Tidak Memberi Kesempatan Kepada Iblis

Ayat kitab: Ef 4:27; 6:10-17.

Pendahuluan: Yoh 10:10 – Pencuri datang hanya untuk mencuri dan membunuh dan membinasakan. Syaitan bekerja dengan menggunakan kesempatan yang diberikan oleh manusia. Jika tidak diberi kesempatan dan peluang, dia tiada kuasa. Seperti Hawa yang tidak jelas tentang firman Tuhan, menghampiri buah larangan itu (boleh dilihat, dan dipetik) memberi kesempatan kepada iblis.

  • Kelicikan iblis (Kej 3:1).

a) Banyak tipu muslihat, panah tersembunyi, menyamar sebagai malaikat terang (Ef 6:11,16; 2Kor 11:14).

b) Merebut semua peluang yang ada. Berani bertengkar dengan malaikat mengenai mayat Musa (Yud 9).

  • Kesempatan iblis (Ef 4:27).

Kesempatan iblis: Konsep, fikiran dan rencana yang tidak betul. Dia menggunakan kesempatan ini supaya manusia menunjukkannya. (dosa)

a) Sombong (1Tim 3:6).

i) Orang yang tidak kenal pasti peranan sendiri, melakukan kerja orang lain adalah  sombong. (Saul mempersembahkan korban, 1Sam 13:8-9, 10:8)

ii) Orang yang mementingkan wahyu, tidak mendengar nasihat orang lain, mudah menjadi sombong.

iii) Orang yang berkedudukan dalam gereja (penguasa, pendeta, penatua, diakon) atau luar gereja, biasanya mudah menjadi sombong.

iv) Orang yang berpendidikan tinggi akan pandang rendah orang lain. Pengetahuan membuat orang menjadi sombong (1Kor 8:1).

v) Semasa mendapati kesalahan orang lain akan menjadi sombong kerana ingat dirinya benar.

vi) Orang yang mementingkan air muka tetapi bukan kebenaran, mudah menjadi sombong.

b)     Kejahatan dalam hati.

i) Berpura-pura, tamak akan kenamaan (Seperti Ananias dipenuhi oleh iblis, Kis 5:3-4).

ii) Tamak, keras hati (Yudas digunakan oleh iblis, Yoh 13:26-27).

iii) Iri hati dan benci terhadap orang lain (Saul iri hati terhadap Daud, ini adalah perbuatan selepas iblis masuk dalam hati, 1Sam 16:14, 18:7-9; Yak 3:15-16).

c) Melanggar perintah Tuhan (Yak 4:7). Saul melanggar perintah Tuhan, Roh Tuhan meninggalkannya, roh jahat masuk, 1Sam 15:24-26, 16:14).

d) Marah tidak mengampuni (Ef 4:26-27; 2Kor 2:5-11).

e) Orang yang berdosa (1Yoh 3:8).

i) Orang yang berdosa adalah milik iblis, menjadi peralatan iblis untuk menimbulkan kekacauan dalam gereja.

ii) Iblis menggunakan Hawa yang berdosa untuk memperdayakan (membunuh) Adam (Kej 3:6).

f) Kehilangan kewaspadaan.

i) Berjaga-jaga dalam doa (Mat 26:41).

ii) Mengejar kebenaran (Ef 6:17; Ibr 4:12; Mat 4:1-11).

iii) Jika tidak berjaga-jaga, musuh akan menaburkan benih lalang (Mat 13:24-25).

Kesimpulan: Why 12:11-12; 20:7-9; 1Ptr 5:8-11. Kerja iblis berleluasa pada zaman akhir, kita harus berwaspada dan berjaga-jaga supaya tidak memberi kesempatan kepada iblis. Haruslah bersandar kepada darah Yesus dan kesaksian yang kita dengar serta kekuasaan Roh Kudus, menggunakan iman yang kukuh untuk menentang iblis, berdiri teguh di hadapan Tuhan. Helleluya, Amin!

Berjaga-jaga dengan Kerja Iblis

Pendahuluan: Iblis merupakan musuh Tuhan dan pemercaya, di manakah dia? Orang yang tak percaya berkata iblis di tempat yang gelap, di perkuburan dan lain-lain. Sebenarnya, menurut catatan Alkitab, iblis datang dari atas (Luk 10:18), ialah malaikat yang berdosa (Yud 6), yang berkuasa atas dunia yang gelap ini (Ef 2:2). Angkasa merupakan kubu iblis, dia merayau-rayau di dunia (1Ptr 5:8), kadang kala pergi ke tempat anak-anak Tuhan (Ayb 1:6), dia juga tinggal di dalam hati manusia (Luk 8:2).

  • Iblis suka tinggal di dalam hati siapa?

a)     Orang yang mengikut dunia (Ef 2:1).

Persahabatan dengan dunia adalah permusuhan dengan Tuhan (Yak 4:4), seseorang yang permusuhan dengan Tuhan ialah orang yang tidak disukai Tuhan, dan dia akan menjadi kawan iblis.

b)     Orang yang menurut daging (Gal 5:19-21).

c)     Orang yang menyimpan dendam (Ef 4:26-27).

d)     Orang yang tamak (Yoh 13:2).

i)   Yudas tamak, maka iblis masuk ke dalam hatinya (Yoh 12:4-7).

ii)  Muslihat iblis yang paling jahat, iaitu menjadikan orang tamak akan dunia, dan menjauhi Tuhan Mat 4:8-9).

e)     Orang yang iri hati dan suka perpecahan (Yak 3:14-16).

f)      Orang yang sombong.

i)      Iblis dilahirkan dari kecongkakan (Yes 14:12-14).

ii)     Tuhan menentang orang yang congkak (Yak 4:6-7).

g)     Orang yang mudah diombang-ambing oleh rupa-rupa angin pengajaran (Ef 4:13-14).

h)     Orang yang menurut kehendak manusia lebih daripada kehendak Tuhan (Mat 16:21-23).

  • Bagaimanakah berjaga-jaga dengan kerja iblis?

a)     Berjaga-jaga dalam doa (Mat 26:41; Ef 6:18).

b)     Tunduk kepada Tuhan (Yak 4:7).

c)     Mendekati Tuhan (Yak 4:8).

d)     Tangan yang tahir, hati yang suci (Yak 4:8-9).

e)     Rendah hati (Yak 4:10).

f)      Bersandar kepda kekuatan Tuhan (Ef 6:10-11).

Janganlah Memberi Kesempatan Kepada Iblis

Pendahuluan: Apabila marah, janganlah berbuat dosa, janganlah matahari terbenam sebelum padam amarah, janganlah memberi kesempatan kepada iblis (Ef 4:26-27). Iblis berjalan keliling sama seperti singa yang mengaum-aum dan mencari orang yang dapat ditelannya (1Ptr 5:8). Oleh itu, kita harus sedar dan berjaga-jaga, jangan memberi kesempatan kepada Iblis.

  • Jangan kemabukan (Ef 5:18)

Nuh menimbulkan kemaluan pada dirinya kerana kemabukan (Kej 9:20-23), Lot melakukan sumbang mahram kerana kemabukan, hal-hal ini boleh menjadi peringatan. Haruslah menjauhi daripada godaan minuman keras supaya dapat mengelak daripada berbuat dosa.

  • Menjauhi hawa nafsu (2 Ptr 2:14)

Daud berdosa besar kerana keinginan mata (2 Sam 11). Dalam zaman penuh dengan percabulan ini haruslah kita menjaga hati kita daripada segala (Ams 4:23). Menjaga mata kita, berjaga-jaga kelakuan, jangan melepaskan hawa nafsu, tetapi melatih tubuh sendiri (1 Kor 9:27), jangan berdosa percabulan, supaya tidak ditolak oleh Tuhan.

  • Jangan Tamak

Yudas menyerahkan Yesus, dipergunakan oleh iblis, kerana dia tamak (Luk 22:1-5; Yoh 12:4-6), menimpa kebinasaan roh dan tubuh daging. (Kis 1:16-20)

  • Jangan marah (Ef 4:26)

Musa tidak dapat masuk ke tanah Kanaan yang indah kerana dia menjadi marah di Meriba (Bil 20:10-13; Ul 34:1-5). Dalam perjalanan ke syurga, janganlah kita marah sehingga berdosa, kerana amarah manusia tidak mengerjakan kebenaran di hadapan Tuhan (Yak 1:20)

  • Jangan sombong (1 Ptr 5:5)

Malaikat yang paling cantik dan berhikmat berdosa kerana hati congkak, dilempar Tuhan ke bumi menjadi iblis (Yes 14:12-20; Yeh 28:14-19). Kita harus takut akan Tuhan, merendahkan hati kerana Tuhan menentang orang yang congkak, tetapi mengasihani orang yang rendah hati.

  • Jangan iri hati (Gal 5:21)

Kedengkian tidak akan mendapat bahagian dalam kerajaan Tuhan. Kain berasa iri hati terhadap Habel kerana korban persembahan Habel dikenan Tuhan dan melakukan pembunuhan (Kej 4:4-8). Kumpulan Korah dilenyapkan Tuhan kerana iri hati terhadap Musa dan Harun (Bil 16). Iri hati jangan ada, kasih hati jangan kurang.

  • Jangan ragu-ragu (Yud 22)

Jangan ragu-ragu terhadap Tuhan dan kebenaranNya. Kegagalan nenek moyang disebabkan kesangsian mereka terhadap perkataan Tuhan dan terkena kepada tipu muslihat si iblis, berdosa besar, dihalau keluar dari taman Eden (Kej 2:15-17; 3:4). Dalam gereja benar hari ini, jangan meragui Alkitab, Roh kudus dan kebenaran supaya tidak terkena kepada muslihat iblis, dihalau dari gereja. Jangan menjadi pemercaya seperti Tomas, meragui Yesus (Yoh 20:24-29). Haruslah percaya kepada kata-kata Tuhan, memegang kepada kepercayaan dan iman sampai kesudahan barulah boleh diselamatkan.

  • Jangan takut (1 Ptr 5:8)

Jika takut kepada auman iblis – penentangan, penganiayaian, pengetawaan terhadap kita, iaitu kita putus asa dan berasa takut kepada pencubaan-pencubaan iblis, kita akan seperti kegagalan Petrus iaitu menyangkal Yesus tiga kali. Oleh itu, kita melawannya dengan iman yang teguh seperti pemercaya purba juga menanggung penderitaan yang sama (1 Ptr 5:9). Meneladani perbuatan Paulus yang tidak takut (Rm 8:31-39).

  • Jangan menurut kehendak manusia (Mat 16:21-23)

Petrus menghalang Yesus tidak pergi ke Yerusalem adalah menurut kehendak manusia. Oleh itu, Yesus mengetahui bahawa Petrus digunakan iblis dan menghalau ia keluar. Janganlah kita menurut kepada kehendak manusia tetapi menurut kepada kehendak Tuhan, memusatkan Tuhan, mengikut Kehendak Tuhan.

  • Jangan menuruti daging (Rm 8:5-6)

Menuruti daging adalah perseteruan dengan Tuhan, orang yang milik daging tidak dikenan Tuhan (Rm 8:7-8). Iblis selalu menggunakan kelemahan daging supaya pemercaya berdosa maut. Oleh itu, haruslah menurut dan mengikuti Roh Kudus, berdoa berjaga-jaga, memohon kepenuhan Roh Kudus (Mat 26:41; Ef 5:18), barulah dapat mengalahkan musuh (Rm 8:13)

Tidak Dicemarkan oleh Duniawi

  • Persahabatan dengan dunia adalah permusuhan dengan Tuhan (Yak 4:4).
    1. Budaya jahat dunia adalah milik iblis (Ef 2:1-3).
    2. Haruslah mengelakkan daripada pantang larang duniawi yang jahat, kerana Tuhan adalah Tuhan yang cemburu (Ul 4:24).

 

  • Bagaimanakah memelihara.
    1. Jangan berbuat seperti mereka (Im 18:1-3).
    2. Jangan bertutur seperti mereka (Ef 5:3-4; Rm 3:13-14).
    3. Menjadi teladan dalam segala hal (Mat 5:16; 1Ptr 2:12).
  •  Pengajaran.
    1. Daniel memelihara kekudusan dalam segala hal, mendapat kasih besar Tuhan (Dan 1:8-20).
    2. Orang Israel mengikut duniawi memurkakan Tuhan, 24000 orang telah mati (Bil 25:1-9).

Yesus Dicubai

Ayat kitab: (Mat 4:1-11) terdapat lima pengertian:

  • Menunjukkan Yesus sama seperti manusia (Yak 1:13; Ibr 4:15, 2:17).
  • Menunjukkan bahawa pencubaan melalui pengizinan Tuhan – dibawa oleh Roh ke padang gurun (Ayb 1:12, 2:6; Mat 10:29).
  • Menunjukkan semua pemercaya harus dicubai kerana hamba tidak lebih tinggi daripada tuannya (Yoh 15:20), tetapi janganlah takut.
    1. Tuhan menyelamatkan (Ibr 2:18; 4:15).
    2. Tuhan memberi jalan keluar (1Kor 10:13).
    3. Tuhan tidak membenarkan kita dibahayakan (Luk 10:18-19).
    4. Berbahagialah orang yang bertahan (Yak 1:12).
  • Memahami cara pencubaan Iblis.
    1. Mengambil kesempatan (Mat 4:2-3), janganlah memberi kesempatan (Ef 4:27).
    2. Memanggil orang melayani perut (Mat 4:3; Rm 16:18; Flp 3:19), haruslah kita menjauhkan diri dari keinginan-keinginan daging (1Ptr 2:11).
    3. Memanggil orang memegahkan diri (Mat 4:5-6), janganlah kita gila hormat (Gal 5:26).
    4. Menyalahgunakan firman Tuhan (Mat 4:5-6; Mzm 91:11-12); harus mengujinya adakah sesuai dengan perkataan Tuhan (Yer 23:36; Ayb 34:3).
    5. Menggunakan keangguhan dunia sebagai umpan supaya manusia menyembahnya (Mat 4:8-9), kita tahu bahawa kita ialah pendatang di bumi (Ibr 11:13-14), haruslah berasa cukup dengan apa yang kita ada (Ibr 13:5).
  • Menunjukkan cara kita mengalahkan pencubaan.
    1. Menggunakan iman yang teguh untuk menentangnya (Yak 4:7; 1Ptr 5:8-9; 1Yoh 5:4).
    2. Menggunakan kata Tuhan sebagai senjata (Why 12:11; Luk 1:37).
    3. Mengenakan perlengkapan rohani (Ef 6:13-17); Tuhan memiliki ilahi yang sempurna.

Setelah menang dalam pencubaan ada malaikat-malaikat datang melayani (Mat 4:11; Ibr 1:14; Mat 18:10). Janganlah kita berkompromi dengan Iblis, orang yang menurut kepada kehendak Tuhan akan menang.

Berjaga-jaga Dengan ‘Penampi’ Syaitan

Ayat kitab: Luk 22:31

Pendahuluan: Syaitan ingin menuntut kita, ia menggunakan penampi untuk menampi kita. Kita memohon kepada Tuhan supaya kita menang, seperti gandum disimpan dalam lumbung Bapa Syurga.

Apakah tipu muslihat digunakan oleh syaitan untuk menuntut kita?

  • Penampi dosa
    1. Kederhakaan bertambah (Mat 24:12)
    2. Zaman kezaliman bangkit (Kej 6:2)
    3. Menguduskan diri, mengelakkan dari penampi syaitan (2Tim 2:22)

 

  • Penampi duniawi
    1. Apa itu duniawi (1Yoh 2:15-16)
    2. Tidak bersahabat dengan dunia (Yak 4:4)
    3. Mengejar Kerajaan Tuhan dan kebenaranNya (Mat 6:33)

 

  • Penampi penderitaan
    1. Syaitan menggunakan penderitaan untuk menyerang manusia (Ayb 1:8-11)
    2. Kebinasaan datang dengan tiba-tiba (1Tes 5:3)
    3. Penindasan itu baik (Mzm 119:71)

 

  • Penampi  pengeliruan
    1. Kelemahan (Ibr 12:12)
    2. Tidak mengejar kemajuan (Ibr 6:1)
    3. Injil palsu (Gal 1:6-9)