orang Israel, akan dibebani dan disukari dengan emas dan perak yang dibawa, juga tidak ada apa-apa kegunaan. Namun, mengapakah Tuhan dengan khasnya mengaturkan umat pilihan Israel membawa bersama harta benda dari Mesir?

Rupa-rupanya satu perkara yang amat penting, yang perlu dilakukan sesudah keluar dari tanah Mesir, iaitu membina Kemah Pertemuan, agar Tuhan menyertai dan memimpin perjalanan mereka ke tanah Kanaan. Pembinaan Kemah Pertemuan ini memerlukan emas dan perak dalam kuantiti yang amat banyak (Kel 25:1-9, 35:4-9).

Namun sayang sekali, ada orang yang memakai anting-anting emas pada telinga sendiri, juga dibentuknya dengan pahat, anak lembu emas untuk disembah, menyebabkan kemurkahan Tuhan yang pertama sesudah keluar dari tanah Mesir, dan dihukum Tuhan (Kel 32:1-29).

Sebagai umat pilihan pada hari ini, kita hanyalah beridentitikan tetamu di dunia, selain daripada keperluan harian: pakaian, makanan dan tempat tinggal, Tuhan juga memberikan kita harta benda dari dunia. Kita seharusnya mengambil pengajaran daripada orang terdahulu, memahami isi hati Tuhan, mempersembahkannya untuk Bait Suci terkemudian — pelbagai kerja suci dalam pembinaan gereja benar, mengumpulkan harta di syurga (Mat 6:19-20), supaya anugerah Tuhan melimpah di antara kita dengan banyak dan berkekalan. Janganlah menjadikannya sebagai peralatan untuk menonjolkan diri, lebih-lebih lagi menjadikannya sebagai Mamon untuk disembah (Mat 6:24), dan mengakibatkan diri ditolak oleh Tuhan.

Walaupun Tuhan

“Dan walaupun Tuhan memberi kamu roti dan air serba sedikit, namun Pengajarmu tidak akan menyembunyikan diri lagi, tetapi matamu akan terus melihat Dia.” (Yes 30:20)

Ada sebuah cerita: Ada satu kerang berkata kepada satu kerang yang lain: “Saya ini amatlah menderita! Pasir yang berat dan bulat itu membuatkan aku sangat menderita.” Kerang yang satu lagi menjawab dengan megah: “Syukurlah, dalam badan aku tidak ada kesakitan disiksa oleh butir pasir, dalam dan luar badanku dalam keadaan amat baik.” Pada waktu itu, ada seekor ketam yang melewati sana dan berkata kepada kerang yang angkuh: “Ya! Kamu memang amat selesa, namun hasil daripada kesabaran menahan penderitaan kawanmu itu, adalah demi menghasilkan sebutir mutiara yang tiada bandingan keindahannya!”

Kayu salib dalam kehidupan umat Kristian, bagaikan sebutir “pasir” yang tidak menyenangkan. Ia meransang kita, agar digerakkan semua fungsi hidup, untuk melapisinya, mencernakannya, sabar terhadapnya, memperbaikinya; sesudah itu, menjadi akhlak yang tidak bercacat cela seperti mutiara.

Hidup yang bernilai adalah tercipta daripada penderitaan, besar kecil nilainya adalah secara perbandingan dengan jangkamasa singkat atau panjang penderitaan yang ditanggung — terhadap Musa, kehidupan selama 40 tahun di padang gurun; terhadap Ayub, pengujian yang berat; terhadap Yusuf, dijual, menjadi hamba abdi, masuk ke dalam penjara, telah menghasilkan fungsi pembentukan mutiara.

Bagaimanakah dengan diri kita?

Adakah kita sentiasa meluahkan ketidakpuasan dan sungut-sungutan terhadap Tuhan kerana perkara-perkara yang tidak mujur dalam kehidupan? Asalkan diri kita dapat merasakan nilai penderitaan, barulah dapat lebih mendekati Tuhan. Tuhan kita adalah Tuhan murah kasih dan mencurahkan pelbagai penghiburan, dalam segala penderitaan, Dia pasti akan menghiburkan kita, agar kita dapat ditenangkan hati untuk menerima “butir pasir” yang tidak menyenangkan dalam kehidupan kita. Maka, kepercayaan sesudah pengalaman itu, pastinya bersinar terang seperti mutiara.