Doktrin Hari Sabat: Pendahuluan
Bab 1
Pendahuluan
Hari Sabat merupakan hari kudus yang dikaruniakan Tuhan. Menurut sistem yang sama dalam kitab perjanjian lama dan kitab perjanjian baru, Hari Sabat adalah sistem yang disediakan khas oleh Tuhan kepada umat-Nya agar mereka menyembah Tuhan serta menikmati kesihatan fizikal dan rohani serta berkat Tuhan.
Sejak Tuhan menciptakan langit dan bumi, istirahat pada hari ke-7 telah ditetapkan sebagai Hari Kudus. Seperti yang dicatatkan dalam Kitab Suci, Tuhan mengaruniakan berkat kepada umat-Nya, sehingga jemaat pada zaman rasul dan gereja benar pada akhir zaman, Hari Sabat tetap merupakan hadiah penjagaan dan belas kasihan kepada orang yang lemah. Kita mungkin tidak layak dan berkekuatan untuk berdiri di hadirat Tuhan dan mengatakan bahawa kita mempunyai kekuatan dan kegigihan yang secukupnya serta tidak memerlukan belas kasihan Tuhan. Oleh itu, tidak kira orang lain memegang Hari Sabat atau tidak, sebagai umat Kristian yang benar, kita harus mengkaji kitab dengan teliti, menuruti ajaran kitab dan membuat keputusan sendiri sama ada mahu memegang dan menikmati Hari Sabat atau tidak.
Tuhan pernah berfirman bahawa Dia ialah Tuhan atas Hari Sabat:
Kerana Anak Manusia ialah Tuhan atas hari Sabat. (Mat 12:8)
Jadi Anak Manusia adalah juga Tuhan atas Hari Sabat. (Mrk 2:28)
Kata Yesus lagi kepada mereka: “Anak Manusia adalah Tuhan atas Hari Sabat.”(Luk 6:5)
Kata-Nya lagi,
Bukan setiap orang yang berseru kepada-Ku: “Tuhan, Tuhan! akan masuk ke dalam Kerajaan Sorga, melainkan dia yang melakukan kehendak Bapa-Ku yang di sorga. (Mat 7:21)
Oleh itu, sebagai umat Tuhan Yesus, kita patut menuruti perintah Tuhan untuk memegang Hari Sabat .
Kitab Ibrani juga mencatatkan bahawa Hari Sabat yang dinikmati hari ini melambangkan dan mengilhamkan istirahat yang benar dan kekal di syurga.
Sebab, andaikata Yosua telah membawa mereka masuk ke tempat perhentian, pasti Allah tidak akan berkata-kata kemudian tentang suatu hari lain. Jadi, masih tersedia suatu hari perhentian, hari ketujuh bagi umat TUHAN. Sebab barangsiapa telah masuk ke tempat perhentian-Nya, iasendiri telah berhenti dari segala pekerjaannya, sama seperti TUHAN berhenti dari pekerjaanNya. Kerana itu, baiklah kita berusaha untuk masuk ke dalam perhentian itu supaya jangan seorang pun jatuh kerana mengikut contoh ketidaktaatan itu juga. (Ibr 4:8-11)
Oleh itu, orang yang ingin tinggal dalam Kerajaan Syurga bersama-sama dengan Tuhan haruslah menuruti jejak langkah-Nya dan menikmati Hari Sabat yang dikuasai oleh Tuhan.
Malang sekali, kitab dan sejarah kepercayaan mencatatkan bahawa umat Tuhan selalu membelakangi perintah-Nya serta melupakan kasih karunia Tuhan dan Hari Sabat. Selepas rasul-rasul meninggal dunia, sejarah berulang semula. Pewaris takhta semakin meninggalkan ajaran Kitab. Demi mengelakkan penganiayaan dan berkenan kepada manusia, Hari Sabat telah diubah dan dilupakan. Kini, walaupun banyak umat Kristian membaca Kitab setiap hari tetapi tidak mengkajinya secara terperinci, tidak bertindak menurut Kitab serta menikmati berkat Hari Sabat yang tercatat dalam Kitab. Situasi ini amatlah merugikan.
Syukur kepada Tuhan, Dia pernah menggerakkan hati hamba-Nya yang setia untuk memberi perhatian semula terhadap kepentingan hari Sabat, mendorong dan memegang hari Sabat yang kudus. Lebih-lebih lagi bersyukur kepada Tuhan kerana penulis dapat menganuti gereja benar serta menikmati berkat yang besar ini. Di samping berasa sukacita, penulis juga takut sekiranya menyembunyikan kasih dan belas kasihan Tuhan yang agung. Oleh itu, penulis telah menyusun semula maklumat yang dikumpul untuk mengarang buku ini sebagai rujukan bagi teman-teman dalam perjalanan ke syurga. Semoga Roh Kudus memimpin kita memahami berkat Hari Sabat. Kita saling menasihati, mengikuti jejak Tuhan ke syurga, iaitu tempat perhentian yang kekal.