Firman Perkahwinan (1)

A. Asal Usul Pernikahan

  1. Diasaskan oleh Tuhan. (Kej 2:18-24).
  2. Bukan setiap orang dapat menjaga bujang/keperawanan. (Mat 19:9-12, 1 Kor 7:1-2, 6-7, 25-35).

B. Padanan/Pengaturan Tuhan

  1. Perkahwinan yang ideal diaturkan oleh Tuhan. (Kej 2:22, Mat 19:6)
  2. Pemilihan secara rawak (Kej 6: 2-3), serta orang-orang sundal dan pezinah (Ibr 13:4) bukannya aturan daripada Tuhan.
  3. Kasih dalam daging tidak boleh dipercayai. (2 Sam 13:1-2,11-17)
  4. Perkahwinan yang patut dicontohi. (Kej 24:1-27)
  5. Tidak boleh berkahwin dengan orang kafir. (Kej 26:34-35, 27:46, 28:2, Neh 13:23-31, 2 Kor 6:14-18)

C. Manusia tidak boleh berpisah

  1. Suami isteri seperjanjian. (Mal 2:13-16, Ams 2:17)
  2. Musa membenarkan orang menceraikan isteri (Ul 24:1-4), Tuhan Yesus membantah. (Mat 19:7-9)
  3. Kedua-dua pihak yang percaya kepada Tuhan tidak boleh bercerai. (1 Kor 7:10-11)
  4. Satu pihak yang tidak beriman dan ditinggalkan boleh bercerai (1 Kor 7:12-17), yang berzinah kelihatan sama seperti mereka yang tidak percaya kepada Tuhan.

D. Susunan laki-laki dan perempuan

  1. Kepala dari perempuan ialah laki-laki. (1 Kor 11:3, 8-9)
  2. Perempuan tidak dibenarkan mengawal laki-laki. (1 Kor 2:11-15, 1 Kor 14:34-35)
  3. Isteri kepunyaan suami, dan bukannya suami kepunyaan isteri. (Kid 2:16, 6:3, 7:7)
  •  Sama seperti Sara taat kepada Abraham dan menamai dia tuannya. (1 Ptr 3:6)

E. Firman Suami Isteri

  1. Isteri tunduk kepada suami, suami mengasihi isteri. (Ef 5:22-33, Kol 3:18-19, 1 Ptr 3:1-7, 1 Tim 2:8-15)
  2. Bukannya saling mentaati. (Ef 5:21)

F. Keluarga yang takut akan Allah

  1. Diberkati. (Mzm 127,128)
  2. Melahirkan keturunan ilahi. (Mal 2:15)

 

Perkahwinan dan Kepercayaan

A.    Tujuan Tuhan Mengasaskan Perkahwinan

1.  Tidak baik kalau manusia itu seorang diri sahaja. Tuhan menjadikan penolong baginya yang sepadan dengan dia. (Kej 2:18)

2.  Supaya manusia menikmati kehidupan dengan jodoh yang dikasihi. (Pkh 9:9)

3.  Supaya manusia mendapat keturunan yang soleh (keturunan ilahi). (Mal 2:15)

B.  Konsep Perkahwinan yang Salah Akan Menyebabkan Kegagalan Kepercayaan

1.  Mengakui kepercayaan orang kafir lalu kehilangan hati yang murni dan setia terhadap Tuhan.

(1)  Pada zaman dahulu, anak-anak Tuhan melihat anak-anak perempuan manusia itu cantik-cantik, lalu mereka mengambil isteri dari antara perempuan-perempuan itu, siapa saja yang disukai mereka. Akhirnya, dunia ini dibinasakan air bah. (Kej 6:2-7  ;  7:4-23)

(2) Umat Israel berkahwin dengan tujuh bangsa kafir di Tanah Kanaan dan mengikuti mereka untuk menyembah Baal dan Asyera. Tuhan melihat ini sebagai perkara yang jahat. (Hak 3:5-7)

2.  Digoda Untuk Menyembah Berhala Lalu Meninggalkan Tuhan.

(1)  Salomo berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir lalu mengikuti mereka menyembah berhala. Akhirnya, dia dikutuki Tuhan. (1 Raj 11:1-11)

(2)  Berbuat segala kejahatan yang besar itu, yakni berubah setia terhadap Tuhan kita kerana memperisterikan perempuan-perempuan asing. (Neh 13:23-27)

Kelemahan Bebas Bercinta

Pendahuluan:

Golongan belia pada zaman kini suka mengamalkan konsep perkahwinan bebas bercinta. Ini ialah sesuatu yang difahami. Namun, sebagai Umat Kristian, kita jangan terlalu terjerumus ke dalam kebebasan percintaan. Ini disebabkan Alkitab mengisahkan seseorang gagal kerana terlalu bebas bercinta. Ini boleh dijadikan peringatan bagi kita. Orang ini ialah Simson. Daripada peristiwa ini, kita dapat melihat kelemahan bebas bercinta.

1.  Kurang penglibatan ibu bapa atau golongan senior yang berpengalaman (Hak 14:1-3)

Dalam konsep perkahwinan bebas bercinta, kuasa untuk membuat keputusan biasanya terletak di dalam tangan belia. Konsep perkahwinan ini kurang melibatkan ibu bapa dan golongan senior. Dari segi ini, golongan belia tidak setanding ibu bapa dan golongan senior yang berpengalaman dan rasional. Biasanya, golongan belia terburu-buru dan bercinta pada pandangan pertama. Mereka hanya mengikut perasaan luaran yang sementara sahaja lalu mengabaikan faktor-faktor lain yang lebih penting. Akhirnya, mereka menyesal selama-lamanya.

2.  Senang Disesatkan oleh Fenomena Luaran (Hak 14:7-8)

Biasanya, orang yang bercinta adalah kurang rasional, terburu-buru dan susah melihat sifat sebenar orang yang dicintai, bahkan kebahayaan dan kesan negatifnya juga diselindungkan (Hak 14:16-18, 15:1, Ams 23:28). Sesetengah orang pandai menyembunyikan kelemahan diri. Semasa bercinta, dia menipu orang yang dicintai dengan menonjolkan kelebihan diri. Namun, selepas berkahwin, dia akan menonjolkan sifatnya yang sebenar. Sesetengah orang pula, bercinta untuk memain-mainkan perasaan atau memenuhi hawa nafsu tubuh. Selepas mencapai matlamat ini, dia akan meninggalkannya dan mencari kesenorokan yang baru. Ini mendatangkan penderitaan yang amat besar. Orang yang bebas bercinta senang disesat oleh fenomena luaran dan menimbulkan kesedihan.

3.  Selalu Membuat Keputusan Menurut Pertimbangan Diri yang Naif (Hak 7:6-27)

Golongan belia kurang pengalaman dalam kehidupan, kurang hikmat dan kurang matang semasa membuat penilaian. Semasa bercinta, segala sesuatu kelihatan baik-baik belaka, orang yang dicintai itu dilihat sangat cantik/kacak, suci dan dijadikan pujaan dalam hatinya. Pada masa itu, semuanya adalah kabur. Namun, selepas berkahwin dan berbalik ke dalam kehidupan yang nyata, segala sesuatu mulai menjadi jelas seperti baru tersedar dari mimpi. Namun, sudah terlambat. Akhirnya, perkahwinannya cepat menuju ke arah maut. Bagi sesetengah orang, tempoh perkahwinannya lebih singkat daripada tempoh percintaan.

Kesimpulan:

Kini ialah zaman keruntuhan moral, hati manusia sangat licik dan susah untuk ditembusi (Yer 17:9). Banyak orang menganggap perkahwinan sebagai permainan dan menginjak perkahwinan yang kudus ini dengan sebarangan. Namun, sebagai anak Tuhan, kita harus menitikberatkan perkahwinan yang kudus, memohon Tuhan memimpin dan menjaga, menggenggam kuat pada perkahwinan yang hanya sekali, tidak bercinta secara sebarangan, supaya tidak berdosa kepada Tuhan dan mencelakakan diri sendiri.

Bagaimanakah Memilih Jodoh Dalam Tuhan?

A.  Bertekad Atau Berazam (Kej 24:1-3)

1.  Tidak dipengaruhi konsep dan piawaian pemilihan jodoh yang bercorak duniawi.

2.  Bertekad atau berazam untuk memilih jodoh dalam Tuhan.

3.  Disokong oleh ibu bapa.

B.  Berserah Kepada Tuhan Dalam Hal Perkahwinan (Kej 24:12 ; Ams 3:5-6)

1.  Berdoa dengan tumpukan perhatian dan berserah kepada Tuhan dengan ikhlas.

2.  Menerima bantuan daripada seiman dan bekerjasama dengannya secara positif.

3. Jika tidak dapat mencari jodoh pada masa itu, jangan kecewa dan berundur. Seharusnya, berdoa dengan lebih tekun.

C.  Menitikberatkan Kepercayaan Pihak Lain (Kej 24:4 ; Ams 31:30)

1.  Hanya orang yang takut akan Tuhan tahu menghormati perkahwinan.

2.  Hanya orang yang mengasihi Tuhan tahu mengasihi manusia.

D.  Menitikberatkan Akhlak Pihak Lain (Kej 24:15 ; Ams 31:10)

1.  Tidak menitikberatkan kecantikan rupa luaran pihak lain.

2.  Hanya menitikberatkan akhlak dalaman pihak lain.

E.  Merendahkan Syarat-syarat Pemilihan Jodoh (Pkh 2:4-11 ; 1 Tim 6:10,17)

1. Jika kita meninggikan syarat-syarat duniawi, tidak senang mendapat jodoh yang sesuai.

2.  Harus mengikis konsep status dan merendahkan syarat-syarat duniawi.

F.  Jangan Menganggap Perkahwinan Sebagai Perjudian (Kitab Hakim-hakim fasal 14-16)

1.  Sesetengah seiman beranggapan bahawa jika tidak dapat mencari jodoh yang sesuai dalam Tuhan lalu mencari orang kafir tidak semestinya kurang baik, kerana berpeluang untuk membawanya percaya Tuhan. Namun, hakikatnya bukan sedemikian. Biasanya, pihak yang sudah percaya akan dipengaruhi dan dihalang oleh pihak yang tidak percaya sehingga melepaskan kepercayaannya.

G.  Menjaga Kekudusan Sebelum Berkahwin (Ibr 13:4 ; Rm 7:2-3)

1.  Sebelum berkahwin, tidak boleh bertemu di tempat yang tersembunyi. Seharusnya, bertemu di tempat yang terbuka.

2.  Sebelum berkahwin, tidak boleh terlalu rapat dan mesra supaya tidak berdosa dalam ketidakwaspadaan.

H.  Menghormati Perkahwinan yang Dipersatukan Tuhan (Kej 2:18-25 ; Mrk 10:6-12)

1.  Menunaikan kewajiban untuk memprihatin dan mengasihi jodoh sendiri, tidak meninggalkannya seumur hidup.

2.  Berusaha untuk mencipta kehidupan yang bahagia untuk jodoh.

Kepentingan Berkahwin Dalam Tuhan

A.  Bersesuaian Dengan Kehendak Tuhan

1.   Tujuan nasihat itu (menuruti kehendak Tuhan) ialah kasih. (1 Tim 1:15)

2.  Berbahagialah orang yang menuruti perintah (kehendak) Tuhan. (Luk 11:27-28)

B.  Mempunyai Matlamat Hidup Manusia yang Sama

1.  Sama-sama berharap masuk ke dalam syurga dan menikmati hidup kekal pada masa kelak.

2.  Sama-sama berusaha memperoleh kesudahan yang baik pada masa kelak.

C.  Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing

1.   Dalam kehidupan, boleh saling menjaga, bertimbang rasa dan mengasihi (1 Sam 1:1-8).

2.  Dalam kepercayaan, boleh saling mendoakan, mendorong dan menyokong (Flp 4:6).

D.  Boleh Mendirikan Keluarga yang Damai dan Bahagia

1.  Kadang-kala tersilap, boleh saling mengampuni dan bersabar.

2.  Boleh mencipta kehidupan yang indah bersama-sama.

E.  Boleh Melayani Tuhan Dengan Sehati dan Soleh

1.  Di dalam rumah, boleh berdoa dengan sehati, mengongsikan suara hati selepas membaca Kitab dan menggalakkan pertumbuhan nyawa rohani.

2.  Di dalam gereja, boleh menceburi kerja suci bersama-sama supaya gereja maju dan Injil tersebar luas.

F.  Boleh Memupuk Keturunan yang Soleh

1.  Memimpin anak menyembah Tuhan dengan soleh (Ul 6:6-7).

2.  Membawa anak mengikuti Tuhan seumur hidup (Mal 2:15).

G.  Perkahwinan Ini Lebih Terjamin

1.  Boleh menghormati perkahwinan yang diaturkan Tuhan dan tidak berani merosakkannya dengan sembarangan. (Ibr 13:4)

2.  Takut dihukum Tuhan lalu tidak berani melampiaskan hawa nafsu dan melakukan kejahatan (Im. 20:10)

Mengapakah Tidak Boleh Berkahwin Dengan Orang Kafir?

Kitab tercatat dengan jelas: “Janganlah kamu merupakan pasangan yang tidak seimbang dengan orang-orang yang tak percaya.” (2 Kor 6:14) Pengalaman kehidupan dan hakikat yang sebenar memberitahu kita bahawa berkahwin dengan orang kafir ialah tindakan yang salah. Kelukaan dan penderitaan yang dibawanya kepada seiman adalah amat menakutkan!

Sebab-sebab Kita Tidak Boleh Berkahwin Dengan Orang Kafir:

A.  Membelakangi Kehendak Tuhan

1.  Sejak zaman Musa, Tuhan telah mengajar Orang Israel bahawa tidak boleh berkahwin dengan orang kafir (Ul 7:3-4).

2.  Paulus juga menyatakan dengan jelas bahawa orang yang percaya dan orang yang tidak percaya adalah tidak secocok (2 Kor 6:14).

B.  Matlamat Kehidupan Kedua-dua Pihak Adalah Berbeza

1.   Seorang menuju ke syurga, seorang lagi menghala ke dunia (Kej 19:15-26).

2.  Seorang berusaha ke arah kebahagiaan hidup kekal, seorang lagi mementingkan kenikmatan dunia kini (Luk 16:19-31).

C.  Kandungan Kehidupan Kedua-dua Pihak Adalah Berbeza

1.  Di dalam rumah, seorang berdoa, membaca Kitab dan melalui kehidupan yang menyempurnakan rohani, seorang lagi melalui kehidupan yang menikmati kebendaan dan hiburan.

2.  Di luar, seorang pergi ke gereja untuk menguduskan diri, seorang lagi pergi ke dunia untuk menodai diri.

D.  Kedua-dua Pihak Susah Untuk Berkomunikasi dan Bergaul

1.  Susah untuk berkomunikasi kerana konsep hidup manusia dan konsep dunia kedua-dua pihak adalah berbeza.

2.  Susah untuk bergaul kerana hobi dan minat kedua-dua pihak adalah berbeza.

E.  Pihak yang Percaya Akan Terpengaruh

1.  Senang digoda untuk menyembah Tuhan yang palsu dan terikut-ikut hal duniawi (Yos 23:11-13)

2.  Dihalang lalu menjauhi Tuhan secara perlahan-lahan. Akhirnya, berdosa kepada Tuhan (Neh 13:23-27)

F.  Susah Untuk Melahir dan Mengasuh Keturunan yang Soleh

1.  Seorang mendidik anak percaya Tuhan, seorang lagi mendidik anak menyembah berhala. Ini menyebabkan anak susah memilih kepercayaan yang tepat.

2.  Disebabkan kepercayaan kedua-dua pihak berbeza, maka pertentangan dan perselisihan pasti akan timbul. Ini menyebabkan ibu bapa tidak dapat mendirikan teladan yang baik untuk anak.

G.  Perkahwinan Ini Tidak Terjamin

1.  Pihak yang tidak percaya Tuhan tidak tahu takut akan Tuhan lalu bertindak sesuka hati dan tidak setia terhadap percintaan.

2.  Pihak yang tidak percaya Tuhan akan mengambil kesempatan atas toleransi pihak yang percaya Tuhan lalu membulinya.