Harta Benda Yang Dibawa Keluar Dari Mesir

Sewaktu Tuhan memanggil Musa, telah dimaklumkan bahawa Dia akan membuka jalan, agar orang Israel dapat membawa bersama emas perak dan pakaian dari Mesir (Kel 3:22); sebelum ketibaan tulah terakhir, sekali lagi dengan khasnya memesan kepada Musa supaya disuruh orang Israel, meminta daripada orang Mesir emas dan perak sebelum meninggal tempat itu (Kel 11:2); dan para umat berbuat seperti yang dipesankan Musa, membawa bersama harta benda Mesir (Kel 12:35).

Tempat yang ditujui orang Israel adalah tanah Kanaan yang berlimpah dengan kebendaan, sepatutnya tidak kekurangan apa-apa harta benda. Jalan padang gurun yang akan ditempuhi orang Israel, akan dibebani dan disukari dengan emas dan perak yang dibawa, juga tidak ada apa-apa kegunaan. Namun, mengapakah Tuhan dengan khasnya mengaturkan umat pilihan Israel membawa bersama harta benda dari Mesir?

Rupa-rupanya satu perkara yang amat penting, yang perlu dilakukan sesudah keluar dari tanah Mesir, iaitu membina Kemah Pertemuan, agar Tuhan menyertai dan memimpin perjalanan mereka ke tanah Kanaan. Pembinaan Kemah Pertemuan ini memerlukan emas dan perak dalam kuantiti yang amat banyak (Kel 25:1-9, 35:4-9).

Namun sayang sekali, ada orang yang memakai anting-anting emas pada telinga sendiri, juga dibentuknya dengan pahat, anak lembu emas untuk disembah, menyebabkan kemurkahan Tuhan yang pertama sesudah keluar dari tanah Mesir, dan dihukum Tuhan (Kel 32:1-29).

Sebagai umat pilihan pada hari ini, kita hanyalah beridentitikan tetamu di dunia, selain daripada keperluan harian: pakaian, makanan dan tempat tinggal, Tuhan juga memberikan kita harta benda dari dunia. Kita seharusnya mengambil pengajaran daripada orang terdahulu, memahami isi hati Tuhan, mempersembahkannya untuk Bait Suci terkemudian — pelbagai kerja suci dalam pembinaan gereja benar, mengumpulkan harta di syurga (Mat 6:19-20), supaya anugerah Tuhan melimpah di antara kita dengan banyak dan berkekalan. Janganlah menjadikannya sebagai peralatan untuk menonjolkan diri, lebih-lebih lagi menjadikannya sebagai Mamon untuk disembah (Mat 6:24), dan mengakibatkan diri ditolak oleh Tuhan.

Walaupun Tuhan

“Dan walaupun Tuhan memberi kamu roti dan air serba sedikit, namun Pengajarmu tidak akan menyembunyikan diri lagi, tetapi matamu akan terus melihat Dia.” (Yes 30:20)

Ada sebuah cerita: Ada satu kerang berkata kepada satu kerang yang lain: “Saya ini amatlah menderita! Pasir yang berat dan bulat itu membuatkan aku sangat menderita.” Kerang yang satu lagi menjawab dengan megah: “Syukurlah, dalam badan aku tidak ada kesakitan disiksa oleh butir pasir, dalam dan luar badanku dalam keadaan amat baik.” Pada waktu itu, ada seekor ketam yang melewati sana dan berkata kepada kerang yang angkuh: “Ya! Kamu memang amat selesa, namun hasil daripada kesabaran menahan penderitaan kawanmu itu, adalah demi menghasilkan sebutir mutiara yang tiada bandingan keindahannya!”

Kayu salib dalam kehidupan umat Kristian, bagaikan sebutir “pasir” yang tidak menyenangkan. Ia meransang kita, agar digerakkan semua fungsi hidup, untuk melapisinya, mencernakannya, sabar terhadapnya, memperbaikinya; sesudah itu, menjadi akhlak yang tidak bercacat cela seperti mutiara.

Hidup yang bernilai adalah tercipta daripada penderitaan, besar kecil nilainya adalah secara perbandingan dengan jangkamasa singkat atau panjang penderitaan yang ditanggung — terhadap Musa, kehidupan selama 40 tahun di padang gurun; terhadap Ayub, pengujian yang berat; terhadap Yusuf, dijual, menjadi hamba abdi, masuk ke dalam penjara, telah menghasilkan fungsi pembentukan mutiara.

Bagaimanakah dengan diri kita?

Adakah kita sentiasa meluahkan ketidakpuasan dan sungut-sungutan terhadap Tuhan kerana perkara-perkara yang tidak mujur dalam kehidupan? Asalkan diri kita dapat merasakan nilai penderitaan, barulah dapat lebih mendekati Tuhan. Tuhan kita adalah Tuhan murah kasih dan mencurahkan pelbagai penghiburan, dalam segala penderitaan, Dia pasti akan menghiburkan kita, agar kita dapat ditenangkan hati untuk menerima “butir pasir” yang tidak menyenangkan dalam kehidupan kita. Maka, kepercayaan sesudah pengalaman itu, pastinya bersinar terang seperti mutiara.