Kehidupan Keluarga
Menurut catatan Alkitab, “Jikalau seorang tidak tahu mengepalai keluarganya sendiri, bagaimanakah ia dapat mengurus Jemaat Allah?” (1 Tim 3:5). Ayat Alkitab ini sama dengan pelajaran di universiti bahawa “bagi seorang yang ingin memerintah negaranya dengan baik, terlebih dahulu harus tahu mengurus keluarganya dengan baik”, dan “pengurusan keluarga yang baik diikuti dengan pemerintahan negara.”
Bagi masyarakat, keluarga merupakan asas bagi kehidupan individu, bertambahnya bangsa, penubuhan negara serta susunan masyarakat. Demi memperolehi satu masyarakat yang damai dan sejahtera, terlebih dahulu harus mempunyai keluarga yang sempurna.
Bagi jemaat pula, keluarga merupakan asas bagi kepercayaan individu, penyebaran injil, kemajuan gereja dan susunan jemaat. Sekiranya kita berharap iman pemercaya teguh, jemaat maju, maka terlebih dahulu harus mempunyai keluarga yang sempurna.
Hidup manusia bagaikan lautan yang pahit, selalu terjadi perkara yang tidak diingini. Pakar psikologi Flugel berkata, “Kehidupan manusia yang sukacita meliputi 50%, menderita 22% dan yang tidak pahit (derita) dan tidak gembira meliputi 28%. Pandangan demikian hampir menyerupai kenyataan. Akan tetapi 22% penderitaan dalam hidup dan kekosongan hidup manusia telah pun menyebabkan manusia sukar untuk memikulnya. Hanya kenikmatan kebahagiaan dalam keluarga merupakan bahagian yang diperoleh manusia dalam hidup yang sia-sia (Pkh 9:9; 5:18-20; Mzm 128:3). Sekiranya manusia tidak mendapat suatu keluarga yang bahagia, ini merupakan satu perkara besar yang menyedihkan dalam hidup masa kini.
Bagaimana menjalani kehidupan keluarga bercorak Kristianiti?
A. Keluarga yang menjadikan Kristus sebagai pusat: Mengakui dosa diri sendiri.
Bertindak terhadap dosa diri sendiri
Meninggalkan dosa.
B. Bagaimana saling berhubung:
1. Antara suami dan isteri
2. Antara ibu bapa dengan anak
C. Dasar keluarga – Perkahwinan:
Isteri – pembantu yang sesuai bagi suami (teman). Melahirkan dan mengasihi anak.
Suami akan meninggalkan ibu bapa dan bersatu dengan isterinya.
D. Membujang dan kahwin: Membujang atau harus berkahwin.
Bagaimana mencari teman (menyediakan syarat-syarat diri sendiri) Bagaimana memilih teman (syarat memilih – sepadan)
E. Isteri:
Patutkah tunduk (taat) kepada suami? Bagaimana tunduk (taat) kepada suami?
F. Suami:
1. Patutkah menjadi kepala isteri?
2. Bagaimana menjadi kepala isteri? G. Mendidik anak
1. Bagaimana menjaga anak?
2. Bagaimana mengajar anak?
H. Bagaimana hidup dengan suami yang belum percaya? I. Lain-lain
J. Bahan-bahan rujukan
1. Kehidupan keluarga umat Kristian
Pengarang: Adam Jackye
Penerbit : Persatuan Pendidik Agama Negeri China
2. Firman suami isteri
Pengarang : Kuo Zhe Ming
Majalah Roh Kudus naskhah ke 320 hingga 321
3. Bagaimana menjadi ibu bapa?
Pengarang: Doktor Tao
Penerbit : Penerbit Chang Qiao
Pertama: Perihal Hidup Bujang
(Dipetik dari ‘Kehidupan Keluarga Kristian’ – mencari teman –dikarang oleh Adam Jackye)
Mencari Teman
Firman Tuhan jelas menunjukkan kepada kita bahawa manusia secara lazimnya harus berkahwin. Ketika Tuhan menempatkan Adam di Taman Eden, Tuhan tidak berniat membiarkan dia keseorangan lalu berkata, “Tidak baik, kalau manusia itu seorang diri saja.” Lantaran itu memang tidak bersalah jika orang bujang berharap untuk berkahwin kerana itu telah ditetapkan oleh Tuhan. Ada orang yang menerima karunia untuk hidup bujang tetapi ada pula yang dikaruniakan untuk berkahwin. Jika seseorang telah menerima karunia hidup bujang tetapi tetap mahu berkahwin atau bersungut-sungut tentang nasibnya, maka dia berdoa. Sama juga, jika seorang itu telah menerima karunia untuk berkahwin tetapi tidak menggunakannya, dia juga berdosa. Oleh itu, setiap orang harus mencari karunianya yang datang dari Tuhan dan hidup menurutnya. Karunia Tuhan itu tidak diberikan dengan sembarangan, manusia juga tidak boleh sembarangan menggunakannya. Apabila kita sedar akan karunia kita, haruslah menggunakannya sebaik-baiknya untuk melayani dan memuliakan Tuhan. Tujuan Tuhan memberi kasih karunia kepada manusia adalah demi menggenapkan kehendak-Nya serta memberkati umat-Nya agar beroleh manfaat. Umat Tuhan harus mengaku bahawa karunia daripada Tuhan yang dibahagikan menurut kehendak-Nya adalah yang bersesuaian biarpun mereka belum lagi melihat faedah karunia tersebut. “… Bahwa Tuhan turut bekerja dalam segala sesuatu (termasuk karunia untuk hidup bujang atau berkahwin) untuk mendatangkan kebaikan bagi mereka yang mengasihi Dia, yaitu bagi mereka yang terpanggil sesuai dengan rencana Tuhan.” (Rm 8:28).
Umat Kristian yang bujang sentiasa tidak berpuas hati dengan keadaan hidup mereka, ingin berkahwin dan sentiasa bersusah hati atas keadaan diri mereka sendiri. Bagaimana untuk memperbaiki keadaan yang sering terjadi ini? Terdapat beberapa perkara yang harus dilakukan. Pertama, gereja harus mengaku bahawa peluang yang diberikan kepada pemercaya belia yang belum berkahwin itu untuk bergaul terlalu sedikit, jemaat harus bertaubat (insaf) atas perkara ini serta melakukan perkara yang ‘sepadan dengan pertaubatan’. Ini termasuklah mula menyediakan dengan baik aktiviti-aktiviti bagi mereka yang bujang, contohnya ‘Perhimpunan bersara’, ‘Perhimpunan Keraian’, ‘Perhimpunan Persahabatan’, bahkan memberi perkhidmatan temu janji bagi pemercaya dan cara-cara yang baru demi membantu belia yang belum berkahwin mendapat jodoh yang sepadan. Ibu bapa juga harus memikul tanggungjawab untuk membantu. Keluarga boleh menyediakan tempat agar anak-anak dapat bertemu. (Rujuk: 1 Kor 7:36 – ibu bapa memikul tanggungjawab yang penting dalam hal ini). Hari ini, terdapat banyak perkara yang boleh dilakukan.
Apa pula yang harus dilakukan oleh lelaki dan perempuan yang bujang (khasnya perempuan)? Terutamanya perempuan Kristian yang belum berkahwin, apakah yang harus dilakukan? Ini merupakan masalah yang realistik dan harus dihadapi dengan cara langsung.
Terlebih dahulu, dia haruslah sedar akan karunianya sendiri dan dengan teliti menyelidiki diri sendiri berdasarkan 1 Kor fasal 7, ayat-ayat Alkitab ini menyatakan kebaikan seseorang tetap diam seorang diri pada waktu penganiayaan (26-27). Dia boleh menyelidiki karunia diri sendiri, seperti hawa nafsu seks (2, 8-9). Perkahwinan merupakan perkara yang biasa jika dalam keadaan yang aman (tiada penganiayaan), oleh itu, biasanya gadis mempunyai karunia untuk berkahwin. Dalam keadaan demikian, dia harus mengembangkan karunia ini dan menggunakannya. Seterusnya kita akan lebih banyak membincangkan hal ini. Sekiranya seorang gadis menerima karunia untuk hidup seorang diri, dia harus rela berbuat demikian dan mempersiapkan diri dalam pekerjaan yang nyata diberikan Tuhan kepadanya. Dia seharusnya tidak takut menghadapi masa depan, juga harus faham bahawa ketika Tuhan memanggil anak-anaknya, Dia sudah tentu akan memberi kekuatan kepada mereka dan membantu mereka untuk menyempurnakan kehendak-Nya. Tetapi sekiranya seorang gadis itu telah berumur 26-27 tahun dan sangat ingin berkahwin tetapi tidak dapat mencari seorang saudara Kristian, apakah yang harus dilakukan? Sekiranya dia menganggap dirinya mempunyai karunia untuk berkahwin, sekurang- kurangnya dan tiga perkara yang harus dilakukannya.
1. Berdoa untuk hal ini
Kamu membantah dan berkata, “Saya telah berdoa, adakah saya harus berdoa untuk hal ini sepanjang hari?” Saya tahu kamu telah berdoa tetapi bukan setakat itu sahaja. Biasanya saudari yang belum berkahwin mempunyai sikap yang tidak bersesuaian dengan Alkitab dalam hal doa, mereka fikir hanya boleh berdoa sahaja dan tindakan yang lain adalah yang ‘tidak rohani’. Ketika kamu berdoa bagi makanan seharian, adakah kamu berpeluk tubuh sahaja dan duduk di bawah pokok untuk menanti buah jatuh dari langit? Kamu menjawab, “Tidak, tentu sekali tidak.” Baik, setelah berdoa, kamu pergi bekerja, makanan yang kamu makan setiap hari itu merupakan balasan daripada doamu dan biasanya Tuhan memberi jawapan melalui pekerjaanmu. Sebenarnya kamu harus berkata dalam doa, “Oh Tuhan! Berilah peluang untuk saya bekerja, berikanlah saya kesihatan untuk bekerja dan berkatilah pekerjaan saya.” Kemudian doa itu harus ditambah dengan usaha. “Jika seorang tidak mau bekerja, janganlah ia makan” (2 Tes 3:10). Sungguhpun dia berdoa dengan mengatakan, “Berikanlah kami pada hari ini makanan kami yang secukupnya”, dia tetap harus pergi bekerja. Begitu juga dengan gadis yang bujang dalam mencari pasangan. Dia seharusnya berdoa tetapi juga harus berusaha mencarinya. Inilah dua butir yang seterusnya.
2. Buat persediaan diri bagi perkahwinan
Sekiranya kamu pasti bahawa Tuhan ada mengaruniakan karunia untuk berkahwin kepada kamu, maka haruslah kamu mula memupuk karunia tersebut. Ini sekurang-kurangnya merangkumi 3 perkara:
Menyerlahkan kebolehan kamu dalam mengurus kerja rumah tangga, belajar memasak, menjahit serta mendampingi anak-anak kecil dan lain-lain.
Mengusahakan diri supaya kelihatan lebih menarik. Sekiranya kamu perlu berdiet, berdiet dengan baik. Jika kamu tidak tahu bagaimana untuk memilih pakaian atau memiliki fesyen rambut yang sesuai, haruslah belajar. Namun, janganlah hanya mementingkan dandanan sahaja, sebaliknya usahakanlah diri agar menjadi seorang yang mempunyai daya tarikan. Walaupun perlu kelihatan menarik secara lahiriah ((Why 21:2; 19:7-8) di sini menggambarkan pengantin perempuan berdandan untuk pengantin lelaki), namun janganlah terlalu mementingkan aspek lahiriah sehingga hanya mengutamakan kecantikan dalam hidup (Sila perhatikan Ams 31:30; 1 Ptr 3:3-5). Di sini telah membentangkan tiga butir yang terpenting, yakni memelihara sifatmu sebagai seorang perempuan Kristian yang penuh semangat. Bagi seorang saudara (yakni jenis yang kamu harapkan), keindahan dalaman yang ditampilkan oleh seorang Kristian yang bersemangat jauh lebih menarik daripada seorang yang hanya mempunyai paras yang jelita tetapi yang dalamannya adalah kekosongan belaka. Sekiranya seorang saudari mempunyai kebolehan mengurus rumah tangga dan rupa paras yang elok serta juga merupakan Kristian yang bersemangat, dia tentu merupakan seorang gadis yag sangat menarik.
3. Maju menuju ke arah tujuan
“Apa?” Dengan terkejut kamu berkata, “Masakan saya sendiri yang harus pergi mencari seorang saudara?” Biar saya tanya balik, “Tidak haruskah kamu pergi bekerja mencari rezeki?” Jika ingin menjadi seorang setiausaha, bukan saja harus berdoa tetapi juga harus memperlengkapi diri menjadi seorang setiausaha yang baik dan pada masa yang sama mencari satu pekerjaan. Demikian juga, kamu harus mencari seorang suami.
Tetapi bagaimana melakukannya merupakan satu masalah yang besar. Pertama sekali, saya mengingatkan kamu agar jangan menyertai ‘persatuan perempuan bujang yang banyak sungutannya’. Ini kerana hanya ada rungutan di situ dan bukan usaha untuk memperbaiki diri. Rungutan hanya menimbulkan penderitaan, kekecewaan dan putus asa. Kamu tidak mempunyai masa melakukan perkara ini. Kamu seharusnya bekerja. Sekiranya kamu telah menyertai persatuan demikian segeralah mengundurkan diri.
Pergilah ke tempat yang mempunyai saudara Kristian, memilih satu pekerjaan yang dapat berhubung dengan saudara Kristian biarpun gajinya kurang sedikit. Juga harus mengikuti Persatuan Bersara dan Kelas Pengkajian Alkitab agar berpeluang bertemu dengan saudara Kristian. Sesungguhnya ini bukanlah satu-satunya tujuan kita mengikutinya (sekurang-kurangnya bukan tujuan utama). Namun, ini tidak bermaksud ia tidak boleh menjadi salah satu sebab kamu mengikutinya. Mungkin kamu perlu menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Kristian. “Apa? Mencari suami Institusi Pengajian Tinggi? Bukankah itu satu motif yang sangat hina?” Sebenarnya, ini juga boleh menjadi satu motif yang baik bagi seorang gadis memasuki Institusi Pengajian Tinggi Kristian. Kamu boleh meminta pendeta menolong kamu untuk mencari seorang suadara Kristian yang sedang mencari saudari Kristian yang sesuai dalam perkahwinan. Keluarga Kristian di dalam gereja boleh juga menjemput saudara-saudari yang sesuai ke rumah mengikut kebaktian keluarga. Di samping itu, kamu juga boleh meminta tunjukajar daripada saudari yang telah berkahwin yang menampilkan kesaksian keluarga Kristian tentang bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini. Pendapat yang baik akan dapat membantu.
Tidak kira apa yang kamu lakukan, haruslah memfokus keadaan kamu pada masa ini serta memperbaikinya. Harus pastikan apa yang kamu lakukan adalah memuliakan Tuhan dan memegang firmannya. Sekiranya Tuhan memberi kamu karunia untuk berkahwin dan kamu sendiri juga memupuk kebolehan mengurus rumah tangga, berusaha menjadikan diri sendiri lebih indah dan menarik serta dipenuhi dengan kehidupan Kristus – kesemua ini kamu serahkan dalam doa di dalam Roh – maka kamu ada alasan yang kukuh untuk mempercayai bahawa Tuhan akan mengutus seorang saudara yang sesuai kepadamu pada masa yang sesuai. Kemudian kamu boleh percaya dengan tenang dan menanti Tuhan bekerja. Kemungkinan Dia ingin menyediakan kamu dalam pelbagai segi, cuma kamu sendiri tidak memahaminya.
Mungkin kamu berasa kecewa dalam penantian, namun, sekiranya kamu sudah berusaha dan berdoa, maka serahkanlah yang selebihnya ke dalam tangan Tuhan yang berhikmat. Apa yang pasti ialah kesudahannya pasti dapat memuliakan Tuhan dan kamu sendiri akan diberkati.
Kesimpulan:
Menyedari karuniamu, menyerlahkan dan menampilkan karuniamu.
Konsep Yang Salah Tentang “Secocok”
Perkataan secocok (sepadan) merupakan istilah yang berbahaya, dalam Alkitab tidak menggunakan istilah ini, biasanya ia dapat dilihat dalam hasil karya pada moden serta sangat popular diperbincangkan, ertinya menyebabkan orang salah faham dan tidak bersesuaian dengan Alkitab. Konsep “secocok” tidak kira digunakan atas diri pemercaya atau bukan pemercaya kristian kemungkinan akan mengakibatkan akibat yang buruk.
Apakah erti “secocok” ini? Biasanya ketika manusia menggunakan perkataan ini, ertinya menunjukkan kepadanan sikap, minat atau latar belakang bagi dua orang. Oleh itu ia dianggap kemungkinan memperolehi kebahagiaan dalam perkahwinan mereka lebih besar daripada orang yang tidak padan. Cuba renungkan, mungkinkah kerana ekonomi mereka sama atau kedua-dua mereka suka bermain tenis atau bapa bagi kedua-dua pihak suka memakai pakaian yang sama ketika bekerja ini dapat menjaminkan kebahagiaan dalam perkahwinan? Konsep ini tidak bersesuaian (menurut) dengan dasar Alkitab. Konsep bagi “secocok” ini harus diselidiki semula.
Kenyataan dalam Alkitab menunjukkan tiada dua orang yang saling padan, tidak kira sama ada latar belakang mereka adalah sama. Kita dilahirkan oleh orang berdosa, ini menunjukkan berdasarkan sifat asal kita, kita tidak dapat berpadanan dengan orang lain. Jika dua orang ingin dipadankan, terlebih dahulu harus menjadi seorang Kristian, kemudian berusaha untuk saling berpadanan (melalui karunia Tuhan). Tidak ada pasangan yang dilahirkan sepadan, melainkan melalui Roh Kudus dalam hidup yang menguduskan.
Jika demikian, bagaimana memilih teman? Hanya ada dua permohonan yang tidak boleh kurang:
1. Pihak lain adalah Kristian.
2. Haruslah kamu berdua sanggup menggunakan firman dan cara Tuhan untuk menunjukkan bahawa kamu semakin dapat berhadapan dengan masalah, membincangkan masalah dan menyelesaikannya. Dalam perkahwinan, jika segi ekonomi, bangsa, umur dan lain-lain berpadanan memang baik, tetapi ini bukan yang utama; sebenarnya itu hanya merupakan faktor sampingan sahaja dalam perkahwinan. Faktor utama adalah kedua-dua mereka itu menerima anugerah keselamatan. Kedua ialah dapat menggunakan cara yang bersesuaian dengan Alkitab untuk mengatasi masalah. Pasangan yang mempunyai kemampuan yang demikian sungguhpun mempunyai latar belakang yang berbeza tetap akan mendapati bahawa mereka saling menjadikan kehidupan lebih menarik. Soal berbeza (atau sepadan) adalah persoalan suka atau tidak saja dan bukan masalah yang penting. Sekiranya tidak mengejar kekuatan untuk mengatasi masalah berdasarkan Alkitab, mereka tetap tidak dapat dipadankan walaupun latar belakang kedua-dua orang berdosa sama.
Lantaran itu, sebelum menentukan sama ada berkahwin atau tidak, terlebih dahulu ujilah diri sendiri: adakah kita dapat menghadapi masalah dan mengatasinya bersama-sama? Umat Kristian patut berbuat demikian dan tiada perkara lain yang lebih penting daripada ini. Tidak kira berapa jauh perjalanan yang telah kamu tempuhi, kamu tetap perlu terus menghadapi masalah dan mengatasinya. Sekiranya pihak lain tidak rela menyelesaikan masalah bersama dengan kamu melalui cara dalam Alkitab yang memuliakan Tuhan sebaliknya pergi mencari “pakar masalah”, maka tidak perlu bergaul bagi dengannya. Sekiranya dia tetap tidak berubah maka jangan merancang berkahwin dengannya, juga memberitahunya sebab-sebab kamu tidak dapat bergaul lebih rapat. Sekiranya dia tetap tidak mahu menyelesaikan masalah berdasarkan ketetapan dalam Alkitab, carilah jodoh yang lain.
Sekiranya berharap untuk menyelesaikan masalah berdasarkan ketetapan dalam Alkitab tetapi kekurangan kekuatan melakukannya, sebabnya mungkin salah satu dari antara dua sebab berikut:
i. Pihak lain tidak rela sepenuhnya untuk belajar menyelesaikan masalah melalui cara-cara Tuhan, ataupun tekad ini tidak cukup kuat. Sekali lagi ditekankan, jika keadaannya tidak banyak berubah, jagan bergaul dengannya.
ii. Kemungkinan pihak lain tidak tahu bagaimana mengubahnya. Maka sekiranya ada teman pembantu yang baik untuk berusaha bersama pasti akan mencapai tujuannya lambat-laun. Dalam keadaaan ini, harus bersabar dan berusaha mendapatkan bantuan yang betul. Tetapi sebelum pihak lain menunjukkan apa-apa perubahan atau kemajuan, jangan berkahwin dengannya. Ingatlah bahawa Tuhanlah yang bekerja. Dia bukan sahaja memberi kerelaan hati kepada manusia tetapi juga kekuatan untuk melakukannya (Flp 2:13; 2 Kor 8:10).
Tentu sekali, segala ini harus dilakukan oleh diri kamu juga. Melainkan kamu juga berharap menggunakan ketetapan Alkitab untuk mengatasi masalah dalam pelbagai hubungan dalam kehidupan manusia, sebaliknya kamu belum lagi bersedia dan belum sesuai untuk berkahwin.
Kedua: Firman Suami Isteri
“Jikalau seorang tidak tahu mengepalai keluarganya sendiri, bagaimanakah ia dapat mengurus Jemaat Allah?” (1 Tim 3:5). Ayat Alkitab ini sama dengan pelajaran di universiti bahawa “bagi seorang yang ingin memerintah negaranya dengan baik, terlebih dahulu harus tahu mengurus keluarganya dengan baik”, dan “pengurusan keluarga yang baik diikuti dengan pemerintahan negara.”
Bagi masyarakat, keluarga merupakan asas bagi kehidupan individu, bertambahnya bangsa, penubuhan negara serta susunan masyarakat. Pada masa kini, negara kita telah melancarkan satu kempen untuk berbakti kepada negara melalui keluarga yang sempurna. Semasa mantan Presiden Amerika, Carter memegang teraju negara, salah satu usaha beliau yang menarik perhatian ialah mendirikan semula ‘sistem/ susunan keluarga’ yang konvensional. Jelas dari sini kepentingan keluarga terhadap negara dan masyarakat. Ini juga menunjukkan masalah keluarga yang porak-peranda telah mencapai satu tahap yang bahaya sehingga perlu melancarkan kempen ‘berbakti kepada negara melalui keluarga yang sempurna’ dan usaha ‘membangun semula keluarga’.
Bagi jemaat pula, keluarga merupakan asas bagi kepercayaan individu, penyebaran injil, kemajuan gereja dan susunan jemaat. Sekiranya kita berharap iman pemercaya teguh, jemaat maju, maka terlebih dahulu harus mempunyai keluarga yang sempurna. Adakah keluarga pemercaya juga menghadapi kebahayaan dalam masyarakat yang tidak tenteram ini? Ini merupakan perkara yang harus diambil berat oleh kita.
Keluarga didirikan dengan berpusatkan suami dan isteri. Oleh itu, pasangan suami isteri yang sihat dan sempurna akan menjamin keluarga yang sempurna. Saudara saudari seiman haruslah banyak mengkaji firman suami isteri dalam Alkitab, banyak berdoa memohon pimpinan dan kekuatan daripada Tuhan untuk berusaha mendirikan keluarga yang bahagia dan dikenan oleh Tuhan.
Firman suami isteri mempunyai skop yang luas. Di sini pengarang hanya menyentuh secara ringkas 4 bahagian berikut berdasarkan Alkitab:
A. Sistem Perkahwinan:
Suami isteri wujud kerana perkahwinan. Justeru, perbincangan tentang firman suami isteri perlu dimulakan dengan membincangkan sistem perkahwinan.
i. Tujuan Pendirian:
Sistem perkahwinan didirikan oleh Tuhan sendiri (Kej 2:22-24). Tuhan Yesus juga mengakuinya (Mat 19:4-5). Untuk membolehkan manusia mempunyai teman dan pembantu (Kej 2:18), beroleh penghiburan (Kej 24:67), juga beranakcucu dan bertambah banyak sehingga memenuhi bumi untuk mengusahakannya (Kej 1:28), serta mendapat keturunan yang soleh (Mat 2:15), maka Tuhan telah mengasaskan sistem perkahwinan. ‘Penolong’ dalam Kej 2:18 dalam Bahasa Inggeris (Versi King James) diterjemahkan sebagai “an help meet for him”, ertinya “Penolong yang sesuai baginya”. Jadi, jelaslah bahawa pasangan (jodoh) dalam hidup manusia merupakan penolong yang paling sesuai baginya.
ii. Corak (Cara)
Sejak dahulu terdapat banyak corak perkahwinan dan tidak kurang yang pelik. Namun demikian, menurut catatan Alkitab, corak yang ditetapkan dan dikenankan Tuhan ialah ‘satu suami dan satu isteri’.
a. Disatukan oleh Tuhan
Setelah Tuhan menciptakan seorang penolong bagi Adam, nenek moyang kita, Dia membawanya ke depan Adam (Kej 2:22). Juga hamba tua Abraham, ketika diamanahkan oleh tuannya untuk mencarikan seorang pasangan hidup bagi anaknya, memohon kepada Tuhan agar memberi peluang yang baik kepadanya (Kej 24:12). Tuhan terus memimpin perjalanannya sehingga sampai ke rumah perempuan yang disediakan oleh Tuhan (Kej 24:13-17).
Dua catatan ini telah jelas menunjukkan bahawa kerana kita dicipta Tuhan maka tentu sekali Dia juga akan mencipta seorang jodoh bagi kita dan Dia sendiri akan terus memimpin sehingga kita berjumpa dengan pasangan kita. Janganlah kita mencontohi pemuda pada zaman Nuh, tidak memikirkan kehendak Tuhan, tidak berdoa dan menanti sebaliknya memilih jodoh dengan sembarangan sehingga telah mengesalkan Tuhan (Kej
6:1-7). ‘Konsep percintaan bebas’ yang popular pada hari ini tergolong dalam jenis ini. Sungguhpun jelas mengetahui bahawa ia tidak bersesuaian dengan kehendak Tuhan namun tetap dilakukan juga. ‘Cinta yang hanya bertepuk sebelah tangan’ dan ‘gila cinta’ adalah tergolong dalam jenis ini. Kita harus berdoa dengan bersungguh-sungguh kepada Tuhan tentang ‘perkara besar’ yang penting dalam hidup kita dan bersandar kepada Tuhan dengan segenap hati, pastinya Tuhan akan merancangkannya bagi kita. Tidak kira apa pun rintangan yang dihadapi jika seseorang itu adalah jodoh yang ditetapkan oleh Tuhan bagi kita akhirnya pasti juga akan berjaya (juga boleh dikatakan jika ia berjalan dengan lancar, itu pastinya penyediaan daripada Tuhan). Sebaliknya jika itu bukan pasangan yang ditetapkan Tuhan, maka tidak kira bagaimana ia dipaksa akhirnya tidak ada kesudahan yang baik. Oleh itu, kita harus percaya dan berserah kepada Tuhan dalam hal perkahwinan kita. Kita harus sedar bahawa “Rumah dan harta adalah warisan daripada nenek moyang, tetapi isteri yang berakal budi adalah karunia Tuhan (Ams 19:14;
18:22; 31:10).
Flugel pernah menggunakan cara perbandingan gambar pasangan dan mendapati 67% jodoh pasangan dan 71% pasangan tua mempunyai paras yang mirip (padan). Keputusan penyelidikan daripada Gordan dan Poeson membuktikan ibu bapa pakar sains Amerika Syarikat mempunyai persamaan dari segi kualiti, warna mata dan warna rambut. Selain itu, terdapat banyak laporan yang hampir sama. Hasil kajian ini juga dapat menambahkan iman kita bahawa “Tuhan menyediakan pasangan bagi setiap orang dan mengaturkan perkahwinan bagi setiap orang.
b. Memilih jodoh yang seiman
Abraham berpesan kepada hamba tuanya agar kembali kepada bangsanya sendiri untuk mencari seorang isteri bagi anaknya Ishak (Kej 24:1-67). Yosua dan Ezra juga meminta agar umat Tuhan agar tidak bernikah dengan bangsa kafir (Yos 23:12; Ez 9:12; ruj Ul 7:3). Nehemia pernah menegur dengan tegas bahkan mengutuk dan memukul umat yang berkahwin dengan bangsa lain. Dia juga mengambil peristiwa kegagalan raja Salomo akibat bernikah dengan bangsa lain sebagai peringatan untuk menegur orang Yahudi pada masa itu (Neh 13:23-27). Paulus juga mempunyai konsep sedemikian (1 Kor 9:5; rujuk 2 Kor 6:14; 1 Kor 7:39).
Mengapakah tidak dibenarkan berkahwin dengan orang kafir? Ini disebabkan berkahwin dengan orang kafir akan menyebabkan pemercaya menyimpang dari jalan yang benar dan menyembah Tuhan yang lain sehingga membangkitkan murka Tuhan (Ul 7:4). Sebahagian daripada anak-anak mereka berbicara bahasa kafir dan tidak tahu berbicara bahasa Yahudi (bahasa Tuhan) (Neh 13:24). Justeru, melalui nabi Maleakhi Tuhan menegur orang Yahudi, “Yehuda berkhianat, dan perbuatan keji dilakukan di Israel dan di Yerusalem, sebab Yehuda telah menajiskan tempat kudus yang dikasihi TUHAN dan telah menjadi suami anak perempuan allah asing. Biarlah TUHAN melenyapkan dari kemah-kemah Yakub segenap keturunan orang yang berbuat demikian, sekalipun ia membawa persembahan kepada TUHAN semesta alam!” (Mal 2:11-12).
Setelah bernikah dengan pasangan yang berlainan kepercayaan, jika bukan meninggalkan prinsip kepercayan yang asal, maka pastilah akan timbul perselisihan sesama suami isteri dalam pelbagai aspek seperti cara kehidupan, pekerjaan, kepercayaan dan pendidikan anak-anak dan lain-lain. Hal-hal ini melibatkan waktu yang panjang pada masa depan. Justeru, berkahwin dengan orang kafir bukan saja menimbulkan masalah dari segi kepercayaan tetapi juga keluarga yang tidak bahagia. Yang paling menyedihkan adalah kebanyakan pemuda tidak begitu menyedari perkara ini (sebab tidak berpengalaman). Setelah berkahwin barulah mereka sedar akan hakikat ini dan menyesal tetapi sudah terlewat. Kita harus ingat, “Berjalankah dua orang bersama- sama, jika mereka belum berjanji (bercanggahan pendapat)? (Ams 3:3).
c. Satu suami, satu isteri:
Tuhan telah mencipta hanya seorang jodoh bagi Adam, nenek moyang kita dan menyerahkan jodoh yang satu ini kepadanya (Kej 2:22). Tuhan Yesus juga menggunakan ayat dalam Kej 2:24 dan berfirman, “Sebab itu seorang laki-laki akan meninggalkan ayahnya dan ibunya dan bersatu dengan isterinya; sehingga keduanya menjadi satu daging.” (Mat 19:5). Dalam versi Bahasa Inggeris (King James), “manusia” (a man) dan “isteri” (wife) merupakan angka ganjil. Ini menunjukkan Tuhan Yesus juga setuju dengan sistem satu suami, dan satu isteri. Kata Paulus “sebagai penatua dan diaken haruslah menjadi suami bagi satu isteri (1 Tim 3:2, 12). Demi keperluan dalam kerja suci gereja, kita melantik sebahagian seiman menjadi penatua dan diaken. Tetapi dari segi erti rohani, para pemercaya yang telah menerima Roh Kudus merupakan pekerja Tuhan yang diutus oleh Roh Kudus (rujuk Kis 1:8; Luk 4:18). Maka, kita juga harus seperti penatua dan diaken, menjadi suami bagi satu isteri. Paulus berkata lagi, “Suami adalah kepala isteri sama seperti Kristus adalah kepala jemaat; isteri adalah tubuh suaminya, seperti jemaat adalah tubuh Kristus (Ef 5:22-23). Kita tahu bahawa kepala dan tubuh hanyalah satu, Kristus dan jemaat juga hanyalah satu. Lantaran itu, suami isteri haruslah satu suami, satu isteri.
Abraham pernah mendengar nasihat isterinya lalu mengahwini Hagar hambanya dan mengakibatkan pertengkaran yang menyedihkan dalam keluarga (Kej 16:1-6). Dalam masyarakat pada masa sekarang masih terdapat sebilangan keluarga yang mengamalkan “satu suami banyak isteri”; keluarga ini lebih kurang sama dengan keluarga Abraham iaitu tidak dapat mengelakkan penderitaan kerana pertengkaran dalam keluarga.
d. Setiap orang harus mempunyai pasangan/jodoh masing-masing.
Tuhan menciptakan manusia lelaki dan perempuan (Kej 1:27) serta mengasaskan sistem perkahwinan satu suami, satu isteri (Kej 2:21-24). Tuhan Yesus pernah menggunakan ayat dari Kitab Kejadian untuk mengakui kesahan/ sahnya perkahwinan; Dia menghadiri jamuan perkahwinan Kana (Yoh 2), dan memberikan perumpamaan tentang jamuan perkahwinan dan menyambut pengantin lelaki (Mat fasal 22 dan 25) untuk mengajar orang banyak.
Paulus berpendapat adalah lebih baik kalau tidak berkahwin demi memusatkan perhatian dalam pekerjaan suci (1 Kor 7:1, 26-35). Namun, Paulus menegaskan, “Semuanya ini kukatakan untuk kepentingan kamu sendiri: bukan untuk menghalang-halangi kamu dalam kebebasan kamu, tetapi sebaliknya supaya kamu lakukan apa yang benar dan baik, dan melayani Tuhan tanpa gangguan” (1 Kor 7:35). Juga berkata, “Tetapi mengingat bahaya percabulan, baiklah setiap laki-laki mempunyai isterinya sendiri dan tiap perempuan mempunyai suaminya sendiri.” (1 Kor 7:2). Juga berkata, “Tetapi kalau mereka tidak dapat menguasai diri, baiklah mereka kawin. Sebab lebih baik kawin dari pada hangus karena hawa nafsu” (1 Kor 7:9). Ketika Tuhan Yesus berkata kepada muridnya: “Jika demikian halnya hubungan antara suami isteri, lebih baik jangan kahwin”, jawab-Nya: “Tidak semua orang dapat mengerti perkataan itu, hanya mereka yang dikaruniai saja. Ada orang yang tidak kahwin kerana ia memang lahir demikian dari rahim ibunya, dan ada orang yang membuat dirinya demikian kerana kehendaknya sendiri oleh kerana kerajaan Sorga. Siapa yang dapat mengerti hendaklah ia mengerti” (Mat 19:10-
12).
Oleh itu, setelah dewasa baiklah setiap orang mempunyai jodohnya masing-masing kecuali mempunyai karunia yang istimewa atau sebab-sebab yang tertentu.
e. Jangan bercerai
Musa berkata: “Apabila seseorang mengambil seorang perempuan dan menjadi isterinya, dan jika kemudian ia tidak menyukai lagi perempuan itu, sebab didapatinya yang tidak senonoh padanya, lalu ia menulis surat cerai dan menyerahkannya ke tangan perempuan itu, sesudah itu menyuruh dia pergi dari rumahnya” (Ul 24:1). “Didapati tidak senonoh padanya” dalam Alkitab bahasa Inggeris (Versi King James) menterjemahkannya sebagai “some uncleaness in her” (terdapat kecemaran padanya). Terjemahan dalam bahasa Jepun ialah “hal-hal yang memalukan’. “Tidak senonoh’ dalam bahasa asal ialah “ervah” (telanjang, tidak mulia, hina). Jadi perceraian dalam perjanjian lama juga agak dibatasi.
Kemungkinan besar, selain atas sebab perzinahan, tidak boleh bercerai dengan sembarangan.
Paulus berkata, “Kepada orang-orang yang telah kawin aku–tidak, bukan aku, tetapi Tuhan–perintahkan, supaya seorang isteri tidak boleh menceraikan suaminya. Dan jikalau ia bercerai, ia harus tetap hidup tanpa suami atau berdamai dengan suaminya. Dan seorang suami tidak boleh menceraikan isterinya”(1 Kor 7:10-11).
Tuhan Yesus juga menjelaskan, “Apa yang telah dipersatukan Allah, tidak boleh diceraikan manusia” (Mat 19:16). “Barangsiapa menceraikan isterinya, kecuali kerana zinah, lalu kahwin dengan perempuan lain, ia brbuat zinah.” (Mat 19:9) dan juga berkata: “Barangsiapa menceraikan isterinya lalu kahwin dengan perempuan lain, ia hidup dalam perzinahan terhadap isterinya. Dan jika si isteri menceraikan suaminya dan kahwin dengan laki-laki lain, ia berbuat zinah” (Mrk 10:11-12). Dengan itu, melainkan salah satu pasangan telah berzinah, pemercaya adalah tidak boleh bercerai.
Pernikahan bukan saja adalah perjanjian di antara suami isteri, tetapi Tuhan juga ada di antara mereka untuk menjadi saksinya (Tuhan adalah saksi perkahwinan yang sebenarnya). Dengan itu, bercerai bukan sahaja memungkiri janji perkahwinan dengan pasangan, tetapi juga telah memungkiri janji dengan Tuhan. Justeru, Tuhan membenci perceraian, sama seperti membenci mereka yang mengkhianati isterinya (Mal 2:13-16).
Di Amerika Syarikat, lebih kurang sepertiga keluarga adalah yang telah bercerai; satu per enam kanak-kanak yang bersekolah hanya hidup dengan ayah atau ibunya. Ini adalah sebab utama mantan Presiden Amerika Syarikat Carter berusaha “membina semula keluarga”. Jelaslah perceraian bukan sahaja memungkiri janji dengan pasangan dan Tuhan, tetapi juga merosakkan kebahagiaan anak dan membawa kekacauan dan gangguan kepada masyarakat.
f. Jodoh/ Pasangan yang tidak beriman/ percaya
Paulus berkata: “Kalau ada seorang saudara beristerikan seorang yang tidak beriman, dan perempuan itu mau hidup bersama-sama dengan dia, janganlah saudara itu menceraikan dia. Dan kalau ada seorang isteri bersuamikan seorang yang tidak beriman dan laki-laki itu mau hidup bersama-sama dengan dia, janganlah ia menceraikan laki-laki itu. Kerana suami yang tidak beriman itu dikuduskan oleh isterinya dan isteri yang tidak beriman itu dikuduskan oleh suaminya. Andaikata tidak demikian, nescaya anak-anakmu adalah anak cemar, tetapi sekarang mereka adalah anak-anak kudus.” (1 Kor 7:12-14). Dalam “Khabar Baik Hari Ini” (ruj Alkitab Bahasa Inggeris Versi The Living Bible), perenggan ini diterjemah sebagai “Sekiranya isteri bagi saudara belum menjadi percaya, dan dia rela hidup bersama suaminya, maka jangan menceraikan isterinya. Begitu juga, jika suami bagi saudari belum menjadi percaya, dan dia ingin hidup bersama dengan isterinya, janganlah dia meninggalkan suaminya. Ini disebabkan bagi suami yang belum percaya, dengan adanya isteri yang percaya, mungkin boleh menjadi seorang kristian melalui bantuan isterinya. Bagitu juga, bagi isteri yang belum percaya, juga mungkin menjadi Kristian melalui suaminya yang percaya. Dengan demikian, anak-anak yang dilahirkan oleh mereka memperolehi anugerah keselamatan berdasarkan penentuan Tuhan kerana adanya keluarga yang damai. Sekiranya tidak, jika keluarga berpecah- belah, anak-anak mungkin juga tidak akan mengenali Tuhan untuk selamanya.”
Paulus turut berkata: “Tetapi kalau orang yang tidak beriman itu mau bercerai, biarlah ia bercerai, dalam hal yang demikian saudara atau saudari tidak terikat. Tetapi Allah memanggil kamu untuk hidup dalam damai sejahtera. Sebab bagaimanakah engkau mengetahui, hai isteri, apakah engkau tidak akan menyelamatkan suamimu? (1 Kor 7:15-16) “Bagaimanakah engkau mengetahui apakah engkau tidak akan menyelamatkan…..”, terjemahan Alkitab Bahasa Inggeris (Versi King James) adalah “For what Knoweat thou, whether thou”. Terjemahan Kitab bahasa Jepun ialah “Kedua-dua pihak juga, bagaimanakah engkau mengetahui apakah engkau tidak akan menyelamatkan….
“Berita Baik Hari Ini” menterjemahkannya sebagai “Hai isteri, bagaimana anda tahu pasti dapat menyelamatkan suamimu? Hai suami, bagaimana anda tahu isterimu akan percaya Tuhan kerana engkau?” Pengarang berasa terjemahan dua ayat ini dalam “Berita Baik Hari Ini” lebih koheren, logik dan maksudnya juga lebih jelas. Pada ketika itu, injil telah tersebar ke Korintus. Tentu sekali terdapat banyak pasangan yang hanya satu pihak yang telah percaya. Maka, Paulus menggunakan dua ayat ini untuk menunjukkan kepada pemercaya bagaimana mengendalikannya. Hari ini, sekiranya terdapat keadaan sedemikian, juga patut merujuk cadangan Paulus untuk menguruskannya dengan wajar.
g. Berkahwin/ Dinikah lagi
Isteri terikat selama suaminya hidup. Kalau suaminya telah meninggal, dia bebas untuk berkahwin dengan sesiapa yang dikehendakinya, asalkan dengan seiman. Tetapi menurut pendapat Paulus (yang mengatakan ini atas gerakan Roh Kudus), ia lebih berbahagia, kalau ia tetap tinggal dalam keadaannya (1 Kor 7:39-40). Seorang janda yang hanya menjadi isteri kepada satu suami adalah yang dihormati orang (1 Tim 5:9). Namun, bagi janda muda yang tidak dapat menguasai diri, baiklah mereka berkahwin lagi, melahirkan anak dan menguruskan kerja rumahtangga agar tidak memberi kesempatan difitnah orang (1 Kor 7:9; 1 Tim 5:14).
iii. Setiap orang harus menghormati perkahwinan
Perkahwinan yang sewajarnya adalah yang kudus dan menggembirakan. Ini disebabkan ia ditetapkan Allah sendiri dan diberkati Allah. Sebaliknya, perkahwinan yang tidak wajar adalah yang cemar, dan membawa penderitaan. Ini adalah kerana ia dilarang oleh Tuhan dan adalah yang keji. Justeru, pemercaya harus menghormati perkahwinan. Sebelum berkahwin, antara lelaki dan perempuan (termasuk mereka yang telah bertunang) tidak boleh ada hubungan yang melampaui persahabatan (hubungan daging). Setelah berkahwin juga tidak boleh berzinah (berhubung daging dengan perempuan sundal, atau ada hubungan daging dengan pihak lain selain pasangannya).
Dalam dunia yang bengkok dan dipenuhi ‘konsep moral moden’ yang salah, belia harus banyak memberi perhatian terhadap hal ini. Ramai belia sukakan pemikiran yang terbuka sehingga menjadi mangsa bagi pemikiran yang terbuka. Apakah sembarangan dalam hubungan lelaki dan perempuan serta tidak menghormati perkahwinan adalah pemikiran terbuka? Sekiranya itu adalah konsep moral yang membelakangi Alkitab, merosakkan sistem perkahwinan Tuhan yang kudus, maka kita harus menolaknya. Janganlah kita dibingungkan oleh konsep moral yang moden dan pemikiran baru; sepatutnya tenangkan fikiran dan renungkan, adakah ia menepati pengajaran Alkitab? Adakah berfaedah bagi kita? Lebih-lebih lagi saudari, sekiranya ada hubungan dengan teman lelaki atau tunangnya sebelum kahwin, bukan sahaja akan menjadi kesudahan yang mendukakan, biarpun dapat dinikahkan, namun masih tidak dapat dielakkan daripada perkara yang malang. Bagi mereka yang melakukan dosa ini, bukan sahaja kehilangan peluang berkahwn di aula gereja untuk menerima berkat daripada Tuhan dan seiman, bahkan setelah kahwin, suami bukan sahaja tidak berterima kasih atas kerelaan menyerah diri kepadanya, sebaliknya curiga terhadapnya, apakah dia juga ada hubungan dengan lelaki lain sebelum berkahwin? Juga mungkin dihina oleh sanak- saudara dan kawan bahawa dia seorang perempuan yang tidak kudus dan tidak serius dalam hal ini. Ini adalah kesan yang selalu terjadi pada hakikatnya namun yang tidak pernah dijangka oleh gadis-gadis yang belum berkahwin sebelum ia berlaku.
Untuk mengelakkan terjadinya perkara yang sungguh menakutkan ini, kita perlu perhatikan pakaian dan dandanan lebih-lebih lagi perlu elakkan temujanji perseorangan antara lelaki dan perempuan, dan percintaan yang membabi buta. Kita harus menyerahkan perkara seumur hidup yang penting ini kepada Tuhan, mendapat bantuan para diaken, pendeta gereja untuk memperkenalkan jodoh bagi kita, di samping menghormati pandangan ibu bapa kedua-dua pihak. Tenangkan diri untuk meneliti dan merenung bahkan bersungguh-sungguh dalam doa memohon pimpinan Tuhan untuk menyempurnakan hal yang penting ini. Juga berharap para belia yang telah bertunang dapat berjaga-jaga, menghormati diri, dengan hati suci menantikan ketibaan hari perkahwinan yang diaturkan Tuhan; setiap orang dapat melangsungkan perkara yang menggembirakan di hadapan Tuhan dan berkat saudara- saudari.
Haruslah kita jadikan kegagalan Daud sebagai pengajaran kita. Perlu ingat seorang yang sangat rohani juga mungkin gagal dari segi hubungan lelaki dan perempuan (rujuk 2 Kor 12:5; Ibr 4:15). Juga harus ingat “Hendaklah kamu semua penuh hormat terhadap perkahwinan dan janganlah kamu mencemarkan tempat tidur, sebab orang-orang sundal dan pezinah akan dihakimi Allah (Ibr 13:4).
“Cabul” dan “zinah” dalam terjemahan Bahasa Inggeris adalah “whoremongers and adulterers”. (ertinya pelanggan perempuan sundal dan lelaki yang berlaku curang). Bahasa Jepun menterjemahkannya sebagai “mereka yang tidak baik perbuatan, dan melakukan perzinahan”. Dari sini dapat diketahui bahawa Tuhan akan menghakimi pezinah ini termasuk mereka yang ada hubungan dengan orang sundal.
B. Kedudukan suami isteri
Masyarakat pertanian pada zaman kuno adalah masyarakat yang “memberatkan lelaki dan meringankan/ menghina perempuan”. Namun, ada juga tempat yang mengamalkan sebaliknya iaitu “memberatkan perempuan dan meringankan/ menghina lelaki”. Kini banyak masyarakat bertamadun memperjuangkan keserataan lelaki dan perempuan. Mana satukah anggapan yang bersesuaian dengan kebenaran Alkitab?
1. Penciptaan lelaki dan perempuan
Walaupun dalam penciptaan Tuhan ada lelaki dan perempuan, namun Dia bukan menciptakan lelaki dan perempuan secara serentak, juga tidak menggunakan cara yang sama untuk mencipta lelaki dan perempuan. Apabila Tuhan mencipta manusia, pertama- tama mencipta lelaki diikuti dengan perempuan (Kej 2:21-22; 1 Tim 2:13).
Perempuan adalah dicipta dari tulang rusuk dan daging lelaki. Dengan itu, Adam berkata, “Ini adalah tulang dari tulangku, dan daging dari dagingku” (Kej 2:21-23). Mencipta lelaki, dalam bahasa asal adalah ‘bara’, bermaksud “mencipta” (Kej 1:21); juga gunakan ‘yat sar’ yang bermaksud “membentuk/menjadikan” (Kej 2:7). Tetapi mencipta perempuan pula menggunakan perkataan ‘banah’, bermaksud “membina” (Kej 2:22), dari sini dapat diketahui, Tuhan “mencipta” dan “membentuk” lelaki berdasarkan rupa diri-Nya, tetapi mencipta perempuan di atas dasar lelaki, sama seperti isteri Kristus – gereja benar, yang dibina di atas dasar suaminya, Kristus (Ef 2:19-22). Maka Paulus berkata, “Kerana suami adalah kepala isteri sama seperti Kristus adalah kepala jemaat; isteri sama seperti tubuh suami, seperti jemaat adalah tubuh Kristus” (Ef 5:23, 28-29).
2. Suami isteri dipersatukan/ adalah satu tubuh
Perempuan bukan dicipta perseorangan tetapi adalah dicipta dari tubuh lelaki. Setelah meningkat dewasa, dua orang dipersatukan menjadi satu daging (Ef 5:31). Dengan itu, suami isteri bukan adalah dua orang tetapi telah dipersatukan menjadi satu daging (Mrk 10:8). Dalam Kejadian Fasal 1-3 menyebut tentang “manusia” (termasuk suami isteri), petikan asal menggunakan adam “manusia”, atau “manusia itu dan isterinya”. Contohnya, Tuhan menciptakan “manusia” berdasarkan rupanya sendiri; lalu menempatkan “manusia” yang diciptakan-Nya di Taman Eden; Tuhan memerintahkan “dia” jangan memakan buah larangan; “manusia itu dan isterinya” mendengar suara Tuhan; Tuhan memanggil “manusia” itu; berfirman kepada “Adam” …dengan bersusah payah engkau akan mencari rezekimu dari tanah seumur hidupmu dan sebagainya. Jelas bahawa dalam pandangan Tuhan, suami isteri adalah satu tubuh dan bukan dua orang.
Dalam bahasa asal ‘i ysh’ “lelaki” atau “suami”, digunakan dalam konteks: Tuhan mengambil tulang rusuk dari “manusia itu” untuk mencipta seorang perempuan; “Seorang laki-laki” akan meninggalkan ayahnya dan ibunya dan bersatu dengan isterinya dan sebagainya. Jelas, lelaki yang belum kahwin masih belum merupakan seorang yang sempurna. Oleh itu, sehingga kini perkataan “pasangan/ sebelah aku” masih biasa digunakan. ‘i ysh’ juga digunakan dalam konteks: memberi “suaminya” lalu “suaminya” juga makan; “suami”mu anda akan berkuasa atasmu dan sebagainya. Jelas, setelah isteri meninggalkan suami, akhirnya berdosa dan membabitkan suami (1 Tim 2:14); setelah berdosa, kembali menjadi dua orang insan dan suami berkuasa atasnya. Sekiranya dapat dilahirkan kembali, maka dapat dipersatukan dengan suaminya dan suami tidak berkuasa atasnya.
Tuhan Yesus juga menegaskan, suami isteri bukanlah dua orang tetapi adalah satu tubuh (Mat 19:51; Mrk 10:8). Oleh itu, kedudukan suami isteri bukanlah “lelaki mulia dan perempuan hina”. Ini disebabkan jika wujudnya dua orang barulah ada perbandingan kedudukan. Jika hanya seorang sahaja maka tidak dapat membandingkan lagi. Kempen hak perempuan adalah kempen orang kafir. Bagi seseorang yang telah dilahirkan kembali kempen ini tidak diperlukan.
Hubungan di antara suami isteri adalah hubungan kepala dan tubuh. Seseorang tidak boleh kekurangan kepala, pada masa yang sama juga tidak boleh tidak ada tubuh. Walaupun kepala adalah tuan seluruh tubuh, banyak perkara utama adalah diputuskan oleh kepala, tetapi kita tidak boleh nafikan jasa tubuh terhadap seluruh tubuh adalah tidak kurang dari kepala.
Catatan: Memandangkan suami isteri adalah seorang, maka tidak patut menyebut ibu bapa suami atau ibu bapa isteri sebagai “ayah kamu” atau “ibu kamu” tetapi menyebut mereka berdasarkan tempat. Contohnya: “ayah yang di Taipei”, “ibu yang di Tai Chung” dan sebagainya.
C. Bagaimana Suami Isteri Saling Melayani?
1. Suami harus mengasihi isteri
Tuhan menciptakan manusia bukan dengan menggunakan dua genggam tanah untuk mencipta kedua-dua suami dan isteri, sebaliknya mencipta suami dahulu, kemudian menggunakan sebahagian tulang dan daging suami untuk mencipta isteri. Dengan itu, Adam berkata, isterinya adalah “tulang dari tulangku, dan daging dari dagingku” (Kej 2:21-23). Jelas dilihat bahawa isteri adalah sebahagian tubuh suaminya. Dengan itu, Paulus berkata: “Demikian juga suami harus mengasihi isterinya sama seperti tubuhnya sendiri. Siapa yang mengasihi isterinya mengasihi dirinya sendiri. Sebab tidak pernah orang membenci tubuhnya sendiri, tetapi mengasuhnya dan merawatinya” (Ef 5:28-29).
Gereja adalah dicipta dari rusuk Tuhan Yesus (Ruj Yoh 19:34-35), isteri adalah dicipta dari rusuk suaminya (Kej 2:21-22). Jadi, Paulus berkata: “Hai suami, kasihilah isterimu sebagaimana Kristus telah mengasihi Jemaat dan telah menyerahkan diriNya baginya” (Ef 5:25). Yohanes berkata, “Kita mengasihi, kerana Allah lebih dahulu mengasihi kita” (1 Yoh 4:19). Dalam Bahasa Inggeris (versi King James) ayat ini berbunyi “we love him, because he first love us”. Jadi Paulus berkata, “Bagaimana pun juga, bagi kamu masing-masing berlaku: kasihilah isterimu seperti dirimu sendiri dan isteri hendaklah menghormati suaminya” (Ef 5:33). Dalam terjemahan Alkitab Bahasa Cina adalah: “isteri juga harus…” Bahasa asal pula menterjemahkan sebagai “But, indeed, let each one of you, individually, so love his own wife as himself, that even the wife may reverence her husband”. Tuhan Yesus terlebih dahulu mengasihi gereja, kemudian gereja menghormati Tuhan Yesus. Suami harus terlebih dahulu mengasihi isteri dahulu, barulah kemudian mengharapkan isteri menghormatinya.
Petrus berkata: “Demikian juga kamu, hai suami-suami, hiduplah bijaksana dengan isterimu, sebagai kaum yang lebih lemah! Hormatilah mereka sebagai teman pewaris dari kasih karunia, iaitu kehidupan” (I Ptr 3:7). Petrus juga menegaskan, sekiranya suami menghormati dan bertimbang rasa terhadap isteri, doa tidak akan terhalang (1 Ptr 3:7). Paulus beranggapan suami tidak boleh berlaku kasar terhadap isterinya (Kol 3:19), haruslah tanpa marah dan tanpa perselisihan menadahkan tangan yang suci untuk berdoa di mana-mana (1
Tim 2:8).
2. Isteri harus taat/ tunduk kepada suami
Hubungan antara suami dan isteri adalah seperti gereja dan Kristus serta tubuh dan kepala. Jadi, Paulus menyarankan, “Hai isteri, tunduklah kepada suamimu seperti kepada Tuhan, kerana suami adalah kepala isteri sama seperti Kristus adalah kepala jemaat (Ef 5:22-23; Kol 5:18). Juga berkata, “Kerana itu, sebagaimana jemaat tunduk kepada Kristus, demikian jugalah isteri kepada suami dalam segala sesuatu” (Ef 5:24). Paulus dengan khasnya menegaskan “segala sesuatu” (in everything), maksudnya “dalam segala hal”.
Petrus juga meminta, perlu tunduk juga kepada suami yang belum percaya (1 Ptr 3:1-6). Pendahuluan bagi 1 Petrus Fasal 3 sepatutnya bersambungan dengan Fasal 2 dan tidak patut dipisahkan. Ini kerana dalam bahasa asal Alkitab fasal 2, pendahuluannya ada ‘homoios’, dalam Bahasa Inggeris ialah ‘likewise’. Terjemahan Baru Bahasa Cina juga ditambah dengan “demikian juga”. Butir utama pengakhiran fasal 2 adalah: “Bukan sahaja (taat) kepada yang baik dan peramah, malah kepada yang bengis… jika kamu berbuat baik dan kerana itu kamu harus menderita, maka itu adalah kasih karunia pada Allah.” (1 Ptr 2:18, 20) Petrus meminta agar yang menjadi isteri dapat tunduk juga kepada suami dirinya. Ini bukan adalah permintaan yang tidak wajar. Petrus beranggapan sekiranya isteri dapat tunduk kepada suami, biarpun suami yang tidak percaya kebenaran, mungkin dia akan berbalik kepada Tuhan kerana perbuatan isterinya. Bukan kerana perkataan isterinya tetapi kerana tingkah-laku isterinya, iaitu perbuatan yang suci hasil daripada perasaan takut akan Tuhan (1 Ptr 3:1-2). “Murni dan salehnya hidup” dalam bahasa asal diterjemahkan sebagai “conduct chaste with fear”, dalam Bahasa Inggeris (Versi King James) pula adalah “chaste conversation coupled with fear”. Dengan itu adalah lebih sesuai diterjemahkan sebagai “perbuatan kudus yang padan dengan hati takut akan Allah atau perbuatan kudus yang dihasilkan dari takut akan Tuhan”.
Bagaimana dapat menyatakan perbuatan ini? Petrus seterusnya berkata, “Perhiasanmu janganlah secara lahiriah, iaitu dengan mengepang-ngepang rambut, memakai perhiasan emas atau dengan mengenakan pakaian indah-indah. Tetapi perhiasanmu adalah manusia batiniah yang tersembunyi dengan perhiasan yang tidak binasa yang berasal dari roh yang lemah lembut dan tenteram, yang sangat berharga di mata Allah.” (1 Ptr 3:3-4) “Janganlah” – dalam bahasa asal, Bahasa Inggeris dan Versi Chinese Union adalah “Janganlah menitikberatkan” dan bukan “Janganlah hanya menitikberatkan”. Paulus juga berkata, “Demikian juga hendaknya perempuan, hendaklah ia berdandan dengan pantas, dengan sopan dan sederhana; rambutnya jangan berkepang-kepang, jangan memakai emas atau mutiara atau pakaian yang mahal-mahal tetapi hendaklah ia berdandan dengan perbuatan baik, seperti yang layak bagi perempuan yang beribadah.” (1 Tim 2:9-19). Salomo berkata, “Kemolekan adalah bohong dan kecantikan adalah sia-sia, tetapi isteri yang takut akan Tuhan dipuji-puji” (Ams 31:30). Juga dikatakan “seperti anting-anting emas pada jungur babi, demikian perempuan cantik yang tidak susila.” (Ams 11:22). Kita harus ingat, apa yang paling meresahkan suami adalah “isteri yang bertengkar” (Ams 19:13; 21:9, 19).
Tunduk kepada suami, jangan “mengajar” dan “menguasainya”. Melainkan perlu tenang dan tunduk sepenuhnya untuk belajar (1 Tim 2:11-12). Terjemahan dalam Versi Chinese Union adalah “Saya tidak mengizinkan perempuan berkhutbah, juga tidak mengizinkannya menguasai lelaki.” Dalam bahasa asal pula adalah “I do not permit women to teach or to assume authority over a man.” Terjemahan Bahasa Cina lebih kurang sama dengan Bahasa Inggeris dan Bahasa Jepun: “Saya tidak membenarkan perempuan mengajar lelaki dan menguasai lelaki.”
3. Suami isteri harus saling melayani dengan menggunakan cara yang sepatutnya/sesuai.
Paulus menyarankan, “Hendaklah suami memenuhi kewajipannya terhadap isterinya, demikian pula isteri terhadap suaminya. Isteri tidak berkuasa terhadap tubuhnya sendiri tetapi suaminya, demikian pula suami tidak berkuasa atas tubuhnya sendiri, tetapi isterinya. Janganlah kamu saling menjauhi, kecuali dengan persetujuan bersama untuk sementara waktu, supaya kamu mendapat kesempatan untuk berdoa. Sesudah itu hendaklah kamu kembali hidup bersama-sama, supaya iblis jangan menggodai kamu, kerana kamu tidak tahan bertarak.” (1 Kor 7:3-5)
Kesimpulan Paulus dalam hal pelayanan di antara suami isteri adalah: “Bagaimana pun juga, bagi kamu masing-masing berlaku: Kasihilah isterimu seperti dirimu sendiri dan isteri hendaklah menghomati suaminya” (Ef 5:33) . “Menghormati” dalam bahasa asal adalah “phobeo”, Bahasa Inggeris adalah ‘reverence’ bermaksud “takut” dalam “takut akan Tuhan”. Di samping itu, suami juga “menghormati” isteri (I Ptr 3:7), dalam bahasa asal adalah ‘time’ yang bermaksud “menyayangi benda bernilai”, dalam Bahasa Inggeris adalah ‘honour’ iaitu “menghormati seseorang”. Dengan itu suami “menghormati” isteri kerana mengasihinya, manakala isteri “menghormati” suami kerana takut akan Tuhan. Dalam Terjemahan Baru Bahasa Cina menggunakan perkataan “takut dan hormat kepada” suami dan “menghormati” isteri, ini lebih sesuai.
D. Pembahagian Kerja di antara suami isteri:
1. Suami
a. Rajin bekerja untuk mengukuhkan ekonomi keluarga.
Adam bertanggungjawab untuk mengusaha dan memelihara taman Eden (Kej 2:15). Nuh seorang petani yang rajin mengusahakan kebun anggurnya (Kej 9:20). Abraham seorang penggembala (Kej 13:2). Ishak menanam dan juga menternak lembu dan kambing (Kej 26:12). Demi mengahwini isteri, Yakub bekerja selama 20 tahun untuk pakciknya (Kej 31:38- 41). Yusuf menjadi penguasa dan memerintah atas seluruh tanah Mesir bagi Firaun (Kej 41:37-43). Musa pada asalnya adalah anak puteri Mesir, kemudiannya menggembala kawanan domba mertuanya (Kel 3:1). Paulus seorang penginjil yang setia, namun apabila diperlukan, dia juga bekerja sendiri iaitu menjadi tukang khemah (Kis 18:3). Paulus juga menasihati seiman adalah baik bekerja keras, tidak malas dan melakukan yang baik dengan tangan sendiri, supaya dapat menyara hidup sekeluarga dan dapat membagikan sesuatu kepada orang yang berkekurangan (Ef 4:28; 1 Tes 4:11-12; 2 Tes 3:12-13; Ruj: Ams 19:13; 20:13).
Bukan sahaja tekun dalam pekerjaan, tetapi juga harus sungguh-sungguh mendengarkan perintah Tuhan dan beribadah kepada Tuhan dengan segenap hati dan segenap jiwa, dengan demikian akan mendapat berkat dari Tuhan (Ul 11:13-17). Ishak mendengar perintah Tuhan dan tidak pergi ke Mesir ketika terjadi kelaparan, dia akhirnya diberkati Tuhan dan memperoleh hasil seratus kali lipat (Kej 26:1-13).
b. Mendidik anak
Suami dalam dunia biasanya menganggap tugas mereka ialah bekerja untuk memperoleh keuntungan bagi diserahkan kepada isteri; manakala hal pendidikan anak-anak adalah tugas isterinya. Namun, Paulus menyarankan, “Dan kamu, bapa-bapa, janganlah bangkitkan amarah di dalam hati anak-anakmu, tetapi didiklah mereka di dalam ajaran dan nasihat Tuhan” (Ef 6:4; Kol 3:21) . Maka, selain “memelihara”, apa yang lebih penting adalah “mendidik”. Dalam Bahasa Inggeris ialah ‘bring up’. Di samping itu, harus “mendidiknya berdasarkan pengajaran Tuhan” dan bukan mengikut “kehendak sendiri” atau “pengetahuan dunia”. Dalam Efesus Fasal 6, ayat 1 mengatakan, “Hai anak-anak, taatilah orang tuamu di dalam Tuhan, kerana haruslah demikian”. “Orang tua” dalam petikan asal adalah “goneus”, dalam Bahasa Inggeris adalah “parents”. Ayat 2-3 mengatakan, “Hormatilah ayahmu dan ibumu, supaya kamu berbahagia dan panjang umurmu di bumi”. “Ayah dan ibu” di sini dalam bahasa asal adalah ‘pater meter’, dalam Bahasa Inggeris adalah ‘father and mother’. Jelas bahawa sasaran yang dihormati oleh anak-anak adalah “ibu bapa”. Namun, ‘bapa’ dalam ayat 4: “Hai bapa-bapa…” adalah ‘pater’ dalam bahasa asal, dalam Bahasa Inggeris adalah ‘Father’ dan tidak termasuk ibu. Tentu sekali kita tidak boleh mengatakan bahawa ibu tidak mempunyai tanggungjawab untuk mendidik anak; namun, sekurang-kurangnya ayah hendaklah memikul tanggungjawab utama mendidik anak. Juga tidak boleh menafikan bahawa bagi ayah yang beriman teguh, iman anak-anaknya juga lebih teguh (Ruj: Ul 11:19- 20).
2. Isteri
Tuhan menciptakan perempuan supaya lelaki mempunyai pembantu yang sesuai. (Dalam Kejadian, “perempuan” dan “isteri” mengikut bahasa asal adalah perkataan yang sama, yakni ‘ishah’, “lelaki” dan “suami” pula adalah menggunakan ‘ish’). Alkitab mencatatkan, “Isteri yang cekap siapakah akan mendapatkannya? Ia lebih berharga daripada permata. Hati suaminya percaya kepadanya, suaminya tidak akan kekurangan keuntungan” (Ams 31:10-11). Tuhan menciptakan manusia supaya mereka beranak cucu, bertambah banyak dan memenuhi bumi. Ini adalah suatu berkat (Kej 1:28). Sejak nenek moyang berdosa, perempuan dikutiki, jadi melahirkan anak menjadi satu kesakitan (Kej 3:16). Namun, perempuan akan diselamatkan kerana melahirkan anak, asal ia bertekun dalam iman dan kasih dan pengudusan dengan segala kesederhanaan (I Tim 2:15).
Terdapat dua tafsiran bagi “diselamatkan kerana melahirkan anak” dalam Versi Chinese Union:
a. Diselamatkan kerana melahirkan anak, diselamatkan melalui hal melahirkan anak.
b. Tuhan dapat menyelamatkan mereka untuk melalui kesakitan melahirkan anak, pasti diselamatkan dalam hal melahirkan anak (Terjemahan Baru). Bahasa Inggeris dan terjemahan bahasa asal adalah sama dengan penjelasan ke-2: “Not with standing she shall be saved in childbearing (Versi King James)” “she shall be preserved through the childbearing (Terjemahan langsung bahasa asal)”. Pengarang beranggapan bahawa penjelasan yang ke-2 adalah lebih sesuai. Sekiranya saudari kudus, beriman, dan mempunyai kasih, maka melahirkan anak adalah berkat dan bukan kutuk.
Paulus berharap agar perempuan yang tua hidup sebagai orang-orang beribadah, jangan memfitnah, jangan menjadi hamba anggur, tetapi cekap mengajarkan hal-hal yang baik, dan dengan demikian mendidik perempuan-perempuan muda mengasihi suami dan anak-anaknya, hidup bijaksana dan suci, rajin mengatur rumah tangganya, baik hati dan taat kepada suaminya, agar firman Allah jangan dihujat orang (Tit 2:3-5). Mengurus rumah tangga adalah pekerjaan yang paling utama dan paling bernilai di dunia, ia juga adalah kerja yang suci yang diserahkan Tuhan kepada setiap isteri. Namun, ia telah dilalaikan oleh wanita yang bekerja dalam masyarakat industri hari ini. Ini adalah satu perkara yang menyedihkan. Apa yang lebih malang, bukan sahaja ada sebahagian wanita tidak menguruskan rumah tangga bahkan tidak menjaga anak-anak yang dilahirkannya. Kita memetik sedikit maklumat perubatan untuk sekali lagi merenungkan keajaiban penciptaan Tuhan terhadap manusia dan kehendak Tuhan yang baik.
i. Mengikut perangkaan dunia perubatan, bagi wanita yang pernah melahirkan anak, peratus dijangkiti kanser rahim adalah lebih rendah; begitu juga peratus dijangkiti barah buah dada oleh ibu yang menyusui anak sendiri adalah lebih rendah.
ii. Dalam naskah ke 551 bagi “Dunia hari ini” catatan mengenai “satu soalan berkenaan dengan hidup mati bersama dengan ratus ribu bayi”:
a. Di Chile, sejak 20 tahun, peratus bagi ibu yang menyusui anak telah menurun dari 95% kepada 6%. Peratus kematian bagi bayi yang minum susu tepung adalah lebih tinggi daripada bayi yang disusui oleh ibunya sendiri, iaitu 3 kali ganda.
b. Glukos yang terkandung dalam susu ibu adalah sungguh penting bagi perkembangan otak bayi pada peringkat awalnya. Susu ibu juga dapat melindungi bayi dari selesema, penularan kesakitan usus dan perut, dan cirit birit. Bayi yang disusui ibu juga lebih aktif dan stabil sifat keperibadiannya.
c. Terjalin satu hubungan yang erat di antara ibu yang menyusui dan bayinya. Ini berfaedah bagi psikologi kedua-dua pihak.
d. Menyusui bayi bukan sahaja tidak merosakkan kesihatan ibu bahkan dapat memperbaiki kesihatan ibunya.
e. Menyusui bayi sama sekali tidak meyebabkan tubuh ibu menjadi hodoh.
f. Bagi wanita Amerika Syarikat yang pernah berusaha mengesyorkan penggunaan botol bayi kini kembali lagi untuk menggunakan cara menyusui bayi melalui diri. Wanita lepasan universiti yang menggunakan cara yang sama adalah melebihi 4 kali lipat ganda daripada wanita biasa.
g. Ada seorang professor mencadangkan supaya menubuhkan sebuah organisasi yang dipimpin oleh wanita yang lebih lanjut usia untuk membimbing wanita yang muda. Beliau menyebut kerja ini sebagai “mengajar para ibu menjadi ibu”.
Dalam Amsal Fasal 31 telah memperingatkan suami dan perbuatan yang harus ada pada isteri cekap, sebagai matlamat yang diusahakan oleh seiman.
i. Suami:
a. Tidak boleh berzinah (3; Ruj: 5:15-22; 6:23-35; 7:1 17; 23:27-28).
b. Tidak boleh mabuk anggur (4-7; Ruj: 23:20-21, 29-35; 21:17; 20:1).
c. Tidak boleh malas, harus berusaha melakukan pekerjaan (8-9; Ruj:
6:6-11, 24-27; 13:4, 11; 20:4; 22:29; 23:21, 24,30-34; 28:19-20)
ii. isteri
a. Membantu suami supaya suami beroleh keuntungan seumur hidup
(10-12)
b. Rela melakukan pekerjaan (13), wanita miskin rela bekerja, tidak bersungut-sungut.
c. Bangun awal, menyediakan makanan untuk seisi keluarga dan membagi-bagikan tugas kepada pelayan-pelayan perempuan (15). Wanita kaya – tidak kerana kaya lalu tidak kerja, sebaliknya masih membagikan tugas kepada pelayan-pelayan.
d. Melakukan kerja keluarga dengan sepenuh hati (16-18, 27)
e. Menyediakan dan menguruskan pakaian dan hiasan seisi keluarga (19,
21-22)
f. Mengulurkan tangan kepada yang miskin (20; Ruj: 19:17; 28:27)
g. Menyebabkan suaminya terkenal (23)
h. Mulut dibuka dengan hikmat; pengajaran lemah lembut dan di lidahnya
(26; Ruj: Ef 4:29; 1 Tim 5:13)
i. Dipuji oleh suami dan anak (28)
Semoga Tuhan memberkati, memimpin setiap keluarga agar dapat melakukan kehendak Tuhan untuk menjalani kehidupan keluarga yang bahagia. Bahkan orang dunia dapat memuliakan nama Bapa kerajaan Syurga melalui keluarga yang bahagia ini (Mat 5:16).
Ketiga: Perkataan Kepada Ibu Bapa
Dipetik dari “Bagaimana Menjadi Ibu Bapa” (Oleh: Tao Sen)
Setelah menjadi ibu bapa, seolah-olah telah memikul satu pekerjaan sepenuh masa yang khas. Sekiranya ingin memberi satu definisi kepada ibu bapa yang ideal, kita boleh katakan, “ibu bapa yang ideal hendaklah dapat mengasuh anak sehingga menjadi riang dan bijak melalui kelemah-lembutan dan kasih serta pengetahuan sains, psikologi kanak-kanak.”
Dalam pengertian ini, ia bukan sekadar perbuatan fizikal untuk melahirkan anak, juga bukan dengan cara “cuba dahulu, kalau salah belakang kira” untuk mengasuh dan mendidik anak.” Mendidik anak adalah satu amanat yang berat tetapi adalah kerja yang paling bernilai dalam dunia. Hadiah yang dapat diberi seorang ibu kepada dunia adalah mendidik seorang yang riang gembira.
Cara ibu bapa yang baik mendidik anak adalah menambah penggunaan pengetahuan sains selain kasih. Sekiranya dapat membimbing ibu bapa mempelajari pengetahuan perkembangan anak, maka ibu bapa yang mempunyai kasih dapat mendidik anaknya sebagai orang dewasa yang riang dan bijak. Ini adalah tujuan terutama bagi didikan ibu bapa terhadap anak-anaknya.
Namun, masyarakat kini tidak pernah memberikan latihan yang praktikal untuk menjadi ibu bapa yang baik. Setiap jenis pekerjaan ingin mengupah pekerja yang berpengalaman, hanya menjadi ibu bapa dikecualikan. Ketika seorang wanita menjadi ibu, seolah-olah masyarakat berkata kepadanya, “Kini anda telah menjadi ibu, sungguhpun kami tidak mengajar kamu bagaimana melakukannya, namun, lakukanlah dengan sedaya upaya dan sepenuh hati saja”. Apakah begitu mudah sahaja? Pada hakikatnya yang sebenarnya, ibu bapa yang baik adalah ahli psikilogi dan guru khas anak anda. Ini kerana anda perlu memahami psikologi kanak-kanak; di samping itu, anda adalah guru yang paling utama dalam seumur hidup anak anda, seorang pembimbing, secara tidak disedari, pimpinan anda adalah lebih utama berbanding dengan apa yang dipimpin di sekolah.
Namun, manusia biasanya tidak pernah menerima apa-apa latihan, tidak mempunyai kelayakan sebagai ahli psikologi atau guru, mungkin pernah mempelajari banyak mata pelajaran di sekolah, namun, hanya sebahagian kecil sahaja dapat belajar pemahaman terhadap bayi dan kanak-kanak.
Ahli psikologi kanak-kanak dan guru biasanya bekerja selama 8 jam sehari. Mereka mempunyai masa rehat seharian, seminggu yang tetap, bahkan ada cuti tahunan. Tetapi berlainan denan anda, ini menyebabkan tugas anda menjadi lebih berat. Selain itu, ketika ahli psikologi kanak-kanak dan guru bersama dengan kanak-kanak yang pelbagai ragam, tumpuan mereka diserakkan ke atas kanak-kanak yang ramai, dengan itu, mereka tidaklah terlalu mengkhuatiri anak seperti seorang ibu terhadap anaknya. Tambahan pula, disebabkan anak tersebut bukan dilahirkan sendiri, maka dalam memahami tentang kanak-kanak atau menyelesaikan masalah mereka tidaklah terlalu berperasaan.
Dalam masyarakat kita, tidak ada kerja yang lebih berat daripada kerja sebagai ahli psikologi kanak- kanak merangkap guru. Gabungan dua pihak ini adalah “ibu bapa baik” yang kita bicarakan.
Adalah perlu belajar dalam perwatakan sebagai ibu bapa:
Kita semua perlu belajar menjadi ibu bapa yang baik. Apabila mempelajari kemahiran yang baru, tidak kira belajar memandu, memainkan organ ataupun mendidik anak, kita selalu memperolehi rahsianya dengan belajar dari kesilapan. Namun, cara “cuba dahulu, kalau salah belakang kira” adalah cara yang paling tidak ekonomi.
Contohnya anda tidak pernah memainkan daun terup, kini berketetapan untuk mempelajarinya. Sekiranya dapat berusaha gigih menuju ke depan, suatu hari nanti pasti dapat menguasainya. Namun, kiranya segala pembelajaran adalah berdasarkan usaha sendiri untuk menguasainya, maka adalah membazirkan semangat dan tenaga. Kalau ada seorang yang mahir dalam bidang ini mengajar anda, tentu sekali senang untuk menguasainya.
Saya sangat sudi mengongsikan dengan anda pengalaman dalam pekerjaan dan pengalaman saya sebagai ibu bapa selama 20 tahun.
Sekiranya sebuah buku ingin dijadikan pengantara pengetahuan di antara pembaca dan pengarang dengan jayanya, maka ia perlu seperti perbualan yang berjaya. Dengan itu, saya cuba menangkap persoalan pembaca dengan tepatnya lalu diberi penerangan. Di samping itu, elakkan dari memetik teori sains. Saya cuba menjadikan buku ini seperti perbualan yang menyenangkan, sama seperti kita sedang berbual sambil minum. Contohnya: saya terus mengungkitkan pengalaman saya mendidik anak; walaupun buku ini adalah berdasarkan eksperimen dan kajian ahli sains, namun saya tidak memasukkan sekaligus teori sains ke dalam buku, tetapi hanya menyebut sedikit kajian yang berkaitan, tidak sama sekali menyingkirkan teori sains tetapi juga tiada yang tidak praktikal; ini adalah usaha saya ketika mengarang buku ini.
Saya khasnya mengambil berat terhadap dua jenis pembaca, yang pertama adalah mereka yang belum menjadi ibu bapa, mereka boleh mengambil kesempatan untuk membuat persediaan sebelum anak- anak mereka dilahirkan. Tentu sekali, hanya berpandukan buku sahaja tidak dapat mendidik anak, tetapi perlu menggunakan kebenaran buku utnuk diserap ke dalam kehidupan realiti anak. Di samping itu, setiap anak mempunyai keperibadian masing-masing. Jadi harus mengajar berdasarkan keperluan sasaran.
Buku ini seperti buku lain yang berkaitan dengan didikan anak hanyalah pedoman secara amnya. Ibu bapalah yang paling tahu tentang anaknya. Sekiranya perasaan anda adalah songsang dengan apa yang tercatat dalam buku ini, maka lupakan sahaja apa yang dikatakan dalam buku ini, ikutilah perasaan sendiri!
Ketika melakukan sesuatu perkara buat kali pertama, pasti akan berasa kurang menyenangkan dan berharap ada sesuatu yang boleh menjadi rujukan. Setelah ada pengalaman, akan rasa lebih berkeyakinan. Namun, tetap berpegang pada cara lama bukan sahaja menyebabkan kita tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan individu bahkan menimbulkan masalah.
Berdasarkan pengalaman saya, adalah lebih berkeyakinan apabila mendidik anak yang ke-2 dan ke-3 berbanding dengan masa baru menjadi ibu bapa. Salah satu sebab adalah dapat mempelajari dari didikan terhadap anak sulung. Kesilapan yang timbul pada anak sulung biasanya lebih banyak berbanding anak yang seterusnya.
Saya juga khasnya mengambil berat terhadap seorang anak yang tidak cukup 5 tahun, seorang pembaca yang sedikit lebih tua daripada anak-anak yang lain. Ketika mereka membaca buku ini, besar kemungkinan akn berkeluh-kesah dan menyesali perbuatan pada awalnya, bahkan rasa serba salah terhadap anaknya. Saya harap tidak berlaku demikian. Di bawah kolong langit tidak ada ibu bapa yang berniat menyakitkan hati anak. Bukankah setiap ibu bapa melakukannya dengan gentar? Bahkan profesor psikologi juga sukar mengelakkan kesilapan. Dengan itu, janganlah serba salah. Kita harus berusaha dengan sepenuhnya, bersikap untuk berusaha sepenuhnya terhadap tanggungjawab semulajadi ini. Bukankah anda rela membaca buku ini menunjukkan anda mengambil perhatian dan menyayangi anak anda? Kalau bukan demikian, bagaimana mungkin kamu sanggup membaca buku ini demi kebaikan mereka?