2.5.5 Tetap ada orang yang memegang hari Sabat
I. Sejarahwan Baptist Church, Robinson mencatatkan bahawa aliran Unitarian di Transylvania (yang terletak di Austria) memegang Hari Sabat:
He supposed the Jewish Sabbath not abrogated, and he therefore kept holy the seventh day. [1]
II. Lamy mencatatkan dalam buku beliau, Socinianism, m/s 60 bahawa mazhab Genoldists di Austria turut memegang Hari Sabat:
John Gerendi[was] head of the Sabbatarians, a people who did not keep Sunday, but Saturday, and whose disciples took the name of Genoldists.
III. Erasmus (1466-1536) mencatatkan bahawa bangkit pemegang Hari Sabat di Bohemia:
Now we hear that among the Bohemians a new kind of Jews has arisen called Sabatatians, who observe the Sabbath with so much superstition. [2]
IV. Catatan tentang memegang Hari Sabat di kawasan Soviet Russia boleh menjangkau 1400, Strigoiniks Soviet Russia pada zaman awal memegang Hari Sabat. Mereka mungkin adalah aliran Waldenses dan Cathari Eropah pada zaman yang lebih awal. [3]
V. Maxson mengatakan bahawa pada abad ke-15, ada orang yang memegang Hari Sabat di Jerman. Sebilangan di antaranya yang kemudiannya berhijrah ke Amerika Syarikat:
We find that Sabbath-keepers appeared in German late in the fifteenth, or early in the sixteenth century,…and emigrated to America, in the early settlement of this country. [4]
VI. Menurut Utter, di Jerman dan Holland, adalah diketahui umum bahawa ahli Baptist Church, Stephen Benedict, memegang Hari Sabat:
Stephen Benedict, some what famous for baptizing during a severe persecution in Holland, who is supposed by good authorities to have kept the seventh day as the Sabbath. [5]
Seorang tokoh yang mati syahid, Christina Tolingerin, menganggap bahawa hari selain Hari Sabat adalah yang diasaskan oleh uskup Gereja Roman Katholik. [6]
VII. Wall, yang terkemuka dalam perdebatan tentang pembaptisan bagi bayi, mencatatkan bahawa M. de la Rogue di Perancis pernah mengarang dan mempertahan Hari Sabat serta menentang Bossuet, uskup di Meaux. Dia juga mengatakan bahawa pemegang Hari Sabat juga biasanya memegang ajaran pembaptisan air dalam Alkitab:
It is worthy of notice that Sabbath keeper are always observers of Scriptural baptism– the burial of penitent believers in watery grave. [7]
VIII. Di England, terdapat banyak pemercaya Kristian yang memegang Hari Sabat. Hingga zaman King James I (kira-kira 1618), John Track mengatakan bahawa masih wujud perdebatan berkenaan Hari Sabat:
He was brought before in infamous Star Chamber, where a long discussion was held respecting the Sabbath. [8]
IX. Isteri Track, Pagittadalah seorang wanita yang saleh, rendah hati dan penuh kasih sayang. Disebabkan dia beristirahat pada Hari Sabat, maka dia dimasukkan ke dalam penjara ajaran sesat dan mati di situ.
At last for teaching only five days in the week, and resting upon Saturday, it being known upon what account she did it, she was carried to the new prison in Maiden Lane, a place then appointed for the restrain of several other person of different opinions from the Church of England. [9]
Dia juga menganggap bahawa:
- Berdasarkan Hukum ke-4 dalam Alkitab, pemercaya harus memegang Hari Sabat
- Hari Sabat harus dipegang selama-lamanya oleh agama Kristian
- Hari Ahad ialah hari bekerja [10]
X. Utter mencatatkan bahawa ada lagi seorang penginjil, Theopilus Brabourne, yang memegang Hari Sabat. Dia pernah menerbitkan buku berjudul ‘Lord’s day is not the Sabbath-day by Divine Institution’ dan ‘A Defence of That Most Ancient and Sacred Ordinance of God’s, the Sabbath-day’ pada tahun 1628 di London. Dia pernah mempersembahkan buku tersebut kepada Charles I. Namun, dia bukan sahaja tidak diterima bahkan White dan Heylyn telah mengarang dan membidas pendiriannya (1635). [11]
XI. Kira-kira pada masa yang sama, Philip Tandy, James Ockford dan pastor yang lain di England Utara turut menekankan kepentingan pembaptisan air dan Hari Sabat.[12]
XII. Pada abad ke-17 (1658), Edward Stennett pernah menekankan Hari Sabat dengan bertemakan “The Royal Contended for” dan disebabkan inilah dia dianiayai dengan teruk.[13]
XIII. Adik beradik Francis Bampfield dan Thomas Bampfield juga merupakan pemimpin gereja pemegang Hari Sabat di England pada abad ke-17. Pinner’s Hall mereka di London memegang sakramen pembaptisan dan Hari Sabat. Mereka menekankan:
The law of the seventh-day Sabbath was given before the law was proclaimed at Sinai, even from creation, given to Adam.
Akibatnya, mereka menimbulkan penganiayaan hebat yang berterusan daripada gereja di England.[14]
XIV. Pada abad ke-17, terdapat 11 mazhab agama di England yang memegang Hari Sabat. Setelah melalui penganiayaan yang berterusan, masih tinggal sisa-sisa pemercaya bagi tiga mazhab.[15]
[1] Andrew, p347.
[2] Andrew, p349.
[3] Andrew, p350.
[4] Andrew, p352.
[5] Andrew, p352.
[6] Andrew, p352
[7] Andrew, p353.
[8] Andrew, p363.
[9] Pagitt’s Herestography, p210. Andrew, p364.
[10] Pagitt’s Herestography, p161.
[11] Manual of the Seventh-day Baptists, p17-18. Heylyn: History of the Sabbath, par.2, ch8, sec10. Gilfillan:Sabbath, p88-89. Cox: Sabbath Literatue, vol.1, p152-153. Andrew, p366-367.
[12] Andrew, p367.
[13] Andrew, p368.
[14] Andrew, p369.
[15] Andrew, p372.